Anda di halaman 1dari 57

ANEKA RESEPI MASAKAN.

RENDANG TOK

BAHAN-BAHAN:
1kg daging
10 ulas bawang merah | dikisar halus
5 ulas bawang putih | dikisar halus
3sm lengkuas | dikisar halus
3sm halia | dikisar halus
5 batang serai | dikisar halus
5 sudu cili giling | dikisar halus
Kunyit sedikit | dikisar halus
2 helai daun kunyit | dihiris halus
1 sudu makan ketumbar | disangai dan dikisar halus
1 sudu makan jintan manis | disangai dan dikisar halus
1 sudu makan jintan putih | disangai dan dikisar halus
1kg santan pekat
50gm gula Melaka
3 sudu makan kerisik
15ml air asam jawa
Garam secukup rasa

BAHAN TUMIS:
2 batang kayu manis
4 kuntum bunga lawang
5 batang bunga cengkih
6 biji buah pelaga

CARA MEMASAK:

1. Gaulkan daging dengan ketumbar, jintan manis dan jintan putih yang telah dikisar, perap
semalaman.
2. Setelah diperap, masukkan daging yang diperap ke dalam kuali. Masukkan sedikit air dan masak
dengan api perlahan hingga daging empuk. Angkat dan ketepikan.
3. Kemudian, panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang dikisar bersama kulit kayu
manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga naik bau atau pecah minyak.
4. Selepas itu, masukkan daging dan gaul rata. Masukkan santan dan kerisik, kacau tanpa henti
dengan api yang kecil.
5. Masukkan air asam jawa, gula Melaka, daun kunyit dan kacau hingga kering. Bila rendang sudah
kering, baru tambah garam secukup rasa.
6. Hidangkan dan sedia dinikmati.

RENDANG AYAM HIJAU

Bahan-Bahan
1 ekor ayam, dipotong 12 bahagian
250 ml santan
2 sudu besar kerisik
Garam dan gula secukup rasa
2 keping asam gelugor
2 helai daun kunyit- buang urat dan hiris halus-Yatie tambah
1/2 cwn minyak utk menumis
sedikit air jika perlu
Bahan Kisar
4 batang serai-hiris halus
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
30 biji cili padi hijau
4 tangkai cili hijau-Yatie tambah
10 biji bawang merah
1 labu bawang besar-Yatie tambah
5 ulas bawang putih
Cara Memasaknya
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan2 kisar hingga garing.
Kemudian masukkan ayam dan kacau hingga rata.Selepas itu masukkan santan, kerisik,asam
gelugor,gula dan garam secukup rasa.
Kacau lagi di atas api yang perlahan dan masaklah hingga pekat. Masukkan daun kunyit.
Bila cukup kering, bolehlah diangkat.
Sedia untuk dihidangkan.

Resepi Rendang Ayam / Daging Ala Sarawak

Bagi sesiapa yang telah menikmati rendang Sarawak, rasanya memang berbeza dengan di
Semenanjung Malaysia. Di sini admin kongsikan resepinya...

Bahan A
1 ekor ayam / 1 kilo daging
Santan (1 biji kelapa)
4 helai daun kunyit (dihiris halus)
Kerisik (1/2 biji kelapa)

Bahan B
1 inci halia (dikisar)
4 biji bawang merah (dikisar)
10 biji bawang putih (dikisar)
½ camca tepung kunyit
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu makan serbuk jintan manis
2 batang serai (ditumbuk)
Beberapa biji cili padi (ikut selera sendiri)

Cara membuatnya
Cuci ayam/daging sampai bersih. Tos kan. Gaulkan semua bahan B dengan ayam / daging.
Masak ayam/daging sehingga keluar air ayam/daging itu sendiri. Masuk kan santan sedikit demi
sedikit. Selepas itu masuk kan kerisik dan daun kunyit. Pastikan ayam/daging masak sampai empuk
dan masuk kan garam dan ajinomoto(orang sarawak memang guna perasa) mengikut citarasa
sendiri.
Akhir sekali biar kan air santan kering dan padam kan api apabila ayam/daging sudah benar2
masak.

Rendang Ayam Opah

BAHAN - BAHAN

1 ekor ayam
2 cawan santan
2 sudu kerisik
2 helai daun kunyit diracik halus
minyak untuk menumis
garam & gula secukup rasa

BAHAN - BAHAN DIKISAR

21 batang cili kering


2 labu bawang besar
4 ketul kunyit hidup
1 sudu ketumbar
2 biji buah keras
4 batang serai
3 inci halia
3 inci lengkuas

CARA - CARA MEMBUATNYA


Tumis bahan dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.

Masukkan santan dan ayam, gaul rata.

Tutup kuali dengan tudung kukus biarkan sebentar. Guna api kecil.

Masukkan kerisik kacau rata. Perasakan dengan garam gula.

Masukkan daun kunyit, Siap untuk dihidang.

RENDANG BEREMPAH

Bahan-bahannya:
1 ½ kg ketul ayam (saiz ketulan ayam yang dibelah 16)
2 cawan santan sawit KHALIS (Boleh juga guna pati santan kelapa biasa)
200 gm kerisik
1 keping asam keping (asam gelugor)
Beberapa helai daun limau purut
4 – 5 biji cili padi merah, dipatahkan (opsyen)
3 sudu besar gula merah
Garam secukup rasa

Bahan-bahan No. 2
3 sudu besar serbuk rempah kari daging
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk cili halus
Air suam secukupnya
(Bahan-bahan no. 2 disatukan dan dibancuh dengan air suam, dijadikan pes)

Bahan-bahan No.3
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 batang serai
3 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup
5 cm halia
Air suam secukupnya
(Bahan-bahan No. 3 disatukan dan diblend halus)

Bahan-bahan ditumis:
1 senduk nasi minyak untuk menumis
2 batang serai – diketuk
2 inci kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang

Penyediaannya:
1. Panaskan minyak di dalam kuali besar. Tumis serai, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga
lawang sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan bahan-bahan No. 2 yang telah dijadikan pes. Kacau rata dan biarkan ia
masak seketika (selama 5 minit) sehingga naik bau.
3. Masukkan pula bahan-bahan No. 3 yang telah dikisar halus dan dikacau rata. Masak sehingga
terbit minyak.
4. Setelah terbit minyak bolehlah dimasukkan ayam. Kaup balikkan ayam dengan adunan rempah
tadi sehingga bersalut. Sekiranya kuah agak pekat, bolehlah dimasukkan 1 cawan air. Perlahan api,
dan biarkan ayam mereneh selama lebih kurang 10 minit.
5. Kemudian masukkan santan, kerisik, gula merah, garam secukup rasa, asam keping, daun limau
purut dan cili padi merah. Kacau rata dan masak sehingga ayam empuk dan kuah agak pekat.
Gunakan api yang sederhana dan kaedah mereneh.
6. Sekiranya suka rendang berkuah, janganlah masak sehingga kering. Sebaiknya setelah ayam
telah empuk, bolehlah diangkat.

RENDANG CILI API


Bahan bahan:
1 ekor ayam
1 - 1 1/2 kotak santan kotak
2 - 4 batang serai - ketuk
2 sudu besar cili kering kisar - opsyenal untuk cantikkan warna supaya kemerahan
1 keping asam keping
4 keping daun limau purut - opsyenal. Saya letak sebab guna serai 2 sahaja
1 sudu besar kerisik
Garam
Gula
Sedikit serbuk kunyit - jika perlu
Minyak untuk menumis

Bahan kisar:
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
7-10 tangkai cili padi kampung - boleh tambah
4 hirisan nipis lengkuas

Cara cara:
Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tumis bahan kisar, serai dan cili kisar hingga air agak kering
sedikit. Masukkan ayam dan masak sehingga ayam kecut.

Masukkan santan dan air secukupnya. Bila mendidih masukkan asam keping, gula dan garam. Bila
hampir terbit minyak, masukkan kerisik. Jika masuk daun limau purut, boleh masukkan ketika ini.

Masak sehingga rendang hampir kering dan terbit minyak. Bolehlah ditutup api. Sedia untuk
dinikmati.

