Anda di halaman 1dari 5

Perihal dan Sikap Pemimpin

Seseorang yang Gila Kuasa Sehingga Sengaja Menimbulkan Kebencian Rakyat Terhadap Pemimpin.

Menelusuri novel Shit karya Shahnon Ahmad mengandungi pelbagai jenis perihal dan sikap
pemimpin yang boleh dicerakinkan menjadi sebuah kajian yang lengkap dan menepati kriteria kajian
kami. Berdasarkan novel tersebut, sebuah watak yang digelar sebagai PukiMak@Shit@PM
merupakan seorang pemimpin yang menerajui sebuah sistem politik dan negara seperti yang
dinyatakan dalam novel tersebut. Kupasan demi kupasan akan dilakukan untuk mengetahui perihal
dan sikap pemimpin yang menjadi tumpuan utama dalam kajian ini.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa watak PukiMak@Shit@PM merupakan seorang yang gila kuasa
sehingga sengaja menimbulkan kebencian rakyat terhadap pemimpin. Gila kuasa adalah satu istilah
yang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi kerana mana-mana pemimpin di dunia ini mesti
mempunyai perasaan gila kuasa tersebut. Gila kuasa adalah suatu penyakit yang cinta akan kuasa
hingga mengaburi segala jenis kebaikan kerana mereka yang gila kuasa lebih bimbang kehilangan
jawatan atau kepentingan diri lebih dari kesusahan rakyat. Hadis Nabi juga menyatakan bahawa
“Sesungguhnya akan ada dikalangan kamu yang bersungguh-sungguh gilakan kepimpinan sedangkan
ia akan menjadi satu penyesalan di Hari Kiamat” (Hadis Riwayat al-Bukhari).

Perasaan gila kuasa PukiMak@Shit@PM merupakan sesuatu perkara yang tidak boleh dibendung
lagi kerana matanya sudah terlalu dikaburi dengan keselesaan jawatan yang dipegang olehnya.
Pukimak@Shit@PM tidak mahu rasa dirinya tergugat dengan jawatannya sehingga dirinya bagaikan
tidak mahu sebut atau berbincang mengenai jawatanya kerana bimbang akan kehilangan kuasanya.
Kaedaan gila kuasa ada dipaparkan dalam novel tersebut yang berbentuk dalam petikan seperti

“Kali ini saya tidak mahu keluar melalui lobang keramat itu, bisik PM. Jangan ada yang berani
mengeluarkan saya melalui lobang keramat itu, katanya agak kuat. Saya tidak mahu keluar.
Sesiapa ingin keluar dulu, boleh keluar sendiri-sendiri tapi aku sendiri tidak mahu keluar. Saya tetap
ingin berada di dalam perut kekuasaan pemerintahan ku ini. Lagi pun lobang keramat yang setiap
orang antara kita miliki itu bukan hanya untuk mengeluarkan kotoran atau PukiMak tapi juga
lobang itu boleh dimasuki oleh benda yang lain”

Oleh itu, PukiMak@Shit@PM sanggup mempertaruhkan segalanya demi mempertahahankan


kekuasaanya. Kuasa yang dimilikinya membolehkan dirinya melakukan segala jenis perbuatan kotor
dan jijik demi mempertahankan kepentinganya sendiri sehingga menghiraukan perkara yang akan
berlaku akibat daripada tindak-tanduknya sebagai pemimpin yang zalim.
PukiMak@Shit@PM yang terlalu taasub dengan jawatan

Sifat-sifat negatif yang dipaparkan oleh PukiMak@Shit@PM banyak dijadikan sebagai topik utama
dalam novel tersebut. Sikap-sikap yang tidak patut ditonjolkan sebagai seorang pemimpin nombor
satu dalam negara dijadikan sebagai suatu yang semulajadi oleh PukiMak@Shit@PM. Pentaasuban
terhadap jawatan yang dijadikan sebagai tabiat oleh PukiMak@Shit@PM amatlah ketara dengan
menjadikan jawatanya sebagai suatu oksigen yang merupakan sebuah elemen yang penting untuk
sesebuah manusia untuk hidup. Begitulah juga hidup PukiMak@Shit@PM yang bagaikan tidak boleh
hidup tanpa jawatan nombor satu negara tersebut.

