Anda di halaman 1dari 20

Pengenalan dan Sejarah Teater

1.0 PENGENALAN
1.1 KONSEP DAN DEFINISI TEATER

- Perkataan Teater berasal dari perkataan 'THEATRON' yang membawa maksud


tempat menonton pada zaman Yunani ( greek tua ).
- Satu gabungan kerja-kerja kreatif yang merangkumi semua unsur seni dan
pengurusan berdasarkan daripada naskhah lakon dipersembahkan secara langsung
kepada penonton yang dipisahkan oleh ruang dan waktu.
- Satu bentuk persembahan lakonan yang menghiburkan, dipersembahkan kepada
penonton secara langsung disebuah tempat dikenali sebagai pentas dan ahli
persembahnnya dikenali sebagai pelakon atau aktor.
- Suatu bentuk kerja secara bersama (berpasukan) antara artis dengan naskhah lakon
di mana pelakon membawa watak di dalam produksi persembahan secara langsung
dihadapan khalayak.

1.2 Kumpulan Kerja Kreatif

A. Kumpulan kerja kreatif:

Penulis naskhah lakon (playwright)


Pengarah
Pelakon
Pereka – pereka
Tatacahaya
Tatabunyi
Tatarias
Rekabentuk pentas dan set
Pereka tari
Pereka muzik
Pereka gerak
Busana
Kesan khas

B. Kumpulan pengurusan

1. Pentas
Penolong pengarah / pengurus
(Ikut dalam sukatan)

1.2 CIRI-CIRI TEATER


-Teater sesuatu yang hidup.
- Cermin atau gambaran masyarakat realiti
- Berbeza dengan drama tv atau filem kerana teater dipersembahkan secara langsung
dan boleh mewujudkan interasi 2 hala.
- Pengalaman berkumpulan.
- Berbeza dgn bahan seni yang lain ia boleh dinikmati sendirian. Dipersembahkan
secara berpasukan.
- Kombinasi pelbagai unsur seni. Satu persembahan yang mengkolaborasikan pelbagai
unsur seni seperti seni visual, busana, muzik, tari, lakon, pertukangan,
- Tranformasi kertas ke pentas memerlukan pentafsiran daripada sebuah skrip untuk
dipersembahan kepada khalayak.
- Pengarang perlu interpretasi skrip, menentukan konsep dan sinografi.

1.3 ELEMEN-ELEMEN DALAM TEATER


- Pelakon
- Ruang lakon (pentas)
- Skrip atau idea (Jika tanpa skrip)
- Penonton
- Elemen visual
- Subjek
- Struktur dramatik
- Koordinasi semua elemen
- Keperluan sosial

1.4 JENIS-JENIS TEATER

- Tragedi
- Cerita di akhiri dgn kesedihan. Wira dimatikan
- Cerita menyentuh perasaan kerana yang baik biasanya ditimpa kesusahan
(Nasib tidak menyebelahi orang yang baik)
-Jalan ceritanya seseorang yang ditimpa bencana yang membawa kesusahan dalam
hidupnya
n Tragedi – pergelutan manusia melawan takdir/berakhir dengan duka/ kematian
n Komedi – penuh tawa/ gembira / berakhir dengan kegembiraan
n Komedi tragedi / Tragikomedi – gabungan komedi dan tragedi / ketawa yang diakhiri
dengan duka
n Melodrama – penuh kesyahduan/ biasanya dipadukan dengan muzik
n Farce – gerak yang berlebihan/ tidak wajar/ karikatural
n Satira – cemohan / ejekan / sindiran
n Muzikal – seluruhnya diiringi dengn muzik dan dinyanyikan / dialog diubah menjadi
nyanyian

1.5 JENIS-JENIS PENTAS

- Arena
- Frame
- Thrust
- Persekitaran
- Open Stage
- Prosinium
- Black Box
- Amphitheatre

1.6 BENTUK DAN ALIRAN

- Eksperimental
- Muzikal
- Neutralisme
- Bangsawan
- Sandiwara

Sejarah

2.1 Asal usul

1. Kepercayaan kepada ‘SUPER NATURAL’: Semua kejadian mempunyai kuasa, atau


penunggu.
Ada perantara SHARMAN dipilih oleh masyarakat untuk menjalankan upacara. Unsur-
unsur teater
telah dijelmakan dalam upacara mereka.
2. Penglipurlara/ bercerita. Cerita mempunyai nilai dramatic dipersembahkan
dikhalayak.
3. Permainan kanak-kanak berimprovisasi.

2.2 Perkembangan teater barat :

1. Teori awal sejarah teater di Barat 1200 – 500SM


2. Asal perkataan teater diambil – Theatron ( tempat menonton )
3. Mendapat tampat di dalam acara festival Memuja Dewa Dioynisus ( Dewa kesuburan
dan Wine).
Acara tersebut dikenali sebagai Dionysia.
4. Persembahan selama lima hari dimusim bunga. Persembahan yang bemotifkan
tujuan keagamaan.
5. Diprsembahkan disebuah panggung yang dibina dilereng bukit di Akrapolis boleh
menempatkan
seramai 14000 penonton (setengah daripada rakyat Athens)
6. Hari pertama persembahan dimulakan dengan pertandingan dikenali sebagai
DITHYRAMBS-lagu puji-pujian yang dinyanyikan oleh korus.
Diikuti pula persembahan drama:
Komidi (lima drama) – 1 hari
Tragedi – 3 hari (sehari satu drama dan diikuti dengan drama satira sebagai comic relief
Tragedi – Drama serius yang membabitkan perihal isu politik ( kehidupan, kematian dan
Dewa)
Satyrs (satira) dipersembahkan diakhir tragedy – setengah manusia setengah kambing
– sindiran di dalam bentuk komidi.
Komidi – Drama lucu berkisar tentang kehidupan seharian

7. Cerita yang dipersembahkan berdasarkan mitologi Yunani


8. Pelakon mengambil bahagian semuanya adalah lelaki.
9. Pelakon pertama THESPIS ( 550SM ) – bertukar daripada bentuk upacara
keagamaan kepada persembahan teater.

