Anda di halaman 1dari 28

TUGASAN

SEMESTER JANUARI 2016


`

KOD KURSUS EKM 322

NAMA KURSUS KESUSTERAAN MELAYU

PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR AZURAINI BT ABDULLAH

NO. MATRIK E 30209130068

NAMA DR. MOHAMAD IRFAN NYIA BIN


FASILITATOR ABDULLAH
AKADEMIK

PUSAT KUALA TERENGGANU


PEMBELAJARAN
PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah s.w.t tuhan sekelian alam, selawat dan salam ke atas junjungan
besar Nabi Muhammad s.a.w. Saya ingin memanjatkan rasa syukur kepada Allah s.w.t di atas
hidayah dan pertolonganNya, saya berjaya menyiapkan sepenuhnya tugasan EKM 322
Kesusasteraan Melayu. Jutaan terima kasih ingin saya rakamkan buat ahli keluarga yang
telah banyak memberi galakkan dan sokongan moral sepanjang proses menyiapkan tugasan
ini. Tidak lupa juga jutaan terima kasih buat pensyarah saya Dr. Mohd Irfan Nyia bin
Abdullah atas tunjuk ajar dan panduan yang amat berguna. Terima kasih juga buat rakan
seperjuangan yang telah meluangkan masa untuk menjalankan sesi kolaborasi bersama.
Kerjasama dan keprihatinan semua pihak amat saya hargai.

Tugasan ini bertujuan untuk menilai peringkat-peringkat kognitif tahap tinggi, iaitu
kebolehan pelajar mengaplikasi prinsip dan konsep yang telah dipelajari dalam penyelesaian
sesuatu masalah, menilai dengan kritis dan menghasilkan sesuatu yang baru atau
mengubahsuai yang sedia ada. Bersesuaian dengan profession saya sebagai seorang guru,
tugasan EKM 322 Kesusasteraan Melayu banyak memberi input yang berguna dalam
meningkatkan lagi profesionalisme keguruan saya.

Sesungguhnya, tugasan ini banyak memberi ilmu yang bermanfaat kepada saya
khususnya dalam melaksanakan elemen sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Melayu di sekolah saya selaras dengan kehendak jabatan demi memenuhi enam aspirasi murid
bagi melahirkan generasi yang berdaya saing, berintegrasi dan berketerampilan. Semoga
segala usaha murni saya ini mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t. Insha Allah.
SENARAI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT

PENGHARGAAN 2
SENARAI KANDUNGAN 3
PENULISAN
1. Pendahuluan 4
2. Bahagian A : Kajian Teks Kesusasteraan Melayu
2.1 Pengenalan 5
2.2 Analisis Artikel 6
2.2.1 Tujuan dan Rasional Kajian
2.2.2 Kaedah Pengumpulan Data Kajian 7
2.2.3 Dapatan Kajian 8
2.3 Implikasi dapatan kajian terhadap PdP B.Melayu
3. Bahagian B : Penulisan Esei
3.1 Pengenalan 10
3.2 Makna Sastera berdasarkan : -
3.2.1 Sastera Rakyat
3.2.2 Sastera Epik 13
3.2.3 Sastera Hikayat 14
3.3 Rumusan 15
4. Bahagian C : Pelaksanaan Pengajaran Kesusasteraan Melayu
4.1 Pengenalan 16
4.2 Perancangan Pengajaran Kesusasteraan Melayu 17
4.2.1 Rancangan Pengajaran Harian 18
4.3 Refleksi Pengajaran 22
4.4 Rumusan 24
5. Penutupan - PASCA PENULISAN
1. Rujukan 25
2. Lampiran 26

PENULISAN
1. Pendahuluan

Tugasan EKM 322 Kesusasteraan Melayu terbahagi kepada 3 bahagian iaitu


Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A merupakan analisis artikel tentang
Pelaksanaan Elemen Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Seni Bahasa
Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Tugasan ini memerlukan analisis secara kritis
tujuan dan rasional kajian, instrumen yang digunakan untuk mengukur kemahiran menulis
dalam kajian dan dapatan umum hasil kajian.

Bahagian B tugasan EKM 322 ini merupakan satu penulisan esei berdasarkan satu
perbincangan tentang makna sastera dengan membuat rujukan kepada beberapa buah buku
Sastera Melayu. Ulasan perbincangan dikemukakan dengan mengambil beberapa
pandangan tokoh dalam bidang sastera Melayu serta contoh-contoh yang sesuai bagi
menggambarkan pemahaman tentang jenis-jenis makna dan karya sastera tersebut iaitu
Sastera Rakyat, Sastera Epik dan Sastera Hikayat.

Bahagian C pula ialah menggubal satu rancangan pelajaran harian pengajaran


Kesusasteraan Melayu dengan merujuk kepada format KSSR. Rancangan Pengajaran
Harian aspek bidang sastera contohnya puisi, sajak, syair, gurindam, pantun dan seloka
perlulah mengikut format KSSR yang ditetapkan.

2. BAHAGIAN A ~ Kajian Teks Kesusasteraan Melayu

2.1 Pengenalan
Kesusasteraan Melayu adalah peninggalan nenek moyang kita yang amat
berharga dan merupakan lambang sejarah budaya serta kesenian bahasa dan bangsa
Melayu. Pengajaran Kesusasteraan Melayu sebagai satu komponen dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu mula diajar di sekolah rendah dan juga di sekolah menengah.
Matlamat Kesusasteraan Melayu diajar di sekolah untuk melengkapkan murid-murid
dengan ilmu sastera agar dapat menghayati, menghargai, mencintai dan
membanggakan bahasa dan sastera Melayu dalam bidang pendidikan dan kerjaya, ke
arah pemantapan cita rasa sastera dalam kalangan masyarakat. Hal ini, sejajar dengan
hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari
segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).