Rendang Daging
Bahan masak rendang daging sedap:
1 biji bawang besar (dikisar)

2 biji bawang putih (dikisar)

1 inci halia (dikisar)

1 inci lengkuas (dikisar)

1 inci kunyit hidup (dikisar)

2 batang serai (dikisar)

2 sudu besar pes rendang

10 tangkai cili kering (rebus dan dikisar asing)

2 sudu jintan manis (kisar kering)

2 sudu ketumbar (kisar kering)

2 sudu jintan putih (kisar kering)

125ml santan pekat

4 sudu makan kerisik (dikisar halus)

Garam, gula & air asam jawa secukup rasa

Daun limau (hiris utk hiasan)

Saiz hidangan : 2-3 orang

Cara Buat Rendang Daging Sedap:

Rebus daging dahulu selama sejam atau lebih. Pastikan daging empuk. Tips lembutkan daging ada
orang letak daun betik/biji kurma masa rebus daging tu. Air rebusan daging jangan buang.
Blend bahan kisar (bawang besar, bawang putih, lengkuas, kunyit hidup, halia, serai) dengan air.
Jangan banyak sangat air, cukup2 paras bahan masuk dalam blender tu je.
Rebus cili kering kemudian blend dengan air . Kuantiti air pun tak perlu banyak sangat. Cukup
sekadar boleh pusingkan blender masa nak kisar tu. Hehe.
Kisar halus bahan jintan manis, jintan putih, ketumbar
Sangan hampas kelapa/kelapa kasar (ada jual dalam paket) sekejap atas kuali tanpa minyak.
sangan sampai da warna coklat sikit . Jangan lama sangat nanti hangus. Kemudian kisar halus
kerisik ni.
Step seterusnya:

6. Masukkan minyak ke dalam kuali, tumis bahan kisar step no 2 (bawang2 halia etc), no 3 (cili
kisar) & masukkan sekali pes rendang. Biarkan sampai naik bau & tumisan sedikit kering
7. Masukkan pula bahan kisar step no 4. Gaul rata

8. Masukkan kerisik yang disangan masa step no 5 tadi. Kerisik yang ni Dya tak sangan lama
sangat. Hehe. Cukup sekadar sampai warna kecoklatan sikit & bau kelapa naik. Gaul tumisan ni
sampai kering sikit.

9. Bila tumisan dah kering sikit, masukkan air asam jawa. Asam jawa ni tak payah banyak sangat.
Letak secubit pun cukup. Buat rasa masam sikit-sikit je kat masakan rendang. Kalau terlebih nanti
rendang rasa masam sangat. Biarkan sampai kuah tumisan kering sedikit.

9. Masukkan daging yang da siap rebus awal-awal tadi

10. Air rebusan daging jangan buang sebab korang boleh guna untk masukkan dalam masakan
rendang jugak. Tujuan untuk menambah lagi rasa pada masakan

11. Masukkan santan pekat. Guna santan kotak kecik 250ml. Dya masukkan separuh kotak je. Gaul
rata dan biarkan masak hingga kuah rendang kering. Guna api slow.

12. Tunggu sampai kuah rendang kering macam dalam gambar. Gaul rata. Jangan lupa masukkan
garam & gula secukup rasa.

13. Bila dah masak, hias dengan hirisan daun limau untuk bau wangi pada masakan. Dah boleh
makan dengan nasi putih dah. Jomm!

Rendang ni best gila. Lengkap dengan rasa manis, masam, masin, pedas dia. Semua ada.

Tips:

Jangan letak cili giling banyak sangat. Pedas gila rendang nanti weh!

RENDANG IKAN TONGKOL


Bahan A:
1 ekor ikan tongkol - gunakan 2 ekor -1 kg - ketepikan bahagian kepala
3 cawan santan dari sebiji kelapa
2 sudu makan kerisik
3 keping asam gelugur
2 helai daun kunyit - dihiris halus
3 helai daun limau purut - dikoyak
1/2 cawan minyak masak
garam secukup rasa
sedikit gula

Bahan B : dikisar
15 tangkai cili kering - gunakan 30 biji cili padi hijau
5 biji cili api
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 batang serai
Amie tambah 2 inci kunyit hidup
1 sudu teh serbuk ketumbar - tidak gunakan
1 sudu teh serbuk jintan manis - tidak gunakan

Cara:
1. Potong ikan dan bersihkan.
2. Panaskan minyak dan tumis Bahan B. Kacau hingga pecah minyak.
3. Masukkan ikan tongkol, santan, kerisik, daun limauy purut, garam dan asam gelugur.
4. Masak hingga pecah minyak dan pekat.
5. Masukkan daun kunyit. Kacau rata dan angkat.

RENDANG JOHOR
Bahan-bahan untuk dikisar:

• 1 ekor ayam, dipotong kecil

• 4 sudu besar puri tomato

• 1 tin Krimer Sejat MARIGOLD

• 2 batang serai, diketuk

• 2 helai daun limau purut

• Jus dari setengah biji lemon

• Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan untuk perapan ayam:

• 2 sudu besar serbuk kunyit

• 1 sudu teh garam

Bahan-bahan untuk dikisar:

• 3 batang serai

• 2 inci lengkuas

• 2 biji tomato

• 5 ulas bawang putih

• 3 biji bawang besar

• 4 biji buah keras

• 20 tangkai cili kering, dibuang biji

• 5 biji cili merah, dibuang biji

Bahan-bahan untuk ditumis:

• 3 biji buah pelaga

• 2 kuntum bunga lawang

• 1 batang kulit kayu manis

Bahan hiasan:
• Daun ketumbar, dicincang

• Daun bawang, dicincang

Cara penyediaan:

1. Perap ayam dengan serbuk kunyit dan garam selama 30 minit.

2. Panaskan kuali dengan minyak secukupnya untuk menggoreng; goreng ayam sehingga separuh
masak.

3. Dalam kuali berasingan, tumis biji buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga naik
bau. Tambahkan puri tomato bersama-sama bahan kisar dan terus tumis sehingga pecah minyak.

4. Masukkan ayam diikuti Krimer Sejat MARIGOLD dan gaul rata sehingga semuanya sebati.

5. Biarkan ayam mereneh dalam kuahnya sehingga pecah minyak. Selepas itu, masukkan serai
yang diketuk, daun limau purut dan jus lemon.

6. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kemudian, tambahkan air sehingga mencapai
kepekatan kuah yang diingini.

7. Gaul rata sehingga semuanya sebati dan renehkan sebentar. Hiaskan dengan daun ketumbar
dan daun bawang sebelum dihidang bersama nasi atau ketupat.

Rendang Kerang
Bahannya :
✅ 3 kilo kerang(rebus & kupas kulit)
✅ 5biji bawang merah
✅3 ulas bawang putih
✅ 1 inci kunyit hidup
✅1 inci lengkuas
✅2 inci halia
✅2batang serai dihiris
✅ 15 tangkai cili kering(rebus)
✅1 kilo santan
✅ 1 keping asam gelugor
✅ daun kunyit
✅daun limau purut
✅ 1 batang serai diketuk.
✅garam secukup rasa

Caranya :
1. Kisar cili kering dengan bawang,halia,serai,kunyit,lengkuas sehingga lumat. Kemudian panaskan
sedikit minyak utk menumis bahan kisar.
2. Bila bahan kisar dah naik bau wangi masukkan santan. Kacau sehingga kuah kering sedikit ..
kemudian baru masukkan kerang rebus,asam keping , garam secukup rasa.
3. Apabila hampir kering masukkan daun kunyit dan daun limau purut dan serai yg diketuk. Ikut
kekawan lah nak kering macam mana ye.
4. Lepas tu boleh diangkat dan dihidangkan.

RENDANG LOKAN

BAHAN-BAHANNYA :-)

1 1/2 cawan isi lokan


1 helai daun kunyit, hiris halus
2 helai daun limau purut
1/3 cawan santan pekat
1 camca besar penuh kerisik
2 camca besar cili kisar
2 camca besar rempah kari ikan (jenama Baba's)
1 keping asam gelugor
1 cawan air
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
Minyak kelapa untuk menumis (boleh guna minyak masak biasa)

BAHAN KISAR HALUS:


5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci belacan
3 biji buah keras
1/2 inci kunyit hidup
3 batang serai, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :
Bancuh bahan kisar halus bersama rempah kari, gaul rata. Panaskan minyak kelapa dalam kuali,
tumis bahan kisar halus + rempah kari tadi, hingga wangi, masukkan cili kisar, daun limau purut dan
asam gelugor, kacau rata dan masak hingga terbit minyak.

Tuang air dan santan, kacau dan masak hingga sedikit pekat. Masukkan lokan dan kerisik, gaul rata
dan kecilkan api, masak hingga pekat. Tambah gula melaka dan garam secukup rasa, terus
memasak hingga hampir kering tapi masih lembap.

Masukkan hirisan daun kunyit, gaul dan rasa jika ok boleh matikan api. Angkat dan hidangkan
bersama nasi, ketupat atau lemang.....sedapp, kalah rendang daging..seriuss nihh!

Rendang Maman Gemencheh


Bahan-bahan;
1kg daging/1ekor ayam kampung/itik/10 ekor puyuh/
2kg sayur maman
2 kg santan/6 biji kelapa(perlu banyak santan)
Cili api rm1.50/ikut suka pedas
8/10 keping asam keping
2buku kunyit hidup/agak2
garam secukup rasa.

Cara memasaknya:

1.Siang daun maman,basuh dan tus terlebih awal


supaya daun maman tidak terlalu basah,

2.Bersihkan daging dan masukkkan ke dalam kuali.

3.Kunyit dan cili api dikisar dan campurkan


ke dalam daging tadi.

4.Kecutkan daging bersama air cili tadi sehingga agak kering,baru masukkan santan.(Kalau kelapa
parut,perah lah terlebih dahulu,ambil santan pekat-pekat).Kalau bahan daging tadi agak keras
masukkan dulu santan cair.Kalau tiada santan cair,masukkan air cili kisar tadi lebih2.