PENULIS DRAMA

Aeschylus ( 525-456 SM ) – Agamemnon ( 458SM )


Sophocles ( 496 -406 SM ) – Oedipus
Euripides ( 480-406 SM ) – Madea

Teater Yunani – Tragedi – Sophocles – Aristotle ( Abad 3 SM )


- Ciri – cirri teater tregedi antaranya

Watak utama terdiri daripada anak bangsawan. Golongan bangsawan.


Telah diramalkan akan menghadapi kecelakaan.
Wira berlawan dengan takdir untuk mendapatkan kejayaan.
Wira tewas di dalam perjalanan melawan takdir.
Berakhir dengan kematian atau darah.

KRONOLOGI SEJARAH TEATER BARAT

800-277 Teater Yunani


753 – 27 SM – Teater Rom
500 – 1453 – Zaman Pertengahan ( Keagamaan dan secular )
1454 – 1700 – Renaissance
Abad ke 18 – Permodenan
Abad ke 19
Abad ke 20

TRADISIONAL TEATER

Makyung

Tarian Melayu yang merangkumi kombinasi tarian, muzik dan drama ini mula bertapak
di Pattani dan tersebar di pantai timur Semenanjung Malaysia khususnya Kelantan
sejak 400 tahun dahulu.
Dengan penggunaan kostum yang sangat menarik, tarian unik ini turut diserikan
dengan alunan muzik seperti rebab, tawak, gendang, canang, kesi dan serunai
terutamanya ketika segmen keluar masuk pelakon.

Mek Mulung

Dramatari ini sangat popular di kawasan utara negeri Kedah. Kisah sejarah yang
dipaparkan dalam teater ini mengandungi elemen spiritual yang sangat mendalam.
Setiap tarian yang dipersembahkan berbeza dari segi gerak jarinya. Tarian yang sering
dipertontonkan dalam Mek mulung ialah tarian sembah, tarian gambang, tarian puteri
mabuk, tarian menora dan tarian sirama.

Semua tarian diselang seli dengan nyanyian beramai-ramai dan alunan muzik.

Wayang Kulit

Wayang kulit turut dikenali dengan nama wayang gedek, wayang melayu dan wayang
purwo. Teater ini masih berpengaruh di Kelantan, Kedah, Johor dan Terengganu. Alat
muzik yang mendominasi persembahannya ialah rebab, canang, gong, gendang dan
kesi. Cerita yang dipersembahkan dalam wayang kulit merupakan adaptasi cerita-cerita
epik Mahabrata dan Ramayana.

Perubahan zaman turut mempengaruhi jalan cerita yang disampaikan oleh dalang
wayang kulit melalui dailog dan pergerakan patung.

Sejarah Seni Teater Melayu...Tajuk macam ilmiah sikit kan, maklumlah ada
melibatkan perkataan sejarah kan, jika ada sejarah,mesti ada fakta. Tapi usahlah
bimbang, saya bukan nak mengajar sejarah di sini. Ini cuma sekadar perkongsian
bersama. Bak kata Hang Tuah, "takkan hilang Melayu di dunia" , jadi adalah baiknya
saya berkongsi sedikit mengenai kebudayaan kita iaitu seni teater dalam masyarakat
kita. Sebenarnya ini adalah tugasan atau assignment saya untuk matapelajaran
Kemahiran Belajar (KB) pada semester 1 yang lepas di Institut Pendidikan Guru
Kampus Bahasa Melayu. Saya memilih tajuk ini kerana saya amat meminati bidang ini.
Pendek kata, saya suka berlakonlah... sejak dari bangku sekolah lagi saya telah
berjinak - jinak dalam bidang ini. Berbalik kepada fokus utama kita, adalah lebih baik
saya mulakan perkongsian ini dengan memberikan sedikit pendahuluan.

Perkataan Teater dikatakan berasal daripada perkataan dalam bahasa Yunani purba
iaitu theatron yang membawa maksud tempat duduk penonton atau stage. Perkataan
drama pula dikatakan berasal dari perkataan dran yang bermaksud aksi atau lakonan.
Manakala persembahan teater pula dipercayai berasal dari upacara yang berkembang
menjadi natya dengan memasukkan beberapa unsur lain seperti nyanyian, tarian dan
lakonan dalam upacara tersebut.
Mesir, Yunani dan India merupakan tempat terawal bermulanya sejarah teater dunia.
Kemunculan teater berkait rapat dengan struktur kehidupan masyrakat setempat di
Mesir, Yunani dan India. Sebagai contoh, upacara persembahan Dewata Dionysus di
Greece lama-kelamaannya bertukar menjadi pesta drama. Begitu juga dengan
upacara nrtta di India yang mengandungi unsur tarian, seterusnya berubah menjadi
drama apabila dimasukkan gerak bebas yang membentuk aksi berlambang.

Seni teater merupakan suatu karya seni yang rumit dan kompleks, sehinggakan seni ini
dijolok dengan istilah collective art atau synthetic art. Teater merupakan gabungan
daripada pelbagai cabang seni seperti tarian, lakonan, nyanyian dan sedikit unsur
lawak. Dalam pada itu, seni teater juga menggabungkan unsur-unsur audio, visual, dan
kinestetik (gerak) yang meliputi bunyi, suara, muzik, gerak, bahasa badan serta seni
rupa.

Seni teater merupakan suatu gabungan seni yang dicipta oleh penulis, sutradara,
penata artistik, krew teknikal, dan seterusnya untuk diproduksikan. Sebagai seni
kolektif, seni teater perlu dilakukan dengan penuh kerjasama supaya semuanya
berjalan serentak dan seirama serta memerlukan harmonisasi dari keseluruhan krew
kumpulan.

Baiklah, begitulah sedikit pengenalan tentang teater ini. Kita teruskan dengan
kandungan utama entri ni iaitu Sejarah Seni Teater Melayu di Malaysia .

