Anda di halaman 1dari 112

Sambal Tumis Udang Dengan Petai

Oleh: Azie Kitchen


Bahan bahan:
10 ekor udang kuning
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 senduk cili kisar - ikut pedas disukai
1 sudu besar gula
Garam
Air asam jawa

Cara cara:
1. Panaskan minyak dan goreng udang seketika. Angkat
ketepikan.

dan

2. Tumis pula bawang merah dan bawang putih yang dikisar serta cili
kisar sehingga cili benar benar garing dengan menggunakan api
perlahan.
3. Setelah garing, masukkan gula terlebih dahulu. Ianya akan
menjadikan sambal berwarna merah cantik. Kacau rata, barulah
dimasukkan petai, air asam jawa dan garam.
4. Akhir sekali masukkan udang yang telah digoreng dan kacau rata.
Sesuaikan rasa dan tutup api. Jika suka, boleh juga masukkan
bawang besar yang dimayang bulat dan kacau sehingga agak layu
sebelum ditutup api. Sedia untuk dihidangkan.

Ayam Masak Merah


Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 ekor ayam - lumur garam + kunyit & goreng separuh masak.
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 sudu besar sos cili
60 ml santan
250 ml air
3 biji tomato - belah 4
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa - saya tambah
Minyak utk menumis
Kacang peas - opsyenal
Bahan bahan kisar halus:
4 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
15 - 20 tangkai cili kering - rebus sebentar dan kisar
Bahan bahan hiris:
3 biji bawang besar - lagi sedap bwg holland
5 ulas bawang putih
2 cm halia - hiris jadi 3 keping

Cara cara:

1. Panaskan

minyak dalam kuali dan tumis bahan hirisan sampai layu.


Kemudian masukkan bahan kisar dan gaul rata.

2. Lepas

tu masukkan cili kering yang dikisar dan sos cili. Tumis


sampai pecah minyak.

3. Bila

dah pecah minyak, masukkan ayam yang digoreng separuh


masak tadi. Jika digoreng garing, ayam akan menjadi liat.
Dikacau rata dan biarkan seketika.

4. Kemudian

masukkan air mengikut banyak mana kuah yang disukai.


Lepas tu masukkan santan untuk memekatkan kuah mengikut yang
disukai.

5. Masukkan

buah tomato dan garam. Masak sehingga pecah minyak.


Taburkan sedikit gula, jika suka. Bila rasa dah sebati, dan
warnapun dah cantik, bolehlah ditutup api.

6. Jika

suka, boleh masukkan kacang peas, sebelum ditutup api dan


sedia untuk dihidangkan bersama nasi minyak, nasi briyani atau
nasi tomato.

Tom Yam Thai


diolah: Azie Kitchen
Bahan Pes Tom Yam:
7 ulas bawang merah
1/2 biji bawang besar
3 biji cili merah
10 biji cili kering
1 inci lengkuas
3 batang serai
1 sudu besar udang kering
4 helai daun limau purut
1 inci belacan - bakar
Air asam jawa
Gula dan garam
Cara
1.
2.
3.
4.
5.

cara:
Semua bahan di atas di kisar.
Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar.
Masukkan air asam jawa, garam dan gula.
Masaklah sehingga menjadi pes tom yam.
Boleh dibuat banyak banyak dan simpan.

Bahan Sup Tom Yam:


Ayam - potong kecil
Makanan laut (udang, sotong, lala)
1 labu bawang besar-di potong 6
5 ulas bawang putih-di ketuk
1 inci lengkuas - di ketuk
2 batang serai - di ketuk
6 helai daun limau purut
2 biji buah tomato - belah 6
2 ketul kiub tomyam
1 sudu besar sos ikan
2 biji limau nipis
3 sb susu cair (tak bubuh)
6 biji cili padi-di ketuk
Garam
Daun ketumbar
Sayuran:
Bunga kubis
Karot
Cendawan
Putik jagung
Cara cara:
1. Rebus ayam beberapa minit. Masukkan bawang besar, bawang
putih dan daun limau purut, serai, cili padi dan lengkuas.
2. Lepas tu masukkan sotong dan udang atau apa apa makanan laut
yang disukai. Biarkan sebentar.
3. Bila sudah sebati mendidih, masukkan sayur sayuran. Kemudian
masukkan pes tom yam yang sudah kita buat awal awal tadi, sos
ikan, perahan limau nipis dan garam.
4. Tutup api masukkan susu cair dan daun ketumbar. Bolehlah
dihidangkan semasa masih panas panas.

