Anda di halaman 1dari 3

Teknik Pernafasan Aura Pernafasan adalah asas kehidupan.

Bila manusia berhenti bernafas, itu adalah saat awal kematiannya. Walaupun nafas adalah ciri penting kehidupan, ramai lelaki sebenarnya bernafas dengan cara yang salah. Pada zaman moden ini ramai lelaki mempunyai masalah stamina tenaga batin akibat tidak mempraktikkan cara bernafas yang betul. Menurut pengetahuan silam, rahsia nafas terletak pada Rahim atau Hara atau Tan Tien iaitu kawasan perut yang berada kira-kira dua inci di bawah pusat dan dua inci dari permukaan perut (tempat orang Islam letakkan telapak tangan ketika berdiri dalam solat). Perhatikan cara berpakaian lelaki zaman silam. Mereka memakai bengkung, dan bengkung ini mengikat bahagian Rahim atau Hara atau Tan Tien ini. Tenaga batin yang seimbang disimpan di sini dan dengan cara tertentu tenaga ini boleh dikumpul dengan banyak dan digunakan di masa perlu oleh seseorang lelaki. Tenaga batin yang mencukupi bukan saja diperlukan untuk bekerja mencari nafkah tapi juga ketika bertarung dan (ini tentu anda suka) ketika memadu kasih bersama isteri. Apok adalah satu cara pernafasan dalam. Ia amat berguna bagi kesihatan badan, stamina danketahanan suami ketika di ranjang. Stamina yang berpanjangan dan tidak mudah merasa lelah adalah ciri lelaki yang gagah bertenaga. Sistem pernafasan Apok ialah salah satu kaedah yang elok dipraktikkan bagi membina ketahanan anda sebagai suami dan ianya berguna bagi menjayakan sebarang kerja yang memerlukan banyak tenaga. Dikatakan bahawa jika sistem pernafasan ini telah biasa dipraktikkan, udara yang tinggal dalam rongga jantung semasa menahan nafas adalah amat sedikit kerana ia telah meresap ke badanmenjadi tenaga. Pada masa menahan nafas inilah pernafasan

sel berlaku atau ia dipanggil juga sebagai pernafasan rahim atau pernafasan kulit. Sekiranya anda dapat lakukan ia pada setiap pagi itu lebih baik, namun jika tidak ada kesempatan, bolehlah lakukan ia setiap 3 hari sekali. Ia boleh juga dilakukan di waktu malam tetapi tidak digalakkan kerana ia boleh mengakibatkan anda sukar untuk tidur lantaran jantung jadi lebih aktif dan perjalanan darah menjadi deras. Peluh akan memercik di badan semasa melakukannya dan stamina akan meningkat hari demi hari, insyaAllah. Lakukan langkah berikut untuk menjayakan Apok Persemadian: (1) Duduk bertinggung dengan berdiri di atas jari-jari kaki dan seimbangkan badan sebagaimana ilustrasi. Tegakkan badan anda, bahu anda perlu sejajar. (2) Tarik nafas dalam-dalam, teruskan menghela nafas hingga anda rasa tidak mampu lagi menghelanya. (3) Tahan nafas itu hingga anda tidak mampu lagi untuk menahannya. (4) Hembuskan nafas itu dengan perlahan-lahan hingga anda tidak mampu lagi menghembusnya. (5) Tundukkan kepala anda perlahan-lahan serentak dengan hembusan nafas. (6) Ulangi. Nota: Sekiranya anda mengidap pitam-pitam atau masalah jantung, jangan lakukan Apok. Bagi yang baru mencubanya, jangan paksa untuk menyedut, menghela dan menghembus nafas. Lakukan setakat yang anda mampu dulu. Bagi anda yang menghisap rokok atau yang tinggal di bandar-bandar besar atau

berhabuk terutama Kuala Lumpur, sila lakukan didalam rumah (indoor). Setelah mengamalkan Apok, anda akan dapat rasai kelainannya. Nafas anda akan terasa lapangdan anda akan jadi lebih ceria. Cuma saya pesan agar anda sentiasa cuba seimbangkan tubuhanda bila berdiri, duduk mahupun baring. Elakkan dari miring atau bersandar kerana anda akan kehilangan banyak tenaga akibat kedudukan Rahim, Hara atau Tan Tien yang 'off-balance' . Jadikan kawasan Rahim, Tan Tien atau Hara ini 'center of gravity' anda. Amalkan bernafasmenggunakan perut, bukan dada. Mudah-mudahan kaedah ini dapat membantu anda yang sering merasa lemah dan kurang bermaya serta membantu ke arah kebahagiaan rumahtangga. Download percuma di: downloadpelbagai.blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai