Anda di halaman 1dari 5

950624-13-5122

11

4.0 METODOLOGI KAJIAN
Metodologi penyelidikan merupakan kaedah dan teknik mereka bentuk,
mengumpul dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh
menyokong sesuatu rumusan. Metodologi menerangkan cara sesuatu masalah dikaji
dan sebab sesuatu kaedah dan teknik tertentu digunakan. Tujuan metodologi adalah
untuk membantu memahami dengan lebih luas lagi tentang pengaplikasian keadah
dan membuat huraian tentang proses kajian. Penyelidiakn ini merangkumi pendekatan
secara kuantitatif dan kualitatif.

4.1 PERSAMPELAN
Persampelan merupakan proses memilih sampel secara rawak. Menurut buku
Ilmu Bakti, persampelan merupakan strategi mendapatkan maklumat tentang sesuatu
pupulasi daripada sampel yang mewakili populasi tersebut. Persampelan juga
merupakan kaedah statistik untuk mendapatkan maklumat bagi menyelesaikan
masalah tanpa menggunakan seluruh ahli populasi. Prinsip utama persampelan adalah
untuk memperolehi sampel yang benar-benar mewakili populasi yang dikaji dan
memastikan sampel yang diambil melalui persampelan tidak pincang. Ujian stastistik
akan dilakukan ke atas sampel dan nilai ujian stastistik ini akan digeneralisasikan
kepada nilai populasi kajian yang dinamakan sebagai parameter.

4.1.1 RESPONDEN SOAL SELIDIK
Sampel kajian ini melibatkan 30 orang responden yang terdiri daripada
pelanggan yang pernah mengamalkan amalan bebas beg plastik di Pasar Raya Emart,
Matang, Kuching. Responden soal selidik dipilih melalui kaedah persampelan rawak
mudah. Antara ciri-ciri yang diambil kira dalam proses pemilihan responden ialah
berdasarkan kelapangan dan kesudian responden untuk menjawab soal selidik. Hal ini
kerana merekalah yang megamalkan amlan bebas beg di Pasar Raya Emart, Matang,
Kuching sahaja dapat mengenal pasti tindakan mereka dalam menyahut seruan
amalan bebas beg plastik dan mengenal pasti kesedaran tentang kesan pelaksanaan
analan bebas beg plastik serta mengenal pasti halangan yang dihadapi oleh pelanggan
950624-13-5122

12

dalam mengamalkan amalan bebas beg plastik. Jawapan daripada responden soal
selidik menyumbang kepada data kuantitatif. Data yang diperoleh adalah dalam
bentuk nombor dan stastistik untuk memberi penjelasan kepada objektif kajian.

4.1.2 INFORMEN TEMU BUAL
Informen kajian ini melibatkan 3 orang responden yang dipilih secara rawak
mudah yang terdiri daripada informen X, Y dan Z. Antara ciri yang diambil kira
dalam proses pemilihan informen adalah mereka yang mengamalkan amalan bebas
beg plastik di Pasar Raya Emart, Matang Kuching. Informen membuat respon dan
maklumat terhadap soalan-soalan temu bual yang dikemukakan oleh pengkaji. Temu
bual dengan informen akan dirakamkan dan dicatat dalam borang temu bual dan
seterusnya hasil temu bual akan dirumuskan dalam bentuk jadual.

4.2 PENGUMPULAN DATA
Pengumpulan data merupakan tahap yang penting dalam kajian. Data
mengenai tindakan pelanggan Pasar Raya Emart, Matang Kuching dalam menyahut
seruan bebas beg plastik, mengenal pasti kesedaran pelanggan Pasar Raya Emart,
Matang Kuching tentang kesan perlaksanaan amalan bebas beg plastik terhadap
persekitarannya dan mengenal pasti halangan yang dihadapi dalam mengamalkan
amalan bebas beg plastik di Pasar Raya Emart, Matang Kuching telah dikumpulkan.
Pengumpulan data telah dibahagi kepada hasil daripada penyelidikan secara
kuantitif dan kualitatif. Data yang dikumpul dapat diklasifikasikan kepada data primer
dan data sekunder.
Data primer merupakan sumber data yang diperoleh langsung daripada sumber
asli iaitu tidak melalui media perantaraan.Dalam kajian ini, Kaedah temu bual dan
soal selidik telah digunakan bagi mengumpul data primer sebagai sokongan sebagai
keaslian hasil kajian.
Data sekunder merupakan sumber data penelitian yang diperoleh peneliti
secara tidak langsung ,melalui media perantara. Data sekunder umunnya berupa bukti,
950624-13-5122

13

catatan atau kajian lepas yang telah diterbitkan. Data yang signifikan mengenai Peta
Bandaraya Kuching telah diperoleh melalui laman web
http://www.destination360.com. Peta Kawasan Emart telah diperoleh daripada laman
web https://maps.google.com.

