Anda di halaman 1dari 6

Rempah kari homemade

REMPAH GARAM MASALA...


( Sumber CMG )
BAHAN2:
3 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan putih@halus
1/2 camca teh biji sajira (optional)
1/2 camca teh lada hitam
4 cm kulit kayu manis, dipatah2
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
CARA MEMBUATNYA :-)

Cuci semua rempah2 diatas, keringkan dan jemur hingga kering. Goreng
tanpa minyak semua sekali hingga harum. Masukkan dalam alat pengisar kering
dan kisar hingga halus. Simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan
kemudian.

SAJIRA - Sejenis rempah bentuk seperti jintan tapi bewarna hitam, rasa
seakan2 daun pudina. Agak sukar juga nak dapat, tapi boleh cuba cari dikedai2
india menjual rempah ratus...
REMPAH KARI KURMA....
( Sumber CMG )
BAHAN2:
3 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan putih@halus
1 camca teh lada putih biji

2 batang kayu manis, patah2kan


2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1/2 camca teh serbuk kunyit
CARA MEMBUATNYA :-)

Cuci semua rempah2 diatas kecuali serbuk kunyit, keringkan dan goreng
tanpa minyak hingga harum, kemudian kisar halus. Tambah, serbuk kunyit, gaul rata
dan simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian..
REMPAH KARI DAGING/AYAM.....
( Sumber CMG )
BAHAN2:
5 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan manis@kasar
1/2 camca teh jintan putih@halus
1 batang kayu manis, dipatah2
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
10 tangkai cili kering
3/4 camca teh serbuk kunyit
CARA MEMBUATNYA :-)

Cuci semua rempah diatas kecuali serbuk kunyit. Kemudian jemur hingga
kering. Goreng tanpa minyak hingga harum, kemudian kisar hingga halus. Tambah
serbuk kunyit, gaul rata dan simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan
kemudian..
REMPAH KARI IKAN.....
( Sumber CMG )
BAHAN2:
5 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan manis@kasar
1/2 camca teh jintan putih@halus
1/2 camca teh lada hitam
15 tangkai cili kering
3/4 camca teh serbuk kunyit
CARA MEMBUATNYA :-)

Cuci semua rempah2 diatas kecuali serbuk kunyit. Jemur hingga kering,
goreng tanpa minyak hingga harum. Kemudian kisar halus. Tambah serbuk kunyit
dan gaul rata. Simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian

Resepi Rempah Mamak Haji untuk Kari Ikan 1/2 kg


Dua sudu besar (tbsp) Serbuk Cili.

1/2 sudu kecil (tsp) serbuk kunyit.

2 sudu besar Serbuk Biji Rempah (corriander powder)

1/2 sudu kecil serbuk halba (Fenugreek powder).

1 sudu kecil serbuk jintan manis.

1 sudu kecil serbuk jintan putih.


GARAM MASALA ( Resepi Mamak Haji )
Bahan2:
4 sudu besar (tbsp) biji rempah/corriander seed.
1 sudu besar biji jintan putih/cummin seed.
1 sudu besar lada hitam.
1 1/2 sudu besar halia kering/salai (senang boleh didapati di kedai rempah.
3/4 sudu besar buah pelaga.
3/4 sudu besar cengkih.
3 kuntum bunga lawang.
5 biji cili kering.
3/4 sudu besar kulit kayu manis yg telah dihancurkan.
3/4 sudu besar daun salam India/daun beriani yg telah dihancurkan (selalunya jenis
kering rapuh dijual dikedai mamak rempah).
CARA-CARA:
1. Goreng kering semua rempah ini dengan api dapur sederhana. Jangan
hanguskan.
2. Selepas garing, keluarkan dan sejukan. Bila sejuk keluarkan isi (biji) buah pelaga
untuk elak pahit.
3. Kisar kesemua rempah di pengisar kering sehingga halus. Boleh juga adunkan
dengan serbuk buah pelaga 1/4 sudu kecil. Simpan dibotol yang kedap udara.
Tempoh penggunaan adalah sehingga 6 bulan.

Nasi Briani
Saya telah mempelajari membuat Nasi Briyani semasa usia saya 20an thn. Saya
mempelajarinya dari seorang teman sekerja yg keluarganya memang ahli dlm bidang ini.

Di samping itu juga saya menimba ilmu dan mencuba resipi Nasi Briyani dari berbagai
sumber. Saya telah memberanikan diri untuk mencuba memasaknya bermula dari
kendhuri-kendhuri kecil hinggalah saya diberi kepercayaan untuk menyiapkan Nasi Beriani
ini sewaktu majlis upacara akad nikah kakak saya dan juga di majlis pertunangan abang
saya (utk kira-kira 200 org tetamu). Bayangkanlah betapa ghairahnya saya hinggakan saya
berhasrat utk memasak sendiri utk majlis Reception di hari perkahwinan saya!! Anyway, di
sini saya sertakan resipi Nasi Beriani Lapis yg telah saya pelajari.

