Anda di halaman 1dari 10

Roots And Shadow danGreen Is The Colour merupakan nashkah Kesusasteraan moden

yang mengalami zaman peralihan dari segi kerohanian, watak manusia yang mengalami pelbagai

dimensi seperti aspek-aspek psikologi yang kompleks, kepelbagaian dari segi bahasa, kehadiran

kuasa-kuasa luar yang mempengaruhi suasana politik, ekonomi dan sosial, aliran-aliran baru

contohnya seperti realism, kapitalisme, komunisme dan lain-lain lagi. Roots And Shadow

tergolong dalam kesusasteraan moden India dikarya oleh Shashi Deshpandi yang berkelulusan

Ijazah Muda Ekonomi Undang-Undang Bahasa Inggeris dan Diploma kewartawanan. Manakala

Green Is The Colour pula tergolong dalam kesusasteraan Baru Bahasa Inggeris yang dicipta oleh

penulis Fernando yang menggabungkan novel sejarah dan novel sosiologi. Berbeza dengan

Shahshi Deshpandi yang melahirkan penceritaan tentang adat resam tradisional yang harus

dipatuhi dan diikuti oleh masyarakat India tetapi Fernando pula meluahkan penceritaannya

berdasarkan imaginasinya berkenaan dengan hala tuju dan masa depan Malaysia selepas

peristiwa 13 Mei dimana kaum yang berbeza dari segi adat dan kepercayaan dapat hidup

bersama selepas zaman kolonialisme. Roots And Shadow danGreen Is The Colour merupakan

karya yang popular sehingga memartabatkan Shashi Deshpandi dan Fernando sebagai penulis

terbaik dan terkenal.

Menerusi dua watak yang dipilih dalam karya Shahshi Deshpandi iaitu Roots And

Shadow dan Fernando dalam novel Green Is The Colour saya akan menganalisis dan

membincangkan tentang dua watak iaitu Indu dan Panglima. Watak Indu dalam Roots And

Shadow adalah seorang wanita berpendidikan tinggi yang ingin melarikan diri dari nilai-nilai

tradisional India. Jika sebelum ini, wanita India memainkan peranan yang sangat penting dalam

kehidupan harian setelah berumah tangga seperti menyediakan makan minum suami, melahirkan
dan menjaga anak serta membuat kerja rumah ketika suami keluar mencari rezeki.Dalam istilah

yang lebih tepat peranan wanita India pada masa itu tidak ubah seperti seorang hamba yang

menghambakan suaminya sendiri tanpa sebarang kompromi. Namun bagi Indu, sebagai wanita

dan juga ibu, identiti seseorang itu tidak akan berubah sekiranya struktur keluarga yang kuat itu

masih mengamalkan amalan tradisional yang diperjuangkan tanpa sebarang alasan yang kukuh

mengapa amalan ini harus diteruskan sedangkan Indu merasakan wanita yang berpendidikan

sepertinya tidak perlu terikat dengan nilai-nilai tradisional ini. Hal ini menjadi cabaran kepada

Indu untuk berdepan dengan amalan tradisional yang diamalkan oleh neneknya, Akka.

Selain itu, watak Indu juga memperlihatkan tentang konflik antara yang lama dan baru.Ini

dapat dilihat dalam watak Indu dimana Indu amat membenci Akka iaitu neneknya.Indu

dibesarkan dalam sebuah keluarga Brahmin yang ortodoks dan terdapat banyak amalan-amalan

tradisional yang harus dipatuhi dan diikuti.Disebabkan percanggahan konflik antara mengikuti

amalan tradisional atau mengikut arus kemodenan telah menyebabkan Indu beranggapan Akka

mewakili segalanya tentang amalan tradisional yang tak masuk akal. Mengikut kepercayaan

Hindu, Akka mewakili kekuasaan dalam keluarga iaitu seorang wanita yang mengawal dan

menindas orang lain. Malahan bagi Indu, wanita moden sepertinya tidak mungkin dapat

menerima sepenuhnya amalan tradisional yang diperjuangkan oleh neneknya itu. Bagi Indu,

