Anda di halaman 1dari 16

Pernafasan adalah asas kehidupan. Bila manusia berhenti bernafas, itu adalah saat awal kematiannya.

Walaupun nafas adalah ciri penting kehidupan, ramai lelaki sebenarnya bernafas dengan cara yang salah. Pada zaman moden ini ramai lelaki mempunyai masalah stamina tenaga batin akibat tidak mempraktikkan cara bernafas yang betul. Menurut pengetahuan silam, rahsia nafas terletak pada Rahim atau Hara atau Tan Tien iaitu kawasan perut yang berada kira-kira dua inci di bawah pusat dan dua inci dari permukaan perut (tempat orang Islam letakkan telapak tangan ketika berdiri dalam solat). Perhatikan cara berpakaian lelaki zaman silam. Mereka memakai bengkung, dan bengkung ini mengikat bahagian Rahim atau Hara atau Tan Tien ini. Tenaga batin yang seimbang disimpan di sini dan dengan cara tertentu tenaga ini boleh dikumpul dengan banyak dan digunakan di masa perlu oleh seseorang lelaki. Tenaga batin yang mencukupi bukan saja diperlukan untuk bekerja mencari nafkah tapi juga ketika bertarung dan (ini tentu anda suka) ketika memadu kasih bersama isteri. Apok adalah satu cara pernafasan dalam. Ia amat berguna bagi kesihatan badan, stamina dan ketahanan suami ketika di ranjang. Stamina yang berpanjangan dan tidak mudah merasa lelah adalah ciri lelaki yang gagah bertenaga.

Sistem pernafasan Apok ialah salah satu kaedah yang elok dipraktikkan bagi membina ketahanan anda sebagai suami dan ianya berguna bagi menjayakan sebarang kerja yang memerlukan banyak tenaga. Dikatakan bahawa jika sistem pernafasan ini telah biasa dipraktikkan, udara yang tinggal dalam rongga jantung semasa menahan nafas adalah amat sedikit kerana ia telah meresap ke badan menjadi tenaga. Pada masa menahan nafas inilah pernafasan sel berlaku atau ia dipanggil juga sebagai pernafasan rahim atau pernafasan kulit. Sekiranya anda dapat lakukan ia pada setiap pagi itu lebih baik, namun jika tidak ada

kesempatan, bolehlah lakukan ia setiap 3 hari sekali. Ia boleh juga dilakukan di waktu malam tetapi tidak digalakkan kerana ia boleh mengakibatkan anda sukar untuk tidur lantaran jantung jadi lebih aktif dan perjalanan darah menjadi deras. Peluh akan memercik di badan semasa melakukannya dan stamina akan meningkat hari demi hari, insyaAllah. Lakukan langkah berikut untuk menjayakan Apok Persemadian:

(1) Duduk bertinggung dengan berdiri di atas jari-jari kaki dan seimbangkan badan sebagaimana ilustrasi. Tegakkan badan anda, bahu anda perlu sejajar. (2) Tarik nafas dalam-dalam, teruskan menghela nafas hingga anda rasa tidak mampu lagi menghelanya. (3) Tahan nafas itu hingga anda tidak mampu lagi untuk menahannya.

(4) Hembuskan nafas itu dengan perlahan-lahan hingga anda tidak mampu lagi menghembusnya. (5) Tundukkan kepala anda perlahan-lahan serentak dengan hembusan nafas. (6) Ulangi.

Nota: Sekiranya anda mengidap pitam-pitam atau masalah jantung, jangan lakukan Apok. Bagi yang baru mencubanya, jangan paksa untuk menyedut, menghela dan menghembus nafas. Lakukan setakat yang anda mampu dulu. Bagi anda yang menghisap rokok atau yang tinggal di bandar-bandar besar atau berhabuk terutama Kuala Lumpur, sila amalkan Apok (lakukan 'indoor') dan jangan lupa untuk minum segelas air masak mati ketika bangun tidur dan ketika hendak tidur. Ini petua tradisional. Setelah mengamalkan Apok, anda akan dapat rasai kelainannya. Nafas anda akan terasa lapang dan anda akan jadi lebih ceria. Cuma saya pesan agar anda sentiasa cuba seimbangkan tubuh anda bila berdiri, duduk mahupun baring. Elakkan dari miring atau bersandar kerana anda akan kehilangan banyak tenaga akibat kedudukan Rahim, Hara atau Tan Tien yang 'off-balance'. Jadikan kawasan Rahim, Tan Tien atau Hara ini 'center of gravity' anda. Amalkan bernafas menggunakan perut, bukan dada. Mudah-mudahan kaedah ini dapat membantu anda yang sering merasa lemah dan kurang bermaya serta membantu ke arah kebahagiaan rumahtangga.

Dalam masyarakat Melayu silam, sesiapa yang mahu berkahwin akan berguru selama kira-kira 3 bulan, dan antara yang diajarkan ketika berguru itu ialah Senaman Harimau dan Kucing, atau ada juga yang menamakannya Senaman Tenaga Batin. Dalam konteks pengetahuan seks tradisional Melayu, istilah tenaga batin lebih sesuai digunakan berbanding tenaga dalam kerana istilah tenaga dalam banyak digunakan dalam bidang persilatan dan perubatan tradisional. Saya sendiri telah bertanya dan belajar mengenai Senaman Harimau ini secara lisan dan melihat gerakan-gerakan dari berbagai sumber yang berlainan. Oleh itu, sebagai permulaan artikel ini, saya akan bercerita sedikit beberapa kisah benar mengenai keberkesanannya. Seorang dari pengamal Senaman Harimau dan Kucing (sekarang sudah pulang ke rahmat Allah) adalah anak seorang pawang yang terkenal di zaman dahulu dan bapanya itu pernah mengubati seorang bintang filem yang ulung di Malaysia. Beliau sendiri mempunyai susuk tubuh yang cantik seperti orang muda walaupun usia beliau sudah 60 tahun kali terakhir saya temui beliau pada tahun 2005. Beliau telah mengesahkan bahawa Senaman Harimau adalah merupakan amalan orang-orang Melayu dahulu untuk menjaga kesihatan tenaga batin. Beliau mengakui bahawa gerakan yang telah saya pelajari itu 'banyak'. Saya juga telah mempelajari berbagai petua dari beliau. Saya juga rapat dengan seorang lagi pengamal Senaman Harimau dan Kucing yang belajar langsung dari seorang tua yang kebetulan bapa saudaranya (telah lama pulang ke rahmat Allah ketika berusia 125 tahun). Beliau telah mempelajari gerakan tersebut satu persatu, dan telah menyatakan kepada saya bahawa pada zaman dahulu, biasanya Senaman Harimau ini diperturunkan hanyalah sekadar 2 atau 3 gerakan saja bagi yang bertanya tentangnya. Selebihnya adalah dalam simpanan guru. Namun, kisah yang paling menarik ialah kisah benar seorang lelaki yang mahu berkahwin tetapi usia beliau ketika itu 30'an tahun. Sebelum itu beliau sibuk belajar di universiti dan bila tamat terus bekerja. Ibu beliau (itulah kelebihan orang tua-tua) mengetahui bahawa anaknya itu ada masalah seksual. Oleh kerana itu, dengan pertolongan si ibu, beliau telah dihantar untuk belajar dengan seorang tua di sebuah negeri. Beliau belajar Senaman Harimau dan Kucing (yang tidak diiringi nafas dalam

