Anda di halaman 1dari 18

KARI KEPALA IKAN BAHAN2 Kepala ikan merah dibersihkan , belah dua atau biarkan seketul santan kelapa

sederhana pekat asam jawa serbuk rempah kari ikan istimewa bawang putih dan merah tumbuk bawang besar potong bulat2 daun kari halba campur biji sawi serbuk cili istimewa bendi mangga muda tomato buah potong dadu garam secukup rasa panaskan minyak dan masuk kan biji sawi, biar kan dia meletup2, masuk kan halba campur dan sedikit daun kari, masukkan dan tumis bahan tumbuk, kacau semuanya sampai wangi, masukkan serbuk lada diikuti dengan serbuk kari, kacau lagi sampai pecah minyak, masukkan air asam jawa dan kemudian santan, kacau sekejap kemudian masukkan kepala ikan dan mangga muda yang dipotong2 leper, dah masak masukkan bendi, tomato daun kari, bawang besar dan garam, kacau sekejap dan angkat. AYAM GORENG BEREMPAH BAHAN2 Ayam kampung, ayam dara, siap dipotong kecil ikut suka. bawang merah dan putih ditumbuk/giling bersama dengan serai kunyit hidup dan halia muda. jintan manis dan putih ditumbuk halus. kayu manis ditumbuk betul2 halus/serbuk kayu manis. sedikit rempah kari. sedikit lada putih. garam secukup rasa Gaul kan ayam bersama bahan2 atas, perapkan semalaman atau sekurang2nya 3 jam. Panaskan minyak masak, dan goreng garing.

ASAM PEDAS BAHAN2 Ikan siap dibersihkan dan dipotong kecil bawang merah ditumbuk bawang putih ditumbuk cili merah/cili kering ditumbuk halus2 serai dan kunyit hidup ditumbuk halus2 lengkuas ditumbuk halus2 buah keras ditumbuk halus2 asam jawa daun kesom bunga kantan bendi garam secukup rasa minyak masak air masuk kan minyak masak dalam kuali, panaskan, masukkan bahan2 tumbuk dan tumis sampai naik bau wangi, dah pecah minyak, masukkan air dan air asam jawa, kacau sampai mendidih baru masukkan ikan, dah masak masukkan bendi bunga kantan dan daun kesom, masukkan garam, dah siap. UDANG MASAK LEMAK CILI API Bahan2 Udang galah segar sebarang saiz santan pekat kunyit hidup ditumbuk halus cili padi ditumbuk halus bawang putih ditumbuk halus bawang merah ditumbuk halus serai dititik daun kunyit dihiris2 halus asam keping garam secukup rasa Masukkan santan dalam kuali dan panaskan, masukkan juga bahan2 tumbuk, serai daun kunyit asam keping dan garam. Bila dah mendiudih masukkan udang galah. Dah siap.

AYAM MASAK LEMAK CILI API Bahan2 Ayam kampung, lepas sembelih kena rebus dulu, kemudian buang bulu2, lepas tu disalai kejap sampai tak ada bulu yang tinggal, salai lagi sampai wangi sikit. santan pekat dan cair. kunyit hidup ditumbuk halus cili padi ditumbuk halus bawang putih ditumbuk halus bawang merah ditumbuk halus halia ditumbuk serai dititik daun kunyit dihiris2 halus garam secukup rasa Masukkan santan cair dalam kuali dan panaskan, masukkan ayam dipotong2 kecil, dah empuk sikit masukkanpula santan pekat dan bahan2 tumbuk, serai daun kunyit dan garam. Bila dah mendiudih kacau lagi sampai pekat dan betul2 masak, boleh letak ubi kentang kalau suka. Dah siap. Ikan Bakar Sumbat
Bahan-Bahan 3 ekor ikan kembung (sederhana besar) biji kelapa parut daun pisang dan lidi sedikit minyak Tumbuk 5 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 6 tangkai lada kering (direndam dahulu) 1 inci halia Perasa garam secukup rasa gula secukup rasa Ikan Tumbuk lada kering, bawang merah, bawang putih dan halia hingga lumat. Kemudian masukkan kelapa dan tumbuk semula supaya sebati. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan bahan-bahan tumbuk tadi ke dalam perut ikan yang telah dibersihkan. Sapukan sedikit minyak pada ikan. Bungkus ikan dengan daun pisang dan kemaskan dengan lidi. Bakar sehingga ikan masak kira-kira 15 minit. Ikan siap dihidang. Sesuai dimakan dengan nasi.