Akka berfikiran kolot kerana masih mempercayai adat peninggalan zaman dahulu yang tiada

kesempurnaan dan terikat tanpa ada kebebasan dan hak untuk bersuara. Disebabkan unsur

kemodenan itu yang bercanggah dengan nilai tradisional, maka terdapat konflik antara yang lama

dengan yang baru.Indu memandang rendah dengan adat tradisional yang diwakili oleh neneknya

itu.
Antara lain dalam Roots And Shadow, Indu mengalami zaman peralihan yang lebih

moden dan bekerjaya. Jika dahulu, masyarakat India tradisonal hanya perlu mengambil berat

tentang pengurusan yang melibatkan hal rumah tangga setelah berkahwin.Namun segalanya

berubah apabila masyarakat mengalami zaman peralihan dari semasa ke semasa sekaligus

menampakkan wanita India jauh lebih berpendidikan dan mempunyai kerjaya yang kukuh.

Contohnya Indu, seorang wanita klas pertengahan berpelajaran tinggi serta mempunyai

pencapaian yang baik dalam hidupnya. Indu angkuh kerana merasakan segalanya telah lengkap

dari segi keperluan dan kehendak dirinya tetapi yang menjadi permasalahan adalah masyarakat

yang masih berpegang teguh kepada amalan-amalan tradisional. Bagi Indu, wanita bekerjaya

sepertinya tidak seharusnya mengikuti amalan-amalan tradisional. Indu merasakan wanita yang

bekerjaya sepertinya haruslah mempunyai fikiran yang terbuka serta bebas untuk melakukan apa

sahaja dengan kerelaan dan tanpa paksaan mana-mana pihak. Terdapat pergelutan wanita moden

India yang masih berpegang teguh pada nilai-nilai tradisional yang tidak dapat diterima oleh

masyarakat moden India yang berpendidikan seperti Indu.

Watak Indu juga mengalami konflik antara cita-cita individu dan kehendak

masyarakat.Tema ini satu perspektif yang bersifat global dimana golongan wanita mula

mempersoalkan peranan serta tugas-tugas mereka. Struktur keluarga tradisional yang menjadi

cabaran kepada Indu telah menyekat nilai-nilai moden dalam diri Indu. Contohnya Indu

memberontak lalu memilih jejaka bernama Jayant, seorang daripada kasta lain yang lebih rendah

kedudukannya sebagai simbol menentang amalan tradisional. Mengikut adat dan kepercayaan,

golongan Brahmin tidak boleh menerima kasta yang lebih rendah tetapi dibenarkan memilih

golongan yang setaraf atau yang lebih tinggi.Tetapi Indu yang dari golongan Brahmin telah
memilih bakal suaminya yang bukan setaraf dengan golongan kastanya.Indu sengaja membuat

pilihan yang berbeza sebagai tanda protes disebabkan sikap keluarganya yang prejudis ke atas

dirinya.Indu yakin dia dapat hidup bahagia bersama jejaka pilihannya Jayant, walaupun

berlainan dan berbeza kasta.Bagi Indu dia tidak akan membenarkan zaman silam mengawal

hidupnya, Biarlah dia yang membuat keputusan dalam memutuskan siapa yang berhak menjadi

suaminya.

Kekecewaan Indu terhadap keluarga menyebabkan Indu memutuskan bahawa dia perlu

wujud untuk dirinya sahaja.Indu terlalu menginginkan kebebasan. Indu telah memisahkan diri

daripada keluarga asalnya sekaligus membolehkan Indu bebas dari pegangan dan kepercayaan

tradisional. Hal ini terjadi berikutan Indu bertekad tidak akan membenarkan zaman silam

mengawal hidupnya lalu membebaskan dirinya dengan melarikan diri daripada segala hubungan

dengan keluarga asalnya yang penuh dengan pengkhianatan. Indu merasakan dengan melarikan

diri dia dapat melindungi dirinya daripada terus disakiti.Indu akhirnya bebas kerana telah

memisahkan diri daripada keluarga asal, bebas daripada pegangan dan kepercayaan tradisional,

pergi meninggalkan suami yang dicintainya disaat Indu berasa kehilangan kasih sayang dalam

usaha memuaskan hati Jayant dan pergi meninggalkan keluarganya yang dibenci. Tetapi dalam

masa yang sama Indu berasa amat kesunyian. Indu ingin mencari ketenangan dan kepuasan

melalui perkahwinan namun dia merasakan dia yang terlalu mencintai suaminya.Di sini

bermulalah percanggahan pergelutan mengasingkan diri daripada sebarang ikatan dan

mengekalkan kebebasan kesempurnaan kendiri.Indu yang degil ini melepaskan diri daripada

keluarga asal yang tradisional dan mengasimilasi sepenuhnya kehidupan di Bandar.


Namun begitu, pelarian Indu tidaklah selama-lamanya.Dia akhirnya tersedardan kembali

ke pangkuan keluarganya.Indu merasakan perpisahan dengan keluarga asal menjadikan dia

menderita kerana hidupnya terasa kesunyian dan kekosongan.Kebebasan yang dikejar bukanlah

kebebasan yang sebenarnya.Indu seolah-olah ditarik oleh dua jenis kewujudan yang

menimbulkan dilema dalam jiwa.Asal usul dan kesunyian yang dialami akibat terputus hubungan

dengan keluarga.Rumah tangga yang didirikan bersama suami retak menanti belah.Indu berasa

kecewa dengan hidupnya. Semasa Indu tinggal di Bandar dia menghadapi konflik dalam mencari

identitinya sendiri sekaligus meletakkan dirinyaberadadalam teka-teki mencari sebuah jawapan

tentang apa sebenarnya yang diinginkannya. Indu berinteraksi dengan konflik antara tradisional

dan moden, rasa ingin berhubung dan rasa ingin meminggirkan diri, hubungan kekeluargaan dan

individulisme, mementigkan diri atau memenuhi aspirasi keluarga dan masyarakat. Disebabkan

desakan konflik inilah, Indu akhirnya pulang kerana tidak sanggup berhadapan dengan kesunyian

yang amat dasyat.

Novel Roots And Shadow juga memaparkan delima Indu yang keras kepala

kerana ingkar tehadap tradisi, seorang yang tegas, berkeyakinan, angkuh dan memandang rendah

kepada amalan tradisional yang diperjuangkan Akka. Jika sebelum ini, watak wanita bersifat

stereotype contohnya bisu, patuh kepada suami, akur kepada keputusan yang bukan dari dirinya,

penuh penderitaan dan air mata serta pengorbanan demi keluarga. Watak-watak moden yang

menandakan garis pemisah dengan watak-watak wanita sebelum ini. Ini dibuktikan dengan

watak Indu yang ingkar kepada adat tradisional India.Indu juga menginginkan kebebasan tanpa

batasan yang padanya tidak seharusnya disekat. Indu mengalami pergelutan konflik antara dua

elemen ini iaitu tradisional dan moden sekaligus membawa kepada konflik antara individu

dengan masyarakat sekeliling. Tetapi Indu tetap bertegas dengan pendiriannya untuk
meninggalkan atau melupakan adat tradisional keluarganya dan bertekad meneruskan kehidupan

baru yang lebih moden dan berpengaruh

Perbincangan yang kedua pula adalah dari penulis bernama Fernando yang

mengilhamkan penceritaan Green Is The Colour menerusi watak Panglima. Green Is The Colour

berlatar belakangkan Negara Malaysia selepas peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Suatu

masa dalam sejarah Malaysia selepas kemerdekaan. Panglima adalah watak antagonis yang

menyalah gunakan kuasasnya sebagai setiausaha politik dalam Kementerian Dalam Negeri untuk

memenuhi cita-cita dan nafsunya. Panglima digambarkan bermuka petak, botak, berdahi luas,

rambut kelabu, mata sepet dan berkaca mata (ms6). Panglima mempuyai pendapatnya yang

tersendiri mengenai perpaduan. Menurut Panglima Kuasa mutlak harus dikekalkan demi

mengumpul pengikut dan penyokong yang ramai. Panglima percaya bahawa Malaysia

memerlukan satu set nilai dan budaya sahaja iaitu nilai dan budaya Melayu.