Kari Ayam Sedap


Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
12 ketul ayam
2 biji kentang - potong 4
11/2 labu bawang besar saiz besar - hiris
6 ulas bawang putih - hiris
3 inci halia - hiris
1 asam keping
1 kotak santan kotak
Air secukupnya
10 sudu besar rempah kari Babas - extra chilis
Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
1 pelepah daun kari
Gula
Garam secukupnya

Cara cara:
1. Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bawang putih,
bawang merah dan halia sehingga kekuningan.

2. Kemudian masukkan rempah kari dan kacau seketika sebelum


dimasukkan air supaya rempah cair. Terus masak dengan
menggunakan api perlahan sambil terus dikacau sehingga rempah
sedikit garing dan terbit minyak. Kemudian masukkan daun kari
dan kentang.

3. Lepas itu, masukkan pula ayam dan masak sehingga ayam kecut
sebelum tambah sedikit lagi air dan biarkan mendidih.

4. Masukkan pula santan. Terus masak dengan api perlahan. Setelah


kentang empuk, masukkan asam keping, gula dan garam. Renihkan
sehingga pecah minyak. Sesuaikan kepekatan kuah yang disukai.
Jika terlebih pekat, tambah air panas dan masak lagi.

Nota
Kuah kari ayam pekat seperti ini sangat sedap dimakan dengan roti jala.

Ayam Bakar Berempah Kelantan


Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan;
1/2 ekor ayam - dengan kulit
3-4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
Sedikit rempah kari - opsyenal (tak letak)
3-4 tangkai cili kering
3 batang serai
Garam
Gula
Kisar semua bahan di atas dan masukkan garam dan gula. Gaul sebati dan
perap dengan ayam lama lama.

Boleh dibakar di atas dapur arang atau di dalam oven. Saya membakar di
dalam pemanggang ajaib jer. Saya akan sudukan keluar air yang
bertakung.

Nota:
Boleh juga diperap semalaman dengan disimpan dalam freezer.

Ikan Siakap Sweet Sour


Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap - lumur garam kunyit
1/2 biji bawang besar - mayang
4 ulas bawang putih - ketul
1-2 inci halia - hiris halus panjang
Sedikit cili kisar
1 biji tomato buah - hiris bulat
1/2 cawan sos tomato
Sedikit sos ikan
Gula
Garam
Air tepung jagung
Hiasan:
8 biji cili padi merah dan hijau
1 biji bawang besar - hiris bulat
Daun bawang
Daun sadri
Cara cara:
1. Ikan dilumur garam kunyit dan digoreng. Sebelum digoreng,
lumurkan tepung jagung rata rata dan goreng dalam minyak yang
banyak sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Tumis bawang putih, halia dan bawang besar sehingga kekuningan.
Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga cili masak.

3. Selepas itu, masukkan pula sos tomato, sos ikan, garam, gula dan
sedikit air. Masukkam air tepung jagung. Sesuaikan rasa dan
kepekatan. Akhir sekali, masukkan bawang mayang, tomato buah
dan cili padi. Biarkan sehingga bawang layu.

4. Tutup api dan tuang sos sweet sour ke atas ikan. Tabur daun
bawang dan daun sadri. Sedia untuk dihidangkan.

Ikan Siakap Masak Stim Ala Thai


Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap - belah depan
2 batang serai - ketuk
1 biji bawang besar - hiris
4 ulas bawang putih - hiris
8 biji cili padi - ketuk
2 inci halia muda - hiris panjang
1 kiub pati ikan bilis
3 biji limau kasturi/nipis - hiris dan juga perah jus
5 helai daun limau purut - buang urat & hiris kasar
2-3 biji bawang putih jeruk - buang kulit
1/2 batang saderi - hiris nipis
Bahan Sos:
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap cair
3-4 sudu besar sos tiram
Sedikit air
Bahan Lain:
1 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
Garam
Gula/serbuk perasa
Bahan Tabur
Daun ketumbar, daun bawang - hiris
1 biji cili merah - hiris

Cara cara:
1. Panaskan air dalam pengukus sehingga mendidih. Masukkan semua
bahan hiris dan bahan sos ke dalam pinggan pengukus. Letakkan
bahan hiris sebahagian di bawah ikan.

