Anda di halaman 1dari 19

MAKSUD PLOT

jalinan cerita atau peristiwa dalam sesebuah cereka.


Jalinan tersebut berkembang

berdasarkan hukum sebab dan akibat.

Peristiwa atau cerita itu selalunya

dijalin secara kronologi atau tidak secara kronologi.


Kronologi mengikut turutan masa

manakala tidak mengikut kronologi adalah sebaliknya.

BINAAN PLOT

TEKNIK PLOT

MAKSUD BINAAN PLOT


plot cerita terbina daripada beberapa bahagian penting.
PELERAIAN KLIMAKS PERUMITAN

PERKEMBANGAN
PERMULAAN

Bahagian PERMULAAN atau eksposisi merupakan bahagian yang memperkenalkan watak-watak. Watak-watak akan diperkenalkan dari segi fizikal, emosi serta berkaitan dengan persekitaran dan watak-watak lain.

Kemudian watak-watak itu akan berkembang dan berinteraksi pada bahagian PERKEMBANGAN cerita. Seterusnya, perhubungan antara watak itu akan menimbulkan konflik yang kemudiannya menjadi rumit pada bahagian PERUMITAN. Pada peringkat tersebut selalunya konflik akan berterusan dan menjadi bertambah rumit.

Plot akan terus bergerak ke bahagian PUNCAK atau KLIMAKS cerita. Pada peringkat ini, keadaan menjadi semakin mendebarkan, kritikal, ngeri, dan cemas akibat konflik atau pertentangan antara watak.

Selanjutnya, bahagian puncak itu akan mencapai ke satu tahap, iaitu sampai ke tahap penyelesaian. Akhirnya, plot bergerak terus ke tahap PELERAIAN, iaitu semua konflik dan pertentangan akan diselesaikan atau terlerai.

TEKNIK PLOT
cara atau kaedah pengarang

mengembangkan plot cerita supaya menjadi lebih menarik dan menambat hati pembaca. Perkara ini menyebabkan pembaca ingin meneruskan pembacaannya hingga ke penamat cerita.

SASPENS

DIALOG

KEJUTAN

MONOLOG

IMBAS MUKA

MONOLOG DALAMAN

IMBAS KEMBALI PEMERIAN

DIALOG
pertuturan atau percakapan sekurangkurangnya antara dua watak ataupun lebih. Pengarang menggunakan teknik ini untuk menggerakkan atau mengembangkan cerita selanjutnya. Melalui dialog, pengarang dapat memaparkan atau menggambarkan pendapat atau pemikiran berkenaan dengan tema atau persoalan dalam novel tersebut.

MONOLOG
Teknik ini merujuk kepada pengucapan atau tutur kata oleh sesuatu watak secara bersendirian. Dengan perkataan lain, teknik monolog bermaksud sesuatu watak itu akan bercakap seorang diri. Kadangkala, monolog itu juga mungkin berupa doa, rungutan, keluh-kesah ataupun ratapan

MONOLOG DALAMAN
Teknik ini merujuk kepada percakapan, lintasan, atau rintihan dalam hati atau fikiran sesuatu watak dan tidak diketahui oleh watak-watak yang lain.

PEMERIAN
Teknik pemerian digunakan oleh pengarang untuk menerangkan peristiwa dalam plot secara langsung. Dengan perkataan lain, pengarang seolah-olah menjadi tukang cerita dan menggambarkan sesuatu perkara atau peristiwa secara langsung,

IMBAS KEMBALI
Teknik ini merupakan satu teknik plot yang digunakan oleh pengarang untuk menceritakan sesuatu peristiwa yang sudah berlaku sebelum peristiwa itu. Pengarang menggambarkannya melalui ingatan, kenangan, lintasan atau imbasan sesuatu watak terhadap sesatu peristiwa yang telah berlaku sebelumnya.

IMBAS MUKA
Teknik ini merupakan satu teknik plot yang digunakan untuk memberikan bayangan awal tentang sesuatu peristiwa atau perkara yang akan berlaku dan masih belum berlaku lagi. Bayangan tersebut mungkin berpunca daripada sesuatu aksi watak atau aksi watak-watak lain atau perkara-perkara lain.

SASPENS
Teknik ini merujuk kepada peristiwa yang menggambarkan perasaan tertanya-tanya dan ingin tahu para pembaca untuk mengikuti cerita. Pembaca ingin tahu perkara yang akan berlaku seterusnya.

KEJUTAN
Teknik ini merujuk kepada keadaan atau peristiwa yang berlaku tanpa disangka-sangka oleh pembaca. Dengan kata lain, pembaca tidak dapat menjangkakan peristiwa itu akan berlaku dan peristiwa tersebut berlaku secara mengejut.

Anda mungkin juga menyukai