Makalah ini akan membahaskan elemen seni bahasa yang mula dilaksanakan
dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) secara berperingkat bermula
tahun 2011. KSSR memberi tumpuan pada empat kemahiran, iaitu membaca, menulis,
mengira dan menaakul dalam usaha memperkasakan pembelajaran mata pelajaran
Bahasa Melayu. Bagi menjadikan mata pelajaran ini kian menarik dan berdaya saing,
kurikulum Bahasa Melayu yang terdiri daripada suatu elemen baharu telah
diperkenalkan dalam kurikulum huraian sukatan pelajaran Bahasa Melayu KSSR, iaitu
seni bahasa, sementara didik hibur menjadi salah satu pendekatan dalam pengajaran
dan pembelajaran.

Seni bahasa ini merujuk keupayaan murid untuk memahami, mengungkap dan
menghargai bahasa yang indah melalui pembelajaran yang menyeronokkan secara
didik hibur. Maka kajian yang dilakukan ini adalah untuk mengenal pasti keyakinan
guru dalam pengajaran dan pembelajaran seni bahasa sepanjang pelaksanaan dan
mengukur sejauh mana guru dapat menerapkan elemen dan teks sastera dalam
meningkatkan keberkesanan kemahiran pembacaan murid.

2.2 Analisis Artikel


2.2.1 Tujuan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keyakinan guru dalam pengajaran dan
pembelajaran seni bahasa sepanjang pelaksanaan dan mengukur sejauh mana guru
dapat menerapkan elemen dan teks sastera dalam meningkatkan keberkesanan
kemahiran pembacaan murid.

2.2.2 Rasional Kajian


Pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI) telah digantikan dengan program Memartabatkan Bahasa Malaysia
dan Mengukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) telah menjadikan aktiviti seni bahasa
suatu aktiviti yang penting dalam usaha mengangkat martabat Bahasa Melayu itu
sendiri. Malah cadangan terhadap pelaksanaan pendekatan seni bahasa dalam
pengajaran Bahasa Malaysia bermula apabila keputusan Kabinet pada 8 Julai 2009
telah memutuskan bahawa bahasa Melayu perlu menjadi tunjang penting dalam sistem
pendidikan negara.

Penumpuan memperkasakan penguasaan Bahasa Melayu turut ditekankan dengan


mula melaksanakan transformasi kurikulum Bahasa Melayu di sekolah rendah dan
menengah yang memberikan fokus kepada penguasaan asas kemahiran berbahasa
dalam kalangan murid melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan
holistik merangkumi aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis
serta penguasaan tatabahasa dan seni bahasa.

Sehubungan itu, rasional kajian ini dilaksanakan adalah untuk melihat bagaimana
kemahiran seni bahasa dapat memberikan penekanan pada standard kandungan dan
standard pembelajaran yang perlu diketahui dan dapat dilakukan oleh murid. Juga
untuk membincangkan kepentingan unsur seni bahasa yang terdapat dalam KSSR.
Aspek seni bahasa ini merujuk kepada keupayaan murid memahami, mengungkap, dan
menghargai bahasa yang indah melalui pembelajaran yang menyeronokkan dalam
konteks pendekatan didik hibur.
2.2.3 Kaedah pengumpulan data
Kaedah kajian dalam artikel ini merupakan kajian tinjauan berbentuk kuantitatif
deskriptif. Kajian ini diklasifikasikan sebagai kajian berbentuk deskriptif kerana
penyelidik menggunakan borang soal selidik yang dibina sendiri bagi mendapatkan
maklum balas daripada responden. Menurut Mohd Noah (2002), kajian deskriptif
dapat memberikan penerangan yang sistematik mengenai fakta dan ciri sesuatu
populasi atau bidang yang diminati secara fakta dan tepat.
Pengkaji menggunakan dua kaedah pengumpulan data iaitu temu bual berpandu
dan soal selidik. Seramai 75 orang responden yang terlibat dalam kajian ini.
Responden-responden ini merupakan para guru yang mengajar subjek Bahasa Melayu
KSSR di sekolah terpilih. Manakala sampel kajian telah dijalankan terhadap 30 orang
guru terpilih daripada sepuluh buah sekolah daripada setiap zon negeri. Sekolah yang
terpilih ialah sekolah rintis yang telah dilantik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
sebagai sekolah uji kaji untuk setiap modul yang dilaksanakan.
Kaedah temu bual dijalankan keatas dua orang guru Bahasa Melayu KSSR tahap 1
yang terlibat secara sepenuhnya dengan pendedahan KSSR. Temu bual berpandu ini
menggunakan soalan temu bual yang dibina khas oleh pengkaji. Proses temu bual
dijalankan selama 30 minit bagi setiap guru dan diadakan selama dua hari berturut-
turut. Dapatan hasil temu bual dirakam dan dianalisis dalam bentuk transkrip.
Bagi kaedah soal selidik, seramai 75 responden yang terdiri daripada para guru
Bahasa Melayu dan secara khususnya melaksanakan PdP seni bahasa dalam kerangka
sistem KSSR. Bagi mendapatkan data yang dikehendaki, responden dikehendaki
mengisi borang soal selidik yang dikemukakan. Pengkaji menggubal satu set soal
selidik yang terbahagi kepada empat bahagian. Bahagian A berkaitan dengan latar
belakang sampel kajian, bahagian B menjurus kepada soal selidik untuk melihat tahap
kefahaman terhadap huraian sukatan aspek seni bahasa dalam mata pelajaran Bahasa
Malaysia terhadap murid-murid sekolah rendah. Bahagian C pula bertujuan untuk
mengenal pasti penggunaan teks dan bahan bantu mengajar dalam PdP seni bahasa dan
bahagian D adalah untuk melihat tahap pembacaan murid terhadap elemen sastera.
Pada bahagian akhir borang soal selidik, pengkaji menyelitkan soalan berstruktur
untuk para guru memberikan pandangan secara umum dan bebas tentang pelaksanaan
KSSR ini.
2.2.4 Dapatan Kajian
Data yang dikutip dengan kaedah temu bual dan soal selidik serta setelah dianalisis
dengan menggunakan perisisan Statistical Package for Special Science (SPSS), hasil
atau dapatan kajian telah dikategorikan kepada lima aspek.

