Anda di halaman 1dari 1

TUGASAN 2 RINGKASAN ARTIKEL

Fadhli Hariz Bin Fayahet (P85040)


Prof. Madya Dr. Shaiful Bahri Bin Md. Radzi
FROM FOLKLORE TO URBAN FOLKLORE: A DISCOURSE
Artikel
membincangkan bidang cerita rakyat (folklore) dan cerita rakyat urban (urban folklore) di
Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Istilah tradisi lisan dan subtopiknya sastera
lisan atau sastera rakyat lebih diterima di Malaysia berbanding istilah folklore. Sastera lisan
merupakan sastera terawal yang wujud dalam masyarakat.
Penggunaan
istilah
folklore dalam konteks tradisi lisan Malaya mula digunakan oleh Winstedt yang mengatakan
folklore Melayu dalah hasil pengaruh polisi British di tempat seperti India, Arab dan Parsi.
Pada mulanya, sastera rakyat hanya sebagai suatu tradisi lisan iaitu koleksi sastera asli dan
kreatif tetapi tidak disedari kepentingannya dalam pembangunan negara. Bagi Mohd. Taib
tradisi lisan merupakan kunci ketamadunan dan identiti orang Melayu. Perspektif yang
berbeza terhadap bidang kesusasteraan adalah perlu untuk mengelakkan ia statik dan
ketinggalan zaman.
Daripada perspektif folklore,
sastera dilihat sebagai satu fenomena yang bergerak selari dengan kehidupan dunia
kontemporari, dunia IT dan tradisi siber. Bidang folklore bermula dalam zaman kolonial
Malaya. Usaha awal dalam bidang folklore ditumpukan kepada mengumpul dan menyunting
cerita bukan perbahasan teoritikal. Kemudian Winstedt memulakan perbahasan folklore
dengan mengatakan terdapat proses difusi dan Indianisasi dalam sastera tradisional Melayu.
Folklore (tradisi lisan) dan tradisi
bertulis menjadi medium kepada masyarakat negara dunia ketiga untuk menaikkan imej dan
semangat selepas zaman kolonial. Berlaian dengan Jawa yang menampilkan kehebatan
tamadun melalui monumen seperti kuil dan candi, Melayu berusaha memelihara pengetahuan
budaya dan nilai di sebaliknya. Folklore adalah asas utama ketamadunan sebelum ia
berkembang menjadi bentuk yang baru iaitu bertulis, bercetak dan sekarang di alam siber.
Selepas merdeka, ahli akademik
tempatan mula menerokai bidang tradisi lisan terutamanya perspektif sastera Melayu
tradisional untuk menggantikan apa yang ditinggalkan oleh pentadbir British. Badan
pentadbir antarabangsa seperti UNESCO membantu dari segi dana untuk mengumpul tradisi
lisan dan membuat kajian yang relevan dan bersesuaian. Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka
juga ada menghantar pegawai membuat kajian ke seluruh negara untuk pendokumentasian
cerita rakyat sebelum ia hilang begitu sahaja.
Isu istilah yang
sesuai untuk digunakan secara rasmi untuk bidang ini telah beberapa kali dibincangkan sama
ada menggunakan istilah tradisi lisan (oral tradition) atau folklore. Mohd. Taib lebih memilih
istilah tradisi lisan kerana folklore sering mengelirukan dari selalu diterjemah sebagai cerita
dongeng.
Folklore bukan
sekadar satu tradisi lisan tetapi ia juga direkodkan dan disebarkan menggunakan teknologi
moden dan ruang siber seperti internet, blog dan rangkaian sosial di mana sesuatu isu atau
fenomena mewujudkan satu kumpulan yang berinteraksi mengenai isu tersebut di alam siber.
Maka lahirlah urban folklore dan urban legend sebagai sambungan kepada tradisi lepas
dalam membincangkan fenomena semasa pandangan dan kreativiti masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai