Anda di halaman 1dari 3

PENGHARGAAN

1.0 PENDAHULUAN

“Perkamusan, peristilahan dan penterjemahan tidak akan ada garis


penghujung. Hal ini kerana ilmu terus berkembang dan perkembangan
ilmu tersebut seiiring dengan konsep yang baru muncul. Justeru, konsep
itu hendaklah diserapkan ke dalam perbendaharaan katanya gar bahasa
Melayu tetap diperkasa”

(Asmah Haji Omar, 1990)

Bahasa merupakan tunjang dan nadi kepada manusia untuk menjalani aktiviti seharian
seperti berkomunikasi, menyatakan perasaan dan kehendak serta menyampaikan gagasan
idea di fikiran. Justeru, kamus berperanan sebagai medium untuk melaksanakan fungsi
tersebut. Walaupun isitlah kamus mencakupi satu makna yang luas penggunaanya dalam
bahasa pertuturan kita seharian, namun istilah lesikografi tidak terlepas penggunaanya
dengan bidang perkamusan kerana perkamusan merupakan salah satu cabang ilmu
linguistik terapan yang menfokuskan kepada kaedah dan teknik penyusunan kamus yang
dikenali sebagai leksikografi. Hal ini disokong oleh Ibrahim Ahmad (2004) yang menyatakan
bahawa leksikografi merupakan satu cabang linguistik terapan dan garapannya mencakupi
teknik dan metodologi penyusunan kamus.

Tuntasnya, setiap daftar kata yang disusun mempunyai metadologinya yang


tersendiri. Perkara yang paling signifikan dalam tradisi penyusunan kamus sepanjang
peradaban alam Melayu adalah berdasarkan kemampuan bahasa Melayu itu sendiri sebagai
bahasa objek untuk kamus yang dihasilkan dalam bentuk ekabahasa, dwibahasa atau
pelbagai bahasa. Elemen-elemen ini sekali gus meletakkan perkamusan Melayu setaraf
dengan perkembangan perkamusan di barat yang menerajui permodenan dunia.

2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN PERKAMUSAN BAHASA MELAYU

Jika kita melihat kepada perkembangan perkamusan bahasa Melayu, sejarah mula
mencatatkan kewujudannya dalam peradaban masyarakat Melayu sewaktu awal abad ke-16
menerusi kedatangan seorang ahli sarjani Itali iaitu Antonia Pigafetta ke alam Melayu yang
telah memuatkan satu senarai kata yang mengandungi 426 kata entri Itali-Melayu. Senarai
kata yang diberi nama Vocobuli De Quedti Popolo Mori ini dikutip di daerah Indoesia Timur dan
kini naskhah tersebut disimpan di Itali (Shamsul Aizuwani Nawi, 2020). Perkembangan awal ini
telah dicetuskan atas faktor penjelajahan dan perdagangan yang berlaku sewaktu kurun ke-15.
Keinginan orang asing yang mengembara ke Tanah Melayu untuk mengetahui Bahasa Melayu
menyebabkan para pengembara menghasilkan kamus (Asmah Haji Omar, 1987).

Jika ingin membicarakan tentang sejarah perkamusan Melayu sejak abad-15, penulis
mendapati sejarah perkamusan ini telah melalui satu garis masa yang panjang jika ingin
dibahaskan. Dalam konteks ini, sekiranya kita hendak mempunyai gambaran tentang sejarah
peristiwa perkamusan Melayu, kita hendaklah meninjau lebih awal daripada abad ke-20
(Asmah Haji Omar, 1990).

Namun begitu, penulis membawa satu pendapat yang kontradik dengan kenyatan
Asmah Haji Omar dengan mengetengahkan perkembangan sejarah perkamusan bermula
abad ke-20 sehingga kini sebagai fokus utama dalam penulisan. Penulis berpendapat bahawa
perkembangan yang berlaku sejak abad ke-20 memainkan peranan dan pengaruh yang lebih
meluas kepada bidang perkamusan pada hari ini. Menurut Amat Juhari Moain (2010)
berpendapat bahawa sejak akhir abad ke-19, orang Melayu sudah sedar bahawasanya
mereka mesti diperkasakan dengan perkataan baru yang mendukung konsep baru oleh sebab
kesan pengaruh barat yang bertubi-tubi membawa masuk pengaruhnya sehingga menggangu-
gugat keaslian istilah perkamusan bahasa Melayu. Oleh itu, kita akan meneliti sebaik mungkin
sejarah perkamusan yang berkembang dari garis masa abad ke-20 hingga kini dengan jelas
bagi melihat sejauh mana perkembangannya terhadap pemartabatan bahasa Melayu itu
sendiri.

Anda mungkin juga menyukai