Anda di halaman 1dari 2

Disediakan oleh : Muhammad Bin Zolkipeli

Kelas : PISMP D5 Semester 5

JENIS-JENIS KAMUS

Kamus Ekabahasa

Kamus ekabahasa dikenali juga dengan nama kamus monolingual dan bahannya
dalam satu bahasa sahaja. Entri disusun menurut abjad dan bentuk dasar kata
dijadikan entri kamus manakala bentuk peluasannya dicatat sebagai subentri,yang
dalam kamus dicetak dalam huraian satu entri dasar yang sama. Makna yang
dihuraikan berbentuk pemerian yang panjang dan mungkin kompleks untuk
mencapai maksud sejelas-jelasnya.

Takrifan makna ke atas kata-kata berdasarkan makna yang diberikandalam contoh


ayat yang mengandungi kata-kata berkenaan. Pendekatan ini menggunakan
pembuktian data korpus.

Sinonim juga digunakan sebagai unsur pilihan tambahan kepada pemerian makna.
Contoh bagi kamus eka bahasa ialah Kamus Dewan.

Kamus Dwibahasa

Kamus dwibahasa merupakan salah satu alat yang digunakan dalam proses
penterjemahan. Hal ini kerana kamus dwibahasa tergolong dalam kategori kamus
aktif, iaitu kamus yang digunakan secara aktif untuk kerja penterjemahan. Kamus
Inggeris-Melayu Dewan (1992) yang setebal 1945 muka surat merupakan contoh
sebuah kamus yang disusun khas untuk keperluan penterjemah.

Hal ini menunjukkan bahawa kamus dwibahasa ini sangat penting dalam
aktiviti penterjemahan. Walaupun fungsi kamus ini merujuk kepada golongan
penterjemah profesional, tetapi pelajar sekolah juga sering menggunakan kamus
dwibahasa untuk menterjemahkan teks berbahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu
agar mereka dapat memahami teks tersebut dengan mudah.

Oleh itu, kaedah penyusunan kamus dwibahasa ini haruslah sesuai dengan
kehendak golongan penterjemah, sama ada penterjemah profesional mahupun
golongan pelajar. Hal ini kerana, menurut Rahim Mat Leh (2000), kamus yang baik
ialah kamus yang kaedah penyusunannya sesuai dengan kehendak sasaran.
Sekiranya penyusunan kamus ini tidak sesuai dengan kehendak sasaran, hal ini
akan menimbulkan kesukaran kepada penggunanya. Seterusnya, jika maklumat
yang diperlukan oleh golongan sasaran kamus itu tiada, kamus dwibahasa itu dapat
dikatakan sebagai kamus yang tidak baik. Contoh kamus dwibahasa ialah kamus
Oxford Fajar.

Kamus Anekabahasa

Kamus Multilingual, adalah kamus yang menyajikan lebih dari satu bahasa; misalnya
kamus tiga atau empat bahasa. Kamus ini sekurang-kurangnya menggunakan tiga
bahasa atau lebih. Misalnya, kata Bahasa Melayu Bahasa Inggris dan Bahasa
Mandarin secara serentak. Contoh bagi kamus aneka bahasa ialah Kamus Melayu-
Cina-Inggris Pelangi susunan Yuen Boon Chan pada tahun 2004.

Anda mungkin juga menyukai