5.Kacau bahan daging & air cili itu supaya rata.Masukkan garam.Kalau puyuh,dagingnya
lembut,eloklah dikeluarkan dulu dan biarkan santan itu mendidih sampai pekat.

6.Setelah pekat masukkan asam keping.Nampak santan tersebut sudah terbit minyak dan pekat
baru masukkan daun maman tadi.

7.Jangan dikacau terlalu kuat,kerana dikhuatiri keluar air pahitnya.Buat perlahan2 supaya daunnya
semua layu dan tenggelam.

8.Setelah semuanya layu,barulah dikacau rata-rata dan rasa garamnya.

9.Biarkan ramuan tersebut pekat semula dan terbit minyak,barulah boleh diangkat untuk
dihidangkan.

Rendang Minang Ibundo


Bahan2..
1 kilo daging
4 biji kelapa diambil santan pekat (santan cair diketepikan untuk blender bahan)
2 batang serai dihiris *
4 ulas bawang merah *
3 buku bawang putih *
sebesar ibu jari kaki halia dihiris nipis *
3 kali ganda besar halia, lengkuas dihiris nipis *
8 helai daun limau purut diracik *
1 helai daun kunyit yang agak lebar diracik *
cili api mengikut kepedasan yang dikehendaki *
1 sudu besar lada putih

1. Santan pekat dijerang sehingga agak pekat.


2. Bahan-bahan bertanda * diblender bersama sedikit santan cair dan garam dan digaul dengan
daging yang telah dipotong-potong. Perap sebentar.
3. Masukkan daging ke dalam santan dan masak sehingga kering. Rasakan garamnya.

Nota: Apabila kuah pekat dan merecik-recik, ia hendaklah sentiasa di kacau/ aduk supaya tidak
melekat.

Selepas rendang siap, bundo keluar mencari lemang. Rendang ini dimakan dengan lemang,
aduhhhh.. tak terkata sedapnya.

Resepi Rendang Ayam Cili Padi


10 ketul ayam
15 biji cili api - separuh saya blend dan separuh lagi saya biarkan untuk digaul dengan ayam
2 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
3 labu bawang besar
Garam secukup rasa
2 helai daun kunyit - dihiris
Semangkuk kecil santan pekat - jika kurang boleh tambah lagi
Sedikit gula
Serbuk perasa

Cara:

1. Blend cili, serai, halia, lengkuas, kunyit hidup serta 2 labu bawang besar.
2. Masukkan kesemua bahan-bahan mesin tadi ke dalam kuali.
3. Masukkan ayam masak sehingga kering, masukkan santan.
4. Masukkan garam, gula serta serbuk perasa. Kacau hingga kering dan pecah minyak.
5. Masukkan hirisan daun kunyit, suaikan rasanya dan siap untuk dihidang.
KARI DAGING CAMPUR UBI KENTANG

BAHAN-BAHAN :

500 grm daging batang pinang


6 biji ubi kentang - potong 4
4 cawan santan pekat
1 peket rempah kari daging
1 sudu besar cili kisar
3 cm halia
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang kulit kayu manis
1 biji bunga cengkih
3 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
Garam secukup rasa

Tak perlu guna cili kisar kalau tak mau kari pedas sikit dan berhati-hati guna rempah ratus macam
kayu manis jangan terover nanti kuah kari jadi agak pahit.

CARA MEMASAK :

Bersihkan daging dan potong kecil-kecil , kupas semua ubi kentang dan dipotong 4 . Kupas semua
bawang , halia dan dimayang halus-halus.

Panaskan minyak dan tumis semua bawang , halia , kulit kayu manis + bunga lawang + bunga
cengkih dan kacau sampai bawang layu . Kemudian bancuh rempah kari dengan sedikit air dan
masukkan ke dalam periuk . Masukkan juga cili giling dan kacau serta biar kan sampai rempah terbit
minyak dan menjadi wangi .

Masukkan santan dan daging , biarkan kuah mendidih baru la dimasukkan ubi kentang dan garam .
Kacau kuah dan bila daging serta ubi kentang telah empuk baru la di tutup api dapur. Dah pun
masak , mudah saja....

KARI AYAM & UBI KENTANG

BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam anggaran 1.8 kg - bersihkan dan dipotong
5 sudu besar serbuk kari ayam cap Adabi
2 cawan santan pekat
5 biji bunga lawang
2 biji bunga cengkih
2 inci kayu manis
4 biji buah pelaga
5 cawan santan cair
1 sudu besar kerisik
1 sudu besar cili kisar
4-5 biji ubi kentang
Garam secukup rasa

Boleh ditambah santan jika tak cukup dan boleh dikurangkan atau tambah bahan-bahan ikut pada
selera sendiri .

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

3 biji bawang merah


2 ulas bawang putih
1 inci halia

CARA MEMASAK :
1. Bersihkan ayam dan ke tepikan dulu . Bersih dan kupas semua kulit ubi kentang kemudian ubi di
potong 4 . Panaskan minyak secukupnya dalam periuk kemudian tumis semua bahan yg ditumbuk
bersama bunga lawang/bunga cengkih/kulit kayu manis/buah pelaga , biar sampai semua bahan
masak wangi . Kacau semua bahan-bahan .
- Masukkan cili kisar dan biar sampai cili masak kemudian masukkan rempah yg dibancuh dgn
sedikit air . Kacau bahan-bahan dan biarkan sampai rempah masak dan pecah minyak.
2. Masukkan semua ubi kentang dgn santan ke dalam periuk , pastikan santan cair menutupi ubi
kentang . Biarkan sampai kuah mendidih dan ubi kentang separuh empuk , masukkan semua ayam
dan gaul semua bahan bagi sekata . Masukkan garam secukup rasa bersama kerisik . Masukkan
santan pekat secukupnya
- Jika kuah terlalu pekat boleh la ditambah santan cair . Biarkan kuah mendidih dan sampai ayam
masak , boleh la ditutup api dapur .

KARI KEPALA IKAN MERAH

BAHAN-BAHAN :
1 ekor ikan merah - berat 1 kg
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari
1 sudu kecil halba campur
1 peket rempah kari ikan
5 cawan santan - boleh tambah
kacang bendi & terung
2 keping asam keping
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
- Panaskan minyak dalam periuk dan tumis semua bawang bersama halba campur serta daun kari.
- Letakkan rempah kari di dalam mangkuk kecil dan campurkan sedikit air kemudian tumis di dalam
periuk . Rempah kari mesti sentiasa dikacau supaya tidak menjadi hangit . Jika rempah nampak
kering tambah sedikit minyak masak , kacau sampai rempah masak dan terbit minyak , bau harum

-Bila rempah sudah masak boleh la dimasukkan semua santan , asam keping dan kacau . Biar
mendidih dan masukkan ikan merah dan garam kemudian kacau . Biarkan seketika sehingga kuah
mendidih kemudian rasa garam dan masam kuah supaya sesuai dengan selera.

-Bila ikan sudah masak boleh la dimasukkan semua kacang bendi atau terung dan kacau supaya
semua bahan menjadi mesra biarkan kuah mendidih seketika dan boleh la ditutup api dapur .Tutup
periuk dengan tudung periuk supaya kacang bendi terus masak didalam wap panas kuah kari. Saya
suka masak kacang bendi begini supaya tidak menjadi terlalu masak dan kacang bendi boleh
menjadi lembek .

KARI TELUR & UBI KEMILI

BAHAN-BAHAN :

8 biji telur ayam


1/2 kilo ubi kemili
5 cawan santan - boleh tambah
1 peket rempah kari daging - dibancuh dgn sedikit air
3 cm halia
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 batang ( 2cm) kulit kayu manis
1 biji bunga cengkih
3 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

Rebus semua telur sampai masak kemudian dikupas kulit dan dikelar keliling telur . Bersihkan ubi
kemili dan direbus sampai empuk kemudian siat semua kulit ubi kemili dan ketepikan dulu . Kupas
semua bawang , halia dan ditumbuk lumat .

Panaskan sedikit minyak anggaran 6 sudu besar dan tumis semua kulit kayu manis + bunga lawang
+ bunga cengkih dan kacau sekejap kemudian boleh dimasukk semua bahan tumbuk iaitu bawang
dan halia tadi . Kacau lagi sampai bawang layu dan masukkan bancuh rempah kari dalam periuk .
Boleh ditambah minyak jika rempah nampak agak kering . Biar kan sampai rempah terbit minyak
dan menjadi wangi .

Masukkan santan dan biarkan kuah mendidih serta kacau kuah . Boleh la dimasukkan semua telur
bersama ubi kemili serta garam secukup rasa . Biar kari terus mendidih dan kacau dengan perlahan
, bila nampak ubi telah sebati dengan kuah boleh la di tutup api dapur.