2. Kukus dalam 5-10 minit atau sehingga ikan masak. Masukkan air
bancuhan tepung dan garam serta gula. Rasakan dulu masinnya,
sebelum ditambah garam.

3. Kukus lagi dalam 1 minit. Tutup api dan tabur cili merah dan daun
ketumbar. Bolehlah dihidangkan.

Ikan Selar Goreng Berlado


Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
2 ekor ikan selar saiz besar - potong 2
2 biji bawang besar - hiris
20 tangkai cili kering
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Asam keping
Garam
Gula
Cara cara:
1. Ikan dilumur garam kunyit dan digoreng garing. Angkat dan
ketepikan. Dengan menggunakan lebihan minyak tadi, tumis bawang
besar sehingga layu. Kemudian masukkan cili yang dikisar bersama
bawang merah dan bawang putih. Tumis sehingga cili masak dan
pecah minyak.
2. Masukkan asam, garam dan gula. Gaul rata dan sesuaikan rasa.
Bolehlah masukkan ikan goreng ke dalam kuali dan dibalik balikkan.
Sedia untuk dihidangkan.
Nota:
Jika suka boleh masukkan sedikit daun kunyit, lagi harum baunya.

Ikan Siakap Goreng Sambal


Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 ekor ikan Siakap - lumur garam kunyit dan goreng
10 ulas bawang merah - banyak
4 ulas bawang putih
3 sudu besar cili kisar
Belacan - tak letak
Air asam jawa - guna asam keping
Garam
Gula
Daun limau purut - hiris halus
Daun pudina
Cara cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah, bawang putih
dan belacan yang dikisar. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis
hingga cili benar benar garing dan terbit minyak.
2. Masukkan gula dan kacau sehingga sambal berwarna kemerahan
sebelum dimasukkan garam dan sedikit air (tak perlu jika guna air
asam jawa) serta asam keping. Akhir sekali, masukkan daun limau
purut. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.
3. Tuangkan sambal ke atas ikan yang telah digoreng. Letakkan daun
pudina sebagai hiasan. Jika suka, taburkan bawang besar hiris di
atasnya.

Masak Tempoyak Versi Perak


Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 ekor ikan merah - potong nipis
4 - 5 biji cili merah
2 senduk tempoyak (saiz sedang)
Sedikit serbuk kunyit
2 batang serai - ketuk
1 batang timun - jika suka
3 - 4 mug air atau mengikut kepekatan yang disukai
Garam
Secubit gula
Cara cara:
1. Blender kasar cili merah atau ditumbuk kasar. Kemudian satukan
semua sekali bahan termasuk ikan dan timun. Selepas itu, tuang air
secukupnya. Petua kakak ipar saya ialah bahan bahan mesti digaul
sebati dengan menggunakan tangan.

2. Masak dengan api perlahan sehingga ianya mendidih dan merenih


dengan agak lama.

3. Masukkan sedikit garam dan secubit gula. Sesuaikan rasa dan


bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan nasi putih panas panas.

Ikan Siakap Masak 3 Rasa Ala Thai


Oleh: Azie Kitchen
Bahan ikan:
1 ekor ikan siakap bersaiz kecil
Serbuk kunyit dan garam
Bahan sos:
3 ulas bawang putih - hiris
1cm halia - hiris kasar
8 biji cili padi - diketuk
3 biji cili merah - hiris
2 batang serai - dititik
1 batang bunga kantan - dipotong kecil (tak letak)
4 helai daun limau purut
1/2 cawan sos tomato
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos ikan
Air secukupnya
Garam dan gula
Bahan potong dadu:
1 biji bawang besar
1 tin kecil nenas dalam
1 biji tomato buah
biji cili benggala merah
biji cili benggala hijau
biji cili benggala kuning
biji timun

tin

(ganti

dengan

cendawan

butang)

Cara memasak:
1. Gaul gaulkan ikan bersama garam dan serbuk kunyit. Panaskan
minyak dan goreng ikan sehingga kekuningan. Angkat dan
ketepikan.

