Anda di halaman 1dari 8

DEFINISI KATA MAJMUK Kata majmuk terbentuk apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu

kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu. Kata majmuk dibezakan daripada frasa kerana tidak dapat disisipkan sebarang unsur antara unik-uniknya. Proses pembentukan kata majmuk berlaku dalam banyak bahasa. Beberapa contoh: Bahasa Melayu air mata air hujan tengah hari jalan raya bendahari kehormat Bahasa Inggeris red tape ice cream midnight blue cane sugar Bahasa Tagalog bagongtaon kapal terbang kata kunci hati batu terima kasih tangan luar biasa honey-bee duty-free user-friendly drip-dry tahun baharu bom

BENTUK KATA MAJMUK Melalui proses pemajmukan, ialah merangkumi atau merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang dihasilkan membawa makna yang khusus. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan dieja terpisah iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Dalam bahasa Melayu, bentuk kata majmuk seperti ini besar jumlahnya. Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dapat dibahagikan kepada tiga kelompok, seperti berikut :

KATA MAJMUK YANG TERDIRI DARIPADA RANGKAIAN KATA BEBAS DAN ISTILAH KHUSUS

KATA MAJMUK YANG TERDIRI DARIPADA RANGKAIAN KATA BEBAS Gambarajah Alat tulis Biru laut Jalan raya Nasi minyak Terima kasih Luar biasa Merah muda Bandar raya Tengah hari Jam tangan Meja tulis Bom tangan Kapal terbang Kuning langsat Kereta api Lalu lintas

KATA MAJMUK YANG BERBENTUK ISTILAH KHUSUS

Model liner Garis pusat Telefon dail terus Lesung sendi Kanta tangan Segi tiga Cari gali Hak milik Mata pelajaran Darah panas Kertas kerja Atur cara Kemas kini Urus setia Reka bentuk Lut sinar Batu kapur

Bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran Perdana Menteri Penolong Pendaftar Raja Muda Setiausaha Politik Timbalan Ketua Ketua Setiausaha Negara Ketua Menteri Naib Canselor Profesor Madya Duta Besar Pustakawan Penolong Pendaftar

BENTUK YANG TELAH MANTAP Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkatan yang utuh, walaupun bentu kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan yang demikian tetap dieja bercantum sebagai satu perkataan, seperti perkataan berikut :

Kata dasar 1

Kata dasar 2

Kata majmuk dieja sebagai satu perkataan

Antara Apa Apa Apa Bagai Barang Beri Bumi Dari Dari Duka Jawatan Kaki Ke Kerja Mana Mata Olah

Bangsa Bila Kala Lagi Mana Kali Tahu Putera Hal Pada Cita Kuasa Tangan Pada Sama Kala Hari Raga

antarabangsa Apabila Apakala Apalagi Bagaimana Barangkali Beritahu Bumiputera Darihal Daripada Dukacita jawatankuasa Kakitangan Kepada Kerjasama Manakala Matahari Olahraga

Pada Pesuruh Setia Suka Suruhan Tanda Tanggung Warga

Hal Jaya Usaha Rela Jaya Tangan Jawab Negara

Padahal Pesuruhjaya Setiausaha Sukarela Suruhanjaya Tandatangan Tanggungjawab warganegara

PENGGANDAAN KATA MAJMUK DAN SATU KEKECUALIAN Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama sahaja. Selain itu, satu kekecualian ialah penggandaan yang melibatkan keseluruhan unsur. Sebagai contoh dalam jadual berikut : Penggandaan Kata Majmuk Melibatkan Penggandaan Unsur Pertama Kata Sahaja Alat-alat tulis Balai-balai raya Suku-suku kata Jirim-jirim organik Penolong-penolong pendaftar Gambar-gambar rajah Kapal-kapal terbang Naib Naib Canselor Ketua-Ketua Menteri Pesuruhjaya-pesuruhjaya Tandatangan-tandatangan Jawatankuasa-jawatankuasa Setiausaha-setiausaha Warganegara-warganegara Kakitangan-kakitangan Tanggungjawab-tanggungjaawab Bumiputera-bumiputera Sukacita-sukacita Satu Kekecualian Ialah Penggandaan Melibatkan Bentuk Yang Telah Mantap

