Anda di halaman 1dari 38

Asam Pedas Daging Dengan Daun Kesum Bahan-Bahan: Bahan dikisar: 5 ulas bawang putih 3 cm halia 3 batang serai

3 cm lengkuas 5 biji cili padi 2 biji buah keras 5 biji cili kering 2 cm belacan Cara: Panaskan satu sudu besar minyak masak dan tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan daging dan air asam jawa. Biarkan seketika kemudian masukkan air sejuk. Sesuaikan rasa dan didihkan hingga daging empuk. Kemudian masukkan daun kesum. Angkat dan hidangkan. kilo daging (dihiris nipis) 10 ulas bawang merah 2 cawan air asam jawa 2 batang daun kesum 1 liter air sejuk Serbuk perasa Minyak masak Garam

Asam Pedas Tulang Lembu Bahan-Bahan: 1 kg tulang lembu Serangka 150 gm cili kisar 50 gm bawang merah 30 gm bawang putih 50 gm lengkuas 3 gm halia 3 batang serai Sedikit belacan 2 kuntum bunga kantan Cara: Potong tulang serangka sebesar dua inci, bersihkan dan rebus sehingga ia empuk bersama sedikit garam, daun kesum, halia dan serai. Panaskan minyak dan tumiskan bawang bawang merah, bawang putih dan lengkuas, halia, serai dan cili yang dikisar halus sehingga naik baunya. Masukkan air rebusan tulang lembu tadi bersama sedikit serbuk perasa, daun kesum, bunga kantan, asam keping, kicap pekat, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa dan sedikit gula 1 tangkai daun kesum 5 keping asam keping 1 sudu makan serbuk lada hitam 2 sudu makan kicap cair Minyak masak untuk menumis Sedikit serbuk perasa Garam secukup rasa 2 biji buah tomato (dipotong empat)

sekiranya mahu. Masak sehingga ia mendidih, biarkan di atas api sederhana besar seketika atau sehingga kuahnya pekat. Masukkan tulang serangka, tunggu sehingga kuahnya sebati, angkat dan hidangkan. Sesuai dihidangkan untuk makan tengahari ataupun sebagai lauk pengantin.

Begedil Daging Istimewa Ibuku Bahan-Bahan: 10 Ubi Kentang (direbus & dilenyek) Daging ((direbus & Di cincang) Sedikit Lada sulah Sedikit Daun Sup Cara: 1. Rebus Ubi Kentang dan toskan dan rebus daging. 2. Lenyek Ubi dgn dgg cincang,letakkan sedikit daud sup dan lada sulah. 3. Bulat-bulatkan dan leperkan sedikit. 4. Celupkan begedil tadi dengan tepung, telur dan tepung kembali. 5. Gorengkan dengan api sederhana. Cadangan Hidangan: Makan dengan nasi putih dengan sos cili LIFE Tambahan: Makan gitu pun da sedap beb... Try ler ek. Tepung Kentucky Telur (untuk dicelup) p/s Tidak perlu garam sebab tepung kentucky tadi sudah masin.

Daging Masak Sambal Halia

Bahan-Bahan: kg Daging inci halia (dihiris) 2 biji kentang (dipotong 4 dan di goreng) 1 ulas bawang besar (dihiris) 1 cawan air asam jawa Garam dan gula (secukup rasa) Minyak (untuk menumis) Cara: 1. Panaskan minyak di dalam kuali.Masukkan halia yang telah dihiris. Tumis hingga naik bau. 2. Masukkan bahan yang telah dikisar.Tumis hingga garing dan naik bau. 3. Masukkan daging,biar hingga keluar airnya,baru dikacau. Tunggu hingga daging masak. 4. Masukkan air asam jawa. Tunggu hingga ia mengelegak. Masukkan kentang dan bawang besar. 5. Masukkan secukup rasa gula dan garam. Biarkan ia pekat Cadangan Hidangan: Boleh di makan bersama roti atau nasi.. Tambahan: Jika halia lebih,lebih sedap rasa sambal ni.. Bahan dikisar: 9-11 keping cili kering 2 ulas bawang putih 6 ulas bawang merah 1 inci halia

Daging Masak Hitam Manis Bahan-Bahan: Bahan A: 500 gram daging segar 2 sudu makan kicap pekat 1 sudu makan gula garam & perasa secukupnya sedikit lada hitam - ditumbuk Bahan B: 2 sudu cili giling asam jawa (sebesar ibu jari) 1 biji bawang besar 2 biji cili merah halia (sebesar ibu jari)- ditumbuk 3 biji bawang merah - ditumbuk 2 biji bawang putih - ditumbuk sedikit air

Cara: Bahan A digaulkan sehingga sebati dan perapkan bersama daging selama 1 jam.

Tumiskan bawang merah, halia, bawang putih sehingga garing, masukkan cili giling dan tunggu sehingga naik minyak. masukkan air asam dan seterusnya masukkan daging yg telah diperap. masak sehingga daging empuk (air perlu ditambah sekiranya perlu). setelah daging masak, masukkan bawang besar & cili. selepas 2 minit, hidangan boleh dihindangkan. Tambahan: Suami saya paling suka dengan masakan ini. Boleh juga dimakan bersama dengan roti selain daripada nasi.

Rendang Daging Tuk Bahan-Bahan: 250 ml minyak masak 3 kuntum bunga lawang 50 gm serbuk jintan manis 3 helai daun limau purut 1 helai daun kunyit 1 camca teh serbuk kunyit 3 kg daging 500 ml santan 100 gm kerisik Sedikit garam dan gula Cara: Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, bunga lawang dan serbuk jintan manis. Biar hingga garing. Masukkan cili kering. Biar hingga terbit minyak. Kemudian, masukkan serai bersama buah keras, daun limau purut, daun kunyit dan serbuk kunyit. Biar ia sebentar. Masukkan daging bersama santan. Biar hingga kuah mendidih, pekat dan daging lembut. Akhir sekali, masukkan kerisik bersama garam dan gula. Kacau hingga sebati. Bahan-bahan dikisar: 5 biji bawang besar 4 ulas bawang putih 2 cm halia 1 cm lengkuas 10 tangkai cili kering 100 gm buah keras

Daging "Black Pepper" Bahan-Bahan: Daging - Direbus dan hiris nipis cawan kicap pekat cawan sos tiram 3 sudu besar lada hitam - ditumbuk kasar 1 mangkuk air asam jawa 1 sudu besar gula Cara: Tumis bawang merah, putih, halia hingga kuning dan naik bau. Masukkan kicap pekat dan lada hitam. Maukkan daging, air asam jawa. Biar mendidih. Masukkan sos tiram, gula, bawang besar, salary, capsicum. Biarkan mendidih dan pekat. Sedia untuk dihidang. 3 ulas bawang putih - hiris 5 ulas bawang merah - hiris 1 inci halia - hiris 1 labu cili epal (capcicum) - potong memanjang 1 batang salary - potong memanjang 1 labu bawang besar - potong kiub

Daging Masak Merah Bahan-Bahan: 300 gm daging lembu Sedikit kicap cair

2 biji bawang besar (dihiris) 3 ulas bawang putih (dititik) 125 gm sos tomato 4 sudu besar cili kering (dikisar) Cara:

Garam secukup rasa Sedikit air Minyak untuk menumis

Rebus daging dengan ditambah sedikit pewarna merah sehingga empuk. Potong daging lebih kurang sebesar 5 cm. Panasakan minyak & tumis bawang putih sehingga naik baunya. Masukkan cili kering. Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan sos tomato & daging yang telah dipotong tadi bersama sedikit air. Tambahkan sedikit garam & kicap cair. Masak sehingga kuah agak kering barulah dimasukkan pula hirisan bawang besar. Kacau seketika & angkat.