KARI UDANG DGN NENAS

BAHAN-BAHAN :
500gm udang kertas saiz besar
1 biji nenas saiz sederhana - dibersih dan dipotong kecil
2 cawan pati santan- boleh tambah
1 cawan santan cair
1 peket rempah kari udang - cap Adabi
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
1 batang kayu manis - 2 cm
2 biji bunga cengkih
1 biji bunga lawang
1 tangkai daun kari
1 sudu besar kerisik
Garam dan air asam jawa secukup rasa
CARA MEMASAK :
1) Bersihkan udang dan buah nenas kemudian kupas semua bawang , halia dan dimayang halus .
Panaskan minyak secukupnya dalam periuk dan tumis semua bawang bersama kayu manis, daun
kari , bunga lawang dan cengkih sehingga terbit bau wangi .

2) Bancuhkan rempah kari dengan sedikit air di dalam mangkuk . Bila bawang sudah layu ,
masukkan rempah kari dan terus dikacau sehingga rempah kari masak dan terbit minyak. Jika
rempah nampak kering boleh ditambah sedikit minyak masak .

3) Kemudian masukkan semua santan dan kacau supaya semua bahan mesra dan biarkan kuah
mendidih kemudian masukkan air asam jawa secukup rasa , kerisi secukupnya , semua buah nenas
dan kacau . Bila nenas dah nampak layu serta masak boleh dimasukkan semua udang dan terus
kacau . Masukkan garam / gula secukup rasa dan biarkan udang masak baru la ditutup api dapur .
Jangan masak terlalu lama nanti udang terover masak serta menjadi liat .

PAJERI NENAS

BAHAN-BAHAN :

1 biji nenas masak ranum -sederhana besar


5 cawan santan - boleh tambah
1 genggam udang kering
4 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm kayu manis
1 biji bunga lawang
3 biji bunga cengkih
1 peket serbuk kari daging
2-3 camca besar kerisik
gula dan garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

Bersihkan nenas dan potong ikut saiz yang sesuai . Basuh udang kering.

Panaskan sedikit minyak dan tumiskan semua bawang + halia , kulit kayu manis , bunga lawang dan
bunga cengkih . Kacau semua bahan dan masukkan udang kering . Kacau sampai bawang menjadi
layu dan terus di masukkan rempah kari yg sudah di bancuh dengan sedikit air tadi dan kacau , biar
sampai rempah masak dan terbit minyak.

Masukan semua santan dan kacau , biar kuah mendidih sekejap kemudian masukkan kerisik dan
buah nenas . Masukkan garam dan gula secukup rasa dan terus kacau pajeri ini . Biarkan sampai
nenas empuk , itu tanda pajeri sudah masak dan boleh la ditutup api . Dah pun masak....

Resepi Gulai Nenas Ikan Talang Tumis Darat

Bahan :
Ikan talang masin bahagian kepala,tulang dan isi.
-rendam sekejap untuk kurangkan masin
1/2 biji nenas - dipotong kiub
300ml santan
2 bungkus kecil rempah kari daging / udang
1-2 cawan air

Bahan tumis darat:


3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1/2 sudu biji sawi
8-10 helai daun kari
4 sudu besar minyak

Cara :
Dalam periuk,masukkan tulang ikan talang dan kepala bersama serbuk rempah kari dan air
secukupnya.Rebus seketika supaya rempah masak dan sehingga tulang dan kepala ikan lembut.

Masukkan nenas dan isi ikan talang.Masak sehingga mendidih

Masukkan santan dan kacau rata.Masak lagi hingga mendidih dan kuah menjadi mesra.Rasakan
garam.Hati2 kerana ikan masin itu ade garamnya sendiri

Tumis bahan tumis darat didalam kuali yang berasingan bersama sedikit minyak.Tumis sehingga
garing dan wangi.

Tuang bahan tumisan kedalam periuk kari tadi.Minyak tumis jangan di masukkan semua

Kacau rata dan tutup periuk rapat supaya bau tumis meresap kedalam kuah.

KARI UDANG CAMPUR KACANG BUNCIS


BAHAN-BAHAN :
500gm udang kertas saiz L atau XL - besar
100gm kacang buncis - dipotong menyerong
2 cawan pati santan
2 cawan santan cair - boleh ditambah
1 peket rempah kari udang - cap Adabi
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
1 batang kayu manis - 2 cm
2 biji bunga cengkih
1 biji bunga lawang
1 tangkai daun kari
Garam dan air asam jawa secukup rasa

CARA MEMASAK :
1) Bersihkan udang , Kupas semua bawang , halia dan dimayang halus , panaskan minyak
secukupnya dalam periuk dan tumis semua bawang bersama kayu manis, daun kari , bunga lawang
dan cengkih sehingga terbit bau wangi .

2) Bancuhkan rempah kari dengan sedikit air di dalam mangkuk . Bila bawang sudah layu ,
masukkan rempah kari dan terus dikacau sehingga rempah kari masak dan terbit minyak. Jika
rempah nampak kering boleh ditambah minyak masak lagi .

3) Kemudian masukkan semua santan dan kacau supaya semua bahan mesra dan biarkan kuah
mendidih kemudian masukkan air asam jawa secukup rasa , semua udang , kacang buncis dan
terus kacau . Masukkan garam dan biarkan udang masak baru la ditutup api dapur . Jangan masak
terlalu lama nanti buncis jadi lembik dan udang terover masak serta menjadi liat .
BAHAN-BAHAN :

500 grm ayam


6 biji telur ayam
6 biji ubi kentang - potong 4
4 cawan santan pekat - boleh tambah
1 peket rempah kari daging - dibancuh dgn sedikit air
1 sudu cili kisar
3 cm halia
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang ( 2cm) kulit kayu manis
1 biji bunga cengkih
3 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
Garam secukup rasa

Tak perlu guna cili kisar jika tak mau kari pedas

CARA MEMASAK :

Bersihkan ayam dan dipotong menjadi ketulan kecil , kupas semua ubi kentang dan dipotong 4 .
Rebus semua telur dan kupas kulit serta dikelar-kelar keliling telur itu Kupas semua bawang , halia
dan ditumbuk lumat .

Panaskan sedikit minyak anggaran 6 sudu besar dan tumis semua kulit kayu manis + bunga lawang
+ bunga cengkih dan kacau sekejap kemudian boleh dimasukk semua bahan tumbuk iaitu bawang
dan halia tadi . Kacau lagi sampai bawang layu dan masukkan bancuh rempah kari dalam periuk .
Boleh ditambah minyak jika rempah nampak agak kering . Masukkan juga cili kisar dan kacau serta
biar kan sampai rempah terbit minyak dan menjadi wangi .

Masukkan santan dan ubi kentang , biarkan kuah mendidih serta boleh dimasukkan semua ayam .
Kacau kuah dan bila daging serta ubi kentang telah empuk baru la masukkan semua telur serta
garam secukup rasa . Biar kari terus mendidih selama 5 minit dan boleh la di tutup api dapur. Dah
pun masak , mudah saja...
KARI IKAN SALMON

BAHAN-BAHAN:
500grm isi ikan salmon
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari
1 sudu kecil halba campur
1 sudu besar cili kering yang dah dikisar lumat
1 peket rempah kari ikan
2-3 cawan santan pekat
4 biji tomato masak ranum
Garam dan air asam jawa secukup rasa
* Bawang merah dan bawang putih dimayang halus , tomato dipotong kecil-kecil

CARA MEMASAK:
-Bersihkan isi ikan salmon dan tos ketepikan .
- Panaskan minyak dalam periuk dan tumis semua bawang bersama halba campur serta daun kari .
Masukkan semua tomato dan terus kacau sekejap sampai tomato layu .
-Masukkan cili kering kemudian kacau dan terus masukkan rempah kari dibancur dengan sedikit air .
Terus kacau semua bahan dan sekali-sekala kacau bahan-bahan supaya tidak menjadi hangit.
Biarkan rempah masak dan terbit minyak.

-Bila rempah sudah masak boleh la dimasukkan santan dan kacau sebentar bila kuah dah nak
mendidih masukkan semua ikan salmon tadi dan garam kemudian kacau . Biarkan seketika
sehingga kuah mendidih kemudian rasa garam dan masam kuah supaya sesuai dengan selera. Jika
kurang masam tambah la air asam jawa . Biar sampai ikan masak baru ditutup api dapur .
RESEPI SAYUR CAMPUR
.
Bahan-bahannya :
seikat kacang buncis (atau 12 btg)
1 batang carrot
Bunga kobis
2 biji Tauhu. 1 biji dipotong 9
5 ekor Udang size M
.
Bahan2 utk ditumbuk :
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1/2 labu bawang besar
7 tangkai cili merah/api
1 genggam ikan bilis
2 cm belacan yg telah dibakar
gula1/2 sudu teh
.
Bahan2 utk memasaknya :
Garam secukup rasa
2 sudu sos tiram
1 sudu teh perasa ayam maggie
1 sudu teh perasa ikan bilis maggie
1 senduk minyak masak
.
Caranya :
1. Tumbuk semua bahan yang perlu ditumbuk seperti yg disenaraikan.
2. Goreng tauhu (tak perlu garing sgt). dan ketepikan
3. Panaskan minyak, dan tumiskan bahan yg ditumbuk hingga naik bau. Masukkan semua sayur2.
4. Jika perlu, campurkan 4 sudu air. tambahkan garam, sos tiram, perasa ayam dan ikan bilis. Tutup
kuali dengan penutup. Biarkan kira-kira 5 minit sehingga sayur jadi 'empuk'. masukkan udang dan
tauhu yg telah digoreng tadi.
5. Sedia untuk dihidangkan dan selamat mencuba.

