Anda di halaman 1dari 11

ROJAK SINGAPURA

RESEPI KUAH ROJAK SINGAPORE


Bahan-bahan:
450 gm keledek - direbus empuk
2.5 liter air
2 sudu mkn serbuk cili
3 sudu mkn gula merah + gula pasir (ikut citarasa kemanisan masing2)
1/2 sudu mkn asam jawa + 2 sudu mkn air (pekat)
2-3 sudu mkn kacang tanah - digoreng & dikisar halus (guna sikit je utk dptkan rasa)
Sedikit bijan goreng tanpa minyak
Cara membuat:
1. Kisar keledek dengan air rebusan keledek tadi hingga halus.
2. Serbuk cili direbus dengan sedikit air di dalam mangkuk yang berasingan sehingga
sebati. Masukkan keledek yang telah dikisar dan dimasukkan di dalam mangkuk dan
tuangkan cili serbuk yang telah di rebus tadi ke dalam mangkuk keledek dan masak
dengan api yang perlahan.
3. Selepas itu masukkan gula merah dan air asam jawa yang pekat-pekat.
4. Kalau ada jem nenas bolehlah diletak sikit utk tambahkan pekat kalau tak ada
bolehlah ditambahkan gula.
5. Masukkan sedikit pewarna merah utk menaikkan warna.

6. Kalau kuah sudah pekat masukkan kacang tanah yang telah dikisar (letak sedikit
untuk dapatkan rasa).
7. Akhir sekali bolehlah dimasukkan bijan goreng dan dikacau sehingga sebati.

Bahan Sampingan:
Tauhu goreng
Sengkuang
Timun
Kentang, direbus, dihiris & digoreng keperangan
Telur, direbus & dihiris

ROJAK MAMAK SINGAPURA


BAHAN HIASAN :
2 BIJI TIMUN
3 BIJI BAWANG MERAH
10 BIJI LADA HIJAU
150 GM DAUN SALAD
BAHAN KUAH:
1 KG KELEDEK (YG KUNING MERAH KUKUS DAN LENYEK)
200 GM GULA
100 GM TOMATO SOS
150 GM KACANG TANAH (GORENG KASAR + HALUS)
2 SD MKN BIJAN SANGRAI
3 LITER AIR
SEDIKIT PEWARNA OREN
*15 BIJI LADA MERAH
*6 BIJI BWG PUTIH
*1/2 JARI HALIA
*BAHAN2 INI DI KISAR HALUS
TUMIS BAHAN2 DI ATAS DGN API SEDERHANA HINGGA PEKAT, SETELAH MASAK
DAN PEKAT, TAMBAH GARAM DAN CAMPURKAN BIJAN SANGRAI
BAHAN UTK TEPONG
1 KG GANDUM
6 GM YEAST KERING
1 SD TEH GARAM
1-11/2 LITER AIR
1 SD MKN KUINYIT SERBUK
BAHAN2 INI DI JADIKAN SATU, PERAP JAM
ADUNAN DI BAHAGI BEBERAPA BAHAGIAN
ADUNAN A.GAUL DGN KELAPA PARUT DI BENTUK BULAT DI GOLEK SEDIKIT
DGN BIJAN
ADUNAN B.AMBIL SEDIKIT DI BENTUK BULAT DAN DI LETAKKAN BEBERAPA
EKOR UDANG DI ATAS NYA
NOTE: ADUNAN A & B .KALAU TERLALU LEMBUT DI TAMBAH TEPUNG
SEDIKIT LAGI
ADUNAN C.DI TAMBAH PEWARNA OREN, CELUP KAN BAHAN2 YG ANDA
SUKA SEPERTI KENTANG, TELUR, TEMPE, HOT DOG, SOTONG, CRAB STICK
DAN LAIN2 LAGI
SETELAH SELESAI MENGGORENG HENDAK LAH DI TOS DAHULU
POTONG BAHAN2 YG TELAH DI GORENG DAN HIAS DGN BAHAN2 YG DI SEBUT
DI ATAS TADI
MEMANG SEDAP, DUDUK DGN TEMAN2, HIDANG PULAK TEH TARIK

ROJAK ASMA
Sebelum nak membuat kuah rojak asma ni, kita sediakan dahulu cucur tepungnya dahulu, kerana
cucur ni kita kena perap selama 1 jam sebelum kita boleh mengoreng. Sementara tunggu cucur
kita di perap bolehlah kita sediakan bahan untuk kuah rojak pula

CUCUR TEPUNG
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh kunyit serbuk
1/2 sudu teh gula
150 ml air
1 biji telur

Satukan semua bahan dalam bekas, kecuali air dan telur. Kemudian masukkan air dan kacau
hingga rata. Jangan masukkkan telur dahulu ya, kita perap dahulu adunan ni selama 1 jam
Sementara kita tunggu adunan ni di perap, kita sediakan bahan-bahan untuk kuah rojaknya
dahulu.