Daging Masak Hitam Istimewa Bahan-Bahan: Daging 1 kilo Bawang Besar 1 kilo Serai 3 batang(titik) Kulit Kayu Manis 2cm Bunga Lawang 1 kumtum Bunga Cengkih 4 biji Minyak 5 sudu besar Kicap Pekat 6 sudu besar Garam ,Gula , sudu air asam jawa Cara: 1.Daging dipotong sederhana kecil basuh dan toskan . 2.Bawang kupas basuh dan potong nipis 3.Kisar semua bahan B hingga halus. 4.MasuKkan Daging kedalam periuk masukan bawang,serai,bunga cengkih,lawang ,kk manis dan bahan B yang dikisar . 5.Masukkan kicap pekat,gula ,garam,air asam jawa dan sedikit air dan minyak gaul hingga sebati. 6.Angkat periuk letak atas dapur masak dengan api kecil selama 1-2 jam atau sehingga daging empuk dan pekat kuahnya. Halia 6cm (panjang) Bawang Putih 7 ulas Cabai Kering 10 biji sudu besar Serbuk Jintan Manis sudu besar serbuk Jintan Putih

Cadangan Hidangan: Hidang dengan nasi tomato/nasi minyak Tambahan: Masakan daging ini perlu dikacau selalu untuk mengelakan dari hangit. Daging akan masak dengan air bawang sahaja sebab itu perlu masak dengan api kecil

Daging Goreng Lada Hitam (Marinated) Bahan-Bahan: Daging (dihiris halus) Lada hitam secukup rasa Bawang merah Bawang putih Sedikit halia Kesemua bahan di tumbuk. Sos tomato Sos cili Sos tiram Kicap pekat Garam Bahan perasa * Sukatan bahan2 adalah mengikut jumlah daging yg digunakan & mengikut agakan puan-puan sendiri.

Cara: Campurkan kesemua bahan2 dengan daging dan diperap seketika (10 min pun boleh tapi kalau lagi lama lagi sedap) Kemudian panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan yang telah diperap, masukkan sedikit air untuk melembutkan daging dan tutup kuali hingga daging empuk. Rasa masakan anda dan apabila daging empuk, air telah kering, masukkan hirisan bawang besar. Cadangan Hidangan: Taburkan daun bawang & daun sup yang telah dihiris jika suka.

Tambahan: Masakan ini adalah paling mudah terutama utk surirumah yg bekerja. Boleh di perap waktu malam/pagi dan terus dimasak apabila balik kerja.

Daging Masak Merah Bahan-bahan: Daging (ditoskan dan diperap bawang putih dan kicap sotong) dicampur pula dengan sedikit pewarna merah. Bawang besar Cili merah /hijau Cili api Tomato Sos Sos cili Sos Tiram Secawan air Serai dipotong-potong saja. Bawang putih seulas Garam dan sedikit gula sahaja. Cara-caranya: 1. Daging yang diperap digoreng terlebih dahulu angkat . 2. Masukkan sos yang dicampur secawan air dan serai tadi beserta cili api yang diketukketuk. Biar kering sedikit 3. Barulah masukkan daging yang digoreng awal tadi.

Rendang Daging Bahan-bahan 1 kilo daging 2 labu bawang besar (dikisar) 6 ulas bawang putih (dikisar) 5 ulas bawang merah 3 cm lengkuas (dikisar) 3 batang serai (dikisar) 3cm halia (dikisar) Bunga lawang,kulit kayu manis,& buah pelaga. 2 peket rempah kari daging (cap tarbus)

Kerisik (1 biji kelapa) 3 cawan santan Garam secukup rasa Sedikit perasa 1 senduk minyak 1 tangkai daun kari Cara-cara memasaknya 1. Daging dipotong dan dibersihkan.bancuh rempah daging masukkan bahan kisar, kerisik dan sedikit air. 2. Gaul bersama daging tadi. Perapkan selama 20 minit, panaskan minyak tumis bunga lawang, kulit kayu manis & buah pelaga, daun kari dan bawang merah & bawang merah sehingga naik wangi. 3. Masukkan daging tadi biar sampai pecah minyak,baru masukkan santan, garam & serbuk perasa.masak sehingga daging empuk dan kuahnya pekat. ***rendang daging ini sesuai dimakan bersama ketupat pulut

Daging Cili Padi Bahan-bahannya: 500 g daging 10 biji cili padi 5 biji bawang merah 2 biji bawang putih 2 cm halia 2 susu makan sos tiram 2 biji bawang besar ( dipotong bulat ) 2 biji limau kasturi ( diperah ambil jusnya ) 5 biji cili merah garam dan gula secukup rasa Cara memasak 1. Panaskan minyak dan goreng daging sehingga lembut dan ketepikan. 2. Masukkan halia, cili padi,halia, bawang merah dan bawang putih ke dalam pengisar dan kisarkan. 3. Panaskan minyak semula ( gunakan minyak goreng daging tadi ) dan tumiskan bahanbahan yang telah dikisar tadi. 4. Tumiskan sehingga kekuningan kemudian masukan sos tiram, garam dan bawang besar. 5. Apabila baunya mulai naik, masukkan jus limau kasturi. 6. Masukkan daging dan gaul sehingga rata. 7. Masak sehingga mendidih dan kuah menjadi sedikit pekat.

Gulai Lemak Daging Salai Bahan-bahan Daging salai (maklang rebus dan bakar atas dapur jer...dah bakar baru maklang hiris) Bahan tumbuk/kisar halus Cili padi Bawang merah Bawang putih Kunyit hidup Serai - titik Cili hijau - belah 2 Santan Pati santan Bacang muda - hiris Cara 1. Masukkan daging, santan dan bahan tumbuk ke dalam periuk. Didihkan. 2. Masukkan santan pekat dan campakkan cili hijau. Biarkan seketika. Jangan sampai keluar minyak nanti tak sedap. 3. Tutup api dan ready to serve bersama nasi putih.