1. Tahap Pembacaan Murid Terhadap Elemen Sastera


Hasil soal selidik dan temu bual berpandu mendapati guru telah menggunakan
teknik didik hibur dalam pengajaran seni bahasa mata pelajaran Bahasa Malaysia iaitu
melalui nyanyian, berpantun, bersketsa dan sebagainya telah dapat membantu murid
menyebut dan memahami unsur seni bahasa dalam lagu.

Penerapan elemen seni bahasa dengan tujuan dan sasaran yang betul juga telah
dapat melahirkan murid yang dapat melafaz dan memahami puisi dengan intonasi
yang betul menggunakan bahasa yang indah serta sedap didengar. Maka secara tidak
langsung reaksi dan tanggapan guru bahawa elemen sastera dapat membantu murid
memahami teks dengan lebih berkesan diterima. Selain itu, elemen sastera juga
dibuktikan dapat meningkatkan penguasaan bacaan murid secara mekanis dan
mentalis dan menjadi pelengkap kepada PdP seni bahasa mata pelajaran Bahasa
Malaysia.

2. Manfaat Pelaksanaan Elemen Sastera dalam Pengajaran dan


Pembelajaran Seni Bahasa
Guru berpendapat pelaksanaan elemen sastera dalam PdP seni bahasa memberi
banyak manfaat. Ini telah dibuktikan apabila peningkatan kemahiran murid adalah
sangat tinggi. Murid memahami maklumat yang disampaikan oleh guru dan boleh
mengulang kembali apa-apa yang telah mereka pelajari secara tepat.

Selain itu pelaksanaan elemen sastera dalam PdP seni bahasa juga dapat
meningkatkan penguasaan kemahiran lisan, kemahiran menulis,kemahiran membaca
dan kemahiran menaakul murid. Mutu kaedah atau pendekatan yang diguna pakai guru
dapat membantu murid yang lemah dalam memahami teks yang dibaca. Secara tidak
langsung, pelaksanaan elemen sastera dalam PdP seni bahasa seperti yang disasarkan
oleh sukatan KSSR juga dapat meningkatkan kecekapan pedagogi guru.

3. Pengajaran Seni Bahasa Guru Berdasarkan KSSR


Guru menggunakan pendekatan yang tersendiri sewaktu mengajar seni bahasa
dalam bilik darjah dengan mengaplikasikan teknik didik hibur dalam PdP seni bahasa .
Guru juga mempelbagaikan teknik pengajaran seni bahasa selain menggunakan teknik
didik hibur. Guru yang kurang bersetuju sesi PdP hanya tertakluk di dalam bilik darjah
semata-mata berpendapat PdP juga boleh berlaku di luar bilik darjah seperti di
perpustakaan , makmal komputer dan tempat-tempat lain yang bersesuaian.

Guru juga mengakui cara, teknik dan kaedah pengajaran seni bahasa dalam
kalangan guru adalah berbeza. Guru bersetuju bahawa pelaksanaan elemen sastera
dalam sukatan pelajaran sekolah rendah membantu guru memahami secara tepat
tentang penggunaan seni bahasa dalam pengajaran mereka. Selain itu tugasan atau
latihan yang diberikan kepada murid selepas waktu PdP juga adalah selaras seperti
yang diajar oleh guru. Guru juga bersetuju bahawa pengajaran seni bahasa
dilaksanakan dalam tempoh yang sesuai. Namun ramai guru mengakui bahawa sumber
bahan yang digunakan untuk pengajaran seni bahasa adalah tidak mencukupi dan
terhad.

4. Penggunaan Teks Sastera dan Bahan Mengajar dalam Pembelajaran


Seni Bahasa
Guru-guru berpuas hati dengan bahan puisi dan prosa seni bahasa yang
digunakan sebagai teks semasa PdP seni bahasa dijalankan. Guru juga menggunakan
bahan bantu mengajar multimedia sastera yang lain seperti perisian komputer dan
sebagainya. Selain itu guru juga turut menggunakan bahan bantu mengajar bukan
elektronik seperti kad, gambar, carta dan buku bagi membantu kefahaman murid.

Disamping itu para guru juga mengakui bahawa bahan bantu mengajar seni
bahasa adalah bersifat kreatif dan kebanyakan bahan bantu mengajar itu dihasilkan
sendiri oleh guru. Hal ini membuktikan bahawa bahan sastera merupakan salah satu
bahan bantu mengajar yang dianjurkan kerana sifatnya yang bersahaja,
menyeronokkan dan boleh disampaikan dalam pelbagai teknik.

5. Pandangan guru terhadap Pelaksanaan Seni Bahasa dalam Sistem


KSSR
Secara keseluruhannya didapati 30 peratus guru mempunyai pandangan yang
positif terhadap pelaksanaan seni bahasa. Para guru dapat memberi tumpuan semasa
pengajaran dan suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik. Guru
telah melaksanakan didik hibur menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih
menarik, berkesan dan bermakna. Pengajaran guru dapat diterima oleh murid malah
penerimaan murid terhadap pembelajaran seni bahasa khususnya apabila dikaitkan
dengan teks sastera seperti pantun dan puisi menunjukkan bahawa keyakinan murid
telah bertambah. Pengajaran yang berkesan menghasilkan pembelajaran yang
bermakna seterusnya dapat meningkatkan mutu pemahaman murid tentang teks bahasa
yang digunakan. Melalui aktiviti nyanyian, syair, pantun dan sebagainya dapat
meningkatkan kemahiran lisan murid dan secara tidak langsung dapat meningkatkan
keyakinan murid.
Penggunaan teks sastera dalam PdP dilihat dapat meningkatkan kemahiran
mendengar murid berpandukan Aras Kefahaman Taksonomi Bloom. Soalan
pemahaman daripada teks sastera menjadi lebih mudah dijawab dan hasilnya
menunjukkan pencapaian markah yang tinggi.
Guru yang melaksanakan pendekatan pengejaran dan pembelajaran seni bahasa
ini perlulah bersifat santai dengan mendengar lagu dan membaca seni kata lagu yang
digemari, seorang yang kelakar yang mampu mengubah suai seni kata lagu mengikut
tema pengajaran dan pembelajaran, seorang yang menyeronokkan dan
menggembirakan iaitu mampu menyanyi dengan beraksi dan gerak badan, mempunyai
semangat ingin mencuba dengan menggalakkan murid menghasilkan cerita ringkas
daripada tema atau perkataan dalam seni kata lagu dan tidak takut dan kurang stres
dengan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang ceria dengan turut
menyanyi bersama-sama murid.