Kaedaan yang dipaparkan dalam novel tersebut saling tidak tumpah dengan apa yang berlaku di
Malaysia pada masa kini yang menyebabkan novel Shit sebuah karya realisme walaupun dinafikan
oleh Shahnon Ahmad. Perebutan demi perebutan kuasa yang berlaku di Malaysia menampakkan
dengan jelas apa yang digambarkan oleh Shahnon Ahmad dalam novel Shit tersebut. Pentaasuban
kuasa oleh pemimpin nombor satu negara dijadikan sebagai perkara yang lebih penting berbanding
khidmat terhadap rakyat yang menghadapi pelbagai masalah yang memerlukan seorang pemimpin
yang berkaliber untuk mendepani masalah tersebut.

Permainan politik yang dimainkan oleh PukiMak@Shit@PM menjadikan sistem politik diistilahkan
oleh penulis sebagai tempat taik yang busuk lagi menjijikkan. Walaupun pentaasuban terhadap
jawatan pemimpin disedari oleh PukiMak@Shit@PM tetapi dia lebih selesa hidup dalam kaedaan
yang dibelenggu oleh sistem politik yang jahanam, busuk lagi jijik seperti yang digambarkan oleh
penulis dalam novel tersebut. Walaupun kejayaan sesebuah negara berada di tangannya, tetapi
PukiMak@Shit@PM lebih berminat memenuhi perutnya dengan segala nafsu duniawi yang tidak
akan pernah mencukupi bagi dirinya. Petikan dalam novel yang bersesuaian dalam konteks ini
adalah;

“Itulah dalam detik-detik dirinya berada di puncak kekuasaan dalam sistem politik taik yang terkenal
dengan kebusukan dan membusukkan selama ini, PukiMak terasa dirinya bukan sekadar PukiMak
tapi telah jauh menjangkau makna lebih dari makna PukiMak. Siapa lagi yang lebih berkuasa dari
PukiMak? Siapa? Boleh beritahu saya siapa lebih berkuasa dari PukiMak? Ada! Siapa? Tuhan!
Tuhan? Kalau tuhan lebih berkuasa dari PukiMak, maka PukiMaklah tuhan. Bermakna akulah
tuhan”.

Berdasarkan petikan tersebut jelaslah bahawa tahap pentaasuban PukiMak@Shit@PM berada di


tahap sehingga menggelarkan dirinya sebagai tuhan yang secara realitinya beza dirinya dan tuhan
amatlah tidak terkira jauhnya. Hal ini kerana Tuhan iaitu Allah tidak akan jatuh selama-lamanya,
tetapi PukiMak@Shit@PM jatuh tersungkur dengan hina sekali setelah itu tidak ubah seperti Firaun
yang mengaku dirinya sebagai Tuhan lalu jatuh ditimpa oleh bala terhadapnya daripada Tuhan.

Menolak Ajaran Islam dengan Mengabaikan Sistem Perundangan Islam

Seorang pemimpin yang berwibawa membawa sekali agama yang dianuti. Oleh itu, pemimpin
seharusnya menjadikan agama sebagai jati diri yang kukuh untuk menjadikan pemimpin yang
cemerlang dari sudut duniawi dan ukhrawi. PukiMak@Shit@PM seperti yang digambarkan dalam
novel tersebut adalah seseorang pemimpin yang tidak berlandaskan agama dan tidak menerapkan
tuntutan agama dalam pemerintahanya walaupun dirinya merupakan seorang yang beragama Islam.

Antara tuntutan agama yang dihiraukan oleh PukiMak@Shit@PM adalah sifat amanah. Amanah
bermaksud menjalankan tugas sebagai pemimpin dengan baik, tidak menyeleweng atau salah guna
kuasa. Seseorang pemimpin yang berlandaskan Islam hendaklah menjalankan tugas dengan penuh
berjaga-jaga dan tidak berniat menjadikan pimpinannya untuk kepentingan dirinya sendiri.
Rasulullah bersabda maksudnya: "Pemimpin yang menguasai urusan kaum Muslimin, tetapi tidak
bersungguh-sungguh memerhatikan kepentingan kaumnya, tidak nasihat menasihati demi kebaikan
dan kesejahteraan mereka, kelak dia tidak dapat masuk syurga bersama-sama mereka." (Hadis
Riwayat Bukhari & Muslim).

Penentangan terhadap sistem perundangan Islam oleh PukiMak@Shit@PM menampakkan seolah-


olah perkara tersebut tidak penting dan tidak memberi kesan apa-apa terhadap pemerintahanya.
Hal ini menyebabkan pemerintahanya kucar-kacir dengan pelbagai pihak yang cuba menjatuhkan
dirinya. Penulis memasukkan unsur-unsur tersebut dalam novel tersebut supaya dijadikan teladan
kepada pemipin-pemimpin di luar sana untuk meletakkan agama sebagai jati diri dalam sistem
pemerintahanya terutama sekali agama Islam. Berikut adalah petikan yang menggambarkan perihal
pemimpin yang tidak menjadikan ajaran Islam sebagai landasan utama dalam urusan pentadbiran.