NASI BRIANI LAPIS (KAMBING/LEMBU)


2 kg beras briani
2 kg daging kambing/lembu
500 gm minyak sapi QBB
300 gm bawang kecil (dihiris, digoreng)
600 gm bawang besar (dihiris)
500 gm tomato (dihiris halus)
100 gm halia
80 gm bawang putih
50 gm badam
50 gm gajus
1 tin sederhana tomato puri
tin susu cair
botol air mawar
50 sen rempah tumis
sedikit daun pandan
50 sen daun pudina
50 sen daun ketumbar
$2 rempah beriani
cawan tairu
sedikit koma-koma
100 gm lada hijau
1 biji limau nipis
sedikit pewarna kuning
sedikit garam kasar
PERATURANNYA
Goreng bawang kecil dengan menggunakan minyak sapi. Setelah itu minyak sapi tadi
diketepikan. Halia, bawang putih, lada hijau, badam dan gajus hendaklah dikisar hingga
halus secara berasingan.
Masukkan minyak sapi tadi ke dalam sebuah periuk. Kemudian masukkan daging, bawang
besar hiris, tomato, daun pudina, daun ketumbar, halia, bawang putih, lada hijau, tairu,
rempah tumis daging dan garam. Masaklah di atas dapur sehingga mendidih. Apabila
daging masak, masukkan bawang goreng dan kacau rata. Kemudian masukkan tomato
puri dan biarkan mendidih lagi. Selanjutnya, masukkan rempah beriani, kacau dan tutup
biar mendidih. Sesudah itu rasalah masam masinnya.Kalau kurang masamnya, bolehlah
ditambah dengan perahan air limau nipis tadi. Akhir sekali, masukkan badam, gajus dan
pewarna kuning lalu dimasak sebentar. Kemudian ceduklah minyak yang terdapat pada
daging beriani tadi untuk dilapis pada nasi.

UNTUK MEREBUS BERAS


Kosek beras dan rendam kira-kira 10 minit lalu ditoskan. jerang air secukupnya
di dalam sebuah periuk bersama 1 batang kayu manis, 5 bunga cengkih dan 3
biji pelaga, daun pandan dan garam. Apabila air mendidih, masukkan beras dan
dikacau sekali sekala. Setelah beras 3/4 masak (keadaan seperti biji limau),
diangkat dan ditoskan kepada 3 bahagian.
UNTUK MELAPIS BERAS DAN DAGING
Ceduk minyak yang berada pada daging bersama 2 senduk kuah beriani lalu dicampur
dengan susu cair. Jika minyaknya kurang, bolehlah ditambah sedikit minyak sapi.
Bahan A

Koma-koma direndam dengan cawan air. Setelah itu , campurkan dengan air mawar dan
sedikit pewarna kuning. .. Bahan B
Panaskan periuk dan dibubuh sedikit minyak sapi. Taruh 1 bahagian beras, diratakan dan
dibubuh daging beriani di atasnya. Taburkan sedikit daun ketumbar dan direnjis
dengan Bahan A danBahan B.
Ulang proses ini sehingga ketiga-tiga bahagian beras tadi selesai. Tutup periuk dan
dibubuh bara arang di atasnya jika perlu. Kecilkan api dan biarkan nasi masak kira-kira
jam.
*********************************************************************************
Kalau rajin bolehlah cuba buat rempah briani ini.
Rempah Untuk 2 kg daging
10 sudu besar ketumbar biji
1 sudu besar jintan halus
1 sudu besar jintan kasar
1 sudu besar kas-kas
1 sudu kecil sajira
5 sudu besar lada merah serbuk
Sangai sebentar semua bahan kecuali lada serbuk; kemudian dikisar.

10

biji Cengkih (clove).

biji Buah Pelaga putih (Cadamom).

10

biji Lada Hitam (pepper corn).

keping kulit kayu manis ( Cinnomom Stick).

10

buah Pelaga Hijau ( Green Cadomom).

helai daun beriani (Bay leaf).

sudu besar Jintan Manis ( Fennel Seed)

sudu besar bawang Goreng.

1/2 sudu besar Jintan Putih. (cummin Seed)


2

sudu besar Serbuk Rempah (Corriander Powder)

sudu besar Serbuk Jintan Putih ( Cummin Powder).

1/4 sudu besar serbuk kunyit.


1/2 sudu serbuk cili.
Cara:
1. Kisar semua bahan tersebut yang pejal.
2. Setelah dikisar halus campurkan bahan-bahan yang berbentuk serbuk.
3. Kadar Kegunaan ialah 3 sudu besar untuk satu kilo daging / ayam. Sekiranya ingin buat Nasi
beriani; dua sudu besar sudah memadai untuk 1 kg. beras.
4. Serbuk ini boleh bertahan sehingga 3 bulan kalau disimpan dalam beks kedap udara.
Selamat mencuba.

Anda mungkin juga menyukai