Teater Melayu berkembang dalam empat generasi. Generasi pertama dalam teater
Melayu adalah bangsawan, seterusnya diikuti oleh sandiwara, kemudiannya raelisme
dan akhir sekali adalah taeter Melayu kontemporari. Setiap generasi ini mempunyai ciri
yang berbeza-beza. Namun demikian, teater bangsawan merupakan titik tolak kepada
penghapusan unsur ritual dan keagamaan dalam persembahan teater sebaliknya hanya
menampilkan unsur hiburan semata-mata. Pementasan mula berkonsepkan komersial
serta menuntut aspek pengurusan seperti iklan, gaji sewa dan promosi. Permulaan
teater generasi pertama ini adalah zaman peralihan teater tradisional kepada teater
moden.

Generasi pertama – Teater bangsawan

Teater bangsawan di tanah Melayu bermula pada tahun 1870-an. Sebuah rombongan
seni drama dari India yang yang dikenali dengan nama Rombongan Wayang Parsi
atau Mendu telah datang menunjukkan persembahan mereka di Pulau Pinang pada
ketika itu. Setiap persembahan yang mereka lakukan sentiasa mendapat sambutan
hangat oleh penduduk setempat.

Selain Pulau Pinang, Melaka dan Singapura juga turut menjadi tempat pengembangan
budaya lantaran lokasi Melaka dan Singapura yang stratergik sebagai tempat
persinggahan pedagang asing. Selain berdagang, mereka juga telah membawa
perubahan sosial di Melaka dan Singapura dengan memperkenalkan kebudayaan
mereka. Teater merupakan satu hiburan pedagang-pedagang yang menjadi aspirasi
penduduk tempatan untuk mewujudkan satu bentuk hiburan yang serupa.

Perkataan baangsawan dalam istilah melayu berasal dari dua perkataan iaitu perkataan
‘Bangsa’ dan ‘Wan’. ‘Bangsa’ bermaksud berkumpulan atau segolongan manusia yang
sudah bersatu sebagai satu kumpulan tertentu. ‘Wan’ pula ialah gelaran untuk orang
kenamaan seperti raja-raja dan kerabatnya. Ini merujuk kepada persembahan untuk
golongan atasan serta bersifat istimewa dan eksklusif. Namun demikian, setelah
diaplikasikan keistimewaan bangsawan ini,ia menjadi bentuk hiburan yang diminati dan
dapat diterima oleh segenap lapisan masyarakat. Teater bangsawan juga turut
bertembung dengan pengaruh drama Barat, terutamanya cerita-cerita yang dikarang
oleh Shakespeare yang kemudiannya diterap dalam drama bangsawan menjadikan
drama bangsawan menjadi lebih menarik. Hal ini telah menyebabkan munculnya
istilah opera dalam seni teater melayu.

Tahun 1915 dianggap sebagai zaman kemasyuran teater bangsawan Melayu.


Pengaruh opera Barat adalah selari dengan penjajahan Barat di Timur serta kesedaran
tentang pendidikan dalam bahasa Inggeris. Namun begitu, pengertian opera dalam seni
teater Melayu adalah berbeza dengan pengertian opera Barat yang bererti pertunjukkan
yang semata-mata dalam bentuk nyanyian. Sebaliknya, opera Melayu atau teater
Melayu banyak disulami dengan lagu-lagu sedih dan gembira tetapi dialog masih
penting serta lagu-lagu hanyalah sebagai selingan dalam penceritaan dalam teater
melayu.

Bangsawan juga mula menggunakan alat muzik moden seperti piano, biola dan alat-
alat muzik lain sebagai muzik iringan yang mengiringi lagu yang dinyanyikan oleh
pelakon dalam sesuatu pementasan.

Menjelang tahun 1930-an ,bidang perfileman telah memberi saingan hebat kepada
persembahan teater bangsawan di Tanah Melayu. Ramai pelakon bangsawan dipelawa
untuk membintangi filem dengan tawaran yang lebih lumayan. Dalam pada itu,
pendudukan tentera Jepun juga merupakan penyebab kepada kemerosotan teater
bangsawan pada penghujung 1930-an.

Selain itu, terdapat juga faktor dalaman yang membawa kepada kemerosotan teater
bangsawan di Tanah Melayu. Antaranya ialah persembahan bangsawan itu sendiri
yang terlalu bergantung dengan pelakon utama bangsawan itu sendiri. Hal ini kerana
penonton lebih memandang kepada kecantikan dan suara pelakon utama yang
membintangi sesebuah bangsawan itu. Jalan cerita, mutu lakonan, bakat dan nilai
estetika persembahan tidak begitu menjadi tumpuan penonton. Oleh itu, hanya
bangsawan yang dibintangi oleh pelakon yang mempunyai pakej tersebut menjadi
pujaan dan tontonan ramai.

Generasi kedua – Sandiwara


Teater sandiwara mula bertapak di tanah air hasil daripada pengaruh perkembangan
drama yang dibawa masuk dari luar negara. Kedatangan teater sandiwara ke Tanah
Melayu berkait rapat dengan kedatangan kumpulan Miss Ribut sekitar tahun 1930-an.
Kumpulan ini merupakan sebuah kumpulan sandiwara yang berpengaruh di Indonesia.

Kemunculan sandiwara di Tanah Melayu juga adalah kesan daripada arus pemodenan
drama barat. Cerita yang paling popular pada ketika itu adalah drama nukilan
Shakespeare. Pendedahan karya dan teknik pementasan Barat turut memberi
pengaruh kepada perkembangan drama sandiwara.

Selain itu, Maktab Perguruan Sultan Idris yang merupakan satu-satunya pusat
pengajian tinggi orang Melayu turut memainkan peranan penting dalam merancakkan
suasana drama di Tanah Melayu. Za’ba (Zainal Abidin bin Ahmad) yang bertugas di
maktab berkanaan turut memainkan peranan yang besar. Beliau mengambil berat akan
perkembangan drama tanah air. Abdul Rahman Napiah menyimpulkan catatan Za’ba
sebagai induk kesusasteraan melayu dan kemudiannya mengemukakan teori sejatan
atau saduran sekitar tahun 1924 hingga 1936. Antara drama yang disadur dari drama
tulisan Shakespeare ialah The Black Mask yang dipersembahkan di Tanah Melayu
dengan nama Topeng Hitam dengan menggunakan bahasa Melayu.