Bawal Masam Manis Bahan-Bahan: 1 ekor ikan bawal 1 sudu besar tepung jagung 1 biji putih telur 1 biji bawang besar dipotong dadu 2 biji cili merah 3 sudu besar sos tomato 2 sudu besar sos plum 2 sudu besar sos cili 50 ml air 1 sudu kecil air limau nipis Minyak masak Garam dan gula

Cara: Ikan dibuang sisik dan perutnya dibersihkan. Lap ikan hingga kering. Gaulkan ikan dengan tepung jagung dan putih telur. Perapkan selama 15 minit. Gorengkan ikan hingga kekuningan. Angkat dan letakkan dalam pinggan. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar. Masukkan semua sos, air limau nipis dan air. Kacau hingga mendidih. Setelah cukup pekat, bubuhkan cili merah, garam dan gula. Angkat dan tuangkan atas ikan hingga rata.

Asam Pedas Melaka Bahan-Bahan: Bahan ini dikisar: 1 labu bawang besar 5 biji bawang merah 25 tangkai cili kering 1 inci halia 1 sd besar jintan manis sd teh lada hitam 1 inci kunyit hidup 3 ulas bawang putih 3 sd besar asam jawa campurkan dengan cawan air 1.5 liter air 2 biji tomato - potong 4 1 batang terung - potong 10 biji bendi 2 tangkai bunga kantan - dipecahkan 1 sd besar garam sd teh serbuk perasa

Bahan tumis : 1 labu bawang besar dihiris halus sd teh biji sawi sd teh halba 5 tangkai daun kari (leraikan) 5 keping ikan tenggiri atau ikan parang atau 1 ekor ikan terubuk (dibersihkan) 2/3 cawan minyak masak Cara:

Panaskan belanga dan masukkan minyak. Tumis bawang hiris hingga kuning dan masukkan bahan tumis yg lain, biarkan naik bau. Masukkan bahan kisar dan garam, tumis hingga pecah minyak. Masukkan air asam jawan dan kacau sebentar hingga naik minyak. Masukkan ikan dan sebatikan bersama bunga kantan. Masukkan air, serbuk perasa, bendi dan bahan lain kecuali tomato. Tutup dan biar renih pada api kecil hingga mula pekat dan masukkan tomato. Biarkan 5 minit baru diangkat. Cadangan Hidangan: Sesuai dimakan dengan nasi putih, roti atau roti canai. Tambahan: Jika suka boleh masukkan 1 sd besar gula. Belacan juga boleh ditambah dengan bahan kisar. Untuk menyedapkannya goreng belacan dengan sedikit minyak terlebih dahulu. Gunakan 1 sd besar untuk resipi ini. Boleh juga dimasukkan daun kesum

Asam Pedas Bahan-Bahan: 5 ekor ikan kembong 1 batang serai-diketuk 1 tangkai daun kesum 2 gelas air Garam secukup rasa Cara: Masukkan bahan yang ditumbuk, serai, daun kesum serta air ke dalam periuk. Tunggu hingga mendidih, kemudian masukkan ikan serta garam secukup rasa. Bahan tumbuk: 4 ulas bawang merah 2 biji cili merah Sedikit belacan

Cadangan Hidangan: Sesuai dimakan panas-panas bersama nasi putih atau dicecah dengan roti.

Asam Pedas Ikan Pari Bahan-Bahan: 600 gm ikan pari 300 gm bendir 2 batang serai, dititik 2 kuntum bunga kantan 4 - 6 helai daun kesum Sedikit minyak untuk menumis Sedikit air asam jawa Garam secukupnya Cara: Ikan disiang dan dicuci bersih. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan digiling halus hingga garing. Kemudian masukkan serai titik. Kacau rata. Masukkan ikan dan air asam jawa. Kacau rata. Apabila mendidih masukkan bendir, daun kesum, bunga kantan dan garam. Kacau rata. Bahan-bahan digiling halus: 15 tangkai cili kering 5 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 2.5 sm halia

Bawal Kukus Bersama Sos Kicap Halia Bahan-Bahan: 600 gm bawal kecil 20 gm halia muda. diracik halus 100 gm tomato, diracik halus 100 gm cendawan hitam 5 gm garam Sedikit lada putih Cara: Gaulkan bawal bersama halia, sebahagian tomato, cendawan hitam, garam, lada putih dan minyak bijan. Kukus hingga masak dan sejat air lebihan. Hidangkan ikan bersama cili merah, lebihan tomato, dan parsli segar. Tuang minyak halia dan kicap cair sebelum disajikan. 1 gm minyak bijan 10 gm cili merah, diracik halus 15 gm daun parsli cina 60 gm minyak halia 100 gm kicap cair 20 ml stok ikan

Kerapu Sweet Sour Bahan-Bahan: 1 ekor Ikan Kerapu (sederhana besar) cawan sos cili cawan sos tomato 2 sudu besar sos tiram Serbuk kunyit Minyak untuk menggoreng 4 ulas bawang merah ditumbuk lumat Garam secukup rasa Cara: Panaskan minyak dan gorengkan ikan kerapu yang telah disapukan dengan sedikit garam dan kunyit Setelah ikan masak, angkat dan ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, dan tumis bawang merah & putih hingga naik bau. Masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram. Gaul sebentar. Tambah air dan masukkan lobak merah, timun, nenas & tomato. Tambah garam secukup rasa dan biarkan kuah sedikit pekat. Angkat dan tuangkan ke atas ikan. Cadangan Hidangan: Antara bahan-bahan lain yang boleh dicampur ialah kobis bunga, baby corn, lada benggala dsb. 3 ulas bawang putih ditumbuk lumat batang lobak merah dipotong kiub batang timun dibuang biji & potong kiub 1 biji tomato dibuang biji & potong kiub 1 potong nenas dipotong kiub cawan air

Gulai Ikan Kering Bahan-Bahan: 1 kepala ikan talang kering 150 gm kacang panjang 4 biji terung putih bulat 2 biji kelapa 4 labu bawang merah 2 ulas bawang putih 4 sudu besar rempah kari ikan 2 sudu besar minyak 1 sudu teh asam jawa sudu teh halba campur 2 ketul keledek 1 pelepah daun kari 2 gelas air Garam secukup rasa

Cara: Potong kacang panjang 2.5 cm dan keledek 2.5 cm x 4 cm. Belah terung menjadi empat. Bersihkan kepala ikan kering dan kerat ikut sebesar yang disukai. Hiris bawang merah dan bawang putih. Bancuh rempah kari dengan air dan jerang selama 5 minit. Masukkan keledek, kacang panjang dan terung. Kacau selalu. Masukkan kepala ikan kering dan kacau lagi. Masukkan santan, garam dan air asam jawa. Apabila masak angkat dan ketepikan. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih, halba campur dan daun kari. Kacau hingga kuning dan wangi. Tuang tumisan ini ke dalam gulai yang telah masak. Kacau perlahan dan tutup periuk.

