Anda di halaman 1dari 1

"

A↓ A ↑
PENDIDIKAN & KESIHATAN

BERPANTANG: AKTIVITI
YANG MELETAKKAN
BARA API ATAS TUBUH
BADAN IBU
MENGANDUNG
By Kamal Nizam !
Posted on March 31, 2021

!"# ! " # $ %
!"#$%&!%'#$#()*

& '

Bila kita nak bercerita bab bersalin zaman


sekarang ni semuanya moden, hantar hospital
semua dah kira settle dari bab perubatan,
pembedahan, penjagaan dan macam-macam lagi
lah. Tapi tu semua adalah sewaktu bersalin je,
bagaimana pula dengan waktu selepas bersalin
kan?

Lepas bersalin ni biasanya akan ada sesi


berpantang, apa tu berpantang? Ia adalah proses
penjagaan lepas bersalin yang melibatkan
pelbagai rutin yang perlu diikut oleh ibu yang
baru lepas bersalin, zaman sekarang punya
berpantang boleh je request hospital untuk
hantar nurse datang rumah. Tapi zaman dulu (kira
tradisional lah) mana ada buat macam tu semua,
selain bertunku, banyak lagi benda lain yang
dorang buat dulu-dulu untuk ibu baru lepas
bersalin ni. Nak tahu dorang buat apa? Teruskan
membaca artikel ini.

WHO mengiktiraf aktiviti


berpantang

Visual orang sedang bertunku. Imej dari Pantang Plus

Berpantang, semua orang tahu tentang ayat tu


tapi apa je yang orang faham tentang intipati ayat
berpantang tu kan. Orang zaman sekarang pun
bukan cakna sangat tentang berpantang ni lagi-
lagi pasangan muda, sampai ada yang ambil
mudah benda ni. Walaupun sekarang ni orang
ramai lebih prefer cara yang lebih moden, tapi
cara penjagaan tradisional ni pun masih dikira
relevan. Ia disebabkan berpantang ni pun
memberi pelbagai manfaat kepada ibu yang
baru lepas bersalin.

Basically, tujuan berpantang ni adalah untuk


menyembuhkan dan memulihkan tenaga dan
kesihatan wanita yang baru lepas bersalin
dalam tempoh tertentu. Organisasi Kesihatan
Sedunia (WHO) pun dah nyatakan yang tempoh
berpantang harus dimulakan sejam selepas
bersalin (awal betul) untuk mendapatkan kesan
pemulihan yang terbaik. Pakar Kesuburan dan
Sakit Puan Dr. Pravin Peraba juga ada sebut yang
berpantang juga sangat bagus untuk
mengelakkan penyakit-penyakit lain yang boleh
memudaratkan ibu-ibu bersalin.

Dr. Pravin Peraba. Imej dari Pesona Pengantin

“Saya berpendapat, berpantang


adalah penting meskimun
zaman semakin maju dan
terdapat pelbagai teknologi
canggih namun ia tidak mampu
untuk membuatkan sel-sel
badan pulih tanpa perlu melalui
proses pemulihan selepas
sembilan bulan mengandung
dan bersalin. Pengaliran darah
yang baik amat penting dan
antara aktiviti yang disarankan
adalah berjalan-jalan serta
senaman ringan. Berurut
selepas bersalin adalah pilihan
kepada ibu yang baru bersalin
tetapi bukan wajib,” Pakar
Kesuburan dan Sakit Puan, Dr.
Pravin Peraba, petikan dari
Harian Metro

Kebiasaannya, tempoh amalan berpantang pula


adalah sekitar 10 hingga 45 hari tapi kadang-
kadang ia boleh mencecah sampai 100 hari
(baru lah dapat cuti lama) bagi mereka yang
mempunyai kesan sampingan selepas bersalin
yang agak teruk. Yang menariknya, setiap
kumpulan etnik utama di Malaysia iaitu Melayu,
Cina, India serta pribumi di Semenanjung
Malaysia, Sabah dan Sarawak mempunyai cara
berpantang yang berbeza dipengaruhi oleh
agama dan adat resam masing-masing. Namun
segala info berpantang yang kitorang nak
bagitahu lebih kepada cara tradisional orang
melayu sebab nak bagitahu semua banyak sangat
lah pula.