Melalui watak Panglima dalam The Green Is Colour, Panglima digambarkan sebagai

watak yang extremism iaitu sangat melampau kerana berpegang teguh kepada kata-katanya tanpa

ada bantahan. Apa yang disuarakan atau diperkatakan oleh Panglima yang keluar dari mulutnya

merupakan suatu keputusan yang benar. Ini menunjukkan Dahlan memang seorang yang

mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan pendapat, cadangan atau rayuan seseorang

kepada dirinya. Contohnya apabila Sara beberapa kali memujuk rayu Panglima untuk

melepaskan Dahlan dan yun Ming daripada diapa-apakan oleh kuncu-kuncu Panglima (ms180).

Tetapi Panglima tetap dengan keputusannya tidak mahu melepaskan Dahlan dan Yun Ming

walaupun dia tahu hanya dia sahaja yang dapat membuat keputusan sama ada membebaskan atau
terus menyembunyikan Dahlan dan yun Ming dalam tahanan. Disebabkan keputusan yang

disuarakan oleh Panglima telah memaksa Sara untuk merayu kali kedua dengan mengatur

perancangannya untuk ke rumah makcik Panglima, itu pun setelah berbagai-bagai alasan dari

Panglima yang diberikan kepada Sara untuk tidak melepaskan Dahlan dan Yun Ming (ms181).

Panglima sememangnya seorang yang mementingkan diri tanpa menghiraukan kata-kata Sara

supaya tidak mengapakan kekasihnya Yun Ming yang telah menyatakan kepada Sara bahawa

Panglima seorang pekerja yang setia (ms180).

Selain itu, Panglima dilihat cuba menggoda Sara walaupun dia tahu Sara

sudahpun berkahwin dengan Omar. Panglima mengambil peluangnya kerana dia merupakan

kawan kepada ayah Sara. Oleh itu, tidak kekok untuknya ke rumah Sara. Ini diceritakan oleh

Sara kepada Yun Ming setalah balik dari Dance Company. Menurut Sara, semasa hendak pergi

ke pertunjukan itu, Panglima telah mengambil Sara terlebih dahulu lalu membawanya ke suatu

tempat yang sunyi dan Panglima cuba mengoda Sara (ms13 dan ms179). Sara merupakan wanita

pujaan Panglima kerana Panglima sudah menunjukkan minatnya kepada Sara semenjak Sara

berusia enam tahun sehinggalah Sara membesar sebagai seorang gadis, minat Panglima kepada

Sara semakin tidak keruan (ms39). Hal ini menyebabkan Panglima tidak senang duduk

sehinggakan ayah Sara iaitu Lebai Hanafiah menyedari akan perubahan yang ketara ditunjukkan

oleh Panglima kepada anaknya Sara. Godaan Panglima akhirnya berjaya apabila dia telah

memperkosa Sara secara paksa apabila meletakkan dadah di dalam minuman Sara sehingga

menyebabkan Sara tidak sedarkan diri (ms191). Akhirnya Gita yang menemui Sara di rumah

Panglima (ms191). Dari sudut lain pula, Panglima digambarkan sememangnya seorang

penggoda. Ini dibuktikan apabila pencerita menceritakan Panglima pernah menggoda Niramon,
seorang gadis berkulit cerah dari Chiengmai (ms177). Secara tidak langsung membuktikan

Panglima gemar ke Thailand untuk berhibur.

Antara lain, walaupun Panglima seorang yang berpengaruh, dia bijak mengaturkan

helahnya mempengaruhi Sara untuk membenci Dahlan. Dahlan merupakan kawan baik kepada

Sara dan seorang peguam yang mengamalkan perpaduan secara demokrasi, liberalisasi dan

tolenrasi. Hal ini menyebabkan punca utama Panglima membenci Dahlan. Panglima telah

mempengaruhi Sara dengan mengatakan mengenai dahlan yang telah runtuh akhlaknya.