gerakannya). Setelah mempraktikkan senaman itu sebulan dua, beliau sendiri mengakui kepada saya bahawa keadaan kesihatan seksual beliau adalah jauh lebih baik dari sebelumnya. Oleh kerana gembira dengan perkembangan diri beliau itu dan tahu bahawa saya juga mengamalkan Senaman Harimau dan Kucing, beliau telah melakukan demonstrasi gerakan senaman yang dipelajarinya. Saya dapati bahawa gerakannya serupa dengan yang saya ketahui. Saya juga dapati dia dapat melakukan segala pergerakan itu dengan mudah kerana ia tidak diiringi dengan tarikan nafas. Lalu saya pun melakukan demonstrasi gerakan yang sama dengan menggunakan tarikan nafas kemudian menyuruh beliau melakukannya pula. Ternyata beliau menghadapi kesukaran untuk mencapai tahap yang telah dicapainya ketika tidak menggunakan tarikan nafas. Setelah itu beliau telah mengamalkan Senaman Harimau dan Kucing menggunakan tarikan nafas sebagaimana yang telah saya ketahui. Seorang lagi ialah penuntut universiti. Beliau adalah anak seorang yang punya pangkat tinggi dalam jabatan agama yang baru saja berkahwin. Dalam kesempatan bertemu hanya sebentar dengan saya itu beliau menceritakan bahawa beliau menghadapi masalah pancutan awal (premature ejaculation). Saya berkata cubalah Senaman Harimau (sebagai permulaan) dan telah menyatakan kepadanya bahawa itu semua ada panduannya dalam buku saya. Beberapa bulan kemudian beliau telah kirim salam kepada saya dan menyatakan bahawa beliau sudah sembuh dan isteri beliau sudahpun hamil. Alhamdulillah. Banyaklah lagi kisah-kisah mengenai Senaman Harimau dan Kucing ini. Antara yang saya fikir elok dicatat ialah mengenai seorang rakan saya yang setiap hari makan pil kerana darah tinggi. Di Cameron Highlands, sekumpulan kira-kira 20 orang rakan-rakan saya meminta saya ajarkan gerakan Senaman Harimau dan Kucing. Saya tunjukkan kebanyakan dari gerakan-gerakan dan mereka semua mengikut gerakan itu. Ada yang dapat melakukannya dengan mudah, ada pula yang agak bermasalah kerana tubuh keras (tidak lentur). Saya nasihatkan agar jangan dipaksa tubuh itu, buat sekadar yang termampu saja dulu. Bila sudah biasa, akan lebih mudahlah melakukannya. Apa yang menarik ialah mengenai kawan saya yang berpenyakit darah tinggi itu. Dia sendiri mengakui kepada saya (setelah 2 atau 3 hari mengamalkan senaman itu) bahawa dia tidak makan pil (yang sepatutnya dimakan setiap hari) dan dia boleh naik dan turun tangga (di situ banyak tangga) dengan tidak rasa penat sepertimana kebiasaannya. Saya pun berkata Alhamdulillah. Tapi sayangnya ramai orang tidak betulbetul mengamalkan apa yang diketahuinya, setelah beberapa lama, saya dapat tahu darinya sendiri bahawa dia 'tidak sempat' mengamalkan gerakan senaman itu kerana 'sibuk'. Saya tidak menyatakan di sini bahawa Senaman Harimau dan Kucing mampu mengubati penyakit darah tinggi (mungkin apa yang berlaku pada kawan saya itu suatu kebetulan saja), tapi Senaman Harimau dan Kucing dapat membuat tubuh anda lebih sihat kerana perjalanan darah dan pernafasan lebih lancar. Ada juga seorang yang gemar bersukan bertanya kepada saya apa bezanya Senaman Harimau dan Kucing ini berbanding senaman pemain bola atau pesilat? Saya menjawab bahawa setakat yang saya ketahui, tujuannya berbeza dan disiplinnya juga berbeza walaupun semua senaman bertujuan menyihatkan badan.