Ikan Bilis Goreng Special Bahan-Bahan: Ikan bilis (200 gram) Bawang putih (3 Ulas) Bawang merah (3 Ulas) Halia (1 inci) Cili Api (5 - 10 Ulas) Serai (1 batang) Minyak untuk mengoreng

Cara: 1. Tumbuk Ikan bilis bersama bahanbahan no 2-5. 2. Panaskan minyak dan masukkan serai (tumbuk sedikit). Masukkan ikan bilis dan bahan-bahan yang ditumbuk.Goreng dengan api sederhana hingga ikan bilis garing. Cadangan Hidangan: Boleh dimakan dengan Nasi atau Roti. Boleh tahan lama atau buat bekal sekiranya nak pergi mekah atau oversea. Tambahan: Kalau suka boleh tambah kacang goreng.

Ikan Siakap Masam Pedas Bahan-Bahan: 1 ekor ikan siakap sederhana besar - goreng 4 ulas bawang putih - didadu kecil 6 biji cili api - potong kecil 1 inci halia - hiris 2 helai daun limau purut - hiris kasar Cara: Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan sos ikan, halia. Gaul rata. Masukkan suhun, daun limau purut, cili api, garam, nenas muda, gula. Tambah sedikit air. Kacau hingga pekat. Angkat dan tuangkan ke atas ikan yang telah di goreng tadi. Cadangan Hidangan: Taburkan hirisan daun sup & daun bawang jika suka. Tambahan: Ikan dilumur dengan garam sahaja sebelum digoreng. Cencaru Bersumbat Bahan-Bahan: 2 ekor ikan cencaru, anggar 1 kg berat Minyak untuk dilengser 1 camca besar mentega-untuk disumbat biji bawang besar, dicincang-untuk disumbat 8 tangkai daun sup, dihiris batangnya sahajauntuk disumbat 1 biji cili merah, dibuang biji dan dihiris-untuk disumbat 3 tangkai daun bawang, dihiris-untuk disumbat Cara: 1 ulas bawang putih, dicincang-untuk disumbat cawan kerang, direbus dan dihiris-untuk disumbat camca teh serbuk lada sulah-untuk disumbat 1 camca besar cili giling-untuk disumbat Garam secukup rasa-untuk disumbat 1 biji telur-untuk disumbat cawan serbuk roti-untuk disumbat 1 paket suhun - rendam hingga lembut 1 mangkuk nenas muda - didadu kecil cawam perahan limau nipis 2 sudu sos ikan Garam

Cairkan mentega di dalam periuk. Tumis bawang besar, batang daun suo, cili merah, daun bawang dan bawang putih. Kacau hingga wangi. Masukkan kerang, serbuk lada sulah dan cili giling. Kacau rata. Angkat dan masukkan garam, telur dan serbuk roti. Kacau hingga ia sebati. Alas kertas timah pada tin bakar dan lengserkan dengan sedikit minyak. Letak ikan yang telah dibuang tulang tengahnya melalui bahangian perut, di atas kertas timah dan masukkan inti ke dalam perut ikan. Bakar ikan 30-40 minit pada suhu 200'c. Apabila ikan masak, angkat dan letakkan di dalam piring. Siat kulit ikan pada bahagian atasnya dan tuangkan sos dadih.

Ikan Kembung Balut Daun Pisang Bahan-bahan: Ikan kembung secukupnya Daun pisang secukupnya 10 helai daun limau purut [dihiris halus] 200gm cili hidup merah 100gm lada kering 2 labu bawang besar 3 labu bawang putih 2 inci halia muda 1 biji limau kasturi Kicap manis secukup rasa Garam Serbuk perasa Minyak untuk menumis secukupnya Cara-cara penyediaan: 1. Kisar kesemua bahan kecuali ikan dan daun pisang. 2. Letak ikan di atas daun pisang dan lumurkan dengan rempah yang telah dikisar. 3. Kemudian balut daun pisang dan disematkan dengan lidi. 4. Perap dalam peti sejuk dan sedia untuk di barbeku.

Siakap 3 Rasa Bahan-bahan Ikan siakap } dikelar banyak-banyak, dilumur dengan garam, kunyit dan tepung jagung dan digoreng rangup sampai ke tulang. Bawang putih tumbuk kasar Halia - hiris halus

Bahan Sampingan, dipotong dadu Timun Nenas Tomato Cili bangla Sos cili Sos tomato Sos tiram Kicap manis Petis udang (1/2 sudu teh sahaja, takmo masukkan pun takpe) Tepung jagung untuk pekatkan kuah Air Garam Hiasan Carrot dihiris halus Daun sup Cili padi hiris halus Cara Membuatnya 1. Tumiskan bawang putih dan halia hingga naik bau. 2. Masukkan sos cili,tomato,tiram,kicap dan petis udang. Kacau. 3. Masukkan air yang dicampur tepung jagung untuk memekatkan kuah. 4. Masukkan bahan sampingan tadi dan tunggu hingga masak. 5. Curahkan ke atas ikan dan hiaslah ikan itu kasi menggoda sikit. Makanlah panas-panas sementara ikan masih rangup dan garing hingga ke tulang. Jangan lupa gigit cili padi tu lagi pedas lagi sedap.

Ikan Siakap Kukus Ala Thai Sumber : HUZZY AMnet

Bahan-Bahan sudu teh lada sulah 1 sudu teh gula 3 biji cili padi 1 sudu mkn sos ikan daun ketumbar 10 biji bawang putih - dicincang 1 ekor ikan siakap 1 biji limau purut Cara 1. Ikan dikukus kosong sementara itu panaskan minyak dan masukkan bawang putih, cili padi lalu tuangkan di atas ikan yang telah dikukus. 2. Panaskan kuali, masukkan kicap cair, sos ikan, sedikit air, gula, lada sulah dan minyak. 3. Akhir sekali tuangkan sos tersebut ditepi ikan dan perahkan limau purut itu diatas ikan.

Ayam Berempah Sumber: Masakkan Idaman Melayu 1977 Hits: 34077 Rating: 5.60 Review: 1 Bahan-Bahan: 1 ekor ayam (dibersihkan & dipotong kecilkecil) garam secukup rasa 4 sudu besar minyak makan 1 cawan teh pati santan Air limau 1 biji limau nipis Cara: Satukkan bahan-bahan giling & garam. Lomor rata-rata ke atas ayam & ketepikan selama 3-4 jam. Pijarkan minyak diatas api yang besar. Goreng ketulan-ketulan ayam hingga garing & rata kuningnya.Kecilkan api. Masukkan pati santan & didihkan perlahan-lahan dengan bertutup hingga empuk. Masukkan air limau nipis & sesuaikan rasanya. Hidangkan panas-panas dengan nasi putih atau roti. Cadangan Hidangan: Untuk 4 orang saja Bahan Giling: 15 ulas bawang merah 5-6 batang lada merah 8 ulas bawang putih 2 cm kunyit hidup