3. BAHAGIAN B ~
3.1 Pengenalan
Kesusasteraan merujuk kepada segala hasil karya dan ciptaan seni yang diperoleh
dalam kalangan masyarakat . Oleh itu, kesusasteraan Melayu merujuk kepada segala ciptaan
seni yang terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu. Sastera bersatu dan berintegrasi dalam
kehidupan masyarakat. Contohnya, dalam upacara perkahwinan, tetamu yang hadir dapat
menyaksikan satu adegan yang menarik dengan menggunakan bahasa yang menarik dan indah
semasa wakil keluarga pengantin kedua-dua belah pihak berbicara. Mereka saling berbalas
pantun untuk menyampaikan hajat masing-masing.

Definisi sastera berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu castera.Susastera membawa


maksud yang khusus iaitu ;su indah, baik, lebih berfaedah. Sastera-huruf, buku, karya,
teks. (Ke)susastera(an) adalah kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik
isinya. Menurut Hashim Awang, sastera adalah ciptaan atau karya seni yang disampaikan
melalui bahasa. Hasil seni (karya tulisan) dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai
ciri-ciri keistimewaan yang tertentu bersandar pada zaman. Peradaban dan martabat
sesuatu bangsa itu dapat dilihat melalui karya tradisional atau klasik yang dimiliki. Maka
bangsa Melayu tidak terkecuali dalam hal ini. Era Tradisional merujuk kepada dinilai
sebelum wujud teknologi penerbitan (Sastera Lisan) manakala moden pula merujuk kepada
selepas teknologi penulisan dan boleh dibuktikan sebagai teks. Karya-karya ini yang dalam
bentuk cerita ditulis dalam pelbagai genre seperti cerita rakyat, panji, epik, hikayat dan
sebagainya.

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz ( 2011 ), perkembangan pesat yang berlaku mengubah
dan menjarakkan hubungan sastera dengan kehidupan. Oleh hal yang demikian, maka sastera
telah mengalami perubahan menjadi satu bidang kegiatan yang khusus dan tersendiri. Pada
masa kini, sastera dilihat telah menjadi hasil ciptaan seorang sasterawan yang diiktiraf dalam
masyarakat. Sastera yang dahulunya bersifat kolektif dan dimiliki bersama telah berubah
menjadi satu kegiatan peribadi dan mempunyai hak cipta tersendiri.

Pada masa kini, perhubungan antara sastera dengan kehidupan sering dibincangkan.
Sastera sebagai salah satu bidang kesenian dilihat berfungsi bagi memperjelas, memperdalam
serta memperkaya penghayatan manusia dalam kehidupan seharian.

3.1.1 Sastera Rakyat.

Pada awal abad ke -19, beberapa pengkaji yang terdiri daripada pegawai pentadbir
Inggeris telah memberikan perhatian terhadap sastera rakyat, khasnya berbentuk cerita.
Tumpuan ini dibuat kerana mereka menyedari bahawa salah satu fungsi sastera rakyat ialah
mengungkapkan pemikiran masyarakat yang melahirkannya. Selepas kemerdekaan pada
sekitar tahun 1960-an pengkaji-pengkaji Melayu mula memberi perhatian terhadap Sastera
Rakyat. Dewan Bahasa dan Pustaka serta Universiti Malaya telah melakukan pengumpulan
dan penerbitan hasil sastera.

Istilah rakyat berkaitan dengan perkataan folk atau volk yang secara umum dapat
diertikan ialah sebagai kelompok orang yang memiliki ciri-ciri pengenalan fizik mahupun
kebudayaan sehingga dapat dibezakan dengan kelompok-kelompok yang lain. Akan tetapi
terdapat sarjana yang menyempitkan pengertian ini dalam hubungannya dengan sastera.
Menurut mereka folk atau volk ialah satu kumpulan masyarakat manusia yang mungkin
masyarakat tertutup, sederhana tamadunnya, tradisional, kukuh pegangan budaya lama dan
mungkin pula terdiri daripada satu golongan daripada sebuah masyarakat besar. Takrif ini
juga selalunya dikaitkan dengan masyarakat luar kota (A. Bakar [ed], 1974:20)
Istilah sastera rakyat juga disamakan dengan pengertiannya dengan tradisi lisan selain
folklore. Menurut Mohd Taib Osman, sastera rakyat lebih sempit pengertian berbanding
dengan tradisi lisan. Sastera rakyat sering dilihat sebagai sesuatu yang sudah mati atau
setidak-tidaknya merupakan warisan tinggalan zaman lampau.

Menurut Safian et al.,1988:293-294 Sastera Rakyat adalah sebahagian daripada


tradisi lisan yang dapat difahami sebagai ekspresi budaya yang menggunakan bahasa dan
mempunyai hubungan langsung dengan berbagai-bagai aspek budaya seperti agama dan
kepercayaan, undang-undang, keperluan masa lapang, kegiatan ekonomi, sistem kekeluargaan
dan susunan nilai sosial masyarakatnya. Lantaran itulah mitos, cerita-cerita penglipur lara,
jenaka, legenda, peribahasa, pantun, ungkapan adat, nyanyian rakyat, tarian, drama dan
permainan rakyat adalah tergolong daripada Sastera Rakyat.

Saya turut memetik pendapat daripada sasterawan Indonesia Danandjaja, menyatakan


Sastera Rakyat merupakan tradisi lisan Indonesia. Menurut beliau, terdapat banyak ciri
persamaan antara Sastera Rakyat di Malaysia dan Indonesia.