Anda perlu cuba Senaman Harimau dan Kucing dan lihat perbezaannya terhadap kemampuan seksual anda. Biarlah saya catat setakat ini dahulu, saya telah kongsikan kepada anda apakah Senaman Harimau dan Kucing ini benar-benar telah diamalkan oleh orang-orang Melayu dahulu atau tidak, dan adakah ianya mempunyai kesan positif terhadap kesihatan batin seseorang lelaki. Sesiapa yang telah mengamalkan senaman ini (setakat yang saya tahu, ramai yang mengamalkannya) tentu tahu khasiatnya dan boleh mengesahkannya. Harian Metro pada 20 Mei 2006 telah menyiarkan kisah Pok Jeng melakukan gerakan Senaman Kucing. Pok Jeng pernah mengahwini 30 wanita, kini usia beliau 78 tahun. Timbullah persoalan iaitu: Adakah lelaki yang mengamalkan Senaman Harimau dan Kucing menjadi amat kuat tenaga batinnya hingga dia akan berkahwin lebih dari satu? Dan kalau tidak berkahwin lebih dari satu, adakah dia akan menjadi lelaki yang 'gatal'? Atau, adakah Senaman Harimau dan Kucing ini mempunyai kesan negatif terhadap cara berfikir dan bertindak seorang lelaki hingga dia tidak lagi mampu berfikir dengan waras? Atau apakah sebenarnya rahsia Senaman Harimau dan Kucing ini dalam membentuk cara seseorang lelaki berfikir dan bertindak? Persoalan sama ada anda akan berkahwin ramai atau tidak, itu hanyalah soal jodoh. Tidak semestinya orang yang berkahwin ramai itu kuat tenaga batinnya dan tidak semestinya orang itu mengamalkan Senaman Harimau dan Kucing. Ada beberapa orang tua yang saya temui (kerana mereka berpoligami) tidak tahu pun mengenai Senaman Harimau dan Kucing. Dan sesiapa yang mengamalkan Senaman Harimau dan Kucing tidak semestinya akan berkahwin ramai atau lebih dari 4 (mengumpul 4 isteri dalam satu masa). Dalam soal berumahtangga, yang penting ialah sama-sama membentuk kebahagiaan rumahtangga yang dibina itu dan jika boleh, kekal bersama pasangan anda seumur hidup walaupun perlu menempuh berbagai pancaroba. Ini kerana perkahwinan bukan untuk berseronok tetapi untuk bertanggungjawab dan untuk membina dan mengekalkan kebahagiaan. Itulah yang lebih bermakna dan lebih dihargai sebenarnya. Seorang lelaki mungkin mudah bercerai sebab kurang sabar, dan mungkin mudah melafazkan cerai hanya kerana pergeseran kecil dalam rumahtangga. Saya tidak mahu menulis kenyataan-kenyataan yang mungkin menyinggung sebahagian lelaki, tapi percayalah, yang penting dalam hal bersuami isteri ialah banyak bersabar, dan itulah antara ciri-ciri jejaka tulen (gentleman). Berbalik kepada Senaman Harimau dan Kucing. Dalam akhbar Metro tersebut telah dipaparkan 2 gerakan Senaman Kucing di mana satu gerakan darinya adalah sukar dan hanya mampu dilakukan oleh yang berpengalaman. Semua gerakan itu akan saya perincikan dalam artikel-artikel yang akan datang. Tapi saya akan menulis mengenai Senaman Harimau terlebih dahulu. Mengenai rahsia Senaman Harimau dan Kucing, sebenarnya ia baik untuk kehidupan anda keseluruhannya. Selain dari sihat tubuh badan dan berstamina, sebenarnya tenaga batin ini (sexual energy) jika mencukupi dan kuat, akan dapat ditukarkan kepada tenaga kreatif (creative energy) dan tenaga ini dapat digunakan untuk mencipta atau sekurang-kurangnya menjadi inovatif (penggubah). Ianya bukan bermaksud anda jadi orang seni, tetapi ia membantu anda

untuk menghidupkan kembali 'child-brain' (otak kanak-kanak). Ini adalah pemikiran peneroka dan perintis, bersemangat waja, tidak takut gagal, inisiatif tinggi, tidak mudah putus asa. Sebenarnya ramai orang sudah menyisihkan 'child-brain' dari dalam dirinya dan hanya menggunakan 'adult-brain' yang banyak pantang dan larang, menyebabkan hati jadi kecil, takut bertindak dan takut membuat keputusan, menerima apa yang ada saja tanpa berfikir jalan baru atau jalan lebih baik untuk menyelesaikan sesuatu masalah, suka menerima arahan dan memilih jadi pengikut. Benarkah apa yang saya catat itu? Anda boleh mengkaji hal ini dengan lebih lanjut jika anda mahu. Tahukah anda orang-orang memilih untuk menjadi pemimpin itu biasanya mempunyai tenaga batin yang tinggi dan selalu kelihatan tenang, dapat menyelesaikan masalah dengan mudah, ceria dan bertenaga? Ilmu yang dipelajari seharusnya digunakan untuk tujuan kebaikan. Jika anda punya ilmu seni menggunakan pisau, anda patut gunakan ia untuk manfaat ramai manusia, bukan untuk membunuh manusia. Senaman Harimau dan Kucing juga begitu keadaannya. Saya teruskan lagi dengan kaedah gerakan Senaman Harimau dahulu iaitu asas-asas gerakan pernafasan. Gerakan yang diiringi nafas adalah lebih sukar dilaksanakan tetapi lebih berkesan. Bagi anda yang baru mencuba gerakan ini, bolehlah melakukannya tanpa iringan nafas dan bila sudah selesa lakukan pula beserta dengan nafas. Nafas dalam konteks kesihatan tenaga batin atau tenaga dalam bukan terdiri dari tarikan nafas dan hembusan nafas saja tetapi ianya terdiri dari empat peringkat iaitu tarikan nafas, menahan puncak tarikan nafas, hembusan nafas dan menahan puncak hembusan nafas. Dari segi ilmu pernafasan kuno dan Senaman Harimau ini, nafas bukan saja keluar masuk melalui hidung atau mulut tetapi ia juga keluar masuk melalui liang-liang roma. Kerana itu, menahan puncak tarikan nafas dan menahan puncak hembusan nafas diutamakan dari semata-mata menarik dan menghembuskan nafas kerana punya rahsia dan kelebihannya yang tersendiri. Apabila mempraktikkan pernafasan, nafas ditarik dengan dalam menggunakan hidung dan ianya ditarik dengan perlahan-lahan hinggalah ia memenuhi rongga jantung anda. Tarikan nafas seharusnya menggunakan perut, iaitu dengan cara mengembungkan perut anda dan menolak diaphram anda ke bawah. Ia bermanfaat mengurut jantung dan apabila anda tidak mampu lagi menarik nafas kerana rongga jantung sudah penuh, anda sampai ke tahap puncak tarikan nafas. Saat puncak tarikan nafas inilah yang dianggap penting dalam Senaman Harimau dan Kucing kerana gerakan senaman akan bermula pada masa ini, sambil nafas ditahan dan dengan menggunakan minda, anda menyalurkan tenaga batin kepada anggota-anggota tertentu yang digerakkan itu, atau ke mana-mana anggota yang anda mahu, lalu anggota itu menjadi lebih panas berbanding sebelumnya kerana sebahagian dari tenaga batin itu bertukar menjadi tenaga haba. Jika anda teliti, ini adalah proses menahan nafas yang agak lama, dan menurut ilmu pernafasan kuno, di masa inilah kulit atau liang roma kita berpeluang bernafas dan udara keluar melalui liang-liang roma. Apabila selesai gerakan senaman, nafas akan dihembus dengan perlahan-lahan juga sambil anggota anda kembali kepada posisi sebelum gerakan senaman itu dilakukan. Ianya dilakukan dalam gerakan perlahan (slow motion). Jika anda pernah melihat senaman Tai Chi, mungkin anda faham apa yang dimaksudkan dengan gerakan perlahan ini. Nafas terus dihembus keluar sedikit demi sedikit hinggalah rongga jantung anda sudah ketandusan udara. Hembusan nafas dilakukan dengan perut juga, iaitu mengempiskan perut anda,

mengurut dan menolak diaphram anda ke atas. Nafas yang dihembus hingga tandus ini berfungsi membuang segala kotoran atau gas-gas beracun yang dapat dikumpulkan semasa menahan nafas sambil melakukan gerakan senaman tadi. Malah ianya berfungsi membuang udara kotor yang terperangkap di kala anda tidur, menggantikannya dengan udara bersih, lantas membersihkan darah. Kerana itulah, anda perlu menahan puncak hembusan nafas itu sekadar 4 saat atau lebih lama, jika anda sudah berpengalaman. Sebagaimana juga halnya apabila anda diurut, keberkesanan senaman dapat dikenalpasti apabila anda sendawa atau buang angin setelah selesai senaman jika tubuh anda punya banyak angin yang terperangkap. Setelah itu anda akan merasa bahawa pernafasan anda menjadi lebih lancar, kerongkong terasa lega, aliran darah lebih lancar, daya sedar akan meningkat, muka akan lebih berseri dan lebih merah, otot-otot lebih bertenaga dan tenaga batin akan meningkat, insyaAllah. Dalam ilmu pengetahuan Cina dan Jepun kuno, aliran pernafasan dan aliran darah yang lancar inilah yang diibaratkan sebagai air pancutan dari mata air yang sentiasa memancar dan tenaganya disimpan di Hara atau Chi atau Ki, iaitu bahagian perut di bawah pusat kita, tempat di mana kita letakkan tapak tangan ketika berdiri dalam solat. Menurut ilmu pengetahuan India kuno pula, tenaga batin yang terhasil inilah yang dipanggil Kundalini atau Ular Melingkar atau The Coiled Serpent. Tempatnya berada di celah kelengkang anda iaitu di salah satu dari tujuh cakra yang ada di tubuh manusia, dan cakra ini mengeluarkan cahaya merah. Ini adalah tubuh aural dan bukan tubuh fizikal. Orang yang punya tenaga batin lebih kuat, auranya lebih terang bercahaya. Ada guru yang menyarankan agar lelaki memakai seluar dalam merah untuk menyelaraskan gelombang tenaga cakra ini (lepas ini tentulah emporium serata negara kehabisan seluar dalam merah). Perlu untuk saya catat petua-petua berikut untuk diamalkan oleh pengamal Senaman Harimau dan Kucing. Ianya adalah mengenai masalah seksual itu sendiri. Ada yang mengamalkan senaman dalam keadaan tenaga batin yang tidak bermasalah, tapi ada juga yang bermasalah dan mengamalkan senaman sebagai salah satu usaha pengubatan. Kerana itu saya tuliskan ini bagi membantu yang bermasalah dan sebagai bonus kepada semua pembaca. Ada dua masalah seksual paling utama yang dihadapi oleh orang lelaki iaitu pancutan terlalu awal dan lemah tenaga batin. Masalah pertama banyak melanda golongan muda yang baru berkahwin sementara masalah kedua pula banyak melanda golongan yang sudah berumur. Masalah kedua itu juga melanda orang-orang yang mengidap kencing manis (kandungan gula dalam tubuh terlampau tinggi dan bila dilanda masalah ini, biasanya dia juga mengidap darah tinggi dan lemah jantung). Walaupun ramai lelaki yang menghadapi masalah ini (dianggarkan 2 juta penduduk di Malaysia hari ini mengidap lemah tenaga batin atau masalah kesuburan) jaranglah lelaki itu mahu berjumpa tabib atau doktor untuk mendapat rawatan. Kali ini saya akan catatkan petua-petua tradisional yang diharap dapat membantu. Saya mulakan dengan masalah pancutan awal. Ini elok dibaca oleh orang muda yang bakal berkahwin dan yang berkahwin tapi menghadapi masalah ini:

MASALAH PANCUTAN AWAL Pancutan terlalu awal itu dari sudut tradisional Melayu dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu: 1. Terdampar Dipantai terpancut sebelum sempat buat apa-apa pun.

2. Tenggelam Dipukul Ribut - terpancut setelah tidak sampai dua minit berdayung dari mula berdayung. Lebih cepat seseorang lelaki itu merasa ghairah, lebih cepatlah air maninya akan terpancut. Lebih kerap dia minum air batu, makanan yang 'tajam', makanan sejuk dan minuman bergas, lebih cepatlah habis cerita. Amalan pemakanan dan pernafasan adalah cukup penting dijaga selain dari melakukan Gerakan Senaman Harimau dan Kucing. MASALAH LEMAH TENAGA BATIN Semua lelaki akan mengalaminya walaupun anda amalkan Senaman Harimau dan Kucing. Ia boleh berlaku jika anda tidak menjaga amalan pernafasan dan pemakanan, atau ketika tubuh anda terlalu letih, atau ketika anda sakit. Walaupun begitu, lemah tenaga batin bagi orang normal berlarutan selama 2 atau 3 hari saja. Masalah lemah tenaga batin menurut pengetahuan tradisional boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu: 1. Malu Melawan - zakarnya boleh mengeras tapi tidak sampai ke tahap secukupnya. Ada tahap cukup untuk melakukan dayungan jima' tapi ada tahap yang tidak mampu melakukan dayungan kerana terlalu lembik. Ada juga keadaan bila mana zakar boleh keras dengan baik ketika bangun tidur tapi bila mahu bersama isteri di ketika yang lain, ia malu-malu dan tidak berfungsi dengan baik. 2. Mati Pucuk - zakar tidak melawan langsung walaupun puas dirangsang, dan ia berlarutan sekian lama. Menurut pengetahuan Melayu tradisional, masalah lemah tenaga batin dan masalah pancutan mani terlalu awal boleh dikategorikan ke dalam kategori yang sama kerana tidak mampu berjima' dengan baik apatah lagi memuaskan isteri. Malah kedua-dua ini ada kaitan juga dengan kesediaan mental dan kesihatan tubuh badan anda. PETUA-PETUA MENJAGA KESIHATAN TENAGA BATIN Ada petua-petua tradisional yang mudah untuk anda amalkan jika anda menghadapi masalah ini. Ianya seperti berikut: 1. Amalkan cara bernafas yang betul. Bila bernafas, pastikan anda bernafas penuh, tarik dalam-dalam dan hembus habis-habis, jangan bernafas separuh saja. 2. Tidur dan rehat secukupnya. Jangan berjaga hingga lebih dari jam 2 pagi. Jika anda mahu bangun untuk tahajjud, tidur dulu dan bangun sekitar jam 3 ke 4 pagi. Sekarang ini musim demam bola, sesiapa yang gila bola akan dapat merasakan betapakah prestasi seks mereka di musim ini. 3. Makan makanan yang segar, jangan terlalu kerap makan daging. Elakkan minum minuman bergas, makanan dalam tin, makanan yang diawet atau disembur baja kimia atau racun kimia. Elakkan semua bekas aluminium. Kurangkan gula dari makanan dan minuman. Banyakkan minum air masak.