Generasi ketiga – Realisme

Drama Malaysia mula menerima pengaruh realistik terutamanyaoleh arus yang dibawa
oleh perkembangan drama di Indonesia. Pengaruh ini muncul selari dengan unsur
perbandaran di Eropah sekitar abad ke-19. Ini ditambah lagi dengan kepesatan
pendidikan dan seterusnya banyak melahirkan penulis-penulis elit yang mempelopori
seni teater di Eropah.

Sebelum kemunculan teater realisik, seni teater Eropah ikuasai oleh lakonan yang
bergaya iaitu unsur melebih-lebihkan gerakan badan, emosi serta peristiwa yang ajaib
semasa pementasan. Ciri ini dikenali sebagai melodrama.

Kemunculan ilmu saintifik seperti sosiologi, antropologi dan psikologi turut membawa
perubahan terhadap persepsi dan gaya penghasilan drama. Tafsiran dan pembaharuan
mula dibuat dan drama dijadikan sebagai lambang kehidupan yang nyata. Pada ketika
itulah drama realistik mula menguasai drama di dunia iaitu sekitar tahun 1920-an.

Di Malaysia, teater ini merupakan tahap kedua dalam arus pembaharuan seni teater
Melayu. Bentuk teater ini menjadi asas sama seperti pada zaman teater sandiwara
juga. Ciri-ciri asas ini adalah seperti sebuah pementasan yang mengambil masa antara
satu hingga tiga jam. Konsep bersiri atau berepisod seperti drama bangsawan tidak lagi
wujud.

Dialog juga memainakan peranan penting dalam menimbulkan unsur dramatic serta
sebagai penggerak cerita. Penulis biasanya menggunakan bahasa mudah, bahasa
pertuturan harian dengan tujuan untuk memudahkan audiens memahami watak serta
jalan cerita sebuah pementasan. Bahasa dan puisi tidak lagi digunakan , sebaliknya
terdapat sedikit bahasa simbolik yang tidak terlalu abstrak dan tidak begittu
personal. Drama aliran realisme umumnya memaparkan mesej yang serius.

Generasi keempat – Teater Kontemporari

Teater ini juga dikenali sebagai teater experimental yang bermula pada tahun 1970-an.
Perkembangan teater ini merujuk kepada keinginan dan kecenderungan penulis-penulis
muda meneroka imaginasi, menjelajahi bentuk teater barat, mencipta sesuatu yang
baru dan mencari sumber budaya asli.

Teater kontemporari mengutarakan beberapa ciri teater lama yang diubahsuai kepada
bentuk baharu. Pengaruh teater kontemporari Melayu sebenarnya adalah pengaruh
perkembangan teater kontemporari Barat yang sedang menular ke negara-negara
timur.

Drama seharusnya membentuk plot yang mempunyai awalan, pertengahan dan


pengakhirannya. Suatu situasi cerita dikembangkan oleh aksi tertentu dan situasi yang
dirasakan benar-benar perlu sahaja.

Watak yang ditonjolkan dalam drama kontemporari tidak berkembang seperti struktur
cerita realisme. Situasi ini menyebabkan konsep heroism seolah-olah terhapus.
Peranan watak utama menjadi samar-samar seperti dalam drama realisme
sebelumnya.

Dialog dalam drama kontemporari adalah bersifat asumi. Sifat ini mengelirukan dan
bertujuan untuk menerangkan peranan watak atau situasi dalam sesebuah cerita.
Dialog ini merupakan permainan kata-kata, berunsurkan lirik, lebih puitis, dan bicara
unik yang dikombinasikan dengan gaya prosa formal. Hal ini telah melahirkan satu stail
baharu.

Hmm, itulah sedikit sebanyak perkongsian dari saya. Semoga ia membantu dan
memberi pengetahuan kepada anda semua. Ingatlah kata pepatah, "biar mati anak,
jangan mati anak" . Peliharalah kebudayaan dan kesenian kita ini. Kalau bukan kita,
siapa lagi? *_^

Bibliografi :

Kamaluddin Abd. Rahman. (2007). Teater Melayu Suatu Risalah Pemikiran


Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

TEATER DI MALAYSIA
Teater di Alam Melayu
Bentuk serta gaya lakonan tradisi di Malaysia sentiasa menggunakan corak komposisi
yang melibatkan tiga unsur dramatik sebagai konsep pementasan iaitu gerak tari, muzik
dan nyanyian. Kaedah dan teknik persembahan sebegini sememang ketara
perbezaannya dengan citarasa teater zaman moden yang popular dengan gerakan-
gerakan artistik dengan ideologi-ideologi ‘isme’, serta diliputi dengan pelbagai tuntutan
maksud tersirat yang memperkatakan tentang soal kuasa, kewujudan, isu ketuhanan,
politik, hak, penentangan dan sebagainya yang mengaitkan golongan-golongan istana,
institusi keagamaan, kerajaan rakyat sehinggalah kepada perihal masyarakat. Iaitu
memaparkan pandangan yang tidak asing dan sangat dekat dengan pengalaman
kehidupan seharian yang ditiru dari keadaan, kisah dan suasana kehidupan sebenar,
dan, disusunkan semula di atas pentas untuk ditontonkan melalui panduan teks
penceritaan yang berhala tuju.
Corak komposisi gaya moden juga memperlihatkan gaya pergerakan dengan
intonasi lontaran suara pelakon di atas pentas bersama-sama dengan visual pandangan
set di belakangnya, yang dibuat untuk membolehkan penonton menikmati keindahan
yang terjadi di dalam keadaan sebenar sepertimana yang boleh dialami semasa
melihat corak pemandangan, senitaman, ataupun lukisan potrait yang dilukis ketika itu
dari imej hidup di depan pelukis. Suatu tahap nilai keindahan atau kenikmatan yang
dapat dirasai melalui perkara-perkara yang diketahui bagaimana perasaan indah dan
nikmat tentang pandangan visual berdasarkan sudut perspektif, orang ataupun objek.