tauhu sayur 🙋🏻♀️


Nak resepi tak? Nahhh ni resepinya..👇
Tauhu tue potong2 gaul tepung jagung pastu goreng bg ada crispy2 sikit...ke tepikan
Cara buat Sos:
Bwg putih cincang & cili padi...tumis2 pastu letak air & sos tiram...garam tambah sikit je...sbb sos
tiram dah masin...saya tambah minyak bijan 2 3 tiris...ada org xsuka...lepas tue bg kuah dia pekat
masukkan brokoli & tauhu jepun tue...siap!
TERUNG BAKAR SAMBAL ASAM

Bahan :
-Untuk terung
3 biji Terung
1 sudu serbuk lada hitam
sedikit garam
1 sudu minyak zaitun

Bahan Sambal Asam


1 biji tomato potong dadu
5 biji cili api hijau atau merah sukahati
1 sudu cili boh
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sudu air asam jawa
1 biji bawang besar potong bulat2
sedikit sos cili
sedikit garam
2 sudu gula

Cara :
-Terung di bersihkan,belah dua dan perapkan dengan serbuk lada hitam,garam dan minyak
zaitun.Biarkan dalam 10 minit.
-Blend cili api,cili boh,bawang putih,bawang merah dan tomato.
-panaskan minyak dan tumis bahan blend,masukkan sos cili ,bawang besar dan garam serta
gula,akhir sekali masukkan air asam jawa.
-kalau nak pekat biarkan lama sikit.ok dah siap sambal asam.
-terung grilkan je atas nonstick pan ,senang hehehe macam gambar kat bawah,grill la stakat mana
kita mahu,tapi jangan la jadi hitam cam arang lak hehhehe.
Masak Sayur campur Chinese Style..

Cara simple mak mentua kita,auntie Chew.semudah ABC.

Bahan ;
1.Shitakae Mushroom (Rendaman Semalaman,Kalau malas rendam air panas.Kalau malas
juga..Tak payah makan la😂)
2.Brokoli
3.Carrot

Bahan hiris & tumis ;


1.Bawang Putih -Hiris nipis dlm 3Ulas
2.Halia - 1 hiris
3.Sos Tiram
4.Tepung jagung(dalam 1 sudu teh kecik,larutkan degan air setengah cawan)
5.Minyak *utk menumis

Cara-cara ;
1.tumis halia & bawang putih.Dah naik bau & kekuningan . Masukkan sos tiram sikit.kacau sampai
naik bau,masukkan air..api sederhana kecik & kacau lagi.Masukkan shitakae mushroom(Shitakae
mushroom nak potong blh.Tak nak blh.Janji batang dia buang.Sebab keras)

2.Kacau..pastu masukkan carrot.Kacau lagi.Masa ni blh la nak letak garam sikit atau serbuk
perasa.Optional.Kalau rasa dah tak nak pun tak pe sbb Sos tiram dah ada rasa masin manis
tu.Pastu kecikkan api sikit.

3.Masukkan brokoli.Kacau..Pastu last masukkan air tepung jagung tadi..kacau sikit sampai sebati
then siap!😍 Sedia utk dimakan.
sayor pakchoy

Resepi👍👍
Pakchoy dibelah dua
Seulas bwg putih dicincang
3tangkai cili padi dicincang
1sudu mkn myk masak
3sudu besar oyster sos
Secubit garam
1.Tumis bwg putih n cili hingga garing angkat ketepikan..
2.Dalam mnyak tumisan td letak air skit masukn sos tiram prasakn n masuk pakchoy celur je sayur
manja2 angakt masukan dlm pinggan..
3.taburkan dgn bwg n cili goreng td..siap

Resepi :

Bawang putih 3,4 ulas


Cili padi ikut cita rasa nak pedas mana
Lengkuas sedikit
Bilis sedikit,udang kering sikit sgt
Garam
Serbuk perasa (sedikit sangat)klu suka

Caranya:-

Tumbuk dan tumis bahan2 hingga separuh garing,masukkan cendawan.tumis hingga cendawan
separuh masak,masukkan asparagus.tak perlu masukkan air sbb air akan keluar daripada
cendawan yg telas kita basuh tadi..selamat mencuba..
Dalca Sayur

Kacang Dal (1 genggam - basuh dan rebus sampai empuk)


Bawang putih, bawang merah, halia (kisar bersama)
Serbuk Kari Daging 1 sudu besar (bancuh dengan sedikit air)
Rempah Tumis (kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang) buah pelaga takyah
Santan
Sayur yang digemari

Cara-cara :

1) Rebus kacang dal sampai empuk. Kalau ikut Masterchef, campak kat dinding, dal tu melekat
maknanya dah empuk..hehe..penuh dinding korang ngn dal kang...
2) Panaskan sikit minyak dalam periuk, masukkan rempah tumis
3) Masukkan bahan kisar dan tumis sampai naik bau
4) Masukkan rempah kari yang dah dibancuh dan tumis hingga garing
5) Masukkan sedikit air dan masukkan semua sayuran yang keras
(aku guna carrot, kacang panjang dan kentang)
6) Biar sampai sayur empuk. Masukkan pulak sayuran lembut. Aku letak terung je
7) Bila dah mendidih, masukkan kacang dal dan santan
8) Perasa kuah dalca tu tunggu sampai mendidih. Boleh la tutup api
Kailan Ikan Masin dan Udang

Bahan-bahan:

1) Sayur kailan-dipotong
2) 5 ekor udang - buang kulit
3) 1 keping ikan tenggiri jeruk - potong kecil
4) 1 sk air dari botol ikan masin jeruk
5) 1 biji bawang besar- dimayang bulat
6) 1 inci halia-diketuk
7) 3 ulas bawang putih-diketuk
8) 1 sb sos tiram
9) 1 sb sos ikan
10) Sedikit air asam limau nipis
11) Sedikit serbuk lada sulah

Cara Memasak

1) Panaskan minyak dan tumis ikan masin tenggiri hingga naik bau sambil dikacau rata.
2) Kemudian masukkan bawang putih, bawang besar dan halia. Selepas itu, masukkan udang dan
sos tiram.
3) Masukkan batang kailan dulu dan tambah air dr botol ikan masin tadi. Akhir sekali, masukkan
daun kailan, sos ikan dan dikacau rata.
4) Masukkan dalam 2 sudu besar, biarkan seketika dan angkat. Semasa dihidangkan, tabur sedikit
lada sulah dan perah air asam limau.
RESEPI SUP SAYUR BEBOLA DAGING
================================
Salam semua.Resepi hari ini saya mahu berkongsi yang paling mudah dan ringan sahaja. Selain
sedap dimakan bersama nasi, sup sayur bebola daging ini juga enak dihirup begitu saja.

Selamat Mencuba!

BAHAN-BAHAN
============
👉 12 biji bebola daging dibelah 2
👉 3 rumpun sawi bunga dipotong kecil
👉 5 biji tomato ceri dibelah 2
👉 5 keping cendawan tiram dicarik kecil
👉 1 batang chineese leek dipotong kecil
👉 1/2 biji bawang besar holland dicincang halus
👉 3 ulas bawang putih dicincang halus
👉 1 kuntum bunga lawang
👉 3 biji buah pelage
👉 1 sudu teh pes cili
👉 3 cawan air Garam & gula secukup rasa
👉 Sedikit bahan perasa
👉 Minyak untuk menumis

CARA PENYEDIAANYA
===================
1. Panaskan minyak, tumis buah pelaga, bunga lawang, bawang
putih & bawang besar hingga naik bau.
2. Masukkan pes cili, kacau hingga pecah minyak.

3. Masukkan air, garam, gula, perasa & bebola daging, biarkan hingga
mendidih.

4. Masukkan semua sayur diatas. Kacau 2 minit dan angkat.

5. Hiaskan dengan taburan bawang goreng & daun ketumbar. Sedia


untuk dihidang.

RESEPI SAYUR CENDAWAN GORENG


================================
.
BAHAN2NYA;-
cendawan(ikut nak sebyk mana)
50 sen daun sup serta daun bawang
5-6 ekor udang sedang
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
sebiji cili merah
garam secukup rasa
sedikit air
.
CARA2NYA;-
cendawan dicarikkan jika besar saiznya
tumiskan bawang putih serta bawang besar yg dihiris
masukkan udang..masukkan cendawan.
masukkan garam,sedikit air serta cili merah yang dipotong serong..akhir sekali masukkan daun
bawang dan daun sup yang dipotong agak2 1 inci...siap
.
Selamat mencuba dan kalau suke boleh share resepi ni

SUP SAYUR
Bahan-bahan:

1 ketul dada ayam - potong kecil-kecil


1 batang sayur sawi
1/4 kobis
1 batang carrot
1 peket kecil cendawan tiram
3 biji telur
2 peket fishball
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos thai /nampla
1 sudu teh minyak bijan
3 cawan air
Garam secukup rasa

Bahan kisar:

2 biji bawang merah


2 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis

Cara:

-Panaskan sedikit minyak didalam periuk kemudian tumis bahan tumbuk dan masukkan isi ayam kacau
dan biarkan sampai isi ayam masak. Terus masukkan air serta biarkan sampai kuah mendidih dan
masukkan telur sebiji demi sebiji , biarkan sampai telur masak .

-Apabila telur sudah masak terus masukkan carrot dan biar sampai carrot hampir empuk , kemudian
masukkan semua sayur dan garam . Terus kacau supaya semua sayur masak dan biarkan kuah mendidih
seketika saja dan boleh la ditutup api dapur , jangan masak sayur terlalu lama nanti over cook dan sayur
menjadi lembik.

Resepi Pak Choy Tumis Sos Tiram

Resepi Oleh: Che' Nom

Resepi Pak Choy Tumis Sos Tiram, menu sayur yang mudah dan cepat disediakan. Cuma celur
sayur dan tuang kuah ke atas sayur dan siap dihidangkan. Untuk mendapatkan sayur yang sedap,
jangan dicelur terlalu lama kerana tekstur sayur haruslah masih rangup semasa dihidangkan. Itu
yang membuatkan rasa masakan sayur ini sedap dan special.

Bahan-Bahan:
4-5 pokok sayur Pak Choy
4 sudu besar sos tiram
2 ulas bawang putih, cincang halus
satu hirisan nipis halia, cincang halus
sedikit serbuk pati ayam atau pati ikan bilis
1 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
sedikit bawang goreng
hirisan cili api
Cara Penyediaan:
Panaskan air di dalam periuk atau kuali sehingga mendidih dan masukkan secubit garam. Celur
sayur Pak Choy cukup sekadar layu kemudian tapis air.
Masukkan pula air sejuk ke dalam sayur untuk hentikan proses memasak dan mengelakkan sayur
menjadi pucat dan tidak segar. Tapis kembali, potong batang sayur dan susun di atas pinggan.
Untuk masak kuah, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta halia sehingga
kekuningan dan naik bau.
Masukkan sos tiram, pati ayam dan air secukupnya. Masak sehingga mendidih dan masukkan pula
air bancuhan tepung jagung tadi supaya kuah menjadi pekat. Perasakan dengan gula secukup rasa.
Tuang kuah sos tiram dan tabur bawang goreng bersama hirisan cili jika suka.
Tips:
Che Nom tidak masukkan garam ke dalam kuah sos tiram kerana sos tiram dan serbuk pati ayam
sudah masin rasanya.

SPIRAL SPAGETI GORENG ALA CHEF SHILA

Bahan2:

Spiral Spaghetti 250gram/setengah paket - 4 org makan (nak pasta lain pun boleh elbow ke,shell ke
ikut sedap mate..saye suka guna brand San Remo atau Fusilli)
*Seafood - Udang, sotong dsb...tapi saye suka guna udang saje (Udang saiz L atau M)
*Minced chicken/beef
*Lada kering - gunting dan direbus
Bawang besar - sebiji
Bawang putih - 4 ulas
Sos Tiram
*Sawi batang hijau
*Carrot - dipotong panjang macam dalam gambar
Telur - 2biji
Garam dan bahan perasa
(* = Ikut korang ler kalo suka letakla lebih...ikut tekak memasing yer)

Cara Memasaknye:
1. Dalam air mendidih masukkan spaghetti tadi. Kalau brand San Remo, 8minit dah masak. Pastu
toskan airnya.
2. Lada kering yg dah direbus sampai lada kembang ditapis dan di blend bersama bawang besar
dan bawang putih.
3. Panaskan minyak (biar lebih sikit supaya lada betul2 masak) dan masukkan bahan2 yang di blend
tadi. Tumis lada sampai betul2 masak ye..Masukkan sos tiram agak2 aje...dalam 3/4 sudu
la..Tambah garam dan bahan perisa.
4. Masukkan minced chicken/beef tumis sampai masak baru masukkan udang. Agak2 udang dah
bengkok2 tu masukkan carrot dan tumis lagi. Masukkan pulak spaghetti. Gaul sampai rata dan rasa
garamnya ok ke tak. Masukkan telur dan kacau.
5. Masukkan pula sawi gaul lagi sampai semua bahan2 agak kering. Kalau suka basah2 sikit bolehla
angkat ikut suka hati...Siap!

NOTAKAKI:
* Adik2/akak2 yg xtau cmne lada tu betul2 masak ialah tumis sampai lada keluar minyak balik. Kalau
nak masakan yang berasaskan lada atau ditumis dengan lada ni sedap, rahsianye ialah cara
menumis lada..kalau lada tak betul2 masak, tak sedap la jadinye...

Resepi Masakan Western Sedap

[ Cajun Grilled Chicken Pasta ]


.
.
Bahan-bahan ( 3 Orang )
.
1 cawan pasta (direbus sehingga kembang)
1 keping besar dada ayam, perap dengan cajun seasoning
1 biji keledek saiz kecil
1 biji terung saiz kecil
2 biji avocado saiz kecil
1 biji capsicum
.
**sauce**
.
1-2 sudu butter
1 sudu besar tepung gandum, dibancuh dengan 2 sudu besar air
400ml susu
1 cawan cendawan butang
Cajun seasoning
Garam secukup rasa
.
Cara-cara
.
1.Pasta yang dah siap rebus ketepikan dulu.

2.Terung & keledek dihiris nipis (keratan rentas - lebar lebar), panggang sampai masak. Seeloknya
guna keledek yang color purple atau color oren tu. Kalau pakai keledek biasa yang warna putih
tu..nampak pucat. smile emoticon.
3.Capsicum dipotong kecil & dipanggang.

4.Ayam diperap dengan cajun seasoning, panggang. Bila dah masak hiris nipis.

5.Sementara itu, sediakan sauce. Cairkan butter, masukkan tepung gandum. Bila tepung jadi pekat,
masukkan susu & cendawan. Kacau sampai jadi likat. Masukkan juga cajun seasoning ikut selera
masing masing. Rasakan garam.

6.Gaulkan pasta & ayam bersama sauce yang dah siap tu.

7.Sayur yag dah siap grill tu tepulang pada masing2 samada nak gaul sekali atau nak letak je atas
pasta tu.

8.Belah avocado, potong potong & letakkan di atas pasta. Siap!

Pasta spiral goreng lada hitam

BAHAN-BAHAN :
1 peket spaghetti
1 peket daging kisar atau 1 peket daging burger Ramly
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang carrot
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar biji lada hitam - ditumbuk lumat boleh tambah ikut selera sendiri 1
kiub perasa daging - boleh tambah
Garam secukup rasa
Daun bawang atau daun sup secukupnya * tambah atau kurangkan bahan ikut pada selera sendiri
ya .
Pastikan jangan letak terlalu banyak lada hitam nanti pasta ni jadi pedas menyengit pula hehehe

CARA MEMASAK :
Kupas semua bawang dan dipotong kecil serta ditumbuk sampai lumat . Rebus speghetti sampai
empuk dan ditos . Bersihkan carrot dan dipotong menjadi kiub-kiub kecil .

Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang dan kacau sampai terbit bau wangi . Masukkan
daging kisar dan kacau semua bahan dan hancur-hancur daging kisar kemudian masukkan sos
tiram dan kiub daging .

Masukkan semua pasta tadi dan kacau mesra semua bahan kemudian masukkan serbuk lada hitam
dan daun bawang/sup yang diracik nipis .

Jika kurang masin baru la ditambah garam dan bila pasta dah masak boleh la ditutup api .

PASTA PENNE GORENG PEDAS

1 peket sausage
5 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap
2 cawan mix vegetables

BAHAN DIBLEND:
50 grm udang kering
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
10 biji cili kering
5 biji cili api
*Kuantiti cili api boleh dikurangkan atau ditambah ikut pada citarasa.

CARA MEMASAK:
1) Rebus pasta sampai lembut dan tos sekejap.Semasa merebus masukkan satu sudu kecil minyak
ke dalam air rebusan pasta , supaya pasta tidak melekat antara satu sama lain.
2) Potong sausage menjadi kepingan kecil , boleh ditambah bahan-bahan lain seperti ayam , udang
, daging dan sebagainya.Boleh juga digunakan sayur brokoli atau bunga kobis.
3) Panas kan 4 sudu minyak dan tumiskan bahan diblend tadi sampai naik bau.Kemudian masukkan
sausage dan sayur campur dan terus kacau.Seterusnya masukkan kicap , sos tiram dan
pasta.Terus kacau supaya pasta bercampur mesra dengan bahan-bahan kuah/tumis.Akhir sekali
boleh ditambahkan garam atau kicap jika pasta masih kurang masin.Terus mengacau supaya pasta
tidak melekat pada kuali , sebainya gunakan kuali non-stick .Bila dah masak boleh la ditutup api.

RESEPI SPAGHETTI OLIO DENGAN AYAM

Bahan-Bahan;-
200 gram spaghetti yang belum direbus, rebus hingga lembut, toskan
6 biji black olive
6 biji green olive
15 biji jeruk capers
1 keping dada ayam, didadu*
2 ulas bawang putih, tumbuk lumat*
1/2 camca teh serbuk lada hitam*(*disatukan dan perap sekejap)
1 biji terung saiz sederhana, dipotong kiub, rendam
1 biji bawang holland, didadu
3 ulas bawang putih, cincang halus
4 biji cili padi thai merah, cincang halus
Garam secukup rasa
Parsley, dicincang untuk hiasan
Minyak zaitun untuk menumis

Cara-Cara Memasaknya:
1. Panaskan minyak zaitun dalam non-stick pan atau kuali. Tumis bawang putih dan bawang holland
hingga layu. Masukkan cili padi dan ayam. Kacau rata dan masak hingga ayam berubah warna.
Tambah terung dan goreng terung sekejap.
2. Masukkan green olive, black olive dan jeruk capers, kacau rata2. Tambah spaghetti dan gaul
hingga sebati. Perasakan dengan sedikit garam. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api.
Tabur cincangan parsley sebelum dihidangkan
Spaghetti Aglio Olio With Fried Shrimp
by ilhamdapur.blogspot

Bahan-bahan
5 ulas bawang putih - cincang
1/4 cawan extra virgin minyak zaitun
sedikit cendawan keping kering,
sedikit cili flakes
sedikit serbuk pati ayam
sedikit parsley kering/italian herbs
1/2 paket spaghetti - rebus biar lembut dengan sedikit garam dan minyak zaitun sedikit parmesan
cheese serbuk - jika suka

Cara

1. Dalam kuali panaskan minyak zaitun, masukkan bawang dan masak sekejap sekadar layu sikit.

2. Masukkan parsley/italian herbs, cendawan kering, spagheti yang telah ditoskan dan sedikit serbuk
pati ayam, sebatikan (kalau boleh bila spagheti hampir masak dapur sebelah terus sediakan bahan
untuk buat aglio ni, agar spagheti tidak terlalu kering), padamkan api dan boleh la dihidang bersama
udang celup tepung,
atau makan gitu pun sedap.
Meat Ball with Pasta Sauce (my version)

Utk Bebola Daging:


--------------------------
500gm Daging kisar
1 cwn lobak merah parut
1 cwn celery cincang
1/2 cwn serbuk roti
2 bj telor
2 tbs LP sos
lada hitam
herba campuran
garam
- gaul rata & bulat2kan
-goreng dgn sedikit minyak zaitun sehingga masak dan ketepikan.

Utk sos :
-----------
2 labu bawang besar dicincang
2 batang celery dicincang
1 batang lobak merah diparut
sedikit minyak zaitun utk menumis (saya guna minyak utk goreng meatball td)
2 cwn tomato puree
2 cwn tomato cincang
2-3 cwn stok daging
herba campur
lada hitam
garam & gula
- tumis bawang, karot & celery sampai layu & naik bau
- masukkan kesemua bahan lain dan renih sehingga semuanya lembut & hancur..(tambah air jika
perlu)
- Rasa mengikut selera.
- Panaskan bebola daging dan tuang sos & biarkan merenih sekejap.
- Hidangkan bersama pasta @ roti bakar..
Pasta Tuna Puttanesca

Untuk 4-5 org

Jemu asik mkn nasi aje, harini kita mkn pasta plk ok? Jgn pening2, resepi akak mmg simple sokmo.

Bahan2

1 tin Whole Peeled Tomatoes - 411g (brands yg sll akak guna Cirio, S&W, Hunts)
1/3 cwn olive oil (bkn extra virgin olive oil tau)
1 bwg besar kuning (saiz besar), cincang halus
2 bwg putih, cincang halus
1/2 sudu teh chilli flakes (xletak pun xpe kalau ada bdk2 kecik mkn terutamanya)
1 tin Tuna Flakes in Olive Oil Light - 150g (akak guna Ayam Brand)
2 sudu besar capers, dibilas air n perah
75g pitted Kalamata olives (buah zaitun hitam tanpa biji)
2 sudu besar flat-leaf Italian parsley, dihiris halus
1/2 cwn air rebusan pasta

375g pasta (utk sauce ni blh guna spaghetti, tagliatelle, fettuccine atau bavette)

Cara2
Didihkan air utk masak pasta (kadar blh terendam sempurna n blh dikacau).
Campurkan garam (hukum agak2 diaplikasikan di sini ye). Bila dah mendidih masukkan pasta.
Kacau sll supaya pasta x melekat. Masak smp "al dente", jgn lembik, x sedap nnt. Al dente ni dlm 6-
8 minit api besar. (Bila dah masak, ketepikan 1/2 cawan air pasta, tapis dan toskan pasta)
Smntara tunggu pasta masak sepenuhnya, panaskan minyak, masukkan bwg besar n masak guna
api sederhana selama 5 minit. Masukkan bwg putih dan chilli flakes, masak sekjp dlm 30 saat sblm
masukkan capers, tuna n canned tomatoes. Pecah2kan tomato dgn blkg senduk tu. Masukkan
Italian parsley yg dah dihiris2 tu...Biarkan mereneh 5-10 minit atau smp pekat. Campurkan 1/2 cwn
air yg korg guna utk masak pasta td (air pasta berkanji membantu untuk mengadun dan
memekatkan sos, so dlm kata lain, air pasta blh buat sos tu jd lbh creamy dan salutan lbh silky n
tidak berminyak).
Bagi mereneh smp kepekatan yg korg suka. Kacau sll ok. Last sekali, masukkan pasta dlm kuali sos
ni, salutkan hingga sebati. Jgn putus2kan pasta k, biar pjg2 Italian style.
*Nota: Pengalaman akak, x penah tambah garam dlm masakan sos ni sbb garam dr air rebusan
pasta tu dah cukup masin. Tp ikut rasa korg la ok, kalau perlu tambah, tambahlah.

RESEPI SPAGHETTI IN CARBONARA SAUCE


Sumber resepi: Miera Hassan Blogspot

Bahan-Bahan:
2 sdk minyak zaiton
200g sausage dihiris nipis
3 biji cendawan butang dihiris nipis
3 ulas bawang putih diketuk
2 biji kuning telur
1/2 cawan krim pekt atau susu cair pun boleh
75 g keju pamesan yng prut

Cara-Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan masukkn sausage. Masukkan bawang putih dan cendwan butang kacau
lebih kurng 5 minit sehingg sausage agak masak , angkat dan toss minyaknya
2. Pukul kuning telur dan krim serta 3/4 daripada pamesan keju tadi..Masukkan garam dan lada
sulah secukup rasa.
3. Masukkan dalam pasta dan sausage tadi di atas api kecil kacau sehingga sebati dan masukkan
baki keju tadi.
4. Kalau hendak cair adjust dengn krim atau stok ayam
RESEPI FRIED SPAGHETTI
Sumber resepi: Miera Hassan Blogspot

Bahan-Bahan:
spaghetti yag telah direbus
1 ulas bawang putih - ketuk
2-3 sudu besar cili kisar
10 ekor udang
1 mangkuk kecil isi ayam
2 biji telur - kocok sikit
2-3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
sayur serba satu (lobak merah/zucchini/kubis - hiris nipis saiz sedikit besar, maz guna peeler)
kicap pekat secukupnya
sedikit gula dan garam
sedikit minyak sayur

Cara-Cara Memasak:
1. Panaskan 2-3 sudu besar minyak sayur, masukkan telur dan goreng buat macam telur dadar tapi
sambil dikacau biar hancur sikit. Angkat dan ketepikan.
2. Dengan kuali yang sama masukkan sedikit minyak lagi, tumis bawang putih. Kemudian masukkan
cili kisar dan tumis dengan api besar sekejap.
3. Masukkan isi ayam dan udang, masak sekejap. Masukkan semua bahan sos, kicap dan air
secukupnya. Kacau sebati, masukkan sayuran dan perasa secukup rasa.
4. Masukkan spaghetti, sebatikan. Rasa apa yang kurang dan balik selalu hingga sedikit kering dan
sayur sedikit lembut. Biar sejuk dulu baru spaghetti serap/sebati dengan bahan sos, kalau yang baru
masak tu, spaghetti masih licin gitu, tak serap sos lagi. Memang sesuai kalau masak awal dan
makan kemudian sikit.

Spaghetti Aglio Olio With Black Pepper Steak

Bahan-bahan
Spaghetti
5 ulas bawang putih - cincang
1/4 cawan extra virgin minyak zaitun
sedikit cili flakes
sedikit serbuk pati ayam
sedikit parsley kering/italian herbs - yg dalam botol
1/2 paket spaghetti - rebus biar lembut dengan sedikit garam dan minyak zaitun.

Cara
1. Dalam kuali panaskan minyak zaitun, masukkan bawang dan tumis biar layu sikit.