4. Amalkan melatih Otot Kemutan anda. Bila buang air kecil, cuba tahan, lepaskan kemudian tahan lagi, lepaskan. Buat berulang kali. Jika anda terasa mahu buang air kecil, jangan tunggu lama-lama kerana ia memudaratkan. Bagi anak-anak muda, anda dinasihatkan agar menjauhi semua najis dadah dan arak kerana ia akan menyebabkan berbagai masalah terhadap kesihatan dan kemampuan seksual anda. Ini kerana fitrah manusia itu dijadikan untuk makan segala jenis makanan yang baik tersedia di bumi Allah ini. Rahsianya terletak pada kesederhanaan dalam kandungan khasiat makanan yang baik ini. Semua makanan yang merbahaya telah jelas diharamkan dalam Islam. Oleh itu setiap Muslim sebenarnya sepatutnya lebih mudah menjaga kesihatan dan lebih sihat berbanding bukan Muslim jika kita mengikut cara pemakanan yang betul. Saya catatkan perkara di atas kerana saya fikir mungkin ramai yang menyangka bahawa Senaman Harimau dan Kucing itu sudah tentu menjadikan tenaga batin anda kuat. Jika anda memang sihat, kesannya insyaAllah akan positif. Tapi jika anda tidak menjaga aspek-aspek kesihatan yang lain, ia tidak mampu mendatangkan kesan yang anda harapkan. Saya ingin berpesan kepada anda agar memulakan gerakan senaman ini dengan membaca Basmalah dan kemudian diikuti dengan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Ianya bukan syarat, tetapi satu saranan, mudah-mudahan apa yang anda lakukan itu diberkati Allah dan mujarab. Satu lagi pesanan saya, janganlah anda gunakan ilmu pengetahuan ini untuk melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan suruhan Islam. Ianya hanyalah semata-mata untuk amalan anda sebagai suami (atau bakal suami) bagi menjaga kelelakian anda kerana itu adalah antara asas paling penting dalam melaksanakan nafkah batin terhadap isteri anda. Anggaplah ini suatu usaha dari pihak suami untuk (insyaAllah) menjamin kepuasan isteri dan menjadi salah satu rempah-ratus kebahagiaan rumahtangga. Memanglah tidak dapat dinafikan bahawa kebahagiaan rumahtangga bukan terletak pada kemampuan seks semata-mata (kerana jika terlalu fokus pada seks ia boleh menyebabkan isteri anda rasa tersiksa pula) tapi hubungan seks suami isteri adalah sebahagian dari ciri penting kehidupan berumahtangga. Bagi anda yang baru berumahtangga, masalah yang sering kedengaran dan menjadi rungutan ialah pancutan awal (air mani terpancut belum sampai 2 minit melakukan hubungan kelamin atau telah terpancut sebelum melakukan hubungan kelamin). Ini adalah suatu fenomena yang mendukacitakan pihak isteri apatah lagi suami. Bagi sesiapa yang mahu berumahtangga dalam masa terdekat ini, saya berikan beberapa petua di sini:

PETUA MENANG DI MALAM PERTAMA Sebagai usaha agar anda tidak 'kalah' di malam pertama bersama isteri (terpancut terlalu awal), lakukan petua ini sehari sebelum malam pertama (pada siang sebelum malam pertama pun boleh, tapi mungkin pada hari itu anda terlalu sibuk). Petuanya ialah: 1) Cari sebiji kelapa muda yang penuh airnya. Tandanya ialah jika anda goncang kelapa itu, tiada bunyi airnya berkocak. Potong sebelah atas kelapa itu dan tebuklah lubang di tempurungnya sebab anda akan minum airnya. 2) Berdiri. Pegang kelapa yang sarat airnya itu. Bawa kelapa itu ke mulut anda. Baca Basmalah dan Selawat. Niatkan dalam hati anda bahawa anda mahu 'berubat' menggunakan air kelapa itu. Tarik nafas anda tapi jangan hingga penuh sangat, sekadar separuh rongga jantung anda. 3) Tegakkan kepala anda (dongak) dan teguklah air kelapa itu hingga habis. Lakukan ia dalam satu nafas saja. Hati-hati jangan sampai tersedak kerana jika itu berlaku ianya akan membahayakan paru-paru anda. Sekiranya anda tidak terdaya melakukannya dalam satu nafas, bolehlah dalam dua nafas tapi sebaik-baiknya dalam satu nafas. 4) Ingat bahawa semasa meneguk itu, kepala anda semakin didongakkan. Dalam ertikata lain, semakin lama leher anda semakin lurus dan kepala anda semakin terhantar ke belakang. Pastikan badan anda terus tegak. AMALAN MEMINUM AIR MASAK MATI Mudah-mudahan, ianya bermanfaat dari segi melegakan kerongkong anda, melancarkan pernafasan anda, dan kerana itu akan melancarkan juga aliran darah anda. Kemudian, jika boleh pada setiap pagi, minumlah air masak mati dengan keadaan tubuh anda dalam keadaan seperti merangkak (atau boleh juga berdiri dan teguklah air dari gelas itu sambil meluruskan leher anda, lakukan tegukan dalam satu nafas). Paling kurang pun, amalkanlah minum air masak mati ini sebelum tidur dan di waktu pagi sebaik saja bangun tidur. RAHSIA AIR TELAGA KAUTSAR Ada orang tua-tua berpesan bahawa pada setiap manusia ada 'Air Telaga Kautsar' iaitu air yang turun dari bahagian atas kerongkongnya, rasanya manis. Ianya turun sedikitsedikit. Air ini akan turun bila hujung lidah ditongkatkan ke langit-langit, dan akan turun bila kita tidur di waktu malam. Kerana itu orang tua-tua dahulu akan memaksimakan manfaat Air Telaga Kausar ini. Bagi perempuan, mereka akan ambil 'air liur basi' ini dan sapukan ke muka untuk menaikkan seri muka dan awet muda. Bagi lelaki pula, mereka akan minum air masak mati sebelum gosok gigi dengan keadaan mendongak tadi. Air Telaga Kautsar ini bermanfaat dalam menjadikan lelaki lebih bertenaga dan tahan lama.

Harian Metro pada 20 Mei 2006 telah menyiarkan kisah Pok Jeng melakukan gerakan Senaman Kucing. Pok Jeng pernah mengahwini 30 wanita, kini usia beliau 78 tahun. Dua gerakan dipaparkan dalam akhbar itu. Satu dari gerakan itu dikenali sebagai Senaman Harimau satu lagi Senaman Kucing. Dulu, sebelum berita Pok Jeng ini, ada satu berita juga dalam akhbar menunjukkan seorang lelaki tua lain (juga beristeri ramai) sedang melakukan grrakan Senaman Kucing. Bagi sesiapa yang tahu mengenai senaman-senaman ini, tentu berita itu menarik perhatian mereka. Pada 20 Jun 2006, sebulan selepas tarikh di atas, seorang lelaki berkelulusan sarjana telah menghubungi saya dan menyatakan bahawa dia telah mempraktikkan Senaman Harimau (setakat ini saya catat 4 gerakan) dan mendapati bahawa ianya mendatangkan kesan yang positif terhadap dirinya. Beliau menyatakan bahawa pada masa ini pernafasannya terasa lancar, tidak semput seperti dulu. Alhamdulillah. Saya pun sudah catatkan mengenai kesan-kesan positif seperti ini dalam artikel Senaman Harimau Bahagian 1. Saya bersyukur jika apa yang saya dapat kongsikan kepada anda mendatangkan manfaat kepada anda. Sekurang-kurangnya saya tahu bahawa sedikit usaha yang saya lakukan ini berbaloi dan dapat membantu yang memerlukannya atau yang berminat untuk tahu. Saya berminat untuk mengetahui senaman pusaka Melayu ini kerana pada saya, jika saya tidak usahakan mencarinya dan mengumpulkannya, lambat laun ianya akan pupus 'dibawa mati' oleh gurunya. Bila saya bertanya pada orang-orang tua, ada yang mengajarkan kepada saya satu atau dua gerakan, ada yang banyak sedikit. Ada juga yang tidak tahu mengenai senaman ini tapi telah mengajarkan pula petua-petua atau amalan-amalan yang lain kepada saya. Alhamdulillah. Saya anggap ini sebagai khazanah yang amat bernilai. Semuanya saya simpan sebagai koleksi untuk diturunkan kepada anak-anak saya pula. Dulu, semasa bapa saya pulang ke rahmat Allah, beliau meninggalkan banyak kitab-kitab agama. Kerana saya memang gemar membuat koleksi, saya (setelah dipersetujui adik-beradik yang lain) ambil semua kitab-kitab ini dan saya jilidkan dengan baik. Pada saya, kitab yang sarat ilmu pengetahuan itu adalah pusaka yang jauh lebih bernilai berbanding tanah atau rumah atau kekayaan yang lain. Sejarah Kucing Setakat ini, mungkin bukti paling awal kucing menjadi kawan kepada manusia ialah terjumpanya sebuah kubur di Shillourokambos, Cyprus pada tahun 1983. Kubur itu dipercayai telah wujud sejak 7500 SM. Di dalam kubur itu ditemui rangka manusia dan seekor kucing muda, tapi kucing itu lebih mirip kepada jenis kucing hutan (yang dijinakkan). Terdapat pula patung di Anatolia (diukir sekitar 6000 SM) menunjukkan kaum hawa sedang bermain-main dengan kucing (kucing biasa). Ini dapat menunjukkan bahawa sejak zaman itu lagi (lebih 8000 tahun lampau) kucing telah hidup bersama dengan manusia. Dari segi rekod bertulis, usaha-usaha menjinakkan kucing berlaku di Mesir kuno sekitar 4000 SM (6000 tahun lampau).

Kucing jinak atau kucing rumah adalah dari sub-spesis Felis silvestris catus. Ia dipercayai berasal dari keturunan kucing liar yang dipanggil Kucing Liar Afrika (Felis silvestris lybica). Usaha menjinakkan 'harimau kecil' ini paling awalnya dianggarkan sejak 8000 tahun lampau. Kini jumlah kucing amatlah banyak. Tidak ada statistik yang tepat mengenai hal ini, tapi dianggarkan bahawa di Amerika saja pada masa kini jumlah kucing ialah 60 juta ekor. Saya anggarkan bahawa di Nusantara ini jumlah kucing di Nusantara paling kurang 30 juta ekor. Kucing adalah haiwan peliharaan yang disayangi oleh Rasulullah, dan faktor ini menyebabkan kucing amat rapat di hati orang-orang Islam dan ramai orang Islam memeliharanya. Antara Kucing dan Harimau Kucing menjadi makanan kepada harimau. Bezanya, harimau belang (jenis harimau yang popular di Nusantara) tidak boleh memanjat pokok tapi kucing boleh. Cuma, mungkin kerana mereka ini dari famili yang sama (harimau dikategorikan dalam famili kucing), kucing pun tidaklah begitu cekap dalam ilmu panjat memanjat, kerana walaupun ia boleh memanjat, ia takut untuk turun. Harimau dipilih untuk menjadi lambang kelelakian di Nusantara kerana ia haiwan yang kelihatan gagah dan garang, tapi ia masih menarik kerana mukanya comel seperti kucing. Dari sudut senaman tradisional Melayu, Senaman Harimau nampaknya lebih popular dan diketahui lebih ramai orang kerana ia mudah dipelajari, ia peringkat asas, dan kerana itu lebih kerap diajarkan kepada sesiapa yang memerlukan. Harimau juga lambang kegagahan lelaki kerana namanya itu yang mirip ungkapan 'harihari mau'. Biasalah orang akan menyatakan 'garang macam harimau' bukan 'garang macam kucing'. Kucing lebih dikenali sebagai haiwan yang manja dan jinak serta lebih tenang. Tubuhnya boleh lentur tapi gerakannya boleh menjadi amat pantas dan tangkas. Dari sudut senaman tradisional Melayu, gerakan Senaman Kucing memang rata-ratanya lebih lembut dan lebih lentur, dan ianya hanya sesuai dilakukan sesudah anda dapat mengamalkan kesemua atau sekurang-kurangnya separuh dari jumlah gerakan Senaman Harimau mengikut piawaian yang ditentukan. Amalan-Amalan Yang Disarankan Berikut adalah amalan-amalan yang elok dilakukan apabila anda mengamalkan Senaman Kucing (dan Harimau). Ia bukan mesti, tapi digalakkan kerana anda akan dapat manfaat yang banyak hasil mempraktikkannya: 1. Banyakkan membaca Al-Fatihah, sama ada dalam solat atau di luar solat. Semak dan betulkan bacaan anda agar sebutan huruf dan tajwidnya betul. Dapatkan guru dan belajarlah. Al-Fatihah itu ubat yang mujarab serta banyak rahsia dan kelebihannya. Banyakkan membaca ayat-ayat Al-Qur'an. Jika anda belum hafal ayat-ayat lazim, cubalah hafalkan sedikit demi sedikit. Selalu membaca Al-Qur'an adalah tanda bahawa kita selalu mengingat Allah. Bila kita selalu mengingat Allah, jiwa kita akan tenang kerana rohani kita dapat santapan yang secukupnya. Sebenarnya semua sebutan bila kita membaca Al-Qur'an itu (jika dibaca dengan betul) punya khasiat mengurut dan menyalurkan tenaga ke anggota-anggota tertentu pada tubuh kita. InsyaAllah, tubuh kita akan selalu sihat dan bertenaga. 2. Amalkan membaca tasbih, takbir dan tahmid bagi santapan rohani anda dan mengimbangi peningkatan tenaga batin anda agar ianya dapat disalurkan untuk

kebaikan semata-mata. Bila ada kesempatan, sama ada di rumah, atau ketika memandu, bacalah tasbih, takbir dan tahmid sebanyak yang anda termampu. Mungkin ramai yang sudah tahu apakah bacaannya, tapi bagi yang belum tahu, bacaannya ialah 'Subhanallah, walhamdulillah, wa lailaha illallahu wallahu akbar, wala haula wala quwwata illa billahil aliyil 'azim'. Inilah tasbih yang memenuhi langit dan bumi dan dibaca oleh sekelian makhluk dan menjadi tenaga kehidupan yang tidak putus-putus manfaatnya. 3. Pada hari Juma'at, datang awal ke masjid, ambil tempat berhadapan mimbar, solat tahyatul masjid. Kemudian duduklah iktiqaf di situ sambil membaca berbagai jenis selawat yang anda tahu (contohnya Selawat Fatih). Anda juga boleh membaca yang mudah dahulu seperti Selawat Ibrahimiyah (ini semua orang mungkin tahu kerana ia dibaca dalam solat). Anda boleh membeli buku berkaitan selawat dan cubalah menghafalnya. Mudah-mudahan anda akan berasa cukup tenang. 4. Dalam apa pun perbuatan yang baik, mulakan dengan Basmalah. Mudah-mudahan pekerjaan itu mendapat berkat dari Allah. Jangan lupa membaca Basmalah bila melakukan gerakan senaman dan mempraktikkan pernafasan. Mudah-mudahan apa yang anda lakukan itu memperoleh kesudahan yang baik. 5. Makan makjun. Sebaik-baiknya makjun yang diproses dalam keadaan original. Namun begitu, mungkin ada orang yang sukar menelan makjun jenis ini (kerana rasanya pelik sedikit), maka bolehlah makan makjun dalam bentuk kapsul. Saya tidak akan catat apakah jenama makjun yang saya makan atau jenis makjun yang saya anggap baik kerana ini akan menjejaskan pula perniagaan oranglain. Sekarang ini ramai orang mahu mencari makjun yang ada kandungan Tongkat Ali atau Ubi Jaga. Itu pun baik juga. Apa yang saya patut catat ialah cuba dulu satu jenama, jika ia sesuai dan beri kesan yang baik pada diri anda, teruskan menggunakannya. Dan jangan lupa, banyakkan minum air masak, kerana gerakan senaman dan pernafasan akan menyebabkan tubuh jadi lebih hangat dan kekurangan air. 6. Isteri amalkan makan jamu dan bersenam. Saya sudah terbitkan Senaman Kacip Fatimah, bolehlah dia amalkan. Ini penting untuk mengimbangi peningkatan tenaga anda dan agar dia juga lebih bersedia dari sudut jasmani dan rohani (amalan 1, 2 dan 4 elok dilakukan oleh isteri juga). Jiwa Tenang Tubuh Akan Lentur Jiwa yang tenang akan mampu menjadikan tubuh anda cukup lentur. Memakan makjun juga bermanfaat mengeluarkan 'angin-angin jahat' (kotoran) dari tubuh anda. Berurut pula dapat mengeluarkan angin-angin jahat yang masih tersangkut walaupun setelah melakukan senaman dan telah makan makjun (dan jamu bagi isteri). Bila angin-angin jahat ini dapat keluar, anda akan dapat rasakan perbezaannya. Tubuh anda akan ringan, pernafasan anda akan lancar (jarang mengalami nafas murung), dan anda akan lebih ceria. Jika anda merasa terlalu panas, banyakkan minum air masak, semak nafas anda, jika lubang hidung kanan lebih aktif, tutup lubang hidung itu dan bernafas dengan lubang hidung kiri untuk beberapa ketika untuk menurunkan panas badan. Tubuh yang lentur adalah tanda bahawa tubuh anda sihat dan tenaga batin anda berada di tahap yang memuaskan. Bila tubuh anda cukup lentur, barulah anda bersedia untuk melakukan gerakan Senaman Kucing.

Senaman Melayu Sekiranya anda bangun pagi dengan keadaan zakar anda cukup tegang, itu adalah tandanya bahawa kesihatan seksual anda baik dan anda telah dapat berehat secukupnya. Orang tua-tua ada membidalkan bahawa senjata lelaki 'bangun dahulu' sebelum pemiliknya bangun. Ini adalah Gerakan Kedua Senaman Harimau. Ia harus dilakukan ketika zakar anda masih lagi tegang. Mudah-mudahan bagi yang menghidap lemah syahwat atau mati pucuk, gerakan ini dapat membantu mengembalikan kekuatan tenaga batin anda. Ia menolong melatih otot kendalian zakar (levator ani) agar dapat menarik zakar anda ke tahap ketegangan yang seimbang, menambah kemampuan kendalian urat peha anda, menguatkan dada anda, membesarkan zakar anda, mengeluarkan biji zakar serta mengurangkan rasa ngilu di pangkal zakar. Gerakan Senaman ialah sebagaimana berikut: Langkah 1 Mulakan dengan duduk bersila, kemudian sila temukan kedua-dua telapak kaki anda. Tarik kedua-dua telapak kaki yang bertemu itu hingga ianya sehampir mungkin dengan zakar anda. Tegakkan belakang anda. Sila tarik nafas dengan perlahan hingga penuh paru-paru. Selaras dengan tarikan nafas ini, sila tekan kedua-dua lutut anda dengan telapak tangan anda hingga kedua-dua lutut itu dapat mencecah lantai (atau sekadar yang anda mampu dulu). Perlu diingat bahawa kedua-dua lengan anda perlu diluruskan bagi mencapai piawaian gerakan ini. Bahu anda mesti tegak dan seimbang. Selaras dengan gerakan menekan lutut itu, kemutkan otot zakar anda agar kepala zakar menjadi kembang. Sila tahan nafas selama 7 detik. Langkah 2 Hembuskan nafas anda perlahan-lahan sambil mengendurkan tekanan tangan terhadap lutut anda. Ulangi Langkah 1 dan 2 sebanyak 3 kali.

Ini adalah gerakan pertama Senaman Harimau. Ia dilakukan bila bangun dari tidur di waktu subuh. Tujuan gerakan senaman ini ialah untuk mengeluarkan segala udara kotor yang terperangkap tatkala nafas anda disedut dan dihembus separuh penuh ketika tidur. Ia berfungsi memasukkan udara baru yang bersih dan segar bagi menyihatkan paru-paru serta urat saraf dengan menyerapkan udara baru hingga ke urat biji ranting (avioli yang berada di hujung urat paru-paru. Ini akan membiasakan paruparu untuk berkembang ke peringkat optima. Gerakan ini juga dapat membangkitkan kekuatan otot belakang terutamanya bahagian tengah belakang serta menguatkan stamina jima'. Cara melakukannya: Langkah 1 Duduk bersila. Tegakkan tulang belakang anda. Letakkan kedua tangan anda di atas lutut. Buka lebar atau bidangkan bahu anda. Tarik nafas dalam-dalam dan dengan perlahan-lahan hingga terasa udara memenuhi paru-paru anda. Langkah 2 Bila udara sudah sendat dalam paru-paru, tahan nafas anda selama 7 detik. Ingat, anda perlu tenangkan minda anda. Langkah 3 Hembuskan nafas anda perlahan-lahan hinggalah paru-paru anda terasa ketandusan udara. Semasa menghembuskan nafas ini, kempiskan perut anda dan tumpukan tenaga dalam anda ke arah dada. Ini adalah gerakan yang opsyenal. Maksudnya, anda boleh kecualikan gerakan mengurut bahagian zakar dan hanya mengurut urat peha saja (dari bahagian lutut hingga ke celah kelengkang). Walau bagaimana pun seluruh kaedah gerakannya saya catatkan di sini untuk menambah pengetahuan anda. Gerakan 1 Masih dalam kedudukan gerakan senaman kedua (Nafas Pertapa), tarik semula nafas anda dengan perlahan-lahan hinggalah jantung anda terasa penuh. Gerakan 2 Dengan menggunakan perut ibu jari tangan anda, cari urat peha di bahagian dalam peha anda (cari berhampiran kawasan lutut). Kemudian urutlah perlahan-lahan (dengan cara menggelonsorkan perut jari itu) menggunakan perut ibu jari kanan (untuk urat peha kanan) dan perut ibu jari kiri (untuk peha kiri), dari bahagian lutut membawa ke celah kelengkang anda, terus melalui tepi pangkal batang zakar anda dan berakhir di hujung batang zakar anda. Pastikan nafas anda ditahan semasa proses ini.

Gerakan 3

Bila urutan itu mencecah kepala zakar, barulah anda lepaskan nafas secara perlahanlahan. Ulangi gerakan 1 hingga 3 sebanyak 3 kali. Bagi yang menghadapi masalah rasa ngilu pada ari-ari akibat aliran darah yang tidak lancar dan tidak seimbang, gerakan ini dapat membantu melancarkannya semula. Bagi yang bermasalah zakar kecut (kecil) urutan elok dilakukan, tapi disarankan menggunakan minyak urut dan mengurut satu hala saja, iaitu dari pangkal ke hujung dan elakkan menyentuh kepala zakar semasa urutan ini. Perlu saya nasihatkan agar jangan memakai seluar dalam yang terlalu ketat, dan jika boleh, pakailah boxer jika anda merasa perlu memakai seluar dalam. Ada lelaki tidak memakai seluar dalam pun, dan ini termungkin dengan menempah seluar yang mempunyai 'keruk' yang agak labuh. Walau bagaimana pun, jika anda mahu memakai seluar dalam, pastikan ia agak longgar dan tidak menyekat aliran darah di pangkal peha anda.

Sekian terima kasih ;) lee renji.

Anda mungkin juga menyukai