Mak Suti guru di Perguruan Mak Yong Chempaka Wilis, Kuala Besut, Terengganu
Walaubagaimanapun masih terdapat cara lain untuk menikmati sesuatu tontonan
yang memperlihatkan keindahan seni lakon yang berunsurkan paparan lakonan yang
berlainan dari suasana sebenar. Bukanlah bermaksud berlainan dari aksi dan sifat laku
manusia tetapi memaparkan maksud rasa pengalaman sesuatu aksi dan sifat laku itu.
Ianya berupakan corak aksi yang bebas, beritma, dan sangat terkawal dalam memastikan
penumpuan perhatian terus menerus berlaku melalui kesan penceritaan. Suatu corak
aksi dan penceritaan yang berbentuk abstrak. Gaya abstrak ini digunakan bagi
membantu penonton untuk mengalami rasa keseronokan melalui sensitiviti serta
imiginasi deria rasanya, dan, semuanya ini membawa maksud bagi merangsangkan
pergerakan emosi penontonan terhadap objek yang diperlihatkan di atas pentas.
Dua unsur penting sesebuah persembahan yang berbentuk abstrak ialah gerak
lakon melalui disiplin gerak tari dan lagu (yang terpecah kepada muzik dan nyanyian).
Setiap aktor dan pengarah teater perlu mempunyai kemahiran terhadap kedua-dua unsur
ini bagi membolehkan kesan kekuatan hadir dalam sesuatu persembahan. Tari dan lagu
bukanlah sesuatu unsur yang baru dalam seni teater, tetapi boleh dikatakan sentiasa
wujud dalam setiap kehidupan manusia. Tari dan lagu juga telah terbukti dapat bertahan
dan terus dinikmati sehingga sekarang, malah, penggunaan kedua-dua unsur ini telah
mencorakkan kepelbagaian jenis teater abstrak yang begitu kompleks dan besar skop
disiplinnya. Suatu fenomena yang membuka ruang yang sangat besar dalam kreativiti
dan meninggalkan drama dan teater berbentuk realisme jauh kebelakang. Walaupun
begitu, lakonan dan pengarahan berbentuk realisme lebih popular dan berkembang
dengan pesat sebagai kegiatan seni di dalam televisyen dan filem.

Secara tradisinya, gerak tari dan lagu amat sebati di dalam pementasan seni lakonan di
Malaysia. Tiada satupun kegiatan seni lakonan di dalam budaya Melayu yang tidak
menggunakan kedua-dua unsur ini, dan malah, seperti yang dibincang pada bab-bab
sebelum ini, gerak tari dan lagu juga merupakan unsur yang digunakan di dalam setiap
persembahan seni lakonan di seluruh dunia dan terus berkembang dengan genre-genre
baru pada awal abad ke 20. Teater Muzikal yang telah dibincangkan pada bab 3
merupakan perkembangan teater yang telah benar-benar menerokai dan meletakkan
kaedah lakon-tari dan lagu ke tahap yang paling tinggi. Perkembangan kaedah lakon-
tari dan lagu melalui teater muzikal merupakan sebuah genre sangat diminati dan
diterima di Amerika Syarikat dan juga di Eropah pada abad ke 20. Manakala di Malaysia
pula, awal abad ke 20 merupakan fasa akhir dalam perkembangan kaedah lakon-tari dan
lagu dalam persembahan lakonan tradisional, berbanding dengan negara-negara lain
yang teater atau drama tradisinya berkembang dengan sangat dinamik sehingga ke hari
ini malah telah mengembangkan sayapnya ke pentas antarabangsa. Seperti teknik gaya
lakon Noh dan Kabuki di Jepun berkembang kepada genre-genre baru seperti gaya
teknik Butoh dan Suzuki; Ketoprak dan Ludruk di Indonesia; Likay di Thailand; Cat Luong
di Vietnam; Mohlam di Laos. Di mana abad ke 20 ini merupakan transisi daripada
persembahan teater tradisi dan moden.
Bermulanya era modenisasi dalam persembahan teater tanahair ialah
melalui kemunculan Bangsawan dan Sandiwara. Bangsawan telah mencapai zaman
kemuncak dan kegemilangannya semasa era kolonial iaitu dalam tahun 1920-1930an,
dan manakala Sandiwara pula merupakan pergerakan anti-kolonial (anti-British)
mencapai zaman kemuncaknya dalam tahun 1940-1950an. Di mana Sandiwara
merupakan gelombang evolusi kedua selepas Bangsawan yang berubah kepada sebuah
teater moden. Evolusi ini bermula apabila tuntutan kepada cerita-cerita yang lebih
menonjolkan cerita-cerita yang dekat dengan keadaan dan persoalan kehidupan sebenar
masyarakat dan bukan sebaliknya yang lebih fantasi atau mitos. Pergerakan yang
bermula di era pergerakan mahasiswa-mahasiswa Melayu yang memperjuangkan
kemerdekaan dari penjajahan British telah menyebabkan Bangsawan semakin kurang
digemari. Sejarah teater Malaysia turut memperlihatkan bagaimana Sandiwara pula mula
pudar setelah pergerakan semangat nasionalisme yang menular di dalam masyarakat
Melayu berkobar untuk menuntut kemerdekaan mula memuncak. Kebangkitan penulis
dan aktivis teater yang mengambil teater berbentuk realisme berkembang aktif selepas
kemerdekaan yang lebih memenuhi tuntutan ketika itu. Iaitu lebih menekankan kepada
penceritaan tentang kebenaran kehidupan dan bukan dengan cerita-cerita mitos serta
fantasi. Wujudnya drama-drama mengungkap isu-isu masyarakat seperti pembangunan
sebuah negara baru, soal pengkelasan di dalam institusi kemasyarakatan, status
kekayaan dan kemiskinan, serta soal-soal yang menyentuh kepada realiti ketika itu.
Rowe (1960:180-181) mengatakan bahawa, “Realism as a method ascertains
truth by observation and communicates it by direct representation. The background of
realism is immediate in time and place to the author and his audience, specific locale,
and treated with fidelity to physical facts and social manners. An historical background or
one geographically and socially remote may be treated in the spirit of realism, but the
basic idea of realism is immediacy”. Pergerakan teater berbentuk realisme di Malaysia
dicatatkan bermula seawal 1950an, iaitu melalui kumpulan penulis skrip dan aktivis teater
di Singapura yang menubuhkan Angkatan Sasterawan (ASAS 50). Pergerakan teater
realisme mula berkembang dengan pesat pada 1960an dengan penulis dan aktivis teater
yang masih dikenali sehingga masa sekarang, iaitu seperti Usman Awang, A. Samad
Said, Kala Dewata, Syed Alwi Syed Hassan, dan lain-lain.
Persembahan teater Melayu melalui perubahan-perubahan berdasarkan
keadaan-keadaan semasa yang berlaku di sekeliling masyarakat pengkarya dan
masyarakat umum. Perlanjutan ini berterusan kepada genre-genre teater yang
menentang realisme setelah Malaysia digugat dengan peristiwa peperangan antara
kaum pada 13 Mei 1969. Munculnya teater-teater berbentuk absurd, surreal,
eksperimental, teater fitrah dan sehinggalah kepada kemunculan Istana Budaya Kuala
Lumpur yang diilhamkan oleh Kongres Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1971 telah
siap beroperasi pada tahun 1998. Pewujudan Istana Budaya yang pada awalnya dikenali
sebagai Kumpulan Budaya Negara (KBN) pada tahun 1972 di bawah Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan adalah turut berikutan dari pembentukan Dasar
Kebudayaan Kebangsaan pada 16 hingga 20 Ogos 1971 oleh Kongres Kebudayaan
Kebangsaan yang berlangsung di Universiti Malaya, berikutan dari tragedi berdarah 1969
yang berisukan tuntutan hak sama rata antara kaum selain dari kaum Melayu, iaitu
tentang budaya Melayu yang beragama Islam. Antara satu isu yang berkaitan ialah
menolak pembentukan asas kebudayaan kebangsaan yang tertumpu kepada budaya
kaum Melayu yang dimaksudkan melanggar hak budaya kaum lain.
Perubahan gaya-gaya pementasan teater Melayu di Malaysia menunjukkan
penumpuan kepada perihal-perihal yang berlaku dipersekitaran masyarakat sehinggalah
kepada pementasan teater-teater berskala besar yang kerap dipentaskan dengan
mengambil konsep ala muzikal di Istana Budaya kini sehinggalah kepada pementasan-
pementasan yang mempamerkan teater muzikal sebenar oleh Tiara Jaquelina dengan
pementasan-pementasan seperti Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang (Februari 2006
dan Ogos 2006), Teater Muzikal P. Ramlee (Oktober 2007 dan Jun 2008), diikuti oleh
Teater Muzikal Impak Maksima arahan Ahmad Idham (November 2008), Teater Muzikal
Cuci yang diterbitkan Hans Issac dan diarahkah oleh Datuk Zahim Albakri dan Harith
Iskandar (2009 dan 2010) adalah lebih kepada perjuangan persembahan yang bermutu
dan berkualiti bagi tujuan hiburan untuk semua ahli masyarakat dalam dan luar negara
yang meminati bentuk-bentuk kesenian yang sebegini. Iaitu teater mula memasuki era
komersil dan ‘survival, sepertimana yang dilalui oleh Bangsawan suatu ketika dahulu.

Teater Bangsawan Cerminan Budaya dan Tradisi Melayu


Oleh NOOR HAFEDAH JAMIYIL
SENI persembahan bererti pertunjukan yang dipertontonkan kepada orang ramai. Ia
bertujuan sebagai pengisian untuk keperluan agama dan

kepercayaan, upacara dan perasmian,


hiburan dan permainan, ritual, pengubatan atau kesukanan, bahkan juga untuk tujuan
pengiklanan dan penjualan. Perlakuan mempersembahkan sesuatu merupakan daya
usaha untuk berkomunikasi sesama kelompok mereka atau dengan kelompok yang lain.
Ia akan menghasilkan kefahaman kepada para penonton. Selain itu, ia bertujuan untuk
memperluaskan perasaan, pemikiran dan harapan iaitu daya untuk berkomunikasi
dengan penonton. Seni persembahan sering dikaitkan dengan pengerjaan bersama-
sama serta sambutannya. Sambutan yang diterima akan menitik tolak kejayaan sesuatu
persembahan. Sesebuah hasil seni persembahan hanya dapat dinikmati semasa ia
dipersembahkan sahaja. Walaupun terdapat sesetengah persembahan dipersembahkan
berkali-kali boleh berubah atau bertukar oleh faktor yang menguasai pemain. Seni
persembahan merupakan pengalaman yang dapat menguji pencapaian intelek, emosi
dan nilai hidup para pemain mahupun penonton.

Teater tradisional merupakan salah satu seni


persembahan. Terdapat beberapa bentuk seni teater Melayu yang dianggap menjadi
teras tradisi Melayu kerana selain ia dihasilkan oleh orang dahulu, ia juga mempunyai
khazanah yang mempunyai daya tarikan semasa. Antaranya ialah Wayang Kulit, Mak
Yong, Randai dan Bangsawan. Keempat-empat seni teater ini boleh dikategorikan
sebagai seni teater yang menggabungkan pelbagai seni lain sehingga ia diletakkan
sebagai seni persembahan yang bersifat teater total.
Berpegang pada falsafah seni iaitu mahu bertolak daripada tradisi dengan mengambil
kira tuntutan semasa, maka kali ini kita akan melihat dengan lebih dekat lagi apa itu teater
bangsawan.
Bangsawan merupakan salah satu seni persembahan atau juga dikenali sebagai seni
pementasan. Bangsawan juga merupakan teater Melayu yang menggabungkan kedua-
dua unsur teater tradisional dan moden. Selain itu, bangsawan dipanggil sebagai satu
seni teater yang bercorak teater total. Hal ini disebabkan ia pernah diberi gelaran ‘Opera’
kerana pembawaan gaya lakonannya yang bernilai ‘operatik’.
Bangsawan mengutamakan sebuah cerita yang lengkap dengan adunan tarian, muzik,
nyanyian, lakonan dan sokongan latar hias dalam bentuk tirai, set, prop dan

