Anda di halaman 1dari 2

Rawatan selepas bersalin

Oleh MERAN ABU BAKAR


MENJAGA wanita yang baru bersalin bukanlah satu tugas yang mudah. Banyak pantang
larang yang harus dipatuhi. Segalanya demi kebaikan dan kesihatan wanita terseb
ut di kemudian hari.
Bagaimanapun, banyak wanita hari ini yang mengambil remeh akan penjagaan semasa
di dalam pantang. Perubahan masa menyebabkan mereka tidak mempercayai akan panta
ng larang yang telah diamalkan oleh orang-orang tua dahulu.
Ada yang menganggap pantang larang itu tahyul semata-mata dan tidak perlu diikut
i lagi kerana tidak sesuai pada zaman sekarang.
Bagi wanita yang pernah melalui masa berpantang dan enggan mematuhi pantang lara
ng mungkin menyedari kesannya setelah beberapa tahun kemudian di mana banyak pen
yakit mula dirasai.
Di antaranya ialah kerap sakit kepala, perut buncit dan sering kembung, sakit-sa
kit sendi, kaki tangan kerap kebas dan sebagainya.
Justeru, wanita yang baru melahirkan anak memerlukan penjagaan yang sempurna ket
ika dalam jangka masa pantang bersalin. Inilah sahaja waktu yang sebenar dan ses
uai bagi merehatkan badan yang penat bertungkus-lumus selama ini.
Penjagaan kesihatan serta pemakanan seimbang adalah penting ketika berpantang ag
ar ibu kembali cergas seperti sediakala.
Menyedari peri pentingnya penjagaan selepas bersalin, Hazeera Banu Ramjan Din, 3
6, membuka Shadira Post Natal & Beauty House yang menyediakan pelbagai rawatan k
husus bagi wanita yang baru melahirkan anak.
Hazeera berkata, beliau mempunyai enam orang petugas wanita yang berkebolehan me
njaga wanita semasa di dalam pantang.
Selain memberikan rawatan di spanya, pelanggan boleh menempah terlebih dahulu ba
gi rawatan yang diberikan di rumah di mana petugas spa akan tinggal di rumah pel
anggan bagi tempoh yang dikehendaki.
Menurut Hazeera, terdapat empat pakej yang disediakan bagi Pakej Pengurusan Ibu
dan Anak Dalam Pantang Bersalin iaitu pakej seminggu (tujuh hari), dua minggu, t
iga minggu dan sebulan.
Setiap pakej meliputi daripada urutan tradisional, bertungku, mandi herba hingga
lah kepada memasak dan mencuci pakaian ibu serta anak pada harga antara RM900 hi
ngga RM3,600
Beliau menambah, ramai wanita tidak menyedari pentingnya melakukan rawatan semas
a tempoh berpantang hampir tamat.
Rawatan yang dinamakan Penutup Pantang Bersalin ini meliputi tangas stim herba,
lulur pucuk jambu, mandi purut kerangka 44 dan urut selasih ulung.
lTangas stim herba menggunakan perahan air limau purut, kunyit, manjakani, garam
dan lain-lain herba. Kesemua bahan ini direbus di dalam periuk dan diletakkan d
i bawah kerusi yang diduduki oleh ibu yang baru bersalin. Rawatan ini bagi menye
mbuh dan mengemaskan kembali urat-urat pada saluran faraj, menguatkan umbi urat
rahim..
lLulur pucuk jambu menggunakan pucuk jambu batu, beras pulut, kunyit, daun mengk
udu, halia dan sebagainya yang dikeringkan, digoreng, ditumbuk halus dan dicampu
r air mawar. Ia bagi membantu memecahkan lemak di badan, mengental dan menegangk
an kulit yang kendur terutama di bahagian perut, membersihkan daki badan, memuti
hkan kulit yang kusam dan menyegarkan kulit badan.
lMandi purut kerangka 44 menggunakan campuran 44 biji limau nipis, bunga-bungaan
, subang sirih, pinang muda dan wangian.
lRawatan urut selasih ulung menggunakan minyak daripada pati selasih hitam yang
dimasak bersama halia bara, lada hitam dan lain-lain herba. Selasih adalah herba
yang mampu mencuci darah, membuang angin biasa di badan, meningkatkan daya keta
hanan badan terhadap penyakit dan menyembuhkan luka dalaman.

Anda mungkin juga menyukai