Ikan Cencaru Goreng Bercili


Bahan-Bahannya 4 ekor ikan cencaru yang sederhana besar (dalam 8 inci panjang X 3 inci lebar tengah-biarkan dgn kulit sekali) belah belakang dari hujung kepala ke ekor - jangan putus, buang insang dan perut - cuci bersih dan tos. Gaulkan dan perap 15 minit dengan : 1 sudu besar serbuk kunyit 1/2 sudu besar garam Kisar bersama hingga halus: 35 tangkai cili kering - potong dan rebus 2 labu bawang besar 2 ulas bawang putih 1 cawan air Bahan lain : 1 labu bawang besar - dihiris bulat kasar 1 sd besar garam 1/2 sd teh serbuk perasa 3 sd besar gula 2 sd besar asam jawa dibancuh dengan 2/3 cawan air dari baki2 kisaran cili dalam blender 2 cawan minyak Goreng ikan dengan minyak hingga garing. Angkat dan tinggalkan 1 cawan minyak lalu tumis bahan kisar bersama garam - petua cepat garing, hingga garing dan naik minyak (kira kalu dah jadi cam tahi minyak tu dah garingla). Masukkan air asam jawa dan kacau lagi hingga garing, masukkan gula, serbuk perasa (bahan2 perasa ni actually secukup rasa anda-tapi better ada rasa2 manis2 masam sikit). Masukkan bawang dan kacau sekejap hingga gegelang bercerai - api jgn besar sangat nanti cepat hangus pasal ramuan ni tade air added. Masukkan ikan dan kacau rata dan ratakan ramuan juga dalam bahagian dalam belakangnya. Angkat dan hidangkan. Boleh makan dengan nasi, bubur lambuk, nasi lemak dan roti canai. Ikan cencaru boleh digantikan dengan ikan kembung, ikan selar atau cutlets - ikan tenggiri atau parang dan sebagainya.

Soto Ayam

Untuk soto nasi impit, rebus ketupat segera Untuk mee hoon soto, celur mee hoon dgn air panas sehingga lembut Kuah Soto (ayam / daging) ekor ayam direbus dan diambil isinya. tulang ayam tadi masukkan balik dalam air rebusan. 5 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 1 inci halia 1 inci lengkuas 1 sudu teh ketumbar 1 sudu teh jintan halus 1 sudu teh jintan kasar 1 sudu besar rempah kurma minyak untuk tumis, garam caranya: 1. Sangai ketumbar dan jintan atas kuali (sangai tu maksudnya goreng tanpa minyak). Blend halus. 2. Bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas ditumbuk halus. 3. Tumiskan bahan ini sampai garing sikit dan masukkan rempah yang sudah diblendkan bersertakan rempah kurma. Jangan lupa tumiskan sekali dengan garam. 4. Bila nampak dah sebati dan kering, masukkan air rebusan dan tulang ayam tadi. Air ditambah sekiranya nampak pekat. Bila dah didih, taburkan daun sup dan daun bawang. Hidangkanler. Untuk Sambal Kicap: 5 biji cili padi (ikut suka) ] kisar 1 sudu gula pasir ] kesemua 1 ulas bwg putih ] bahan dan cwn kicap masin ] cukupkan air limau nipis (ikut citarasa) ] rasanya hidangkan bersama bahan hiasan. Bahan-Bahan lain : taugeh kacang tanah - digoreng suhun - digoreng daun sup/bawang bawang goreng nasi himpit/mee/mee hoon tauhu - digoreng & dipotong kecil2 fish ball - direbus & dipotong kecil2 ekor ayam direbus & disiat ekor ayam digoreng & disiat cili api - dimesin & campurkan dengan kicap manis & kicap masin