2. Setelah itu, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih,


halia, serai dan cili padi sehingga naik bau.

3. Kemudian masukkan daun limau purut, bunga kantan dan sos cili.
Kacau rata dan sebati. Masukkan pula air secukupnya dan sos ikan.

4. Perasakan

dengan

garam

dan

gula

dan

biarkan

seketika.

5. Akhir sekali, masukkan bahan-bahan yang dipotong dadu tadi.


Biarkan sehingga lembut dan pecah minyak.Tuangkan sos ke atas
ikan siakap goreng. Sedia untuk dinikmati.

Ikan Cencaru Bakar Sumbat Sambal


Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
4-5 ekor ikan cencaru - belah belakang
1 senduk (5-6 sb) cili kisar
1 biji bawang besar
3-4 bawang putih
2 batang serai - potong-potong
1 inci halia
Sedikit belacan bakar - jika suka
Beberapa tangkai daun kesum - jika suka
Asam keping
Gula
Garam

Cara cara:
1. Tumbuk serai, halia, bawang putih dan bawang besar dan tumiskan
sehingga wangi dan masukkan cili kisar. Goreng sehingga cili betul
betul masak. Bila dah pecah minyak masukkan gula dan garam
secukup rasa.

2. Masukkan daun kesum dan sedikit asam keping atau air asam jawa.
Masak sehingga kering dan garing.
3. Bila sambal dah masak sumbatkan dalam ikan dan bakar dalam
pemanggang ikan ajaib/kuali leper. Kalau nak sedap lagi bungkus
ikan dengan daun pisang/daun kunyit.

4. Sedap jer dimakan dengan nasi panas dan bak kata Linda, makan
dengan sayur tumis air.... memang laju jer makan....
Nota:
Ikut kesesuaian banyak mana sambal yang hendak dibuat..... kalau mahu
banyak sambal gandakan bahan bahan.
Boleh juga diletakkan sedikit santan jika suka.
Selain disumbat, boleh juga separuh dari sambal dilumur pada ikan dan
setelah dibakar, tuang separuh lagi sambal ke atas ikan dan dihidangkan.

Ikan Masak 3 Rasa


Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 ekor ikan siakap - (boleh kukus atau goreng garam kunyit)
100 ml air - boleh tambahkan air kalau nak kuah lebih (jika ikan dikukus)
2 sb minyak - untuk menumis
Garam secukupnya
Bahan Cincang Halus:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah
Bahan Dihiris Halus:
1/2 kuntum bunga kantan
2 helai daun limau purut
4 - 5 biji cili padi
Bahan-Bahan Sos:
2 sb cili kisar
1 sb sos tomato
2 sb sos cili
2 sb sos plum - guna sos ikan
1 sk kicap manis
1 sb jus limau nipis/lemon
2 sb gula pasir

Cara Cara:
1. Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan
selama 10 minit. Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser
dengan

sedikit

minyak

dan

air. Kukus

hingga

ikan

masak.

2. Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan


bahan cincang selama 1 minit.

3. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili agak masak sebelum
dimasukkan bahan-bahan sos lain yang telah disatukan dalam
mangkuk. Kacau rata rata.

4. Setelah mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan


dan garam secukup rasa. Masak hingga kuah pekat sedikit.

5. Tuangkan ke atas ikan yang telah dikukus atau yang telah


digoreng.

Nasi Goreng Apa apa Jer


Nasi putih
1 biji cili merah - tumbuk kasar
2 bawang merah - tumbuk kasar
3 bawang putih - hiris
3 bawang merah - hiris
Segenggam karot -potong dadu
1 keping ikan jeruk masin
1 ketul hati dan mempedal ayam
1 biji telur
Garam
Sedikit sos ikan
Panaskan minyak dan masukkan ikan jeruk masin. Goreng sambil
dihancurkan. Masukkan bawang merah dan putih hiris. Goreng sehingga
wangi.
Masukkan karot dan mempedal serta hati ayam. Masak sehingga karot
lembut dan mempedal masak. Masukkan cili merah dan bawang merah
tumbuk.
Masukkan nasi dan pecahkan telur di tepi kuali. Kacau rata supaya telur
bersalut dengan nasi. Masukkan garam dan sos ikan. Kacau rata dan
sesuaikan rasa. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Nasi Goreng Ikan Masin Ala Thai