KUAH ROJAK
1/2 cawan kacang tanah ~ di goreng dan kemudian tumbuk, jangan halus sangat dan jangan kasar
sangat
3 biji kentang ~ kupas kulit dan potong bulat kemudian di goreng
1 sudu besar bijan putih ~ di sangai ( goreng tanpa minyak)
1 buku gula Melaka
1/2 cawan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis
air secukupnya
Bahan Kisar
15 ~ 20 tangkai cili kering, rendam lembut dan kisar halus
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
1 inc kunyit hidup
2 inc halia
2 sudu besar udang kering ~ rendam lembut dan kisar

Kentang di kupas kulitnya, hiris bulat-bulat dan kemudian goreng hingga kuning keemasan.
Kemudian di kisar halus. Kentang ni untuk pekatkan kuah, anda boleh gantikan dengan keledek

oren yang di rebus , kemudian di lenyek halus atau ada juga yang meletakkan biskut marrie.
Kalau guna biskut Marrie, rendam dengan air hingga kembang kemudian kisar halus.
Kacang tanah, goreng, buang kulit dan tumbuk, jangan terlalu halus dan jangan juga terlalu kasar
Bijan putih, di goreng tanpa minyak, jaga-jaga ya sebab bijan cepat hangus.
Lada kering tu ikut kepedasan masing-masing, kalau suka pedas boleh lebihkan.. kalau tak suka
pedas kurangkan. Lada ni anda rendan atau rebus hingga lembut kemudian kisar halus.
Bawang, halia, bawang putih dan kunyit di kisar halus.
Ok bahan dah sedia sekarang boleh kita mulakan proses memasak

Dah pun siap kuah rojak kita.


Sekarang kita sediakan bahan sampingan yang di makan bersama.

Timun di belah 2 dan hiris, jangan nipis sangat dan jangan tebal sangat. Dia tebal sikit dari kita
hiris untuk nasi lemak tu.. baru lah rasa rangup bila di nikmati nanti
Daun salad, yang ni kita potong atau hiris aje... lebih kurang 1 inc
Lada hijau kita hiris bulat atau serong, terpulang pada cara masing-masing

Sekarang kita sediakan pula bahan-bahan yang kita perlu goreng. Bahan ni terpulang pada
citarasa anda. Yang ita sediakan ni apa yang anak-anak ita suka makan aje.. yang lain ikut
masing-masing.

4 keping tauhu
2 keping tempe
5 keping jejari ketam
2 keping fish cake
5 keping jejari udang
2 biji kentang , kupas kulit dan belah 4
fish ball jika suka
sotong kembang jika suka ~ kalau letak sotong kembang ni rebus ya sotongnya tu
ketam jika suka ~ kalau letak ketam celup dahulu dengan tepung beras, macam buat adunan
goreng pisang tu kemudian goreng. Boleh juga celup dengan tepung jagung kemudian goreng
3 biji telur di rebus
Yang penting cucur kita tadi jangan lupa
Sekarang kita panaskan minyak dalam kuali, kerana kita nak goreng semua bahan di atas.
Ok sebelum kita goreng bahan-bahan di atas kita goreng cucur kita tadi dulu.
Cucur yang kita dah perap selama 1 jam tadi, kita masukkan sebiji telur dan kacau rata
Bila minyak dah panas, guna sudu untuk ambil tepung dan masak macam kita buat jempu-jemput.
Tapi adunan tepung ni dia cair sikit sebab tu kita guna sudu.
Gorenglah cucur kita ni tadi sampai kuning keemasan. Buat sampai habis semua adunan. Angkat
dan ketepikan.
Sekarang kita goreng pula bahan yang lain, macam tauhu, tempe, telur rebus, fish cake, fish ball.
jejari ketam, jejari udang, kalau ada ketam celup tepung dan udang goreng sekali.
Kentang yang kita belah 4 tadi goreng sekali.
ok dah siap semua bahan di goreng, bolehlah kita hidangkan bersama kuah rojak kita tadi.
Bahan-bahan yang kita dah goreng tadi kita potong kecil untuk mudah nak makan nanti.

Dah siapkan.. mudah aje kan cara membuatnya..


Apa tunggu lagi.. cepatlah curahkan kuahnya.. tak sabar dah nak menjamu selera..
Makan masa kuahnya masih hangat tau! baru power!

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera

Anda mungkin juga menyukai