Mee Bandung

Bahan-Bahannye : 1 kg Mee kuning 400 g Sawi 250 g Udang sederhana 200 g Sotong 4 biji Kentang - rebus & blend 4 biji Tomato botol Sos Cili 3 sb Sos Tomato 3 ketul Fish cake 10 tangkai Cili kering 1 biji Bawang besar 4 ulas Bawang putih 100 g Udang kering 6 cawan Air Telur - ikut bil orang yang makan Minyak , Garam Daun sup & bawang goreng Cara-Caranya : Kuahnya (kalau boleh masak dalam periuk) 1) Blend bawang besar, bawang putih, cili kering & udang kering sehingga lumat & tumis 2) Masukkan sotong sampai separuh empuk, masukkan udang 3) Tambahkan sos cili, sos tomato, air & garam. Didihkan. 4) Lepas tu masukkan kentang blend & masak sampai mendidih. Telurnye (dalam kuali lain tau) 1) Ambil sedikit kuahnya utk memasak telur. Masak telur satu persatu. Lastly masukkan fish cake, mee, sawi & tomato dalam periuk tadi. Hidangkan dan taburkan daun sup dan bawang goreng. Bolehlah dihidangkan utk. 4-5 org.

Kurma Kambing / Daging / Ayam


(Hidang Untuk 4 Orang) Daging/ayam dipotong kiub 1 botol natural yogurt (size kecik macam Nestle punya, kalau tak suka masam, kurangkan) 1 biji bawang besar - mayang 3 ulas bawang putih - tumbuk 1/2 inci halia - tumbuk 1 tbsp ketumbar sebuk 1 tbsp jintan putih serbuk 1 tsbp cili serbuk 1/4 tbsp kunyit serbuk 2 helai bay leaves Kulit kayu manis Buah pelaga Cengkih Minyak masak/minyak sapi / butter untuk menumis

Cara-Caranya: 1. Tumis bawang besar sampai brown colour. 2. Masukkan bawang putih & halia tumbuk. 3. Masukkan kulit kayu manis, pelaga & cengkih, tumis sampai wangi. 4. Masukkan rempah2 serbuk, tumis sampai wangi. 5. Masukkan daging/ayam, kacau sebentar. 6. Masukkan yogurt & bay leaf. 7. Lastly, masukkan garam & sedikit gula (utk menggantikan serbuk perasa..). 8. Kalau agak2 daging tu masih liat, masukkan sikit air, tutup periuk (kacau sekalisekala) & biar kuah sampai pekat. Colour kurma ni tak macam kurma yg biase tu, kelabu, tapi merah kekuningan. Ok, selamat mencuba.

Nasi Dagang
Bahan-bahan: 5 cawan beras nasi dagang ATAU (3 cawan beras pulut + 2 cawan beras biasa) 2 cawan santan pekat 4 cawan santan cair 2 sudu besar halba 10 ulas bawang merah kecil, mayang halus 6 ulas bawang putih, mayang halus 1 inci halia, dihiris halus (seperti batang mancis) Garam dan gula secukup rasa. Cara memasak: 1.. Didihkan air didalam periuk kukusan 2.. Gaul beras dan santan cair dengan sedikit gula dan garam 3.. Alaskan kukusan dengan kain kapas yang bersih (seelok-eloknya dua inci melebihi paras bekas pengukus 4.. Masukkan beras yang sudah bersantan kedalam pengukus dan kukus sehingga beras masak 5.. Keluarkan beras yang sudah masak, masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar 6.. Semasa masih panas panas, gaul rata-rata dengan santan pekat (masuk sedikit-sedikit), bawang merah, bawang putih, halia dan halba. Sesuaikan gula dan garamnya. 7.. Hidang panas-panas bersama kuah dan sambal kelapa. Gulai ikan tongkol (atau ayam) untuk nasi dagang Bahan A Dua ekor ikan tongkol sederhana besar 5 keping asam gelugor 2 inci halia, ditumbuk kasar 3 ulas bawang merah kecil, ditumbuk kasar 3 ulas bawang putih, ditumbuk kasar Sesudu makan garam dan sesudu teh gula Air untuk merebus (sekadar menutup ikan, lebihkan seinci)