Bahan-bahan
Nasi secukupnya
1/2 labu bawang besar - dihiris
4 ulas bawang putih -di ketuk
8 biji cili padi - diketuk
3 keping ikan tenggiri masin- buang tulang
2 sb sos tiram
1 sb sos ikan
2 helai kailan
1 btg kacang panjang - dipotong kecil
Karot - hiris panjang
2 biji telur
Sedikit garam - rasakan dahulu

Cara-cara
Panaskan minyak dan tumis ikan masin, tekan tekan sikit dgn sudip
supaya hancur. Bila ikan masin nak garing masukkan bawang besar,
bawang putih dan cili padi. Tumis sampai naik bau masukkan sos tiram
dan sos ikan.
Masukkan kacang panjang, karot dan kacau hingga karot lembut.
Ketepikan rencah dan tuangkan telur. Masukkan nasi dan kacau supaya
telur bersalut dengan nasi. Boleh letak garam sikit kalau belum masin.
Bila nasi dah nak masak baru letak daun kailan.
Siap utuk dimakan....
Nasi Goreng China
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 mangkuk besar nasi putih
1 mangkuk isi ayam - potong dadu - saya guna ikan bilis
1 mangkuk sayur campur/kacang panjang
4-5 biji telur
Segenggam bawang putih - tumbuk
2 inci halia - tumbuk
Serbuk lada sulah
Garam
Cara cara:
Buat telur scramble dulu dengan memukul beberapa biji telur dengan
menggunakan garfu, tambah garam dan sedikit air. Panaskan kuali dan
tuang telur. Biarkan telur hampir "set" dan dikacau dengan cara menolak

dari tepi ke tengah kuali dan seterusnya kacau. Tutup api sambil terus
dikacau sehingga masak. Angkat dan ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia yg ditumbuk,


masukkan isi ayam dan tumis sehingga ayam masak. Kemudian masukkan
nasi dan kacau dengan menggunakan api yang kuat sebelum dimasukkan
garam dan serbuk lada sulah. Kacau lagi.

Masukkan sayur campur, kacau dan akhir sekali masukkan telur


scramble tadi dan terus dikacau atas api kuat beberapa minit sebelum
diangkat dan hidangkan.

Nota:
Jika mengguna udang, masukkan udang selepas nasi bagi mengelakkan
udang menjadi keras.
Nasi Goreng Mentega
Oleh: Azie
Bahan bahan:
1
mangkuk
1 - 2 sudu besar mentega
Minyak masak
Minyak bijan
3 - 4 ulas bawang putih - tumbuk
4 ulas bawang merah - hiris

Kitchen

nasi

putih

Isi ayam - potong kecil


Udang secukupnya
1 sudu besar lada sulah - tumbuk
2
biji
Bahan Sayuran:
Karot - potong dadu
Cili padi - hiris
Sayur kubis - hiris panjang
Daun
bawang

telur

hiris

halus

Cara cara:
Masukkan mentega ke dalam nasi dan kacau sehingga bergaul rata.
Panaskan minyak dan minyak bijan, tumis bawang putih, diikuti dengan
bawang merah. Kemudian masukkan ayam dan karot. Masukkan sedikit
air
untuk
menghentikan
bawang
dari
terus
masak.
Masukkan pula udang, cili padi dan lada sulah. Ketepikan semua bahan,
tuangkan telur dan kacau rata sehingga telur betul betul masak. Jika
nampak kering boleh tambah minyak.

Masukkan garam dan gula. Kemudian masukkan nasi yang telah digaul
dengan
mentega
tadi.
Kacau
rata
lagi.
Akhir sekali, masukkan sayur kubis dan daun bawang. Kacau rata dan
biarkan sayur agak lembut, tutup api. Sedia untuk dihidangkan.