“pm tidak akan bermesra dengan sistem akaliah atau sistem aqliah yang berpaksikan cahaya itu
kerana pm tidak pernah yakin dengan sistem itu. Tak pernah pun pm memikirkan tentang
kewujudan cahaya seumpama itu. Sejarahnya dan sejarah asal usulnya memang bergelumang
dengan taik yang busuk dan membusukkan. pm hanya megah dengan kebusukan. Ahli sejarah pun
pernah menegaskan bahawa warisan warga PukiMak itu pun memang bertonggakkan kebusukan
taik juga…”

Oleh itu, dapat dilihat bahawa PukiMak@Shit@PM menghiraukan sistem perundangan Islam yang
menjadikan dirinya sebagai tembok yang menghalangi segala jenis perundangan yang menjadikan
sesebuah negara berada di landasan yang betul.
Sifat Dominan yang Ditampilkan oleh PukiMak@Shit@PM Sehingga Tidak Ada Siapa Yang Berani
Menentangnya.

Pemimpin yang dominan seperti PukiMak@Shit@PM menjadikan dirinya sebagai watak yang tidak
disukai oleh ramai pihak seperti pengikutnya, rakyat dan musuhnya. Suara yang begitu lantang
memperjuangkan dirinya dan bukan memperjuangkan hak-hak rakyat yang diamanahkan kepadanya
menampakkan dirinya sebagai diktator yang mempunyai kuasa yang bersifat individual walaupun
bukan seperti yang diharapkanya. Suara yang halus dan langsung tidak memberi kesan yang
mendalam terhadap pimpinan PukiMak@Shit@PM adalah suara pengikutnya.

Pemimpin yang dominan merupakan sebuah pimpinan yang ada di dunia nyata yang menampakkan
realistiknya penulisan dalam novel Shit. Terdapat banyak pemimpin di dunia ini menampilkan sikap
dominan dalam pemerintahanya seperti Vladimir Putin, Kim Jong Un dan sebagainya. Walaupun
PukiMak@Shit@PM sudah menjangkau usia tua, tetapi dia tidak akan melepaskan jawatanya kepada
yang lebih muda. Dr Syahruddin Awang Ahmad yang merupakan seorang penganalisis politik berkata
fenomena dominasi 'kuda tua politik' ini mempunyai kait rapat dengan pengaruh elit politik dan
bersifat paternalistik, iaitu masih mahu kekal sebagai idola dalam parti dan arena politik yang
menyebabkan pemimpin muda atau pelapis gagal mendapat tempat bagi menggantikan pemimpin
politik veteran berkenaan.

Sifat dominan yang menjadi jati diri bagi PukiMak@Shit@PM menyebabkan segala pengikutnya
patuh sahaja denga segala arahan yang diberikanya walaupun arahan atau keputusanya tidak
dipersetujuinya kerana takut dibuang atau dipecat daripada ahli kepimpinanya. Segala arahan dan
keputusanya adalah berdasarkan untuk memenuhi kepentingan dirinya sendiri tanpa mengambil
pendapat oleh pengikutnya. Petikan dari novel yang menggambarkan kaedaan tersebut adalah;

“PM sudah pasti kini bahwa dia tidaK akan keluar melalui lobang keramat itu. Para anggota taik
barisan yang membuntutinya selama ini akan melindunginya Mereka pasti melindunginya kerana,
kalau tidak, mereka pula pasti akan dikentutkan keluar melalui lobang keramat itu. Dan sejarah
yang lampau telah banyak mengajarnya untuk bertindak apa saja walau seganjil atau sepelik mana
sekali pun kerana rakyat jelata di luar itu hanya bersemangat tahi ayam saja. Sudah dua tiga kali
PM perintah lobang keramat mengentut keluar mereka-mereka yang menampakkan bayangan
untuk mencabarnya dulu. Semuanya terkentut keluar dan semuanya dihenyak dan dilupakan
sehingga tak tercatit pun dalam sejarah”.
Berdasarkan petikan novel tersebut, maka jelaslah dominasi PukiMak@Shit@PM dalam pimpinanya
sehinggakan tiada siapa yang berani menentangnya kerana bimbang akan periuk nasinya.

Anda mungkin juga menyukai