Bahan B Santan pekat dari satu biji kelapa 3 keping asam gelugor 5 ulas bawang merah kecil, ditumbuk 4 ulas bawang putih, ditumbuk 1 inci halia, ditumbuk Satu peket rempah kari Adabi, dibuat pes Satu sudu makan cili boh (kalau tak suka pedas, tinggalkan) 1 cawan santan cair, dibancuh dengan sesudu makan asam jawa. 2 sudu makan gula merah/ kabung/ melaka (atau kalau di Kelantan dipanggil "manisan") Garam secukup rasa Minyak untuk menumis Cara memasak: Rebus bahan A sehingga masak, dan renihkan selama setengah jam, kemudian ambil ikan sahaja dan ketepikan. Pijarkan minyak di dalam periuk Tumiskan bawang, bawang putih dan halia, sehingga naik bau Masukkan rempah kari dan cili boh (jika guna) dan goreng sehingga keluar minyak Masukkan santan cair yang telah dicampur dengan asam jawa dan ikan (ketepikan sekeping untuk sambal kelapa). Biarkan mendidih Masukkan santan pekat dan asam gelugor. Bila mendidih masukkan gula merah Masukkan garam dan sesuaikan rasanya (kalau sudah masam, keluarkan asam gelugor) Biarkan renih selama 15 minit sebelum dihidangkan bersama nasi dagang. Sambal kelapa untuk Nasi Dagang Bahan-bahan: Kelapa parut (sebiji), disangrai sehingga perang 4 sudu makan gula kabung (manisan) Sekeping ikan tongkol rebus, asingkan isinya sahaja Cara memasak: Tumbuk semua bahan-bahan sedikit demi sedikit. Pastikan kelapa tidak pecah minyaknya. Kalau tidak suka terlalu manis boleh kurangkan gulanya. Hidangkan nasi dagang dengan gulai ikan tongkol dan sambal kelapa. Boleh juga dimakan dengan sambal tumis dan acar timun.

Nasi Ayam

NASI Bawang kecil 6 biji Halia seinci Daun Sup 2 tangkai Beras 4 pot Air + kuah sup separas beras garam secukup rasa Cara-cara: 1) Bawang kecil dihiris halus, halia dipotong jangan terlalu kecil 2) Basuh beras masukkan garam, air & bahan (1), daun sup dipatah-patah je baru naik bau dan masak. *Kalau nak nasi jadi kuning sikit, tumis bahan (1) dengan planta baru masuk dlm beras. AYAM Ayam 9 ketul Halia seinci Bawang putih 4 biji Kunyit seinci kicap manis 3 sudu besar serai 3-4 batang Garam secukup rasa Cara-cara: 1) Bahan-bahan diblend & diperap (lagi lama perap lagi meresap rempah tu) 2) Goreng ayam SAMBAL Cili merah 10 biji Bawang putih 3 biji Sos tomato / cuka 1 sudu besar garam secukup rasa Cara-cara: 1) Blend cili & bawang putih 2) Masak dalam periuk & tambah sos tomato / cuka & garam * Ingat! Ada orang tak leh makan cuka...

Ayam Goreng Air Kelapa ( Style Indon )


Bahan-bahannya: 1 ekor ayam dipotong 8 keping 2 biji limau kasturi 5 ulas bawang merah 1 sudu besar bawang putih 1 sudu teh halia 1 sudu teh kunyit serbuk 2 helai daun kunyit 2 helai daun salam 2 batang serai 4cm lengkuas

1litre air kelapa 100ml air kelapa 70gm tepung beras sudu teh bicarbonate of soda Garam secukup rasa Cara-caranya: Bersihkan ayam, campurkan bahan-bahan kisar seperti bawang besar, bawang putih, halia, kunyit serbuk, serai dan lengkuas,kecuali daun kunyit dan daun salam. Rebus hingga masak. Angkat ayamnya, ambil air ayam dalam 100ml dan ambil rempah-rempah yang tertinggal. Air ayam, tepung beras dan soda kuih dikacau rata ketepikan. Panaskan minyak, goreng ayam hingga kekuning-kuningan, dan toskan minyaknya. Satukan adunan tepung beras soda kuih dan air ayam, bubuh sedikit garam, goring adunan hingga kekuning-kuningan. Hidangkan ayam di pinggan dan taburkan adunan tepung beras atas ayam