Oleh: Azie Kitchen


Bahan bahan:
1 kg tulang rusuk
5 ulas bawang - hiris utk menumis
1 sudu besar rempah sup serbuk
1 bunjut sup - opsyenal

1 inci halia - hiris kasar


Garam
Bahan tabur:
3 biji cili padi - hiris
Limau nipis
Bawang goreng
Daun bawang dan daun sup - hiris
Cara cara:
Masukkan tulang ke dalam pressure bersama air secukupnya. Masukkan
3 ulas bawang merah dan halia yang dihiris kasar, sup bunjut dan sedikit
garam. Klik ON pada pressure cooker.

Dalam kuali lain, tumis bawang merah yang dihiris sehingga wangi.
Masukkan rempah sup yang dibancuh dengan air. Masak sehingga
mendidih.

Masukkan rempah yang ditumis ke dalam periuk sup. Sesuaikan garam.


Taburkan bahan bahan hiris dan perahkan air asam limau secukup rasa.
Sedia untuk dihidangkan.

Rendang Haji Mahmud Kuala Lipis


Sumber: Buku Masakan Air Tangan - Tengku Puan Pahang
Bahan bahan
1 kg daging
2 serai - titik
30g asam jawa - bancuh dengan 1/4 cawan air panas ( saya guna 1 sudu
besar pes asam jawa adabi)
2.5 cawan santan
2.5 cawan minyak masak
Garam dan gula
Hiris:
100g bawang merah/10 ulas
10g bawang putih/3 ulas
Kisar berasingan:
200g bawang merah/20 ulas
70g lada kering/80 biji/1 mangkuk cili kisar (boleh kurangkan, jika tak
mahu pedas)
150g halia (cuma guna segenggam)
7g kunyit hidup /1 inci
10g lengkuas/2 ibu jari
15g buah keras/5 biji
Siat siat:
1 helai daun kunyit
2 helai daun limau purut
Cara cara:
Daging dipotong dadu sebesar 2 cm x 4 cm mengikut urat.

Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih dan bawang merah hiris
sehingga garing dan wangi.

Masukkan lada kering dan tumis sehingga naik bau dan pecah minyak.

Masukkan halia, bawang merah, lengkuas dan kunyit yang dikisar dan
tumis sehingga naik bau. (Saya tak kisar secara berasingan kerana nak
menjimatkan masa)

Masukkan daun kunyit, daun limau purut dan serai.

Masukkan buah keras yang ditumbuk bersama garam dan gula secukup
rasa. Kacau sehingga naik baunya.

Masukkan daging dan kacau sehingga sebati. Apabila daging keluar air
dan nampak pejal, masukkan air asam jawa. (Saya rebus dulu daging
menggunakan pressure cooker bagi menjimatkan masa).

Masukkan santan. Sentiasa kacau dan masak sehingga kering, lebih


kurang 2 jam.

Boleh lah dihidangkan dengan nasi putih panas panas, lemang atau pulut
kuning.

Agar Agar Milo Lapis Oreo


Loyang saiz: 8" persegi
Bahan bahan:
10 gram serbuk Agar-Agar
750 ml air
160 gram gula
1 tin (400g) susu cair
3/4 cawan serbuk Milo
1 bungkus (137g) biskut Oreo - patah2kan tapi biarkan sandwich 2 lapis
Cara cara:
Masak serbuk agar agar dan air sehingga larut. Masukkan gula dan
masak sehingga gula larut. Masukkan susu cair, kacau sebati sehingga
mendidih.
Asingkan 2 cawan ke dalam periuk yg lain dan campurkan milo sehingga
sebati.
Tuangkan 1 cawan campuran milo ke dalam acuan. Panaskan campuran
milo yang separuh lagi dengan api paling kecil supaya tidak membeku.
Apabila permukaan milo mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan
putih tadi. Taburkan biskut oreo. Apabila permukaan putih mengeras
sedikit,
tuangkan
baki
adunan
milo
tadi.
Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dalam peti sejuk.

Tips Melapis:
Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan
tidak melekat. Jika membeku semua, guris guriskan permukaan dgn
garfu
sebelum
tuangkan
lapisan
seterus
nya.
Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum
nya supaya ia melekat dengan baik.