Panglima meminta supaya Sara bersama-sama dengannya menghentikan pengaruh Dahlan yang

sudah menular dan berleluasa kerana beranggapan sikap Dahlan yang terlalu mengagungkan

budaya Barat yang kelak akan membinasakannya (ms41). Selain itu, semasa berlaku kejadian di

balai polis Narathiwat, Panglima Berjaya mempengaruhi penduduk kampung untuk menemui

ketua polis bagi membincangkan mengenai cara mendapatkan keamanan dan permintaannya

untuk membina masjid juga diluluskan. Panglima menjadi ahli Liberation Front yang menuntut

kemerdekaan wilayah selatan Pattani daripada Thailand dengan menggunakan kemahirannya

membuat muslihat dan ancaman (ms112). Panglima membina imejnya dengan penuh kepura-

puraan sebagai seorang alim yang bersemangat mempertahankan agama Islam. Sekaligus

memperlihatkan sisi gelap Panglima yang meneroka kuasa atas dasar agama.

Watak Panglima di dalam The Green Is Colour juga digambarkan seorang yang kejam

kerana telah menculik Dahlan. Sikap buruk Panglima yang tidak bertolak-ansur kepada Dahlan.

Panglima merancang penculikkan ke atas Dahlan kerana dahlan berkhutbah mengenai integrasi

dan persamaan kaum (ms175). Dahlan memperjuangkan keadilan bagi semua kaum dan tolenrasi

agama, namun ucapan-ucapan yang sering diberikan pada khalayak ramai telah menyebabkan
kekacauan. Penaung Dahlan menyifatkannya sebagai foolish idealist (ms171). Secara tidak

langsung ini bertentangan dan bercanggah dengan pendapat Panglima. Sikap Panglima yang

kejam dan tidak berperikemanusiaan telah menyiksa Dahlan dengan teruk lalu menyebabkan

kepada kematian yang tidak disangka kerana di tengah-tengah masyarakat moden kini, sifat

manusia yang buruk tingkah lakunya masih jua kelihatan.

Ironis sejarah hidup Panglima akhirnya terungkap apabila identitinya diragukan dari segi

etnik dan agama. Panglima sebenarnya dilahirkan di Rangoon, Myamar. Anak kepada seorang

yang keturunannya tidak diketahui, lalu dia berhijrah ke Hatyai dan hidup bergelimpangan di

kalangan pelacur-pelacur dan menggunakan nama Ram Prachat. Ram Prachat pergi ke Songhkla

pula dan mengahwini seorang gadis Islam lalu menukar namanya kepada gelaran Saiful (ms177-

178). Saiful memimpin satu delegasi penduduk kampung untuk berjumpa dengan Gabenor yang

beragama Buddha bagi menuntut pembinaan sebuah masjid (ms112). Panglima juga seorang

yang pengkhianat apabila berkhidmat sebagai pemberi maklumat kepada rejim Jepun. Panglima

mempengaruhi rejim Jepun dengan mengatakan dia berasal dari Acheh yang pada ketika itu,

Acheh dianggap sebagai pusat penyebaran Islam terpenting dan satu-satunya Negara yang kuat

menentang penjajahan Eropah. Panglima memperdayakan rejim Jepun dengan member

gambaran dia adalah anti colonial dan sekaligus meletakkan gelaran pada dirinya sendiri bahawa

dia adalah pejuang Islam yang handal. Kelancaran Panglima dalam menguasai dialek Kedah,

menaikkan tarafnya menjadi orang yang disegani dan dikagumi dalam masyarakat kampung.
Kesimpulannya, novel The Roots Is Shadow mengemukakan mengenai kesunyian, koflik

dan kehidupan masyarakat antara lelaki dan wanita menghadapi cabaran hidup moden yang

universal. Kemahiran Deshpandi dapat dilihat pada dalaman watak wanita, tetapi pada masa

yang sama menggambarkan psyche watak lelaki. Deshpandi meletakkan kesedaran pada watak

Indu bahawa cara hidup tradisional tidak semestinya terkongkong malahan cara hidup moden

juga tidak semestinya bebas. Manakala dalam novel The Green Is Colour pula, pengarang

menggunakan beberapa orang watak untuk melakarkan falsafahnya tentang persahabatan dan

persefahaman antara kaum-kaun di Malaysia bagi membentuk satu masyarakat yang penuh

harmonis.

Anda mungkin juga menyukai