2. Kemudian masukkan parsley/italian herbs, spagheti yang telah ditoskan dan sedikit serbuk pati
ayam, sebatikan dan kalau rasa terlalu kering boleh tambah minyak zaitun sikit lagi (kalau boleh bila
spagheti hampir masak dapur sebelah terus sediakan bahan untuk buat aglio ni, agar spagheti tidak
terlalu kering), padamkan api dan boleh la dihidang bersama beef steak atau makan gitu pun sedap.

Black Pepper Steak

3 keping daging steak - lumur dengan sedikit garam dan lada hitam (tumbuk halus sikit lada hitam
biji)
1 labu bawang besar - potong kasar
1 ulas bawang putih - ketuk
1 kiub pati daging
1-2 sudu besar tepung gandum - bancuh dengan sedikit air *
1/4 cawan sos lada hitam - maz guna jenama puteri *
1 sudu besar sos tiram *
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam - tumbuk lada hitam biji biar sedikit kasar*
4 sudu besar susu segar 1/2 sudu kecil gula * sedikit kicap manis * - agar sos jadi gelap sikit

Cara
1. Dalam periuk masukkan dalam 1 1/2 cawan air,
2 jenis bawang dan serbuk pati daging, masak biar mendidih lama sikit dengan api sederhana.

2. Keluarkan semua bawang, masukkan semua bahan bertanda kecuali susu segar dan kacau
sebati, masak biar sos jadi pekat dengan api perlahan sambil dikacau selalu, kemudian baru
masukkan susu segar, sebatikan dan suaikan secukup rasa, tambah la apa yang kurang, maz tak
sukat sebenarnya. Bancuhan tepung tu boleh masuk separuh dulu, kalau rasa sos pekat sangat
boleh tambah sedikit air atau kalau cair boleh tambah bancuhan tepung tadi.

3. Padamkan api, sejukkan dan boleh la dihidang bersama daging yang telah digrill, maz potong
daging tu kecik-kecik bila nak hidang agar senang nak makan, tak perlu guna pisau lagi dah.

4. Untuk daging steak, panaskan kuali ajaib atau grill pan dengan 1/2 sudu minyak sayur biar
berasap dulu, kemudian baru masukkan daging, tutup kuali dan masak selama 2-3 minit dikedua
bahagian, bila dah masak angkat dan tutup dengan aluminium foil agar daging tidak kering.

Pasta Udang Dan Cendawan

Bahan-bahan
1 mangkuk pasta, apa2 jenis - rebus hingga lembut seperti biasa, toskan
5-6 ulas bawang putih - cincang halus
4-5 biji cendawan butang putih, hiris nipis
15 ekor udang sederhana - kupas kulit, tinggal ekor je 1/4 cawan extra virgin minyak zaitun
2 sudu besar serbuk parmesan cheese
sedikit cili flakes
sedikit daun basil kering/mix italian herbs
sedikit serbuk pati ayam/garam

Cara:
1. Dalam kuali, panaskan minyak zaitun dan masukkan bawang putih, masak sekejap sekadar layu
kemudian masukkan udang dan cili flakes, masak biar udang masak.
2. Masukkan cendawan dan masak biar cendawan layu sikit, kemudian masukkan pasta dan daun
basil, perasa secukup rasa dengan sedikit serbuk pati atau garam.
3. Masukkan serbuk parmesan cheese dan kacau biar sekata, boleh lah dihidang ketika masih
panas bersama parutan cheese jika suka.

Resepi Spageti Seafood


Sumber resepi: Resepi Bonda

Bahan-Bahan:

1 paket pasta spageti


1 paket isi ketam di potong ketul2 kecil
1 paket kekapis di potong ketul kecil
3 sudu besar minyak zaitun
3 batang lobak merah dipotong dadu2 kecil
1/4 sudu teh serbuk ‘oregano’
1/2 sudu besar lada hitam
2/3 sudu besar cili kisar
3 tangkai daun sup di potong kecil
3 helai daun ‘Bay’ leave
6 ulas bawang putih di cincang dadu2 kecil
2 biji bawang besar di potong dadu2 kecil
15 biji tomato cherri di potong kecil2
1 tin tomato puree (siz sederhana) 400ml
4 cawan stok udang / ayam / sayur / air
700 gm udang segar di buangkan kulit, biarkan kulit di ekor (kepala dan kuit udang di rebus untuk
dapatkan stok udang)
Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak zaitun di kuali/periuk, masukkan bawang besar, cili kisar dan bawang putih.
Tutup api dan gaulkan bersama sos nya.
2. Bila ia mula lembut, masukkan lobak merah, daun ‘Bay’ serbuk rempah oregano, stok udang dan
tomato puree.

3. Gaulkan rata2. Bila ia mula mendidih, masukkan tomato buah, garam dan gula secukup rasa.

4. Masukkan isi ketam, dan kekapis. Gaulkan supaya sebati.

5. Sesudah sosnya mendidih masukkan udang yang sudah dibuang kulit nya.

6. Tutup periuk/kualinya udang akan masak dengan kepanasan kuah nya.

7. Di periuk lain, sediakan air masak, biarkan ia mendidih, letakan secukup garam dan letakan pasta
spaghetti.

8. Rebus hingga ia masak 3/4 suku masak.

9. Sajikan spaghetti bersama sos nya dan taburkan dengan daun sup.

Resepi Spageti Bebola Daging


sumber reseppi: Resepi Bonda

Bahan – Bahan :

Bahan Kuah:

2 biji kentang | dicincang


6 biji lada benggala |dipotong dadu kecil
2 biji tomato | dicincang
250 ml air panas
2 sudu makan minyak zaitun
2 ulas bawang putih | dihiris halus

Bahan Bebola Daging:

250 gm daging kisar


20 gm serbuk roti
2 biji telur
10 gm jintan putih
10 gm lada hitam yang ditumbuk
10 gm daun oregano
10 gm garam
1 ulas bawang putih | dicincang
1 biji bawang | dicincang
10 gm parsli segar | dicincang
200 gm spageti | rebus seketika sehingga lembut

Cara Memasak:

1. Panaskan kuali dengan minyak zaitun, tumis bawang putih sehingga wangi. Kemudian, masukkan
lada benggala dan tomato. Kacau rata.

2. Kemudian masukkan air dan kentang. Kacau rata sehingga mendidih dan kentang lembut.
Ketepikan.

3. Untuk membuat bebola daging, satukan kesemua bahan di dalam mangkuk adunan. Gaul rata
sehingga sebati.

4. Ambil sedikit adunan seberat 15 gm dan bentuk menjadi bulat.

5. Masak air sehingga mendidih dan masukkan adunan tadi. Rebus selama enam minit. Angkat dan
masukkan ke dalam pinggan bersama spageti.

6. Tuangkan kuah sos tadi di atasnya.

MAKARONI BAKAR

Nak bagi makaroni ni melekat elok masa masak tu mesti dicampur dengan 1/2 atau 1 cawan keju
cheedar atau monzarella gaul bagi sebati keju dengan sos bolognese dan makaroni kemudian
dimasukkan sebiji atau 2 biji telur dan terus kacau kalau kuah nampak masih tak cukup tambah lagi
sos bolognese dan masuk susu sikit demi sedikit . Kacau semua bahan dan rasa kalau tak cukup
lagi boleh ditambah bahan-bahan dan bila dah puas hati baru la adunan makaroni ni dimasukkan
dalam bekas yang sesuai dan ditabur keju cheedar dan monzarella secukupnya . Bakar sehingga
makaroni mendidih dan pemukaan atas menjadi golden brown macam gambar diatas ni..
BAHAN-BAHAN :
300gm makaroni
1 biji bawang besar-dicincang
3 ulas bawang putih - dicincang
1 tin sos bolognese - Prego-boleh ditambah 1 cawan susu full cream milk- dalam kotak
1/2 cawan keju cheddar
1 peket ayam cincang
1 biji telur
2 sudu besar mentega
Garam secukup rasa
1 sudu besar minyak masak
Keju chedder dan monzarella-utk ditabur atas macaroni * saya campurkan 1 cawan susu ke dalam
sos bolognese untuk mengimbangkan rasa masam , manis serta lemak . Boleh juga ditambah 1/2
cawan cream untuk bagi makaroni ni cukup berlemak terpulang pada citarasa masing-masing.

CARA MEMBUAT :
1 )Rebuskan makaroni sehingga lembut kemudian ditos dan ketepikan sekejap. Panaskan minyak
dan butter kemudian tumiskan bawang putih serta bawang merah sampai terbit bau wangi .
Masukkan ayam cincang dan kacau sehingga daging ayam masak kemudian masukkan sos
bolognese Prego serta terus kacau sampai semua bahan menjadi sekata.

2) Masukkan pasta tadi dan gaul dengan kuah sos . Masukkan telur serta susu serta kacau dengan
cepat supaya telur cepat sebati dengan bahan-bahan lain kemudian masukkan 1/2 keju cheddar dan
kacau bagi mesra . Jika kurang masin baru la ditambah garam.

3) Tuang semua bahan tadi ke dalam mangkuk yang sesuai . Taburkan keju dan bakar dalam oven
dengan suhu 180'C selama 40 minit atau sehingga masak.

Anda mungkin juga menyukai