Ibu bersalin akan ‘disalai’


untuk mengecutkan urat yang
bengkak

Bahan-bahan tradisional untuk berpantang. Imej dari SAYS

Kita tengok pula pada prosedurnya secara


ringkas, untuk orang melayu ni semuanya mesti
melibatkan urutan. Bukan urut sahaja, ada
prosedur lain iaitu bertungku, mandi teresak
dan pemakaian barut. Ada lagi satu yang betul-
betul rare, ia dipanggil amalan berdiang atau
bersalai yang mungkin sangat susah untuk dilihat
pada zaman sekarang. Segala prosedur ni perlu
dititikberatkan tempoh dan masa yang sesuai
(untuk dilakukan), teknik amalan, tatacara
amalan, bahan-bahan yang digunakan dan
kebaikan amalan tersebut.

Urutan untuk ibu-ibu selepas bersalin. Imej dari My Bidan

Bagi urutan selepas bersalin, mostly ibu-ibu akan


melakukan urutan selepas bersalin kerana ia
merupakan salah satu elemen penting dalam
perubatan tradisional orang Melayu. Urutan
tradisional untuk ibu bersalin ni melibatkan
urutan seluruh badan beserta urutan khas di
bahagian payudara dan perut. Ia juga dikatakan
sebaik-baiknya dilakukan pada waktu pagi atau
petang, tidak pula pada tengahari kerana
dipercayai urat akan menjadi keras pada waktu
tersebut. Urutan itu selalunya akan mula
dilakukan tiga hari selepas bersalin, bagi tempoh
urutan pula adalah mengikut
kepada condition seseorang itu kerana paling
minimum adalah tiga hari sahaja tetapi ia boleh
berlanjutan sehingga 40 hari.

Yang kedua adalah bertungku, selalu je kita


dengar bertungku ni tapi maksud sebenarnya tu
yang ramai tak tahu. Bertungku ni merupakan
sejenis urutan (point massage/acupuncture)
yang menggunakan batu panas untuk
melancarkan darah. Selalunya tukang urut
tradisional akan menggunakan batu sungai, batu
itu akan dipanaskan di atas api sebelum ia dibalut
dengan kain (selalunya kain batik) bersama-sama
dengan herba-herba terpilih. Selepas itu, tukang
urut akan menungku bahagian perut, peha,
punggung, belakang diikuti dengan betis dan
tapak kaki (macam best je).

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat


email!

email

HANTAR

Mandi teresak atau lebih dikenali mandi herba. Imej dari The
Asian Parent

Seterusnya adalah mandi teresak, nama yang


agak vogue tu tapi sebenarnya ia adalah mandian
air rebusan herba (bukan untuk minum ye).
Orang di Kelantan lah selalu panggil mandi
teresak ni, aktiviti mandi teresak ni selalunya
dilakukan selepas berurut dan bertungku untuk
memaksimumkan kesan dan manfaatnya.
Pelbagai herba seperti daun mengkudu, daun
nilam, daun kunyit, serai wangi dan banyak lagi
akan direbus bersama sebelum digunakan
sebagai air mandian. Salah satu kebaikkan mandi
teresak adalah ia dapat mengharumkan dan
menghilangkan bau hanyir pada badan orang
lepas bersalin, banyak lagi sebenarnya tapi
kitorang bagi satu je la dulu.

Barut bertali. Imej dari The Asian Parent

Untuk amalan pemakaian barut pula, sebenarnya


ia cuma nama yang style sikit lah untuk
pemakaian bengkung. Penggunaan barut ni
dikatakan untuk mengembalikan kelangsingan
badan seperti sebelum mengandung dan
bersalin, sebab lepas bersalin ni mestilah badan
akan sedikit menggeleber kan. Dikatakan juga
tukang urut akan menyapu ramuan herba di
perut ibu (untuk mengempiskan perut) sebelum
membalut dengan kain (secara ketat) yang
berukuran tiga hingga lima ela. Tapi zaman
sekarang dah banyak barut atau bengkung
moden, seperti barut bercangkuk, barut
berpelekat (velcro), barut berzip dan macam-
macam lagi.