seumpamanya. Persembahan bangsawan


juga melibatkan konsep dramatik yang membangunkan cerita, mengembangkan watak
dan perwatakan, mempunyai olahan plot, struktur pentas, gaya bahasa dan
seumpamanya. Ia dikatakan bersifat dramatik berdasarkan beberapa faktor. Faktor
utamanya ialah faktor dalam persembahan, seperti pilihan cerita, lakonan pemain, olahan
pentas dan iringan muzik orkestranya. Faktor kedua ialah faktor luaran seperti binaan
interaksi (pelakon dan penonton). Selain itu, faktor dalaman dan faktor luaran juga harus
diambil kira. Faktor dalaman dikaitkan dengan nilai keindahan yang membentuk estetika
persembahan bangsawan, manakala faktor luaran pula melibatkan sambutan penonton
dan menjadi kaedah untuk memanjang atau memendekkan persembahan demi mengaut
keuntungan melalui jualan tiket.
Konsep dramatik bukanlah sesuatu yang mudah untuk ditakrifkan. Dalam bangsawan,
konsep dramatik boleh menjadi satu pengalaman hidup manusia yang terhasil daripada
hubungan perasaan dan kejiwaan antara penonton dengan watak-watak yang dihidupkan
di atas pentas. Ciri-ciri dramatik dalam bangsawan bukanlah sesuatu yang terpisah
antara satu sama lain, tetapi saling berkaitan. Proses dramatik dilihat daripada seluruh
proses persembahannya.

Nilai dramatik dalam persembahan


bangsawan wajar diberi objektif. Hal ini disebabkan oleh keinginan mewujudkan pelbagai
perasaan dalam jiwa penonton yang terjadi secara realiti dan tahap penerimaannya
bergantung terhadap pengalaman individu. Oleh yang demikian, persembahan
bangsawan harus dilihat dari konteks yang menyeluruh, sama ada dari segi jalan cerita,
pentas, lakonan dan sebagainya.
Teater bangsawan merupakan salah satu teater yang kaya dengan nilai estetik yang
merangkumi pelbagai corak kesenian dan ciri-ciri kebudayaan. Hampir seluruh aspek
kesenian akan menghidupkan suasana tertentu. Cahaya lampu, kesan bunyi, lawak
jenaka, sehingga resam hidup masyarakat tertentu terdapat dalam bangsawan. Teater
bangsawan merupakan teater pertama yang memperkenalkan pentas proscenium untuk
persembahan. Di bahagian pentas ini akan ditulis atau pun dihiasi dengan nama
kumpulan dan ukiran-ukiran motif alam semula jadi di bahagian kanan dan kiri pentas
sebagai daya penarik.
Tirai bergambar akan digunakan untuk menimbulkan nilai-nilai keindahan atau
mewujudkan suasana yang berbeza. Secara umumnya, dalam persembahan
bangsawan, terdapat enam tirai asas atau dasar yang digunakan, iaitu:
i. Tirai pemandangan dalam istana
ii. Tirai pemandangan di jalan
iii. Tirai pemandangan di hutan
iv. Tirai pemandangan di sebuah taman
v. Tirai pemandangan di dalam bilik orang miskin
vi. Tirai pemandangan darat (biasanya sawah)
Menurut Mustapha Kamal Yassin, tirai-tirai akan dipisahkan oleh satu set prop yang
dipanggil ‘sebeng’. Setiap ‘sebeng’ yang digunakan akan dilukis dengan gambar
pokok atau rumah yang sesuai dengan pemandangan yang terdapat pada enam tirai
asas tersebut. Bagi kumpulan melebihi 100 orang ahli, penggunaan tirai boleh
menjangkau sehingga 20 tirai. Kumpulan bangsawan yang besar biasanya
menyediakan beberapa tirai serba guna. Tirai-tirai serba guna ini diperbuat daripada
kain sutera atau baldu pelbagai warna, serta ia berfungsi sebagai pembahagian cerita
kepada sesuatu babak.
Setiap pertukaran babak, terdapat satu persembahan yang dipanggil extraturn yang
diadakan secara selingan. Tirai penghabisan biasanya diperbuat daripada kain baldu
hitam.
Di samping tirai, pencahayaan lampu yang pelbagai warna juga amat diperlukan untuk
menimbulkan suasana yang lebih menarik kepada khalayak. Pada zaman

dahulu, penggunaan lampu amat penting


dalam setiap persembahan bangsawan. Hal ini adalah kerana persembahan bangsawan
pada ketika itu dilakukan pada waktu malam. Penggunaan lampu juga penting bagi
menimbulkan kesan siang dan malam di atas pentas. Selain itu, lampu juga amat penting
dalam menimbulkan unsur dalam persembahan iaitu ‘tasmat’ atau ‘kasmat’. ‘Tasmat’
ialah satu keajaiban yang diperlihatkan melalui kemahiran teknikal secara ‘sebur’ di atas
pentas. Dalam bangsawan, ‘tasmat’ diwujudkan adalah untuk membuatkan penonton
dapat melihat seolah-olah perkara itu benar-benar wujud.
Bahasa yang digunakan dalam persembahan bangsawan ialah stail romantisme formal
iaitu bahasa yang mengandungi idiom-idiom yang mempunyai kandungan melankolik
dan melodramatik serta menguatkan laras bahasa. Oleh itu, dialog yang diucapkan
haruslah mempunyai bunga-bunga bahasa dan berkias. Namun begitu, bagi watak
pelawak, bahasa yang digunakan tidaklah terlalu ketat. Pelawak dibenarkan melanggar
etika sosial feudalisme.
Pada isu bulan lepas, saya ada menceritakan tentang budak busker atau lebih dikenali
sebagai seniman jalanan. Kali ini kita akan meninjau tentang selok-belok budak teater
atau pelakon. Apa makna pelakon dan apa fungsinya akan kita ketahui dengan lebih
lanjut dalam isu kali ini. Sebagai pelakon pentas, mereka juga perlu tahu apa yang ada
dalam sesebuah produksi dan fungsinya, sejarah serta bentuk persembahan yang wujud
dalam teater.