Bahan-Bahannya : 1 ekor ikan siakap dibuang sisik dan isi perut. pepper 0.5" halia dipotong halus 1 biji Bawang besar potong bulat 6 ulas bawang putih 3 sudu besar kicap cair Daun bawang dipotong panjang sikit garam 6 / 7 sudu besar air ( for kuah) unless nak berkuah, bubuh lebih sikit dan kicap lebih sikit 4/5 Asam makan bulat yang dipekat , selalu dijual dekat tempat titsbit. kalau tak nak pun takapa. Ganti asam jawa sikit aje. Anyway Nanti balik rumah cari nama packet tu. Cara-Caranya : Periuk kukus siapkan masak air. Bubuh ikan yang dilumur garam dan pepper dalam pinggan besar . Tuang kicap cair dan air. Letak halia atas ikan. Tabur bawang besar. letak asam kelilikng ikan. Tabur daun bawang. Sementara tu tuang 2/3 sudu minyak dalam kuali dan goreng bawang putih kemudian tuang bawang putih bersama dengan minyak yang panas tu atas ikan. Kemudian bubuh dalam periuk kukus & tutup. Kalau air tak masak lagi selalunya saya biar 45 min plus ikan habis masak.so around 30 min if air dah mendidih.

Tomyam Campur

Bahan-BahanNya : 50 gm udang basah - dibuang kulit 50 gm sotong - potong ikut suka 100 gm isi ayam - dipotong dadu 1 biji buah tomato - potong ikut suka 3 batang serai - di titik 4 biji cili padi - di ketuk 1 biji bawang besar - di hiris bulat 2 ulas bawang putih - diketuk 1 - 2 biji limau nipis 2 - 3 helai daun limau purut 1 camb kicap sotong ( kicap cair Thailand) sedikit bunga kobis dan carrot - potong ikut suka daun sup & daun bawang 1/2 camb sos tomato siam - optional garam, gula dan ajinomoto secukupnya. 4-5 cawan air Cara-Caranya :: Didihkan lebih kurang 4 cawan air di dalam periuk. Bila air mendidih, masukkan serai, bawang putih dan daun limau purut. Kemudian masukkan ayam, udang dan sotong. Apabila ia mendidih, masukkan pula bawang besar, garam, gula, ajinomoto, sayur-sayuran, cili padi, sos tomato, kicap siam dan buah tomato. Ingat proses memasaknya mesti cepat. maksud saya api dapur mesti besar untuk memastikan tomyam anda lebih enak. Dan akhir sekali, angkat dan taburkan dengan daun sup dan daun bawang. * jangan ikut sukatan ni 100 % sebab saya pakai agak je...

Udang Masak Lemak Nenas


Bahan-bahannya : 10 ekor udang(sedrhana besar) 8 biji cili kering 2 biji cili merah biji nanas 5 ulas bawang merah 2 batang serai 1 inci kunyit hidup inci belacan 2 cawan santan sedikit kerisik sedikit gula Caranya : Bersihkan udang dan toskan. Taburkan sedikit gula diatasnya. Tumbuk cili kering,cili hidup,kunyit hidup,serai,belacan dan bawang merah hingga lumat. Masukkan santan ke dalam kuali & biarkan sehingga mendidih, barulah dimasukkan rempah yang telah ditumbuk tadi, masukkan sedikit minyak masak dan masukkan udang lalu dibalik-balikkan. Angkat udangnya terlebih dahulu.Masukkan nanas dan

sedikit garam. Bila kuahnya telah sebati masukkan udang dan kerisik. Angkat dan hidangkan.

AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahan

seekor ayam bwg merah bwg besar bwg putih halia serai tomato puree daun saderi dan daun bwg sos cili cili kering santan/ susu cair kulit kayu manis/ bunga lawang/ buah pelaga/ bunga cengkih carrot tomato

Cara-cara memasak 1. Blend bwg merah, bwg besar, bwg putih, halia, serai dan cili yg telah direbus 2. Potong ayam ikut suka, gaulkan dgn garam, halia dan bwg putih ( yg telah diblend gk) 3. Goreng ayam separuh masak je. 4. Next utk kuah die, mula2 kita tumis rempah2 ratus tu..kulit kayu manis dan kwn2nya 5. Bila dah mula wangi,masukkan bahan yg telah di blend td 6. Tumis sehingga cili masak..ni kene pandai2 agak..klu cili xmsk nanti sakit perut pulak..hukhuk..mb lebih kurang 30 minit kot..pandai-pandailah yer..hehe 7. Masukkan air, tumis lagi.. 8. Masukkan carrot, serai yg dah diketuk ng tomato dadu.Masuk sekali sos cili dan tomato puree 9. Masak lagi dalam 10 minit, then in goes the sugar and salt..secukup rs lidah..hehe.. 10. Masukkan santan atau susu cair..tp sebenarnya tak letak pun ok jgk..tp yg lagi sedap lemak berkrim mestilah kene ltk santan atau susu cair 11. In goes the fried chicken and cook in another 5minutes..Perah limau kasturi/ nipis..well balance kan masam, manis dan masinnya.. 12. Lastly, taburkan daun bwg dan daun saderi tu..DOne.. AYAM MASAK ROS