Ayam Masak Merah Sumber: Majalah Perempuan Mac 1994 Hits: 24264 Rating: 5.69 Review: 0 Bahan-Bahan: Bahan untuk dikisar: 30 gm cili kering 30 gm halia 20 gm bawang putih 90 gm serai 200 gm bawang besar 300 gm tomato 200 gm minyak masak Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa Cara: Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing. Setelah itu masukkan ayam, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa. Gaulkan hingga sebati dan rata. Apabila telah kering bolehlah diangkat. 1.5 kg ayam dipotong 10 bahagian dan digoreng setengah masak

Ayam & Sayuran Masak Paprik Kiriman: Riena Ariena Hits: 15057 Rating: 7.22 Review: 0 Bahan-Bahan: 500 gm ayam dipotong kecil Sedikit sotong, udang, daging 4 biji tomato 1 batang carrot 1 peket jagung muda 100 gm bunga kobis 100 gm brocolli 2 helai daun limau purut Cara: Bawang merah,putih dan halia ditumis hingga kekuningan, kemudian masukkan cili kisar hingga naik bau, kemudian masukkan garam. Masukkan sos tiram dan biar sebentar. Masukkan ayam, daging, sotong, udang dan sayuran. Biarkan hingga masak. Masukkan daun limau purut untuk baunya. Kemudian masukkan sos cili untuk memekatkan kuah paprik. 2 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 2 inci halia 2 sudu besar cili kisar 5 sudu besar sos tiram 1 sudu besar kicap manis 2 sudu besar sos cili Garam secukup rasa

Asam Pedas Ayam Sumber: Majalah Jelita Mac 1992

Hits: 13492 Rating: 6.15 Review: 0 Bahan-Bahan: ekor ayam, dibersihkan dan dipotong-potong 6 biji bawang merah, digiling 1 sm halia, digiling 2 keping asam gelugur Sedikit belacan, digiling 1 cawan minyak masak 4 tangkai cili merah, digiling 1 ikat daun kesum 2 ulas bawang putih, digiling Gula dan garam secukupnya 1 sm kunyit basah, digiling 2 cawan air 10 tangkai cili kering, digiling Cara: Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan giling hingga garing. Masukkan ayam dan air. Masak hingga mendidih. Masukkan asam gelugur, gula, garam dan daun kesum. Kacau hingga rata dan biar hingga betul-betul masak baru diangkat.

Ayam Bersos Tiram & Cili Kering Kiriman: Shazreen Hakim Sumber: Ibu tercinta Hits: 11898 Rating: 8.50 Review: 1 Bahan-Bahan: ekor ayam 3 inci halia - seelok-eloknya halia muda 2 biji bawang putih ( di hiris bulat) Sedikit daun bawang Sedikit garam dan serbuk perasa Sedikit minyak

1 biji bawang besar ( di hiris bulat) 8-10 tangkai cili kering ( di potong 2 inci) 3 sudu besar sos tiram Cara:

Sedikit air Sedikit tepung jagung (bancuh dgn sedikit air)

Ayam di potong kecil-kecil. Basuh bersih ayam tersebut dan lumurkan sedikit sahaja garam. Panaskan minyak dan goreng ayam tersebut selama 10 minit (agak-agak masak). Kemudian tumiskan bawang besar, halia dan bawang putih (dengan minyak yg sedikit). Bila agak garing masukkan ayam tadi bersama-sama sos tiram dan cili kering. Kacau dengan api yang perlahan. Masukkan garam (agak-agak kerana sos tiram dan ayam tersebut telah masin) , serbuk perasa dan bancuhan tepung jagung tadi. Bolehlah di angkat dan taburkan daun bawang tadi. Cadangan Hidangan: Sedap di makan ketika masih panas.

Ayam bakar enak Sumber: Majalah Jelita Januari 2001 Hits: 11806 Rating: 6.34 Review: 1 Bahan-Bahan: 3 camca besar minyak masak Sedikit garam 1 ekor ayam 1 camca besar perahan limau nipis 500 ml santan daripada 1 biji kelapa Bahan dikisar: 8 biji cili merah Cara: Panskan minyak, tumis bahan kisar dan bahan tumbuk sehingga wangi. Angkat. Lumurkan garam dan separuh bahan tumis tadi pada bahagian luar dan dalam ayam. Letak ayam di dalam bekas tahan panas. Campur perahan limau dan santan, tuang ke atas ayam. Tutup bekas dengan foil dan bakar pada suhu 200 darjah 1 1/2 jam atau sehingga masak. Ketika menghidang, tuang 2 batang serai 1 cm kunyit 8 biji bawang merah Disangrai dan ditumbuk: 1 camca teh jintan putih 1 camca teh lada hitam 4 biji buah keras

baki bahan tumis tadi pada paha ayam.

Ayam Goreng Pedas Kiriman: Hjh Noor Azlina Hj. Abd Ghani Hits: 10574 Rating: 3.00 Review: 1 Bahan-Bahan: 1 ekor ayam - dipotong 12 ketul 1 biji putih telur - dipukul Minyak untuk menggoreng Bahan-bahan untuk disalut dengan ayam : (Bahan-bahan ini digaul semua sekali) 2 cawan tepung gandum 1 sudu besar serbuk kulit kayu manis 1 sudu besar serbuk ketumbar 2 sudu besar serbuk kari/cili Sedikit garam

Cara: 1. Bersihkan ayam, tos dan gaulkan dengan putih telur. Kemudian gaulkan dengan tepung tadi. 2. Panaskan minyak. Setelah itu masukkan ayam yang telah siap disalut tepung ke dalam minyak panas. Goreng sehingga kekuningan. Tambahan: Hidangkan dengan sos cili.

Ayam Garing Kiriman: Adique Sumber: Sendiri Hits: 8305 Rating: 9.00 Review: 0 Bahan-Bahan: 1 ekor ayam - dipotong 14 3 sudu besar cili kisar Minyak untuk menggoreng Garam Cara: Perap ayam dengan bahan kisar, cili kisar dan garam selama 1/2-1 jam. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam hingga garing. Sedia untuk dihidang. Ayam Goreng Salut Tepung Sumber: Majalah Wanita April 2000 Hits: 7674 Rating: 3.00 Review: 0 Bahan-Bahan: 8 ketul ayam 3 sudu besar tepung jagung sudu teh ketumbar Kunyit Cara: sudu teh serbuk lada sulah 1 biji telur - dipukul sedikit Garam Bahan Kisar: 2 inci Kunyit hidup 5 ulas Bawang putih 1 inci hali

Bersihkan ayam dan tuskan airnya. Gaul tepung bersama serbuk ketumbar, lada sulah, garam dan kunyit. Celup ayam di dalam telur dan setelah itu lumur denagn campuran tepung tadi. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga kekuningan. Ayam Masak Kuning Kiriman: Ku Izrinda bt Ku Izham Sumber: Resepi Mak Tok Hits: 578 Rating: 2.00 Review: 0 Bahan-Bahan: 1 Ekor ayam - diptg 12 5 Biji Cabai Merah Hidup 10 Biji Cabai Padi Halia 3 Hiris 1 Labu Bawang Besar 2 ulas Bawang Putih 1 Batang Serai Sedikit asam jawa - mengikut citarasa

Cara: * Ayam yang telah dibasuh ditapiskan terlebih dahulu sampai kering airnya. * Kemudian ayam tadi, ditaburkan kunyit dan garam gorengkan mengikut citarasa,sama ada nak garing ataupun tidak. * Tumbuk cabai masak dan cabai padi beserta halia,bawang besar,dan bawang putih.Serai cuma diketuk sahaja. * Panaskan minyak..tumislah bahan yang ditumbuk tadi sampai pecah minyak beserta serai yg dititik.Goreng..dan masukan ayam goreng tadi. * Akhir sekali masukan air asam jawa dan masaklah sampai kering.

