Anda di halaman 1dari 2

SOALAN 4

Refleksi Drama Kreatif

Saya berasa bersyukur kerana, aktiviti drama kreatif kanak-kanak bagi mata pelajaran
Kreativiti dalam pendidikan awal kanak-kanak (WAJ 3063) ini telah pun selesai dilaksanakan
walaupun terdapat sedikit sebanyak halangan yang dihadapai. Namun, melalui pengalaman
seperti ini, banyak yang telah saya pelajari dan perolehi dalam pelbagai aspek.
Sebagaimana yang telah dinyatakan, sepanjang saya melaksanakan aktiviti drama ini,
banyak perkara yang telah saya dapat. Salah satu daripadanya ialah pengalaman saya
melibatkan diri dalam bidang seni lakonan drama. Pengalaman seperti ini adalah sesuatu yang
bermakna kerana ia merupakan sesuatu yang baru pada diri saya.
Selain itu, proses pelaksanaan aktiviti drama ini melibatkan pelbagai perkara seperti
penyediaan prop, penyediaan skrip, penyediaan audio dan proses latihan. Perkara-perkara ini
memerlukan kerjasama antara satu sama lain untuk memastikan pementasan drama kreatif
dilaksanakan dengan baik. Itulah suatu nilai murni yang telah dilahirkan semasa proses
penyediaan pementasan teater ini.
Berdasarkan akademik pula, banyak yang telah saya pelajari. Pemerolehan ilmu dalam
melaksanakan pementasan ini begitu banyak dan amat berguna kepada guru pelatih seperti
saya. Drama merupakan suatu perkara yang melibatkan perlbagai bidang khususnya
pergerakan, muzik dan seni bersesuaian dengan tuntutan matapelajaran Seni Dalam
Pendidikan. Pergerakan merupakan unsur yang menghidupkan lakonan drama, muzik pula
adalah sesuatu yang memberi nafas dalam teater yang mampu membawa persoalan mengenai
cerita yang disampaikan manakala seni pula memainkan peranan dalam membentuk situasisituasi persekitaran ketika drama sedang berjalan. Ketiga-tiga aspek ini penting dalam
menjadikan sesuatu persembahan itu sempurna.
Persembahan drama kreatif juga merupakan satu teknik lakonan yang mampu menarik
minat murid untuk memahami apa yang ingin disampaikan. Contohnya, seperti cerita drama
kami yang bertajuk Dua ekor monyet yang nakal. Cerita ini mampu mengajar kanak-kanak
bahawa perbuatan mencuri itu adalah salah dan jika kita ingin mendapatkan sesuatu, kita perlu

meminta izin daripada pemilik. Selain itu, kami juga dapat menerapkan sikap saling maaf
memaafi sesama rakan dalam drama ini. Perkara ini penting kerana pada peringkat awal kanakkanak, akan timbul pelbagai isu seperti perselisihan faham atau pergaduhan yang kecil, dan di
situlah pengajaran drama ini berguna kepada mereka. Apabila mereka sedar akan kesilapan
yang telah mereka lakukan, mereka akan mudah maaf-memaafi antara satu sama lain.
Tambahan pula, ketika drama ini dijalankan, saya dan rakan-rakan dapat menjana ideaidea yang kreatif dari aspek jalan cerita, dialog, prop dan kaedah penyampaian mesej yang
tersirat dalam drama. Oleh itu, secara tidak langsung, kanak-kanak akan terdedah dan
mempelajari kemahiran kreativiti ini secara sedar atau tidak sedar.
Sesungguhnya persembahan drama ini membantu dalam memantapkan lagi ilmu.
Dalam menyempurnakan aktiviti ini, pelbagai sumber ilmu telah saya cari. Kajian demi kajian
telah dilaksanakan dalam memantapkan seni lakonan persembahan drama ini. Dalam masa
yang sama, apa yang saya analisis, baca dan lihat telah menambahkan pelbagai ilmu yang
sebelum ini tidak pernah ditemui. Ilmu yang saya saya perolehi kini semakin mantap dan saya
rasa bersyukur kerana diberi kesempatan untuk melaksanakan drama kreatif ini. Sememangnya
adalah tidak rugi untuk saya melaksanakan persembahan ini. Sebagai balasan dan
ganjarannya, pelbagai ilmu yang saya dapati.
Saya berharap agar persembahan drama kreatif ini dapat saya aplikasikan pada masa
akan datang di dalam kelas prasekolah, agar suasana pembelajaran menjadi lebih menarik dan
murid mempelajari banyak ilmu pengetahuan. Tidak lupa juga, dapat meningkatkan sikap
kreativiti yang ada di dalam diri kanak-kanak itu
Kesimpulannya, kerja kursus ini membantu dalam pelbagai aspek terutamanya dalam
bidang akademik selain merubah persepsi diri dalam pemikiran yang lebih bermutu.

Anda mungkin juga menyukai