Bahan-bahan 1/2 ekor ayam 2 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 6/7 cili merah/ cili kering 2 biji tomato yang dipotong (sos tomato pun boleh) Cili padi (kalau nak pedas) Bunga lawang Bunga cengkih Kulit kayu manis Santan Gula Garam Cara-cara 1. Blend bawang merah, bwg putih da cili. 2. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Setelah minyak panas, masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi. 3. Masukkan juga bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis. (nak bagi wangi je) 4. Biar seketika kemudian masukkan ayam, tomato dan santan. 5. Rebus hingga pecah minyak (nmpak ade minyak naik kat permukaan) 6. Boleh tambah air kalau nak cair. 7. Tadaa! siap untuk dihidang. Hidangan untuk 6-8 orang (ikut potongan ayam) AYAM/DAGING MASAK KICAP Bahan-bahan: 500 g daging ayam 1 batang kulit kayu manis 3 biji buah pelaga 4 batang bunga cengkih Bahan utk diperap: 2 sudu cili giling/blend 3 biji bawang merah* 2 ulas bawang putih* 1 inci halia* 1 sudu mkn serbuk lada hitam 2 sudu mkn cuka kicap secukup rasa

garam secukup rasa gula secukup rasa (*diblend sehingga lumat) Cara-cara: 1. Perapkan daging ayam yang sudah dicuci dgn bahan-bahan perap selama 30min. 2. Tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. 3. Masukkan ayam yang telah diperap dan masak senghingga ayam betul-betul masak.

Pairen Ikan (Masakan Orang Sabah) BAHAN-BAHAN Ikan Pari / Ikan Keli / Ikan Tongkol Hitam atau Udang Basah 1/2 biji Kelapa Parut Putih (ikut saiz hidangan) 3/4 ulas Bawang Putih 3/4 ulas Bawang Merah Kecil 15/20 tangkai Cili Padi (ikut kepedasan)* 1 ikat serai (dipotong2 kecil sebab nak ditumbuk nanti) Asam Jawa - tak perlu direndam, tapi sebiji2 Minyak masak Garam Serbuk perasa ** Kelapa Parut Kering tu sama macam kerisik CARA PENYEDIAAN 1) Makanan laut dibersihkan dan dipotong. Boleh juga gunakan udang.** 2) Tumbuk cili padi + bawang + kelapa + serai (haluskan), kalau boleh tumbuk sedikit2, kalau nak guna kelapa parut kering lagi sedap tapi cilinya digantikan dengan cili kering. 3) Bahan2 yang ditumbuk tadi dituang diatas periuk yang mengandungi makanan laut + asam jawa di ambil sebiji2 di campak dalam periuk dan tuangkan minyak masak dalam periuk ala2 sekadar memenuhi masakan bersama sikit air (Kaco sikit biar sebati tapi bukan gaul sampai bagi semuanya hancur) 4) Jangan lupakan garam, ngan perasa 5) Masak atas api, kecilkan api, tutup tudung periuk (biar agak kering sikit, tapi kalau suka basah biarkan la banyak air)

TIPS *Bahan2 kalau di Sabah, cili padi putih yang dibelah2 atau sebiji2, then cili padi Sabah yang kecil tuh tapi hati-hati sebab terlampau pedasnya, then ada pakai daun bawang (bukan daun bawang biasa tapi yang ada bawang dibawahnya) dan daunnya seperti daun kucai (senang dicari di Sabah) so Semenanjung tak ada jadi saya keluarkan bahan2 ini... **Kalau gunakan udang tak payah buang kulit/kopek tapi potong hujung muncung udang ngan hujung ekor ajer...sebab air udang manis..kalau buang kepala dia dah ilang manisnya.

KUIH DONAT Bahan A 600 gm tepung gandum 100 gm tepung naik sendiri 100 gm gula 30 gm susu tepung 1 s/k garam 11 gm [ 1 paket] yis mauripan Bahan B 1 biji telur [pukul sikit] 330 ml air suam 60 gm majerin 1 s/k bread softener [optional] Bahan C [untuk goreng donut] 500 ml minyak 1 s/b majerin Coklat cream [masak secara double boil] 250 gm cooking coklat 30 cocoa-butter Bahan Hiasan manik warna warni Cara-Cara 1. Gaulkan semua bahan A supaya sama rata.