Ayam Goreng Sambal Jawa Sumber: Pn Puti Maizura

Bahan-bahan: 1. 1 ekor ayam, dipotong kecil dan lumur dengan garam & kunyit. Perapkan sementara penyediaan bahan lain. 2. 10 biji bawang merah 3. 4 ulas bawang putih 4. 1 inci halia 5. 1 inci lengkuas 6. 2 sudu makan gula merah/gula pasir 7. 1 cawan kacang tanah yang disangrai, ditumbuk kasar 8. 15 biji cili kering, direbus dan dikisar kasar ATAU 15 biji cili padi (kurang/lebihkan ikut suka) 9. 1 sudu teh jintan manis 10. 2 sudu teh ketumbar, disangrai dan ditumbuk halus 11. belacan sebesar ibu jari, bakar 12. - 1 cawan air asam jawa (dari asam jawa sebesar ibu jari) 13. 1-2 sudu teh garam 14. 2 sudu makan kicap manis 15. Minyak Cara-cara: 1. Blend bahan-bahan 2,3,4,5,8,9, 10 dan 11 2. Gorengkan ayam sehingga separuh masak 3. Keluarkan sedikit minyak. 4. Masukkan bahan-bahan kisar dan gaul rata. Goreng sehingga rempah agak garing 5. Masukkan air asam jawa dan kicap, gaul rata 6. Biarkan ayam empuk 7. Bila agak kering masukkan kacang tanah dan gula. Gaul rata. 8. Masak sehingga betul-betul kering. 9. Tutup api dan sedia untuk di hidang. Ayam Lemak Kuning Bahan-bahan: 1 kg ayam, dipotong 12 keping 3 cawan santan pekat 3 cawan santan cair 15 biji cili padi dikisar 3 batang serai, dititik 10 biji bawang kecil, dikisar 5 biji bawang putih, dikisar 3 keping asam keping Sedikit serbuk kunyit Sedikit garam 3 biji ubi kentang, dipotong dadu Cara membuatnya:

1. Panaskan periuk dan masukkan santan cair, barang yang dikisar serta serbuk kunyit. 2. Apabila mendidih, masukkan ayam, asam keping, serai dan ubi kentang. 3. Apabila mendidih, masukkan santan pekat kacau sebati dan masukkan garam secukup rasa. 4. Apabila ayam dan ubi kentang masak, boleh diangkat untuk hidangkan. Ayam Kicap Pedas Sumber : Chef Wan Gambar : Mak Lang Azie Bahan-Bahan 10 keping ayam - digoreng terlebih dahulu 6 batang cili kering } 8 biji bawang merah } 3 ulas bawang putih } digoreng dan dikisar 1 cm halia } 1 cm lengkuas } 1 sudu teh kunyit serbok 1 cawan nenas - yang telah dipotong dadu 1/2 cawan air asam jawa 1 batang timun - dipotong 2cm panjang (maklang ganti ngan carrot) 2 biji buah tomato - dibelah empat 2 tangkai daun bawang - dihiris nipis 1 bungkus stok ayam berkicap (mklang tak letak pun) Cara Cara 1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik wangi bersama kunyit serbuk. 2. Masukkan stok ayam berkicap, timun dan ayam dan digaul rata. 3. Seterusnya masukkan sedikit air, asam jawa, nenas. tomato, gula dan garam. 4. Setelah masak hidangkan ia dengan hirisan daun bawang.

Gulai Kampung Sumber : Saji (Maklang) Bahan-bahan: 1 ekor ayam 2 cawan santan lengkuas } ketuk 3 batang serai } Bahan kisar: Kunyit hidup

Halia 5 biji bawang putih 10 biji bawang merah 4 biji cili merah 10 tangkai cili kering 5 biji buah keras 2 biji kentang } belah 4 daun kunyit asam keping Cara-cara menyediakan: 1. Tumis bahan kisar hingga wangi. 2. Masukkan ayam, lengkuas dan serai = gaul ayam hingga kecut. 3. Tuangkan santan + kentang. 4. Masukkan asam keping dan garam sesedap rasa. **Gulai ini mesti cair, kalau pekat dah rasa rendang pulak. Ayam Percik Keluarga Sumber : Keluarga Edisi Pengantin 2000 Bahan 1 ekor ayam 200 g halia 280 g bawang merah 200 g bawang putih 400 g cili boh 600 g santan kelapa 50 g serbuk jintan manis 50 g serbuk kunyit 200 g serai 100 g lengkuas 200 g buah keras 200 g minyak untuk memasak 50 g serbuk jintan putih 50 g serbuk ketumbar Garam dan gula secukup rasa Cara memasak 1. Bersihkan ayam dan toskan. 2. Kisar serai, lengkuas, buah keras, bawang merah, bawang putih dan halia hingga hancur. 3. Gaulkan semua bahan di atas bersama ayam. Simpan sedikit untuk membuat sos. 4. Kemudian penggang ayam dengan suhu 220oC selama 45 minit.

Sos 1. Panaskan minyak. Tumis lebihan bahan kisar tadi, masak dengan api perlahan. 2. Setelah masak, tuangkan ke atas ayam yang telah dipanggang tadi.

Ayam Masak Kicap Sumber: Hanieliza Bahan-bahan: 1 ekor ayam [potong kecil] 2 biji kentang [potong baji dan gorengkan sehingga masak] 2 biji tomato [potong 4] 1 pokok daun bawang [potong kecil] 3 s/b kicap pekat 2 s/b sos tomato 1/2 cawan air 1 s/b kunyit 5 s/b minyak

Bahan-bahan di mayang: 1 ulas bawang besar 2 biji cili merah 2 ulas bawang putih 2 cm halia

Cara-cara menyediakan: 1. Bersihkan ayam dan gaulkan dengan kunyit. 2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mayang sehingga wangi. 3. Masukkan ayam dan goreng sehingga garing. 4. Masukkan air, kicap dan tomato. Biarkan sehingga mendidih. 5. Bila mendidih masukkan ayam, tomato, daun bawang dan kentang. 6. Gaulkan dan angkat.