Teater adalah istilah lain bagi drama, tetapi dalam konteks


yang lebih luas, teater adalah proses pemilihan teks atau naskah, pentafsiran,
penggarapan, pementasan, pemahaman penonton dan penelitian. Secara ringkasnya,
teater mempunyai tiga aspek utama iaitu pelakon, penonton dan cerita. Teater berasal
dari perkataan theatron (tempat persembahan) dari kata akar theaomai (takjub melihat
atau memandang) dari bahasa Yunani. Drama pula berasal dari perkataan Draomai
dalam bahasa yunani yang bermaksud gerak atau perbuatan. Menurut Moulton, drama
adalah hidup yang dilukiskan dengan gerak. Menurut Ferdinand Brunetierre pula, drama
haruslah melahirkan kehendak dengan gerak manakala menurut Balthazar Vallhagen,
drama adalah kesenian melukiskan sifat manusia dengan gerak.

Kronologi teater di Malaysia bermula dari teater tradisional seawal kurun ke-4 sebelum
kedatangan Hindu di Tanah Melayu yang berasaskan pemujaan dan hiburan seperti Ulek
Mayang dari Terengganu; Mak Yong, Wayang kulit, Main Puteri, dan Menora dari
Kelantan; Hamdolok dan Kuda Kepang dari Johor; Mek Mulung dan Jikey dari Kedah;
serta Randai dari Negeri Sembilan. Pada 1880-an pula muncul Angkatan Seni
Persembahan India Parsi yang memulakan persembahan Bangsawan di Pulau Pinang
yang berasaskan cerita-cerita kayangan. Selepas kejatuhan Bangsawan akibat

perang, masyarakat di Tanah Melayu tidak lagi meminati


cerita-cerita kayangan dan lebih menjerumus kepada teater Sandiwara yang
menanamkan nilai patriotik di dalam naskahnya. Antara tokoh-tokoh yang menulis drama
Sandiwara adalah Shaharom Husain, Alwi Sheikh Al- Hady, dan Kalam Hamidi. Selepas
teater Sandiwara, lahir teater moden dalam pelbagai bentuk seperti realisme, surelism,
absurdism dan experimental. Antara tokoh-tokoh yang bergiat aktif dalam realisme
adalah Kala Diwarta, Usman Awang dan Kalam Hamidi.

Secara ringkasnya, dunia teater dapat dibahagikan kepada dua bahagian dimana salah
satunya adalah Bahagian Pengurusan dan satu lagi adalah Bahagian Kreatif. Fungsi atau
tugas dalam bahagian pengurusan dapat dipecahkan kepada beberapa bahagian seperti
Pengurus Produksi (PM), Publisiti dan Kewangan. Bahagian artistik pula dapat
dipecahkan kepada empat bahagian khususnya iaitu Pengarah Artistik, Pengarah Lakon,
Pengurus Pentas dan Pelakon. Fungsi Pengarah Artistik adalah melihat kesinabungan
(sinografi) dalam sesebuah pementasan khususnya dalam bahagian set dan prop,
pencahayaan, audio dan kesan khas, serta busana dan tatarias. Fungsi Pengarah Lakon
pula adalah menyusun gerak pelakon diatas pentas dan menyampaikan atau
menjelaskan makna skrip atau cerita kepada penonton. Fungsi Pengurus Pentas pula
adalah menyusun ‘que’ bagi memastikan kelancaran semasa persembahan dari segi
teknikal pentas dan lakonan.

Pelakon pula berfungsi sebagai ‘boneka’ yang


dikawal oleh Pengarah Lakon bagi menyampaikan cerita. Jika dilihat dari konteks luaran,
fungsi pelakon agak senang, akan tetapi sebagai seorang pelakon, banyak yang perlu
dipelajari sebelum menjadi seorang pelakon pentas antaranya bentuk tubuh, vokal,
artikulasi, gerak, teori lakon, emosi, perwatakan dan sebagainya. Pelakon pentas tidak
sama dengan pelakon drama. Pelakon drama tidak perlu melontarkan vokal dengan
teknik, tidak perlu membuat gerak yang besar dan tidak perlu memberikan emosi yang
kuat. Pelakon drama dibantu oleh kamera (sinematografi) manakala pelakon pentas perlu
mempelajari dahulu ilmu lakonan pentas sebelum bergelar seorang pelakon.

“Acting is reacting” adalah ilmu asas sebagai budak teater. Lakonan adalah tindak balas
dari apa yang berlaku, contohnya jika seseorang itu dipukul, maka orang yang dipukul
tersebut pasti merasa sakit dan itu adalah asas sebagai seorang pelakon. Selain itu,
untuk bergelar sebagai pelakon yang baik, pelakon pentas juga perlu mempelajari teknik
lakon seperti kedudukan badan pelakon di atas pentas, teknik lontaran vokal, artikulasi
atau pengucapan yang jelas, gerak atau perbuatan yang besar, teori lakon seperti Teori
Stanislavski, mendalami watak dan perwatakan serta emosi yang betul. Setiap gerak,
artikulasi, teori, dan perwatakan berbeza dalam setiap bentuk teater baik teater
tradisional, bangsawan, mahupun teater moden.
Persediaan yang perlu dilakukan oleh seorang pelakon pentas adalah ketahanan fizikal
dan mental. Setiap pelakon perlu melakukan senaman sebelum memulakan latihan bagi
memastikan tahap stamina yang kukuh sebelum berlakon. Ketahanan mental juga perlu
sebelum latihan supaya skrip yang diberi mudah dihafal mengikut gerak.

Kesimpulannya, bukan mudah bergelar seorang pelakon teater jika dibandingkan dengan
pelakon drama. Persiapan diri seperti ilmu dalam teater, ketahanan badan dan disiplin
perlu bagi seorang pelakon teater. Secara amnya, dunia teater menjerumus kepada
aspek lakonan, akan tetapi, banyak lagi bidang yang dapat kita pecahkan jika kita
mempelajari teater. “Teater memanusiakan manusia” adalah ungkapan yang harus
dipegang oleh setiap budak teater supaya tidak hanyut dengan populariti. Bagi budak
teater, teater adalah medan seni untuk mereka meluahkan pendapat atau kehendak
kepada khayalak.

Oleh:
Mohd Aizat B. Mohammad
Bekas pelajar jurusan teater,
Freelancer kegiatan seni.
ace_genji@yahoo.com

Anda mungkin juga menyukai