jejentik, desas-desus,
mati-matian, dan sebagainya.
b) Membina ayat daripada kata yang hampir sama maknanya, misalnya: merebus, menggoreng,
menanak, memanggang, menjerang, mengukus, dan sebagainya.
c) Membina ayat daripada kata dan kata berimbuhan, misalnya: hati, berhati-hati,
memperhatikan, perhatian, pemerhatian, pemerhati, dan sebagainya.
d) Membina ayat daripada pasangan kata dan kata ganti seluruh, misalnya: tua-tua, jarangjarang, angkut-angkut.
e) Membina ayat daripada pasangan kata homograf, misalnya: bela, rendang, semak, sepak, dan
sebagainya.
f) Membina ayat daripada pasangan kata berimbuhan, misalnya: perjawatan, menjawat,
penjelasan, menjelaskan,
g) Membina ayat daripada pasangan kata dan kata majmuk, misalnya: gulung, gulung tikar,
pecah, pecah rumah, lalu, lalu lintas.
h) Membina ayat daripada pasangan kata ganda dan kata berimbuhan, misalnya: bulat-bulat,
membulatkan, rata-rata, meratakan, dan sebagainya.
i) Membina ayat daripada pasangan kata yang berbeza maknanya tetapi hampir sama bunyinya,
misalnya: belot, belut, cocok, cucuk, menonton, menuntun, suluruh, seloroh, dan sebagainya.
j) Membina ayat daripada kata banyak makna, misalnya: dahaga (kasih sayang/untuk minum
air), keras (suara/objek)
PERHATIAN
1. Jangan bina ayat yang tidak dapat membezakan makna kata yang diberikan. Sekiranya ayat
anda tidak menunjukkan perbezaan makna, markah tidak akan diberikan.
2. Jangan gunakan pasangan kata yang diberikan dalam satu ayat sahaja. Markah tidak akan
berikan untuk jawapan yang sedemikian.
3. Jangan melakukan kesalahan ejaan atau kesalahan tatabahasa. Jika kesalahan seperti itu
dilakukan anda tidak akan mendapat markah penuh.
4. Jangan letakkan sebarang imbuhan pada kata yang diberikan ketika membina ayat. Jika hal ini
dilakukan, 0 markah.
5. Jangan gandakan kata yang diberikan ketika anda membina ayat. Jika dilakukan - 0 markah.
6. Jangan bentuk ungkapan, kiasan, cogan kata, nama khas, atau simpulan bahasa daripada kata
yang diberikan. Jika hal ini anda lakukan, markah tidak akan diberikan.
7. Jangan gunakan kata majmuk bagi kata tunggal dalam ayat yang anda bina. Anda tidak akan
diberi markah untuk pembinaan ayat seperti itu.
8. Anda tidak akan diberi markah sekiranya anda menulis ayat yang tidak menunjukkan anda
faham akan maknanya, misalnya: Saya tidak tahu membina ayat daripada perkataan kawat.
TEKNIK MEMBINA AYAT DARIPADA PERKATAAN BERIMBUHAN
1. Cuba gantikan perkataan dasar dengan perkataan lain yang segolongan dengannya.
Contoh:
Membungakan ( Kata Nama benda) sekiranya digantikan dengan perkataan buku maka
terhasillah perkataan yang lebih mudah difahami iaitu membukukan yang bermaksud
menjadikan sesuatu itu seperti buku. Misalnya :
Dia membukukan semua surat teman wanitanya untuk dijadikan kenang-kenangan.
Oleh itu kita dapat faham bahawa imbuhan mem..kan itu membawa makna menjadikan
sesuatu seperti kata dasar. Jadi kita boleh membina ayat seperti berikut:
Dia membungakan kertas-kertas kecil yang berwarna-warni itu untuk dijadikan hiasan di meja
makan.
INGAT : anda mesti gantikan perkataan yang segolongan dengan kata dasar yang diberikan.
Untuk itu anda perlulah mengenal pasti golongan kata bagi perkataan tersebut sama ada Kata
Kerja atau Kata Nama, atau Kata Adjektif.
Untuk itu cuba anda sebutkan 5 berkataan (dasar) yang termasuk dalam setiap golongan kata
tersebut:
1. Kata Kerja : tidur, ..
2. Kata Adjektif : tinggi,..
3. Kata Nama: meja,
melarat
i. Hidup mereka melarat sejak ibu- bapa mereka meninggal dunia sehingga mereka terpaksa
mengemis.
ii. Kebakaran itu telah melarat ke beberapa buah rumah yang berdekatan dengan tempat
kejadian itu.
Perhatian
1. Jangan lakukan kesalahan tatabahasa atau ejaan. ( potongan setengah markah )
2. Jangan letakkan sebarang imbuhan pada kata yang diberikan. ( 0 markah )
3. Jangan gandakan kata yang diberikan. ( 0 markah )
4. Jangan bentuk Kata Nama Khas daripada kata yang diberikan. ( 0 markah )
5. Jangan gunakan kata yang diberikan sebagai simpulan bahasa atau cogan kata. ( 0 markah )
6. Jangan bentuk kata yang diberikan sebagai kata majmuk. ( 0 markah )
LATIHAN 1
Membina ayat daripada perkataan yang hampir sama bunyi tetapi berlainan makna.
1. beradat/ beradab
Sudin dikatakan tidak beradat kerana berkahwin dengan Salmah secara senyap-senyap.
Orang yang beradab ialah orang yang bersopan santun dan tidak biadab.
2. hempas/ hampas
Dengan perasaan marah buku itu saya hempas dan saya pijak-pijak.
Setelah isi kelapa diperah untuk mendapatkan santan, hampas yang tinggal itu dibuang ke
dalam sebuah beg plastik yang besar.
3. golongan/ gulungan
Tetamu yang hadir dalam majlis itu terdiri daripada golongan pegawai-pegawai kerajaan.
Gulungan dawai itu disimpan untuk kegunaan membaiki pagar rumah Pak Samad.
4. lengan/ lengang
Lengan Abu luka kerana terkena paku ketika cuba membaiki tingkap rumahnya.
Bandar Kuala Lumpur menjadi lengang menjelang tahun baru kerana banyak orang telah pulang
ke kampung.
5. resmi/ rasmi
Sudah menjadi resmi penduduk di sini bekerja secara bergotong royong setiap kali tiba musim
menuai.
Bangunan itu telah dibuka secara rasmi oleh Perdana Menteri sejak bulan lalu.
6. padan/ pandan
Warna baju itu tidak padan dengan warna kulitnya.
Pandan ialah sejenis tumbuhan yang boleh digunakan untuk membuat kuih dan minyak wangi.
7. tabik/ tabib
Tabik merupakan satu perlakuan untuk menunjukkan kita menghormati pegawai atasan kita.
Penyakit itu telah dapat disembuhkan oleh seorang tabib dari negeri Jepun.