Dalam buku Kesusasteraan Melayu Tradisional, pengertian Sastera Rakyat ialah hasil
sastera yang dimiliki oleh masyarakat Melayu, disebarkan dan diturunkan daripada satu
generasi ke satu generasi secara lisan. Cerita-cerita jenaka, pantun, peribahasa dan
sebagainya bukanlah merupakan hasil tinggalan hasil zaman lampau tetapi ia tetap
mempunyai tempat dalam budaya semasa.

Menurut Harun Mat Piah, Sastera Rakyat Melayu dapat dibahagikan kepada dua
bentuk. Iaitu sastera berbentuk cerita (kisah dan naratif) yang terdiri daripada cerita rakyat
seperti cerita penglipur lara, cerita teladan, cerita binatang, jenaka , mitos dan lagenda.
Manakala sastera berbentuk bukan cerita (bukan kisah atau bukan naratif) sebahagian
besarnya terdiri daripada nyanyian rakyat, ungkapan adat, teka-teki, pantun dan gurindam.
Terdapat berbezaan ciri antara sastera rakyat berbentuk cerita, mitos, dan legenda daripada
cerita-cerita penglipur lara, teladan, binatang dan jenaka. Perbezaan ini dapat ditinjau dari
sudut kepercayaan, latar masa dan tempat, serta sifat dan pelaku utama.

Menurut Annas Haji Ahmad, Sastera Rakyat dikenali sebagai sastera lisan atau
sastera mulut. Terdapat perbezaan antara kedua-dua sastera jenis ini. Kebanyakan Sastera
Rakyat disampaikan oleh tukang-tukang cerita yang mahir serta berkebolehan seperti Tok
Selampit (Kelantan), Awang Batil ( Kedah) dan Pawang Ana (Perak). Orang Melayu pada
masa itu mempercayai unsur anemisme dan masyarakat bersifat tertutup. Justeru itu, sastera
rakyat turut menyelitkan unsur-unsur jampi, serapah, mentera, pemujaan dan pengaruh hindu.

Sebagai kesimpulannya,terdapat banyak persamaan pendapat dan pandangan para


sarjana sastera yang menyatakan bahawa Sastera Rakyat berkembang melalui lisan yang
disampaikan dari satu generasi ke generasi seterusnya. Pada pendapat saya, penyampaian
secara berterusan ini, menyebabkan cerita-cerita warisan sastera rakyat kekal sehingga hari
ini. Malahan dalam pengajaran dan Kurikulum Bahasa Melayu turut menyelitkan elemen
sastera.

3.1.2 SASTERA EPIK

Definisi Epik yang diberikan oleh J.A.Cuddon ........a long narrative poem, on a
grandscale about the deeds of warriors and heroes. It is a polygonal heroic story in
corporatting myth, legend, folktale and history. Epic are of ten of national significance in the
sense that they embody the history and aspirations of a nation is a lofty or grandiose
manner.

(Cuddon,1977:22)

Kepahlawanan adalah ciri utama bagi cerita. Ia digabung atau dicampurkan dengan
unsur-unsur mitos, legenda, cerita rakyat dan sejarah. Hal ini kerana setiap bangsa
mempunyai tokoh wira yang dibanggakan , diceritakan dengan penuh keistimewaan dalam
sebuah sastera yang dinamakan Sastera Epik.

Sumber yang dipetik dari laman web Wikipedia, Epik bermakna sebuah genre puisi
naratif yang luas, dicirikan dengan kepanjangannya, pelbagai latar, sejumlah watak-watak
yang besar dan berat serta jangka masa yang lama. Contohnya Hikayat Hang Tuah
mengambil latar masa yang lebih daripada 100 tahun. Bermula Melaka dibuka 1400M
sehingga dikalahkan oleh Portugis 1511M.
Cerita-cerita epik melibatkan cerita zaman kuno ratusan lampau dan kadang kala sukar
untuk difahami kerana karya epik mempunyai maksud yang tersirat. Epik merupakan sebuah
karangan yang tebal dan panjang. Begitulah halnya dengan Hikayat Hang Tuah yang
mengandungi lebih daripada 500 halaman dengan lebih kurang 146 000 patah perkataan. Di
dalamnya terdapat lebih kurang 130 watak ( Kassim ,1966:ix)

Sastera Epik menampilkan ciri kepahlawanan bagi sesebuah cerita yang digabungkan
dengan unsur-unsur mitos, legenda, cerita rakyat dan sejarah. Tokoh epik ialah tokoh
superhuman. Sastera epik telah menyerlahkan sifat kepahlawanan. Sehubungan dengan itu, ia
digolongkan dengan sastera pahlawan. Menurut Koster, Epik Kepahlawanan ialah suatu
naratif tentang perbuatan agung dan gemilang yang dilakukan oleh pahlawan-pahlawan satu
masa dahulu. Pahlawan dianggap sebagi tokoh sejarah kerana sering membela nasib orang,
malahan mereka mempercayai kononnya ada orang-orang tertentu yang hidup pada masa
lampau mempunyai kekuatan luar biasa. Mereka dikenal sebagai pahlawan dan kadang kala
dimitoskan, misalnya Achilles, Hercules, Theseau dan beberapa orang lain. (Tripp, 1970:302).

3.1.3 Definisi Hikayat

Sastera hikayat adalah merupakan sebuah genre yang terbesar dan genre yang paling
banyak menghasilkan karya kesusasteraan. Kebanyakan pengkaji-pengkaji sastera melayu
sependapat mengatakan bahawa sastera hikayat adalah merupakan satu genre yang penuh
dengan perkara yang begitu sukar untuk difahami.

Terdapat banyak hasil kesusasteraan Melayu kerana sastera hikayat adalah sebuah
genre yang telah lama menjadi tumpuan para pengkaji dalam bidang sastera. Kebanyakan
sastera hikayat dihasilkan dalam bentuk prosa dan puisi. Oleh itu, karya kesusasteraan hikayat
banyak membawakan cerita ajaib yang berunsurkan hiburan hasil daripada imaginasi
pengarangnya

Dalam sastera Melayu tradisional, boleh dibahagikan kepada tiga kelompok yang
sesuai dengan zaman yang diwakilinya, iaitu kesusasteraan hikayat berunsur Hindu,
kesusasteraan hikayat berunsur Hindu-Islam dan kesusasteraan hikayat berunsur Islam.