Apam Dot Dot a.k.a Apam Polkadot

Saya sebenarnya dari dulu tak terlintas nak mencuba membuat Apam
Dot Dot aka Apam Polkadot. Orang kata belum terbuka hati walaupun
sana sini orang membuat dan menayangkan Apam Dot Dot yang cantik
cantik dan beraneka warna mengikut kreativiti masing masing. Sehingga
lah malam sewaktu berehat rehat di Hotel Cititel Penang baru baru ni,
bila tiba tiba terasa ingin membuatnya sendiri selepas melayan layan
mata dari satu dapur ke satu dapur. Sebenarnya masa zaman remaja
dulu, saya gemar sekali membeli baju bercorak polkadot terutama hitam
dan merah, warna kegemaran saya. Hahaha lari dari topik, sat.

Sebenarnya tidak seperti apam lain, Apam Dot Dot ini lebih sedap
kerana mempunyai filling dan bentuknya pun comey comey jer, sebesar
ibu jari kot, lagi membuka selera. Saya pernah makan apabila sahabat
saya, Sharifah Zalina Shahabudin memberikan 1 kotak Apam Dot Dot
pada kami. Setiap kali nak masuk mulut, saya mesti tengok bentuk dot
dot dan kemudian tengok intinya. Pendek kata, leka dan makan sambil
bersantai lah. Ada seni juga memakan Apam Dot Dot ni, bukan main
masuk mulut jer.

Saya ambik resepi ni dari blog Miss Mirror yang dikatakan lebih sedap,
lebih gebu dan lebih lembut dan telah ramai menggunakannya untuk
berniaga. Membacanya menjadikan saya lagi teruja untuk mencuba
sendiri. Saya menyediakan apam ini sambil memasak hidangan makan
malam, jadi agak bercinta lah kena ke sana ke mari di dapur. Kejap
tengok tumisan di kuali, kejap menjenguk mixer yang sedang beroperasi.
Maka kejadiannya pun tak lah cantik seperti apam dapur rumah orang
lain. Picit dot dot pun ada yang terlebih besar. Apa apa pun, jom saya
kongsikan resepinya di bawah ini....

Apam Dot Dot


Oleh: Azie Kitchen
3 biji telur sejuk (dari dalam peti ais)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar
3 sk baking powder
1 sk ovalette
Filling - ikut suka (coklat nuttella)
Pewarna - ikut suka (merah dan purple)
Masukkan telur satu persatu ke dalam mixer bersama gula (boleh guna
gula pasir je), biar hingga telur benar-benar kembang, baru diikuti dgn
ovellete, tepung yg telah bercampur baking powder dan akhir

sekali masukkan susu segar. Pukul dengan kelajuan maksima hingga


kembang (dlm lebih kurang 8 minit).
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian atau lebih. Titiskan pewarna ke
setiap satu mangkuk tersebut menggunakan warna berlainan ikut
kesukaan anda.
Utk buat dot dot, ambil dalam 1/4 cawan dan dibiarkan warna asal.
Kemudian masukkan ke dalam piping bag atau plastik biasa. Potong bucu
utk
kerja
kerja
membuat
dot
dot.
Picitkan/sudukan adunan berwarna ke dalam acuan kertas yang telah
disusun dalam acuan lompang utk mengelak acuan dari mengembang
ketika dikukus.
Letakkan filling secukupnya
memudahkan kerja anda.

dengan

menggunakan

piping

utk

Picit lagi adunan berwarna sehingga penuh permukaan acuan kertas itu
bagi
mendapatkan
apam
yang
montel.
Selepas itu bolehlah membuat kerja dot-dot ke atasnya dgn warna
pilihan mengikut kreativiti sendiri.
Pastikan air pengukus betul-betul panas, baru masukkan adunan ke
dalam pengukus.

Kukus dengan api yang perlahan, tutup pengukus dengan kain atau tuala
untuk elakkan wap dari menitis ke atas apam selama 15-20 minit. Saya
kukus selama 10 minit sahaja. Saya cuma lap penutup pengukus dari
masa ke semasa.