Ayam Percik Sumber: Jurumasak Masakan Melayu, Hotel Grand Continental Kuala Lumpur, Chef Harun Mat Yusop Bahan-bahan: 1 ekor ayam (1 kg), dipotong empat 1/2 cawan minyak masak 2 cawan santan yang diambil daripada sebiji kelapa Garam secukup rasa 1/2 cawan gula 2 keping asam keping Bahan kisar: 5 batang serai 2 biji bawang besar 5 ulas bawang putih 50 g halia 5 tangkai cili kering, direbus sehingga lembut 2 biji buah keras 50 g kunyit hidup Cara membuatnya: 1. Bersihkan ayam yang telah dipotong dan lumurkan garam secukup rasa dan lima camca besar bahan kisar pada ayam tadi. Perapkan hingga lebih lima jam. 2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. 3. Kemudian masukkan santan, garam, gula dan asam keping. Kacau sehingga pekat. 4. Keluarkan ayam yang diperap tadi dan panggang ia di atas bara sehingga separuh masak. 5. Kemudian celupkan ia ayam di dalam kuah percik. 6. Panggang sekali lagi sehingga ayam masak sepenuhnya. Enak dimasak bersama kuah percik sesuai untuk berbuka puasa.

Ayam Golek Sumber : Keluarga Edisi Pengantin 2000 Bahan A 200 g cili boh 10 g garam 15 g gula 10 g serbuk kunyit 30 g jintan manis 30 g jintan putih 30 g serbuk ketumbar 1 ekor ayam

600 g santan Bahan tumbuk 100 g serai 70 g lengkuas 70 g buah keras 10 g bawang putih 30 g bawang merah Daun kunyit dihiris halus Cara memasak 1. Bersihkan ayam tanpa dipotong. 2. Campurkan bahan tumbuk dengan bahan A. 3. Masukkan santan, gaul hingga rata. 4. Gaulkan bersama hirisan daun kunyit. 5. Sapukan bahan tadi pada ayam (luar dan dalam) kemudian perap selama 4 jam. 6. Panaskan ketuhar pada suhu 200oC. Bakar ayam selama 25 minit. 7. Keluarkan dan hias mengikut citarasa anda. Chili Crab Bahan-bahan 3 ekor Ketam } letak garam + lada hitam Halia } dicincang halus Bwg putih } 3 sb Sos tomato 3sb Sos cili 1sb Sos tiram st belacan dibakar dan dihancur2kan halus Tepung jagung + air Cili padi Cara Membuatnya 1. Ketam digoreng terlebih dahuluketepikan. 2. Tumiskan bwg putih dan halia hingga wangi. 3. Masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram dan juga belacan, kacau, campakkan cili padi. 4. Masukkan air bancuhan tepung jagung, biar mendidih sekejap. 5. Last sekali masukkan ketam tadi dan gaul sampai semuanya sebati. 6. Angkat dan taburkan daun sup jika suka.

Komen : Maklang suka masakan ni sebab rasanya sedap dengan aroma bau belacan yg bertindakbalas dengan sos2 tadi..fuhhhhhhhh membuatkan perut cepat berbunyi walaupun belum masanya berbunyihihii Ketam Masak Lemak Sumber: Dondang Sayang Coffee House, Hotel Corus Kuala Lumpur Bahan-bahan: 1/2 kg ketam 1/2 biji kelapa/serbuk santan 15 biji cili api/cili kering 5 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 2.5 sm kunyit 1 batang serai Garam Gula Cara membuatnya: 1. Ketam dipotong dan dibersihkan. 2. Kelapa diperah dan diambil santannya (asingkan patinya.) 3. Cili, bawang merah, bawang putih dan kunyit ditumbuk. 4. Masukkan santan dan serai di dalam periuk di atas api yang sederhana. 5. Masukkan bahan tumbuk dan kacau sehingga mendidih. 6. Masukkan ketam dan masak sehingga ketam berwarna jingga kemerahan. 7. Tambah garam secukup rasa dan gula jika perlu. Sotong Goreng Celup Tepung Sumber: Pn Puti Maizura Bahan-bahan: 5 ekor sotong yang besar [dibersihkan, dan dipotong-potong serta toskan airnya. Jika boleh, keringkan ia seketika dengan menggunakan kertas tisu tebal atau kain bersih, atau boleh juga dijemur seketika] Bahan-bahan tepung: 2 cawan tepung beras sedikit kapur makan [kapur sirih] sedikit garam sedikit baking powder [jika suka] sebiji telur [jika suka] Minyak untuk memasak [perlu banyak untuk menenggelamkan sotong tersebut, seperti membuat goreng pisang] .

Cara-caranya: 1. Tepung beras dicampurkan dengan garam, kapur sirih, baking powder, telur dan uli dengan sedikit air sehingga menjadi doh [seperti hendak membuat biskut]. 2. Tutupkan doh di dalam bekas uli tadi sebentar dengan kain atau tuala kecil yang lembab. Biarkan selama setengah jam. 3. Selepas itu, uli doh tersebut seperti membuat roti dan masukkan air sedikit demi sedikit sehingga ianya menjadi lebih cair dan sesuai untuk dicelup dengan sotong [juga sesuai untuk dibuat goreng pisang] 4. Pastikan minyak masak betul-betul panas. 5. Celupkan sotong yang sudah 'kering' itu dan masukkan ke dalam minyak panas. 6. Gorenglah seperti biasa. Bila tepung kelihatan sudah kekuningan, barulah diangkat. 7. Hidanglah bersama sos cili.

Mee Hailam Sumber : Misleha Bahan A 3 - 5 ulas bawang putih di tumbuk 1 sudu besar cili giling 1 camca kecil ladi hitam telah di mesin (kalau suka pedas bubuh lebih sedikit) Bahan B Daging ayam atau daging di hiris nipis Udang atau sotong Bebola ikan di belah dua Bahan C 3 sudu besar tomato sos 3 sudu besar cili sos 3 sudu besar sos tiram 3 sudu besar kicap pekat Bahan D Mee 1 bungkus Sayur sawi/Kobis 1 biji cili merah di hiris halus 1 biji tomato di belah 4 1 sudu besar tapung jagung atau tepung kanji di bancuh dengan sedikit air Untuk Hiasan - jika suka Bawang goreng Daun sup + bawang di mayang halus

Cara-cara membuatnya 1. Tumis bahan A dengan sedikit minyak sehingga naik aromanya 2. Masukkan Bahan B dan kecutkan 3. Masukkan Air dan biarkan dia mendidih setelah mendidih 4. Masukkan bahan C 5. Akhir sekali masukkan bahan D Laksa Kelantan Kuah Lemak Sumber : Nina Bahan Kuahnya Ikan Selayang - Dibakar biar ada hitam hitam sikit jgan hangit dah ler. Bawang Merah - Dibakar gak Lada hitam - (Periuk kecik 1/2 sudu kecil dah le...kalau periuk besau 1 sudu kecil agak2 la..) Santan pekat Santan Cair Asam keping Garam dan sedikit gula Bahan Ulaman Kacang panjang Taugeh Daun Kesum Bunga Kantan Timun Laksa direndam dan direbus Cara-cara 1. 2. 3. 4. 5. Ikan di leraikan tulang dan ambil isinye. (Tulang dimesin dan ambil airnya) Bawang yg dibakar ditumbuk bersama lada hitam, selepas itu tumbuklah isi ikan tadi. Campurkan bersama santan pekat dan cair. Masukan asam keping kacau jangan sampai dia keluar minyak sangat. Hirislah ulaman yg tertera diatas

Bahan Sambal (Ditumbuk) Cili kering Belacan Garam Nota :Sesetengah org terutama di kelantan makan laksa ni dengan tangan bukan dgn sudu garfu. Sebb rasa dia lain kalau dimakan dgn tangan lebih kick hehehe. Dan kalau dijual pula di Kelantan diorg pakai bungkus ngan daun pisang aje bau dia lagi sedap...dan menawan kalbu.