Terdapat ramai sarjana yang memberi pelbagai pendapat terhadap makna atau maksud
hikayat. Pada umumnya, hikayat dicipta tanpa diketahui nama pengarang dan tarikhnya.
Safiah Hussein dan rakan-rakan (1988:98), mendefinisikan hikayat sebagai cerita yang
mengandungi ciri-ciri kesaktian, kebesaran, dan kegagahan wira yang luar biasa. Pengarang
juga melukiskan tentang kejelitaan putera-puteri, kegagahan hulubalang, bala tertera yang
tidak terperi banyaknya serta binatang dan benda-benda yang mempunyai unsur magik.

Dalam buku Hikayat Merong Mahawangsa, terdapat unsur-unsur mitos yang


diselitkan dalam karya sastera hikayat. Mitos berasal daripada pengaruh Hindu dan juga
setempat. Contohnya,` Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang belayar dari Rom
ke ngeri China telah diserang geroda Burung geroda, binatang mitos hindu yang menjadi
tunggangan Visynu telah ditembungkan dengan kuasa Allah. Pengaruh yang berbeza ini,
dipertembungkan untuk mengatasi satu pihak yang lain dan juga menunjukkan kemenangan
yang melampau.

Hashim Awang (1987) pula mengatakan, Hikayat adalah jenis yang popular dalam
sastera Melayu lama. Ia sering mengisahkan pengembaraan, percintaan, dan peperangan
putera-puteri raja, perlawanan atau saudagar. Contoh yang menunjukkan kisah penggemaran
dapat dipetik daripada buku Hikayat Inderapura dalam bab II `Al-kisah peri mengatakan
tatkala Inderapura diterbangkan oleh Merak Emas dan peri mengatakan tatkala Inderapura
diangkat cucu oleh nenek kebayan............ Hal ini jelas menunjukkan dalam sastera Hikayat,
tidak akan terlepas daripada unsur pengembaraan.

Menurut Harun Mat Piah dan rakan-rakan (000:133-138), Sastera Hikayat ialah
cerita-cerita dalam bentuk bertulis, yang menggunakan bahasa Melayu lama dengan langgam
bahasa dan struktur yang tertentu, membawa cerita ajaib yang berunsur hiburan, hasil
daripada imaginasi dan fantasi pengarangnya. Menurut mereka lagi, dalam buku First
Encyclopaedia Of Islam perkataan hikayat dalam bahasa Melayu ini berasal daripada
perkataan hikayat dalam bahasa Arab. Hikayat pada mula-mulanya bermakna pelbagai
sejarah tetapi makna itu telah berubah dari semasa ke semasa sehingga akhirnya mendapat
makna yang paling biasa iaitu cerita dan naratif. Dalam zaman tradisi Arab, perkataan ini
membawa makna Hikaya, meniru sesuatu pergerakan, mimik, dengan tujuan bergembira.
Dengan makna yang terakhir tersebut lahir perkataan Hakiyayang bermaksud seorang
peniru atau seorang pemimik
RUMUSAN

Berdasarkan perbincangan, didapati bahawa kesusasteraan dapat dirujuk


sebagai hasil karya yang mempunyai mesej dan pemikiran tertentu. Sesebuah hasil karya
adalah pancaran dari kehidupan masyarakat. Selain itu , karya sastera juga dapat
dikategorikan mengikut genre. Setiap genre itu ditandai dengan ciri-ciri khususnya.

Setiap karya mempunyai mesej dan fungsi untuk mendidik dan membina
keperibadian ahli-ahli masyarakatnya. Setiap bahagian daripada unsur dan fungsi di
dalamnya mempunyai makna dalam teks karya selain berfungsi dalam kehidupan masyarakat.

4. BAHAGIAN C ~ Rancangan Pengajaran Harian

4..1 Rancangan Pengajaran Harian

Mata pelajaran : Bahasa Malaysia


Kelas : 2 Karisma
Tema : Kebersihan
Tajuk : Kebersihan Diri
Masa : 8.45 9.45
Standard Kandungan : 2.3 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar,
sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
Standard Pembelajaran : 2.3.1 Membaca kuat ayat tunggal dengan lancar, sebutan yang
jelas dan intonasi yang betul
Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran murid dapat:
i. melafazkan pantun dua kerat dengan intonasi yang betul.
ii. membaca baris-baris pantun dengan lancar, sebutan yang
jelas dan intonasi yang betul.
EMK : i. Ilmu: Menjaga kebersihan diri
ii. KBT: Kecerdasan Pelbagai- Verbal linguistik BCB
Mencatat nota

Alat Bantu Mengajar : Kad pantun dan lembaran kerja


Pengetahuan sedia ada : Murid-murid telah mempunyai pengetahuan tentang
perbendaharaan kata Bahasa Melayu
Nilai : bekerjasama, berkeyakinan, berusaha,

Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Catatan

Set Induksi 1. Guru menampalkan lirik lagu Nilai : menghargai


(5 minit) Kebersihan Diri pada papan hitam diri
2. Murid menyanyi lagu tersebut dengan EMK : Muzik
bimbingan guru BBM : Lirik Lagu
3. Guru menekankan perkataan yang Lampiran 1
menunjukkan aktiviti menjaga kebersihan
diri.
5. Guru memperkenalkan tajuk pengajaran
dan pembelajaran hari ini iaitu
Kebersihan Diri

Langkah 1 1. Guru memperdengarkan pantun tentang Nilai : Rajin


(10 minit) kebersihan diri melalui pita rakaman atau EMK : TMK
yang dilafazkan oleh guru dan meminta BBM : pantun
murid mendengarnya dengan teliti. Lampiran 2
2. Guru membimbing murid melafazkan
pantun itu semula dengan sebutan dan
intonasi yang betul.
3. Murid melafazkan pantun dengan sebutan
yang betul,intonasi dan gaya yang sesuai
secara kelas, kumpulan dan individu.