Garis-garis pusat

Sukarela-sukarela

PENGIMBUHAN KATA MAJMUK : Kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan. Pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk iaitu : Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan awalan atau akhiran sahaja, ejaannya tetap terpisah : Campu aduk bercampur aduk Litar selari berlitar selari Ambil alih mengambil alih Temu bual ditemu bual Daya serap daya serapan Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya menjadi bercantum : Campur aduk - mencampuradukkan Daya serap kedayaserapan Garis pusat - menggarispusatkan Satu padu menyatupadukan Urus niaga diurusniagakan

JENIS-JENIS AYAT MAJMUK

Terdapat 3 jenis utama: lAyat majmuk gabungan. lAyat majmuk pancangan. lAyat majmuk campuran.

Ayat majmuk gabungan lAyat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang menjadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, dan sebagainya.

Contohnya: 1. Murid-murid berlari dan menyanyi. 2. Ahmad kurus tetapi adiknya gemuk. 3. Encik hendak ke sekolah atau hendak ke pejabat? Ayat-ayat yang disambungkan itu setara sifatnya, iaitu ayat-ayat itu sama taraf dan boleh berdiri sendiri. Hubungan antara satu ayat dengan yang lain wujud oleh sebab ayat-ayat tersebut disusun berturut-turut. Ayat-ayat ini boleh juga disambungkan tanpa kata hubung; apabila ini berlaku, nada suara berfungsi sebagai penanda, iaitu disuarakan sebagai deretan pernyataan. 1. Ali berdiri tegak, memerhatikan gerak-geri mereka. 2. Penari-penari itu sungguh santun, melenggok ke kiri, melenggok ke kanan. Dalam contoh di atas, kelihatan bahawa ayat-ayat yang digabungkan itu, dalam bentuk tulisan, dipisahkan oleh tanda baca koma (,).

Ayat majmuk pancangan . Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang dibentuk olehklausa yang tidak setara. Ini bermakan dalam ayat berkenaan terdapat satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa tak bebas atau ayat kecil. Ayat kecil dipancangkan di dalam ayat utama dengan menggunakan kata hubungan seperti yang, bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpun dan sebagainya. Dalam bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iatu ayat relatif, ayat komplemen, dan ayat keterangan.

Ayat majmuk campuran. Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat. Ayat ini mungkin terdiri daripada ayat tunggal dan ayat majmuk gabungan atau ayat majmuk pancangan.

Biasanya, ayat jenis ini panjang. Panjang pendek bukanlah kriteria ayat majmuk campuran tetapi bilangan subjek dan predikatnya atau bilangan klausanya. Contoh : 1. Ahmad sedang membaca buku tetapi kawan-kawannya yang sudah letih telah lama tidur.

(a) Ahmad sedang membaca buku. (b) Kawan-kawanya sudah letih (c) Kawan-kawannya telah lama tidur

(b) Kawan-kawannya yang sudah letih telah lama tidur. (b) i Kawan-kawannya sudah letih. (b) ii Kawan-kawannya telah lama tidur.

2. Mereka mendaftarkan kanak-kanak yang lahir dalam tahun 2002, yang telah menerima suntikan tersebut. 3. Murid-murid itu mengetahui bahawa peraturan itu penting dan mereka menyedari bahawa walaupun mereka tidak senang hati dengannya, peraturan itu mesti dipatuhi. (a) Murid-murid mengetahui sesuatu. (b) Peraturan itu penting (c) Mereka menyedari sesuatu. (d) Mereka tidak senang hati dan ayat-ayat lain.

Analisis kata majmuk dalam petikan teks Keresahan Nelayan di Sempadan

1. wilayah Himalaya 2. laut Arab 3. penguat kuasa 4. jawatankuasa

Anda mungkin juga menyukai