Anda di halaman 1dari 6

PROSES PENGGUGURAN Proses pengguguran merupakan satu proses transformasi di dalam sesuatu struktur ayat yang mengakibatkan pengguguran

beberapa unsur tertentu tersebut. Oleh itu, unsur yang telah digugurkan itu tidak lagi wujud. Terdapat tiga jenis pengguguran utama di dalam sintaksis Bahasa Melayu. Jenis-jenis tersebut ialah: Pengguguran frasa nama sebagai subjek Pengguguran frasa predikat Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif Pengguguran Pengguguran seluruh frasa Apabila dua ayat berdasarkan ayat

subjek kata ganti predikat nama diri orang Frasa kerja Frasa nama Frasa adjektif Frasa sendi nama

digabungkan, dengan satu ayat ke yang

kedua dalam ayat perintah

dipancangkan dalam satu ayat lagi

sebagai

frasa relative, frasa nama yang serupa yang frasa mendahului relative itu

boleh digugurkan Pengguguran Pengguguran bahagian-

subjek yang serupa bahagian frasa predikat dalam ayat majmuk Oleh + FN dalam ayat pasif Kata serupa FN sebagai objek bantu yang

yang serupa FN sebagai objek

selepas kata kerja yang membawa

makna adjektif
Jadual 3 menunjukkan penjenisan dalam proses pengguguran.

Di samping itu juga, terdapat satu lagi jenis pengguguran tetapi tidak ditekankan di dalam kajian untuk bahasa Melayu. Jenis ini dinamakan pengguguran kata nama yang berfungsi sebagai inti dalam frasa nama. Penggunaan proses pengguguran ini mampu menjadikan sesuatu ayat itu gramatis dan mudah difahami kerana ayat yang sudah mantap. ANALISIS CERPEN BAGI PROSES PENGGUGURAN Berdasarkan cerpen Nasi Kerabu Emak, tidak banyak pengguguran yang boleh dijumpai. Kebanyakan ayat mengalami proses pengguguran dari penjenisan yang sama. Rajah-rajah yang ditunjukkan di bawah merupakan rajah hierarki bagi ayat-ayat yang mengalami transformasi dalam proses pengguguran. 1. Emak akan keluar mengutip daun dan menyediakan nasi kerabu.

Rajah 1 menunjukkan pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk.

Berdasarkan ayat di atas, subjek yang mengalami proses pengguguran ialah emak yang berada pada awal ayat kedua (A2). Ini kerana subjek tersebut serupa atau beridentiti sama yang bergabung menjadi ayat majmuk. Rajah di atas dapat menunjukkan dua ayat tunggal yang merujuk pada orang yang sama. 2. Dia sudah pulang dan maafkan adiknya.

Rajah 2 menunjukkan ayat lain yang mengalami pengguguran frasa nama sebagai subjek.

Berdasarkan ayat di atas, frasa nama yang mengalami pengguguran ialah dia. Dia berada di bahagian subjek yang merujuk pada orang yang sama. Memandangkan subjek identiti yang sama, maka dia digugurkan pada ayat yang kedua. Pengguguran ini digolongkan dalam pengguguran subjek dalam ayat majmuk kerana penggunaan dan dalam ayat cerpen di atas.

3. E Ding telah pergi ke Shah Alam, Subang Jaya dan Kelana Jaya.

Rajah 3 menunjukkan pengguguran kata bantu (KB) yang serupa.

Kata bantu yang digunakan dalam ayat di atas ialah telah. Ayat ini menunjukkan E Ding sudah pergi ke ketiga-tiga tempat yang dinyatakan iaitu Shah Alam, Subang Jaya dan Kelana Jaya. Kata bantu pada ayat yang kedua dan ketiga digugurkan. Begitu juga dengan frasa nama E Ding, orang yang sama pergi ke tempat tersebut. Pengguguran jenis ini terletak di bawah proses pengguguran bahagia-bahagian frasa predikat. 4. Mereka yang tidak pernah mengikut emak ke hutan atau belukar menumpu sepenuh perhatian di sekolah.

relativisasi

(a)

(b)

Pengguguran FN yang mendahului frasa relatif

(c) Rajah 4 (a), (b) dan (c): menunjukkan proses yang dilalui bagi ayat sehingga terjadi pengguguran Frasa Nama.

Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif di atas berlaku dalam kedudukan frasa nama sebagai subjek. Ayat di atas mengalami proses relativisasi kerana wujudnya penggunaan yang. Kemudian, frasa nama mereka yang mendahului frasa relative pada ayat kedua digugurkan. 5. Yang pandai bersekolah diberi peluang menuntut ilmu pelajaran.

Rajah 5 menunjukkan proses pengguguran frasa nama sebagai subjek.

Berdasarkan cerpen, ayat yang digunakan oleh penulis terus dimulakan dengan frasa relatif yang. Dengan ini, boleh diandaikan bahawa subjek telah digugurkan memandangkan frasa nama tiada. Mungkin sahaja penulis merujuk kepada murid, budak atau orang. Justeru, frasa nama sebagai subjek digugurkan.

Anda mungkin juga menyukai