Langkah 2 1. Guru dan murid berbincang tentang Nilai : kerjasama,


(15 minit) maksud pantun yang telah dilafazkan. berani
2. Murid diminta mengenal pasti frasa yang EMK : kreativiti
berkaitan tentang kebersihan diri yang BBM : Lembaran
terdapat dalam pantun. kerja
3. Murid diminta menulis baris pantun (Lampiran 3)
tersebut pada kotak pantun yang
bernombor.
4. Murid diminta membaca dalam pantun
yang mengandungi baris pantun tersebut
semula.

Langkah 3 1. Guru mengedarkan lembaran yang Nilai : Berani,


( 15 minit ) mengandungi beberapa baris pantun dua Bekerjasama,
kerat kepada kumpulan kecil. EMK : kritis
2. Guru meminta murid dalam kumpulan BBM : Lembaran
menyusun baris pantun menjadi pantun kerja (Lampiran 4)
dua kerat yang lengkap.
3. Guru meminta murid melafazkan pantun
yang telah disusun barisnya dengan
sebutan yang betul dan intonasi dan gaya
yang sesuai.

Pengukuhan 1. Murid diberi lembaran kerja untuk Nilai : hati-hati


( 10 minit ) memadankan gambar dengan pantun yang EMK :
sesuai. BBM : lembaran
2. Murid membaca pantun yang telah kerja ( Lampiran 4 )
dipadankan dengan gambar.

Penutup 1. Guru berbincang tentang soalan lembaran kerja Nilai : berani,


( 5 minit ) yang diberi tadi. EMK :
2. Guru membuat pengayaan dan pemulihan BBM :

4.3 Penilaian PdP


Bidang bahasa dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini dilaksanakan
dalam langkah 1, langkah 2 dan langkah 3 dengan menggunakan pantun iaitu salah
satu unsur kesusasteraan Melayu. Walaupun terdapat banyak lagi unsur sastera
dalam bahasa Melayu seperti syair, gurindam, puisi, sajak dan seloka, namun saya
menggunakan pantun berdasarkan minat dan pemahaman murid-murid saya dalam
pantun. Syair, puisi dan sajak lebih sesuai untuk murid tahap 2 iaitu tahun 4,5,dan
6.
Pantun dua kerat saya gunakan dalam pengajaran dan pembelajaran saya
kerana pantun dua kerat mempunyai banyak kelebihan terutamanya dalam
membantu murid-murid tahap 1 membezakan pembayang dan kata maksud hanya
daripada dua baris pantun sahaja. Malah penggunaan pembayang berkait dengan
pengetahuan sedia ada murid pasti dapat memantapkan lagi pemahaman murid
dalam pantun. Penggunaan kad imbasan berwarna adalah untuk menarik perhatian
murid kepada pengajaran. Malah kad-kad tersebut juga diagihkan kepada murid
semasa pembelajaran supaya dapat memotivasikan mereka.
Aktiviti mencatat pantun yang mempunyai perkaitan dengan tentang tajuk
pengajaran dan pembelajaran merupakan satu aktiviti latih tubi mengingat kaya
maksud dalam setiap pantun. Murid perlu membaca berulang-ulang untuk
mengingat kata maksud bagi mencatatnya dalam petak yang betul.

Seterusnya dalam aktiviti 3, gambar atau grafik objek digunakan bagi menarik
minat serta mengukuhkan pengetahuan murid. Malah murid juga dibimbing
membaca pantun secara berkumpulan dan individu. Pentaksiran secara
pemerhatian boleh dilaksanakan semasa aktiviti ini.

Secara keseluruhannya, penggunaan aspek seni bahasa dalam pengajaran dan


pembelajaran bahasa melayu mampu membantu murid dalam pemerolehan
kemahiran membaca khasnya buat murid dengan tahap kecerdasan yang rendah.
4.4 Refleksi

Kekuatan
Daripada pengajaran yang telah saya laksanakan, saya mendapati ada kelebihan dan
kekuatan yang dapat saya kesan iaitu kejelasan dan kelantangan suara saya. Namun begitu,
saya juga perlu menunjukkan kelembutan dan sifat penyayang apabila mengajar murid-murid
ini kerana sekiranya saya terlalu tegas, mereka akan ketakutan dan tidak dapat fokus terhadap
pelajaran mereka. Tujuannya adalah untuk memudahkan murid mendengar arahan dan
seterusnya membantu membina aliran pemahaman murid terhadap apa yang ingin
disampaikan oleh guru. Saya juga dapat mengawal tingkah laku mereka dengan cara tersebut
dan mereka akan berminat terhadap pengajaran dan pembelajaran saya.

Dalam Set Induksi, saya telah menggunakan unsur didik hibur iaitu nyanyian lagu
bagi membina aliran perhatian murid terhadap topik yang hendak disampaikan. Ini secara
langsung dapat menarik perhatian murid terhadap pelajaran yang ingin disampaikan. Murid
juga sangat aktif dalam menyanyi walaupun kadang-kadang tidak mengikut intonasi yang
sepatutnya. Sebagai seorang guru yang berprofesional, saya akan membimbing nyanyian
murid-murid saya.
Komunikasi dua hala yang saya gunakan dalam aktiviti kumpulan juga merupakan
salah satu kekuatan yang ada dalam pengajaran ini. Komunikasi dua hala yang digunakan
membolehkan murid belajar dalam keadaan yang aktif dan membawa murid kepada
pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Bahan bantu mengajar harus
dipertingkatkan lagi kerana ianya banyak membantu dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Namun begitu saya menggunakan bahan bergambar yang berkaitan supaya isi
pengajaran saya kohesi dan koheren. Maka aktiviti pembelajaran menjadi menarik dan
berkesan Dalam setiap langkah saya menggunakan kaedah latih tubi kepada murid supaya
dapat meningkatkan pemahaman dan ingatan yang lebih kekal.

