Anda di halaman 1dari 4

REFLEKSI ISU

Guru telah melaksanakan aktiviti imlak dengan menggunakan bahan mudah atau
guru membacakan petikan teks kepada murid. Oleh itu, guru memerlukan lontaran
suara yang jelas dan kuat agar murid dapat mengenalpasti perkataan yang diujarkan
untuk ditranskripsikan di atas buku latihan mereka. Guru mendapati ramai murid
masih mengeja banyak perkataan salah walaupun latihan menyalin semula. Jika
masalah ini berlarutan, maka ini akan memberi kesan kepada markah penulisan dan
akan mempengaruhi emosi pemeriksa untuk menanda kertas mereka. Berdasarkan
perbualan saya bersama guru-guru di sekolah, saya banyak mendengar rungutan
dan komen-komen negatif tentang kertas penulisan Bahasa Melayu khususnya.
Beberapa orang guru berasa tidak puas hati dan tertekan kerana perlu membaca
karangan yang panjang dengan tulisan cakar ayam.

Guru berasa amat kecewa dan juga serba salah dengan dapatan yang guru
temui. Pada awalnya, guru menyangkakan semua murid Tahun 4 Arif dapat menulis
dengan baik memandangkan mereka berada di kelas yang boleh dikategorikan
sebagai cemerlang. Guru tertanya-tanya adakah sebutan dan ujaran yang kurang
jelas atau berbelit-belit? Mungkin juga nada dan intonasi yang diujarkan terlalu laju
dan tidak dapat didengari oleh murid-murid. Adakah guru terlalu garang kepada
mereka hingga mereka tidak berani untuk bertanya kembali perkataan yang tidak
didengari? Adakah tulisan guru terlalu buruk sehingga murid tidak dapat memahami
perkataan yang ditulis? Apakah jenis tulisan dan saiz font yang sesuai untuk
diberikan kepada murid sebagai latihan mengimlak? Persoalan-persoalan ini
sentiasa bermain di fikiran guru. Justeru, pengkaji membuat keputusan untuk
memperbaiki kelemahan pada pengajaran guru bagi meningkatkan proses

kemahiran menulis murid-murid. Pengkaji juga berharap agar kaedah yang direka ini
dapat menarik minat mereka untuk mempelajari Bahasa Melayu.

FOKUS KAJIAN
Kajian ini menfokuskan kepada peningkatan aktiviti imlak yang dilaksanakan oleh
guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

OBJEKTIF / PERSOALAN KAJIAN


Objektif Umum Memperbaiki aktiviti imlak dengan menggunakan Apa Kata Geng
Boboiboy dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran guru dalam kalangan murid
Tahun 4 Arif.
Objektif Khusus

Persoalan Kajian

1. Mengurangkan kesalahan ejaan


menyalin

semula

ayat

atau

perenggan yang diimlak.

1. Adakah murid Tahun 4 Arif dapat


mengurangkan kesalahan ejaan
dalam latihan penulisan setelah
menggunakan Apa Kata Geng
Boboiboy?

2. Memperbaiki

jarak

penulisan

2. Adakah murid Tahun 4 Arif dapat

antara satu perkataan dengan

menulis dengan jarak yang sesuai

perkataan yang lain.

antara satu perkataan dengan


perkataan

yang

lain

dengan

menggunakan Apa Kata Geng


Boboiboy?
3. Meningkatkan minat murid untuk
mempelajari
Melayu.

penulisan

Bahasa

3. Adakah suasana di dalam bilik


darjah mempengaruhi murid-murid
Tahun

Arif

untuk

belajar

penulisan Bahasa Melayu setelah


menggunakan Apa Kata Geng
Boboiboy?

PROSEDUR TINDAKAN
Model Kurt Lewin
1. Merancang
-

Merancang tindakan

Senaraikan kedah kajian

Kenal pasti responden

2. Tindakan
-

Aplikasi aktiviti Apa Kata Geng Boboiboy

Kumpul data

3. Pemerhatian
-

Reaksi responden

Tingkah laku responden

4. Refleksi
-

Menyatakan kelebihan dan kekurangan Apa Kata Geng Boboiboy

Cadangan penambahbaikan

CARA PENGUMPULAN DATA


Terdapat tiga kaedah pengumpulan data yang digunakan iaitu pemerhatian, temu
bual dan soal selidik.
Pemerhatian Pengkaji melakukan pemerhatian berdasarkan lima kriteria yang
telah ditetapkan.
Temu bual Pengkaji menggunakan temu bual semi struktur dengan membina
soalan yang akan ditemu bual dan melaksanakan temu bual selepas waktu subjek
Bahasa Melayu diajarkan. Pengkaji merekod perbualan tersebut melalui rakaman
audio dan membuat catatan.
Soal selidik Pengkaji telah menyediakan borang soal selidik dengan menyatakan
enam pernyataan berkenaan dengan kajian. Responden perlu menandakan pada
ruangan setuju atau tidak setuju berdasarkan kajian yang dilaksanakan.

DAPATAN / KESIMPULAN

Kajian ini menjawab ketiga-tiga soalan kajian yang dikemukan.

Aktiviti Apa Kata Geng Boboiboy membantu guru dalam melaksanakan aktiviti
imlak semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Aktiviti Apa Kata Geng Boboiboy dapat menarik minat murid untuk bersedia
dan juga membantu murid dalam mengurangkan masalah ejaan semasa
mengimlak bahan.

Anda mungkin juga menyukai