Laksa Penang Sumber : Mariam Kassim Bahan-bahan 1 bungkus laksa (kalau boleh dapatkan laksa Ce'Siti ) -- laksa ni sedap, cepat lembut, tak payah rendam dulu, infact boleh terus direbus, kanji tak banyak, rebus sekejap saja dah lembut, sejukkan dulu, tos, dan siramkan air sejuk keatasnya, angkat dan asingkan. 2 biji timun 6 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 1 inci lengkuas, bersihkan dan katuk (tindikkannya) --- asingkannya 4 batang serai, bersihkan dan katuk ( tindikkannya) --- asingkannya 50 sen daun pudina - bersihkan dan ambil daunnya. 4 kuntum bunga kantan --- bersihkan ( dua kuntum dihiris halus dan selebihnya untuk dimasukkan kedalam kuahnya nanti, jangan dibuang batangnya, bersih dan katuk (tindikkannya) --- asingkannya 50 sen daun kesum (daun cenohom, kata orang Penang) Daun salad atau pun daun selom ( jika suka, tapi, bagi saya orang Penang Island jarang gunakan dedaun ni, kecuali orang Butterworth kerana mereka tak berapa suka daun pudina) (boleh digunakan sebagai pengganti pudina) 50 sen cili kering ( ikut pedas masing masing, nak banyak taruh banyak, nak sikit, taruh sikit, bagi saya sederhana saja, kerana ada budak budak), potong dan rebus terlebih dahulu, kemudian toskan dan asingkan. 2 ketul belacan bulat, pastikan sedap belacannya, kerana jika tak sedap belacan tak sedaplah kuahnya nanti. 1 biji nenas masak ( size kecil saja, jika suka, bagi Chinese dia orang gunakannya didalam laksa mereka, tetapi not for the Malays, they seldom use it) 2 biji telur ayam direbus terlebih dahulu, masukkan sedikit garam kedalam air rebusan agar senang dikupas jika mahu ( bagi original Laksa Penang, dia orang tak gunakan telur rebus) 50 sen cili hidup + cili padi ( untuk garnishing, jika mahukan lebih pedas) 6 keping asam gelugur (asam keping) Sedikit air asam jawa (agak agak setengah mangkuk saja) 2 kilo ikan termenung ( saya gunakan ikan termenung, sedab rasanya dan lemak ikannya), bersihkan dan rebus terlebih dahulu -- asingkan Aji - no - moto dan garam secukup rasa. Petis(otak udang) jika suka. UNTUK KUAHNYA :---1. Cili kering dimesin bersama dengan belacan, dua biji bawang besar dan dua ulas bawang putih dan masukkan kedalam periuk yang telah disediakan untuk memasak kuahnya. 2. Ikan termenung dimesin dengan tulangnya sekali dan ditapis dengan penapis plastik bertangkai panjang (penapis santan plastik) sedikit demi sedikit sehingga habis, dan buangkan

tulang yang didalam penapis tadi(tapiskan terus kedalam periuk kuah laksa tadi (yang dah berisi dengan cili mesin tadi). 3. Tapiskan pula air rebusan ikan tadi terus kedalamnya juga. 4. Masukkan daun kesum, dua kuntum bunga kantan yang dipotong lapan + batang bunga kantan, serai dan lengkuas yang ditindik tadi, asam keping, air asam jawa, serbuk perasa (aji no - moto) dan garam secukup rasa dan rebuslah sehingga mendidih dan cukup rasa asam garamnya dan bangkit baunya. 5. Masukkan pula separuh(1/2) daun pudina yang telah disiang tadi, dan rebus lagi sehingga bangkit baunya, angkat dan asingkan(atau kecilkan api) 6. Masukkan laksa kedalam mangkuk atau pinggan dan hias lah dengan hirisan bawang besar, hirisan cili merah/ cili padi, hirisan bunga kantan, hirisan timun, daun pudina atau pun hirisan dedaun yang lain kesukaan anda atau pun nenas, telur dan lain lain lagi kesukaan anda. 7. Sendukkan kuahnya dan tuangkan kedalam pinggan laksa, masukkan sedikit petis(jika suka) dan makanlah ketika masih panas. (Bagi saya memadai lah hanya daun pudina sahaja kerana ia sudah cukup lazat). 8. Jika sudah siap, tutuplah api dan hendak lah dipanaskan semula jika hendak makan kembali. Mee Kari Ummpph Mee kuning dicelur dulu BAHAN KUAH : Bwg putih } ditumbuk halus Bwg merah } Rempah 4 sekawan } kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih Kari ikan + kari daging + cili kering } jadikan pes Udang hidup } direbus dan diblend isinya, kulit udang tu juga blend dan buang hampas Kerang Santan pekat Santan cair Daun kari Taupok option (kalau ada lagi bagus) Fish cake/fish ball Asam keping BAHAN HIASAN : Daun sup/bwg Bwg goring Cili merah Telur rebus Sawi/Taugeh - dicelur Ayam } ayam ni digoreng dahulu dan siat ambil isinya Sambal tumis kosong / cili jeruk CARA : Tumis bwg yg ditumbuk tadi bersama rempah 4 sekawan hingga wangi.

Masukkan rempah kari tadi dan daun kari, biarkan sekejap hingga wangi. Masukkan santan cair bersama pes udang yang diblend tadi. Masukkan fish cake/fish ball, kerang, taupok, campakkan asam keping dan masukkan garam. Dah mendidih masukkan santan pekat, tunggu hingga masak dan tutup api. TIPS : 1. Ayam tu JANGAN dimasukkan didalam periuk ketika memasak kuah, cukup sekadar menaburkan isi ayam itu ketika ingin menjamu selera. Kalau letak rasa macam kari ayam plak...tak besshhhh! 2. Nak sedap, letak sambal tumis kosong dan cili jeruk..kuah tersebut akan menjadi kemerah2an.memang umppppp!!!!! Sambal ni buat macam kita buat sambal tumis tuh pekat2... 3. Mee kari sedap kalau ada kerang didalamnya tp bagi yg alah tu takperlah..ignore jer.

Anda mungkin juga menyukai