2. Masukkan pula bahan B dan kacau rata menggunakan mesin selama 20 minit. 3. Perapkankan selama 1 jam atau sehinga naik sekali ganda. 4. Ambil adunan dan canaikan supaya rata. Terapkan dengan acuan donut. 5. Biarkan donut naik lagi selama 20 - 30 minit. 6. Panaskan bahan C dan masukkan donut . Perlahan api. 7. Goreng donut sehingga kuning keemasan. 8. Angkat dan celupkan dalam cooking coklat yg telah cair. 9. Taburkan hiasan.

SAMBAL TELUR REBUS Bahan 10 biji telur rebus 1 labu bawang besar [mayangkan] 3 s/b sos tomato 1 s/k gula garam minyak Bahan Kisar 20 tangkai cili kering 2 ulas bawang putih 10 ulas bawang merah belacan [jika suka] Cara-cara 1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga garing. 2. Masukkan sos tomato, gula dan garam. Kacau rata. 3. Masukkan telur dalam sambal dan biarkan sebentar. 4. Masukkan bawang besar dan kacau sikit. 5. Bila nampak bawang layu boleh masukkan sambal dalam pinggan dan hidangkan. AGAR-AGAR PELANGI Bahan A:30gm agar-agar 4 cawan air 1 1/2 cawan gula 2 helai daun pandan Bahan B:-

1/2 cawan susu cair 2 biji telur 1 sudu kecil esen vanilla Pewarna merah, kuning dan hijau Cara membuatnya:1. Masukkan bahan A dalam mangkuk kaserol. Masak di dalam microwave selama 15 minit High hingga agar-agar hancur. 2. Pukul bahan B hingga sebati. 3. Bahagikan agar-agar tadi kepada 3 bahagian. Masukkan pewarna merah, hijau dan kuning. 4. Masukkan agar-agar hijau di dalam acuan, bila keras sedikit masukkan pula agar-agar kuning dan seterusnya merah. Bekukan agar-agar ini di dalam peti sejuk. Sesuai dihidangkan dengan ais krim atau buah-buahan.

Otak-otak Udang ( Makanan Orang iranun) Bahan-Bahan : 400g Udang air tawar (dibuka kulit dan dicincang halus) 1 cawan kelapa parut 5 cili merah (dipotong) 1 sudu besar lada putih 6 bawang 10g halia 2 batang daun bawang (dipotong) 2 batang daun saderi (dipotong) 1 cawan minyak masak garam secukup rasa

Cara Menyediakan : Giling udang dengan kelapa parut, bawang merah, bawang putih dan halia. Campurkan garam, lada putih dan bahan perasa. Gaulkan dengan senduk kayu. Ambil satu sudu besar campuran ini dan jadikan bebola. Goreng sehingga garing dan kekuningan.

Piaren Ah Manuk ( Makanan Iranun- Kota Belud) Bahan-Bahan : 1.5kg Ayam (dipotong kepada 8 ketul) 3 cawan Santan (dipecah dari 1 biji kelapa parut) 10 sudu besar kelapa parut (ditumbuk) 8 cili putih (dibuang biji dan dipotong) 2 batang daun bawang (dipotong kepada 1 inci) 3 batang Serai (dititik) 1 bawang besar 6 sudu besar minyak masak Garam dan bahan perasa

Bahan-Bahan yang Ditumbuk : 6 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 2 inci kenyit hidup 10 biji cili merah

Cara Menyediakan : Panaskan minyak didalam belanja dan goreng bahan-bahan yang ditumbuk dan bawang sehingga kekuningan. Masukkan ayam, serai dan kelapa parut yang ditumbuk. Gaulkan dengan sempurna. Kecilkan api dan campurkan santan, garam dan bahan perasa. Masak sehingga pekat. Masukkan daun bawang dan cili putih. Masak sehingga pekat. Masukkan daun bawang dan cili putih. Gaulkan dan biarkan mendidih selama 2 hingga 3 minit. Kemudian bolehlah dihidangkan.

Anda mungkin juga menyukai