4.2.1 BORANG SOAL SELIDIK
Soal selidik merupakan kaedah utama dalam pengumpulan data kerana ia
berhubung terus dengan kumpulan sasaran. Borang soal selidik ini perlulah
bersesuaian dan mengikut objektif yang telah ditetapkan. Hal ini penting agar soalan
tersebut tidak meyimpang jauh daripada sasaran. Bahasa yang digunakan juga
haruslah merupakan bahasa yang mudah difahami oleh golongan responden.
Pengkaji telah membuat 30 salinan borang soal selidik. Borang soal selidik ini
diedar kepada responden pada 2/3/2014 (Sabtu) dan dikumpul balik pada hari yang
sama.
Borang soal selidik ini terbentuk soalan tertutup. Rasional menggunakan soal
selidik tertutup adalah untuk dapatkan data yang mudah dianalisi dan mudah diproses.
Borang soal selidik ini terbahagi kepada empat bahagian. Bahagian (A)
merupakan data demografi responden dan terdapat 3 item tertutup dalam bahagian
ini.Item yang ditanya dalam bahagian ini ialah bangsa, jantina dan umur. Bahagian (B)
merangkumi soalan-soalan yang berkaitan dengan tinjauan terhadap tindakan
pelanggan Pasar Raya Emart, Matang Kuching dalam menyahut seruan bebas beg
plastik dan terdapat dua item dalam bahagian ini. Bahagian (C) merangkumi soalan-
soalan yang berkaitan dengan tinjauan terhadap kesedaran pelanggan Pasar Raya
Emart, Matang Kuching tentang kesan perlaksanaan amalan bebas beg plastik
terhadap persekitarannya dan terdapat satu item dalam bahagian ini manakala
bahagian (D) merangkumi soalan-soalan yang berkaitan dengan tinjauan terhadap
halangan yang dihadapi dalam mengamalkan amalan bebas beg plastik di Pasar Raya
Emart, Matang Kuching dan terdapat satu item dalam bahagian ini. Skala Likert 3
Mata (Setuju, Tidak Pasti dan Tidak Setuju) telah digunakan dalam borang soal
selidik ini, iaitu dalam Bahagian(C) dan Bahagian(D). Terdapat 10 item tertutup telah
ditanya dalam borang soal selidik ini. (Rujuk Lampiran 1)
950624-13-5122

14

4.2.2 TEMU BUAL
Temu bual dilakukan bagi mendapatkan maklumat secara langsung dan secara
lebih mandalam tentang sesuatu isu dalam penyelidikan.
Dalam kajian ini temu bual bersemuka telah diaplikasikan dengan
menemubual 3 orang informen di Pasar Raya Emart, Matang Kuching.
Temu bual telah dijalankan secara tidak formal dan dengan kebenaran dan
kelapangan informen bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai
kajian ini.
Bentuk temu bual dalam kajian ini ialah temu bual berstruktur. Bentuk temu
bual ini telah dilakukan dengan soalan-soalan yang telah dirangka dengan ramalan-
ramalan jawapan yang mungkin diberikan oleh responden.
Temu bual ini dirakam dengan menggunakan alat perakaman suara untuk
merakam perbualan dan kemudiannya digunakan untuk menganalisis temu bual
tersebut. Soalan-soalan ditanya kepada pelanggan yang pernah mengamalkan amalan
bebas beg plastik di Pasar Raya Emart, Matang Kuching dan terdapat 4 item telah
ditanya dalam temu bual itu. Item-item yang ditanya kepada informen merangkumi
kekerapan pelangan dalam mengamalkan amalan bebas beg plastik di Pasar Raya
Emart, Matang, Kuching , cara pelanggan mengamalkan amalan beg plastik di Pasar
Raya Emart, Matang, Kuching, kesedaran pelanggan Pasar Raya Emart, Matang,
Kuching tentang kesan pelaksanaan amalan bebas beg plastik terhadap persekitaran,
dan halangan yang dihadapi oleh pelanggan Pasar Raya Emart, Matang, Kuching
dalam mengamalkan amalan bebas beg plastik.(Rujuk Lampiran 2)

4.3 KAEDAH ANALISIS DATA
Proses penganalisisaan data merupakan peringkat yang amat signifikan dalam
kajian ini. Hasil penganalisisaan amat penting untuk kegunaan pentaksiran maklumat
dalam dapatan kajian sesebuah penyelidikan.
Dalam kajian ini, semua aspek yang dikaji telah dianalisis secara deskriptif
dalam bentuk peratusan dan kekerapan. Dalam borang soal selidik kajian ini, Skala
950624-13-5122

15

Likert 3 mata telah digunakan iaitu setuju, tidak pasti dan tidak setuju. Item skala
likert digunakan untuk memperoleh maklumat bagi tinjauan terhadap kesedaran
pelanggan Pasar Raya Emart, Matang, Kuching tentang kesan pelaksanaan amalan
bebas beg plastik terhadap persekitaran dan tinjauan terhadap halangan yang dihadapi
oleh pelanggan dalam mengamalkan amalan bebas beg plastik di Pasar Raya Emart,
Matang, Kuching. Data telah dianalisis dan dipersembahkan dalam carta pai, graf bar,
dan bentuk jadual.

Anda mungkin juga menyukai