Nota:
Walaupun di dlm resepi tidak dituliskan esen vanilla, bagi yg risaukan
ianya berbau TELUR, boleh la dititiskan sedikit esen tersebut.
Sebenarnya utk hilangkan dari bau telur, ketika proses memecahkan
telur
pastikan
"pusat
telur"
dibuang.
Alas yg diguna untuk menampung papercup (acuan lompang/cheesetart)
hendaklah jangan terlalu kecil dari saiz papercup - nanti apam anda akan
mengerkot.
Kelebihan resepi di atas ialah, permukaannya tidak "berjerawat"
walaupun
pengukus
tidak
dibalut
dengan
kain.
Jangan biarkan adunan terlalu lama terdedah di luar sebelum dikukus,
nanti apam anda akan menjadi keras.
Homemade Stuffed Crust Pizza Dough
Bahan bahan:
1 1/2 cawan air suam
2 sk yis mauripan
Secubit gula
4 cawan tepung gandum
1/4 sk garam
1/4 cawan olive oil
Sedikit olive oil (lumur)
Cara cara:
Campurkan gula ke dalam air suam dan masukkan yis. Kacau rata dan
biarkan selama 5 minit tanpa dikacau lagi.

Ayak tepung ke dalam mangkuk. Masukkan garam. Buatkan satu lubang


di tengah tengah tepung. Tuangkan olive oil ke dalamnya, diikuti dengan
air yis tadi.

Ambil pisau dan dilalukan seolah memotong kek dari tepi ke tepi
sehingga menjadi sebati.

Dengan menggunakan kedua dua tangan, uli, gulung doh sehingga tidak
melekat di tangan. Jika masih melekat, tambahkan sedikit tepung
gandum.

Taburkan tepung gandum atas papan pencanai. Uli doh sehingga rata
dengan meletakkan tangan di kedua dua tepi doh, dilipat ke tengah dan
ditolak ke depan dengan kedua dua tangan.

Sapukan olive oil di mangkuk dan letakkan doh yang siap diuli di
dalamnya. Sapu lagi olive oil di serata permukaan atas doh.

Akhir sekali tutup dengan plastic wrap dan biarkan doh selama 30 minit
atau lebih lama.

Kemudian tumbuk doh bagi mengeluarkan udara di dalamnya. Bahagikan


kepada 2 bahagian. Adunan ini sesuai untuk 2 biji pizza saiz 10" atau 12"
jika
crust
yang
nipis.

Taburkan tepung gandum atas papan pencanai dan gelek dengan kayu
pencanai. Canai nipis dan lebihkan dalam 1 inci dari saiz pizza pan.
Taburkan sedikit tepung gandum atas pizza pan sebelum diletakkan doh
tadi.

Letakkan mozarella string cheese (sticks) atau shredded cheese di


sekeliling pizza pan. Tutup cheese dengan lebihan crust dan dikemaskan.
Akhir sekali, boleh sapukan olive oil pada sekeliling crust yang
dimasukkan cheese tadi.

Sedia untuk diletakkan pizza sauce dan topping mengikut citarasa


masing masing. Sapukan sauce di sekeliling dan letaklah apa apa topping
disukai seperti pepperoni, chicken, frankfurter dan apa apa sayuran
disukai serta cheese.

Pizza Nur Qaseh


Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
3 keping chicken fillet Green Peppercorn - hiris
3 chicken frankfurter - hiris
3 filament sticks Crab flavour - hiris
4 white button mushroom - hiris
1/2 bawang besar kuning
1/2 red capsicum
5 keping pineapple cubes
Itallian herbs
Fresh parsley/fresh basil (tak letak pun tadi)
Cheese Pizza Plus
Readymade pizza sauce Pizza Quick

Cara cara:
Sediakan bahan bahan untuk dibuat topping. Hiriskan sayur sayuran dan
bahan yang akan digunakan.

Sapukan sos piza di permukaan doh dengan menggunakan belakang sudu.

Taburkan Itallian herbs rata rata. Letakkan bawang besar, red


capsicum, mushroom atau apa apa sayuran disukai.

Masukkan chicken fillet, sosej, crab sticks dan pastikan ianya serata.

Akhir sekali, taburkan cheese. Masukkan pizza pan dalam dulang untuk
memudahkan pizza dibawa keluar dari oven.

Bakar dengan suhu oven yang panas ia itu 240 C selama 5 minit dan
lepas itu dikurangkan ke 220 C. Bakar selama 15 minit lagi.

Bila masak, keluarkan dari oven dan dipotong dengan pemotong pizza
dan dihidangkan panas panas.

Anda mungkin juga menyukai