Berdiang selepas bersalin. Imej dari Academy of Brunei


Studies

Yang terakhir adalah berdiang dan bersalai,


sangat jarang dijumpai zaman sekarang tetapi
katanya masih ada yang melakukannya. Ia
merupakan amalan yang menggunakan haba
dari bara api untuk memanaskan (dah macam
bbq lah pula) badan ibu selepas bersalin. Bagi
amalan berdiang, ibu akan baring mengiring
membelakangi bara api dan untuk amalan
bersalai pula ibu akan baring secara terlentang
di atas katil kecil yang dibawahnya terletak bara
api. Badan si ibu akan dilumuri minyak panas,
kunyit dan lada hitam sepanjang aktiviti itu
berlangsung.

Macam biasalah, orang dulu-dulu buat semua tu


mesti untuk manfaatnya kan dan antara manfaat
aktiviti ‘bakar-bakar’ ni adalah ia dapat
menyihatkan badan, mengecutkan urat yang
bengkak dan meringankan tubuh badan. Tapi
dah macam memasak dah siap letak kunyit
dengan lada hitam, mungkin punca berdiang dan
bersalai ni jarang dilakukan adalah kerana ia
agak bahaya dan boleh merisikokan nyawa ibu
selepas bersalin. Walaubagaimana pun, itu lah
serba sedikit penerangan ringkas (ada banyak
lagi sebenarnya) tentang prosedur tradisional
bagi penjagaan ibu selepas bersalin.

Suami tak boleh melakukan


hubungan in-team dengan
isteri

Makanan yang dilarang semasa berpantang. Imej dari Digiku

Bukan sahaja amalan penjagaan tradisional


perlu dilakukan, pantang larang juga perlu
diambil berat semasa mengikut segala prosedur
yang telah ditetapkan. Macam biasalah,
kehidupan Melayu tradisional ni memang banyak
melibatkan nasihat orang lama dan juga
pantang larang. Ada tiga perkara umum dalam
petua dan pantang larang yang perlu dijaga
semasa berpantang, iaitu pemakaian, aktiviti
harian dan hubungan suami isteri.

Untuk pemakanan, banyak juga si ibu kena jaga


bagi membolehkan proses pemulihan berjalan
dengan baik. Menurut amalan perubatan
tradisional Melayu, ibu selepas bersalin harus
sentiasa berada dalam keadaan yang hangat dan
disebabkan itu mereka dinasihati untuk
memakan makanan berunsur panas seperti
masakan yang mempunyai halia dan lada hitam.
Pada masa yang sama mereka harus
mengelakkan makanan berunsur sejuk seperti
timun dan tembikai. Tu zaman dulu lah, kalau
macam sekarang doktor lebih menggalakkan
makanan yang seimbang dan menyihatkan.

Antara aktiviti yang perlu dielakkan. Imej dari Rinazul

Bagi aktiviti harian pula, ibu-ibu selepas bersalin


dilarang untuk melakukan aktiviti lasak atau
kerja-kerja rumah dan even menyapu rumah
pun tak boleh sebab semasa berpantang, mereka
dikatakan harus mendapatkan rehat yang cukup.
Senang cerita, mereka tidak digalakkan membuat
kerja-kerja berat lah sebab badan mereka tu
masih lagi lemah.

Seterusnya adalah hubungan suami isteri, ini


antara benda yang paling kena jaga sebab ini
untuk menjaga luka dalaman ibu selepas
bersalin. Hal ini kerana rahim si ibu berisiko
untuk ‘koyak’ dan berlaku pendarahan jika
terjadinya hubungan suami isteri berlaku
sebelum habisnya pantang. Dikatakan pasangan
suami isteri perlu mengelakkan hubungan
kelamin at least seratus hari. Yang si suami pun
jangan lah gatal-gatal sangat, isteri korang
tengah sakit tu.