Kelemahan
Antara kelemahan dan kekurangan yang dikenal pasti dalam pengajaran ini
ialah penggunaan aktiviti berkumpulan semasa menyusun baris pantun menjadi pantun yang
lengkap. Walaupun teknik ini amat sesuai untuk murid yang cerdas namun boleh
menimbulkan kebosanan kepada murid yang lemah. Alat bantu mengajar yang digunakan
perlulah baik dari segi kejelasan, warna dan saiz supaya murid dapat memahami pelajaran
yang ingin disampaikan oleh guru. Walaupun aktiviti kumpulan amat disarankan dalam
pengajaran dan pembelajaran, namun masalah kawalan kelas pasti akan timbul berikutan
daripada kepelbagaian kecerdasan murid. Murid yang lemah akan menjadi malas, tidak aktif
dan akan mula membuat bising dan mengganggu rakan-rakan yang lain.

Langkah mengatasi

Setiap kelemahan dan kekurangan yang telah dikesan hendaklah diperbaiki dengan
secepat mungkin bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada pelajaran akan datang.
Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam pengajaran ini, penambahbaikan yang perlu
dilakukan ialah menyediakan suku kata atau perkataan yang lebih mencabar kepada golongan
murid yang sederhana tahap pencapaiannya. Malah lembaran kerja juga perlu dipelbagaikan
aras kesukarannya bersesuaian dengan kepelbagaian kecerdasan murid dalam satu kelas.
Bagi mengatasi masalah kawalan kelas semasa aktiviti berkumpulan, guru perlulah
lebih aktif dan menjadi pemudah cara kepada pelajar yang lemah supaya mereka dapat
menyertai aktiviti pembelajaran dengan berkesan. Malah guru juga boleh memberikan
peranan dalam kumpulan supaya mereka berasa dihargai dan seronok menjalankan aktiviti.

4.5 Rumusan

Murid yang mampu menyebut dan bertutur tidak semestinya boleh berpantun
Oleh itu mengajar kemahiran membaca pantun perlulah dengan kaedah dan teknik
yang sesuai. Ditambah pula dengan kepelbagaian yang dimiliki oleh kanak-kanak
itu. Ada yang berbeza tahap kecerdasan, berbeza latar belakang pendidikan
keluarga, berbeza taraf sosio ekonomi dan pelbagai faktor lagi yang mendorong
kepada kebolehan kanak-kanak.

Rancangan Pengajaran Harian yang memfokuskan kaedah pengajaran seni


bahasa ini, menggunakan teknik berkumpulan dan latih tubi. Tidak ada yang salah
atau betul dalam memilih strategi atau kaedah pengajaran. Pokok pangkalnya
individu yang hendak diajar menjadi keutamaan. Kepelbagaian kecerdasan murid
dalam kelas yang sama merupakan satu cabaran bagi para guru menjalankan
aktiviti pengajaran. Oleh itu guru perlulah lebih kreatif dalam merencanakan
sesuatu pengajaran supaya objektif dan hasil pembelajaran tercapai. Aras
kesukaran pengajaran guru perlulah daripada mudah ke sukar bertepatan dengan
RPH yang telah dilaksanakan.

Penggunaan bahan bantu mengajar amat perlu bagi meningkatkan lagi


kefahaman murid dalam sesuatu pelajaran. Bahan yang berbentuk konkrit amat
sesuai dalam pengajaran murid tahun 1. Ini kerana mereka belum menguasai
pemikiran abstrak. Selain menggunakan kad imbasan, penggunaan objek sebenar
adalah lebih baik. Contohnya jika pelajaran hari itu berkisah tentang anggota
badan, adalah lebih baik menggunakan murid itu sendiri sebagai model.

Sesuatu pengajaran yang baik haruslah melibatkan kepelbagaian deria yang


ada dalam diri murid. Oleh itu menjalankan pengajaran kemahiran membaca yang
berkesan memerlukan guru yang inovatif, kreatif dan sentiasa peka dengan
keperluan murid-muridnya.

5. PENUTUPAN

Rujukan

Ali Ahmad. 1994. Pengantar Pengajian Kesusasteraan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Arbaie Sujud. 2008. Sastera Melayu Suatu Pengantar . Kuala Lumpur: Tinta Press
Sdn Bhd.

Atan Long.1976. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. 2008. Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Harun Mat Piah et al. 2006. Kesusasteraan Melayu Tradisional . Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hjh Zainon Bt. Sheikh Ahmad. 1998. Belajar Kesusasteraan dan Kritikan Sastera.
Kuala Lumpur: Penerbit Elman.
Zalila Sharif. 1993. Kesusasteraan Melayu Tradisional. Dewan Bahasa dan Pustaka:
Kuala Lumpur.
Lampiran 2

Aktiviti 1
Baca pantun di bawah.

Ikan keli di atas rakit, 1

Gosok gigi supaya tak sakit. r


a
m
Beli sotong masak kari, b
u
Kuku dipotong kuman lari.
t
b
Ikan haruan di dalam tangki, Sabun e
badan buang daki. r
s
i
h
Naik bot pergi ke hulu, Cuci
selalu.

4
Lampiran 3

Aktiviti 2

Catatkan baris pantun yang mengandungi maklumat kesihatan


yang terdapat dalam pantun

Kuku dipotong kuman lari. Sabun badan buang daki.

Gosok gigi supaya tak


sakit. Cuci rambut bersih selalu.

Pantun Maklumat Tentang Kebersihan Diri

Pantun 1

Pantun 2

Pantun 3

Pantun 4
Lampiran 4

Aktiviti 3
Tuliskan pantun yang sesuai dengan gambar yang diberi.
Ikan keli di atas rakit, Beli sotong masak kari, Kuku
Gosok gigi supaya tak sakit. dipotong kuman lari.

Naik bot pergi ke hulu, Cuci Ikan haruan dalam tangki,


rambut bersih selalu. Sabun badan buang daki.
Lampiran 1

28

Anda mungkin juga menyukai