Anda di halaman 1dari 2

Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan

Universiti Sains Malaysia

Semester I Sidang Akademik 2017/2018

STU338 Kaunseling

Masa Perjumpaan

Kuliah: Khamis 3-5 petang (SK 4)


Tutorial: Rabu 2-3 petang, 3-4 petang (SK 104)
Khamis 9-10 pagi, 10-11 pagi (SK 104)
Jumaat 9-10 pagi, 10-11 pagi (SK 104)

Pensyarah

Prof. Madya Dr. Norzarina Mohd Zaharim


Pejabat: C05/008
Telefon: 6532801
E-mel: norzarina@usm.my
Laman web kursus: http://elearning.usm.my/
Masa rundingan: Isnin 10-11 pagi, Selasa 2-3 petang

Sinopsis Kursus

Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan pengetahuan dan kemahiran tentang asas-asas
kaunseling. Ia memfokus pada teori dan proses kaunseling serta kemahiran menolong asas yang
terdapat dalam kaedah kaunseling generik.

Objektif Kursus

Pada akhir kursus, adalah diharapkan agar pelajar dapat:


1. Memahami kerangka teoretikal dan konseptual tentang kaunseling
2. Mensistesis pendekatan dan teknik yang boleh digunakan dalam kaunseling
3. Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran untuk mengendalikan sesi kaunseling

Kaedah Pembelajaran

Kaedah pembelajaran termasuklah kuliah oleh pensyarah, perbincangan dan latihan dalam tutorial dan
tugasan kumpulan. Pelajar dikehendaki membuat persediaan awal dengan membaca bahan bacaan
yang telah ditetapkan sebelum datang ke kuliah dan tutorial. Sila layari laman web kursus dua kali
seminggu (terutamanya pada hari Rabu dan Ahad) untuk mendapatkan maklumat dan nota kuliah
terkini.

Keperluan Kursus

1. Kerja kursus (50%) [ujian (20%); tugasan kumpulan (25%); latihan tutorial (5%)]
2. Peperiksaan akhir (50%)
3. Kehadiran
Pelajar wajib menghadiri kuliah dan tutorial sepanjang semester. Kegagalan menghadiri
kuliah atau tutorial sebanyak 3 kali tanpa sebab munasabah akan mengakibatkan pelajar
dihalang daripada mengambil peperiksaan akhir semester.

1
Jadual Pembelajaran

MINGGU TOPIK RUJUKAN


1 Pengenalan Kursus dan Pendaftaran Tutorial
(14/9/17)
2 Pengenalan: Definisi, Sejarah dan Trend Semasa Gladding (2014), bab 1;
(21/9/17) dalam Kaunseling See & Ng (2010)
3 Aspek-Aspek Personal dan Profesional dalam Gladding (2014), bab 2
(28/9/17) Kaunseling
4 Proses dan Peringkat Kaunseling Young (1998), ms 28-32
(5/10/17)
5 Aspek-Aspek Etika dan Undang-Undang dalam Gladding (2014), bab 3;
(12/10/17) Kaunseling Akta Kaunselor 1998
6 Cuti Pertengahan Semester
(19/10/17)
7 Kaunseling dalam Masyarakat Majmuk Gladding (2014), bab 4-5;
(26/10/17) Rafidah Jaladin (2013)
8 Kemahiran Asas Kaunseling I Gladding (2014), bab 6-7
(2/11/17)
9 Kemahiran Asas Kaunseling II Gladding (2014), bab 8
(9/11/17)
10 Ujian
(16/11/17)
11 Kaunseling Kelompok Gladding (2014), bab 11
(23/11/17)
12 Pengkhususan Kaunseling: Kerjaya, Rumah Tangga, Gladding (2014), bab 15-20
(30/11/17) Pendidikan, Penderaan, Penagihan, Kelainan Upaya
dan Kesihatan Mental
13 Teori Kaunseling: Psikoanalitik dan Humanistik Gladding (2014), bab 9
(7/12/17)
14 Teori Kaunseling: Tingkah Laku, Kognitif dan Gladding (2014), bab 10
(14/12/17) Sistemik
15 Penutup dan Ulang Kaji
(21/12/17)

Buku Teks

Gladding, S. T. (2014). Counseling: A comprehensive profession (7th ed.). Upper Saddle River, NJ:
Pearson.

Rujukan Tambahan

Lembaga Kaunselor Malaysia (http://www.lkm.gov.my/)

Rafidah A. M. Jaladin. (2013). Barriers and challenges in the practice of multicultural counseling in
Malaysia: A qualitative interview study. Counseling Psychology Quarterly, 26(2), 174-189.

See, C. M., & Ng, K. M. (2010). Counseling in Malaysia: History, current status, and future trends.
Journal of Counseling & Development, 88, 18-22.

Young, M. E. (1998). Learning the art of helping: Building blocks and techniques. Upper Saddle River,
NJ: Merrill.

Anda mungkin juga menyukai