Cara tradisional atau moden,


kedua-duanya penting

Ibu berpantang. Imej dari Harian Metro

Mungkin orang zaman sekarang merasakan


berpantang ni merupakan kaedah ‘kuno‘,
sehinggakan mereka tidak mahu melakukannya
dan mengambil mudah tentang perkara itu.
Tetapi, ramai berpendapat berpantang selepas
bersalin tu (tak kira moden atau tradisional)
adalah perkara yang wajib.

Tidak salah pun untuk melakukan cara


tradisional, itu semua adalah warisan turun-
temurun dari nenek moyang kita semua. Kita
hanya mengambil yang dirasakan baik dan tolak
perkara yang dirasakan agak mengarut tu, siapa
lagi nak memelihara amalan berharga ni selain
diri kita sendiri. Dalam pada itu, jangan lah pula
menolak perubatan moden hanya kerana ingin
mengikut cara tradisional sahaja kerana zaman
sudah berubah dan haruslah kita memanfaatkan
perkara yang ditawar oleh era moden.

0 Comments Sort by Newest

Add a comment...

Facebook Comments Plugin

!"# ! " # $ %
!"#$%&!%'#$#()*

& '

RELATED ITEMS: BARUT, BENGKUNG, BERDIANG,


BERPANTANG, BERPANTANG TRADISIONAL,
BERSALAI, BERSALIN, BERTUNGKU, DR. PRAVIN
PERABA, HOSPITAL, HUBUNGAN SUAMI ISTERI, ISTERI,
MANDIAN HERBA, PENJAGAAN SELEPAS BERSALIN,
PERUBATAN TRADISIONAL, SUAMI, URUTAN
TRADISIONAL

RECOMMENDED FOR YOU

Sistem kesihatan kita makin tenat,


apakah kita akan menjadi seperti
India?

Tambah taklik ketika bernikah dan


boleh ke lafaz taklik ditarik balik?

Tak nak laksanakan CUTI


PATERNITI sebab syarikat akan
RUGI RM150 JUTA setahun?

RENCAH DUNIA

JEAN MARC CÔTÉ:


PELUKIS ABAD KE-19 NI
MERAMAL TEKNOLOGI
ZAMAN SEKARANG
By Aqil Syakir !
Posted on March 30, 2021

Cuba korang tengok lukisan ni:

Nampak futuristik en? Imej dari Dr. Afiq Rahim.

Kalau korang nak tahu ni la lukisan yang bertajuk


“Malaysia Wawasan 2020” pada tahun 1997 –
1999. Ia dilukis oleh pelajar-pelajar sekolah
pada ketika itu yang membayangkan akan ada
kereta dan motorsikal terapung pada tahun
2020. Tapi… tu la ia tak sama macam hari ni dan
kita ada je kereta terapung tapi…takpelah.

Haaa… sebenarnya lukisan berkonsepkan


futuristik banyak dihasilkan di seluruh dunia.
Kami ni sebenarnya tertarik dengan seorang
pelukis dari abad ke-19 iaitu Jean Marc Côté
yang meramalkan teknologi pada tahun 2000
melalui lukisannya iaitu En L’An 2000 (maksud:
Pada tahun 2000). Hmmm… lukisan dia ni
sebenarnya ada je yang wujud pada masa kini dan
ada tak masuk akal (tapi bukan pada tahun 2000
la).

Meh kita tengok lukisan pertama dulu iaitu…

Mesin penyental automatik


yang menyenangkan pembantu
rumah

Perghhh maju betul akal Jean Marc ni. Imej dari Public
Domain Review.

Jap-jap, sebelum tu apa kata kami kenalkan


korang dengan Jean Marc Côté nanti takdela
korang pening kepala. Jean Marc Côté
merupakan seorang pelukis asal perancis pada
abad ke-19 yang telah menghasilkan banyak
lukisan menarik. Tapi antara lukisan-lukisan dia,
lukisan En L’An 2000. Kiranya kepala otak dia ni
memang hebat la sebab mempunyai imaginasi
yang sangat tinggi.

Oh
" ye, lukisan
& Jean#
Marc sebenarnya
% $dihasilkan
!

Anda mungkin juga menyukai