Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA

CADANGAN PEMBINAAN RUANG DAPUR PRASEKOLAH


SK MUPONG, MERADONG
1. TAJUK

Pembinaan Ruang Dapur Prasekolah SK Mupong, Meradong.

2. DIKEMUKAKAN OLEH

Jawantankuasa Prasekolah SK Mupong, Meradong yang terdiri daripada guru


Prasekolah dan juga Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah (PPM).

3. PENGENALAN

SK Mupong, Meradong mempunyai 7 orang murid prasekolah bagi sesi persekolahan


2021. Permohonan ini adalah perlu kerana ruang dapur bangunan lama yang telah
roboh. Tambahan lagi, sepanjang hari persekolahan, PPM atau guru akan masak di
rumah kuarters guru.

4. TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan bagi mendapatkan pertimbangan dan kebenaran untuk
menggunakan Kumpulan Wang SUWA agar pembelian dapat dilakukan untuk peralatan
pembinaan dapur prasekolah.

5. OBJEKTIF

5.1 Menyediakan ruang dapur yang sesuai dan lebih selesa bagi memudahkan PPM
atau guru prasekolah untuk menyediakan makanan kepada murid prasekolah.

5.2 Memudahkan urusan penyimpanan stok perkakas dapur dan makanan murid
prasekolah.

6. JUSTIFIKASI

Pihak Prasekolah SK Mupong amat berbesar hati sekiranya permohonan ini diluluskan
memandangkan ruang dapur di bangunan prasekolah yang lama sudah roboh akibat
hakisan di tebing sungai. Oleh itu, pihak kami telah berpindah ke kelas sementara yang
hanya mampu memuatkan ruang pembelajaran sahaja. Justeru, pihak kami telah
berbincang dengan Guru Besar SK Mupong, Encik Lingga anak Dagang, dan memilih
alternatif untuk menggunakan dapur di rumah kuarters staf bagi tujuan memasak dan
menyimpan stok makanan murid. Jarak yang jauh antara rumah dan kelas prasekolah
sedikit sebanyak menyukarkan pergerakan guru dan PPM. Tambahan lagi, musim wabak
Covid-19 yang melanda ketika ini sangat mengehadkan pergerakan setiap individu.
Pihak Prasekolah iaitu guru dan PPM telah berbincang dan bermesyuarat dengan
pentadbir sekolah bagi menerangkan sebab dan tujuan penggunaan Kumpulan Wang
SUWA ini. Oleh yang demikian, saya sebagai Guru Prasekolah SK Mupong sangat
berharap agar permohonan ini diluluskan memandangkan punca kewangan Kumpulan
Wang SUWA masih berbaki dan juga melancarkan urusan seharian di prasekolah.

7. CADANGAN

Pihak sekolah telah bersetuju untuk membina dapur prasekolah yang berukuran 12 kaki
Panjang dan 10 kaki lebar (12ft x 10ft). Lakaran pembinaan boleh rujuk pada bahagian
Lampiran 1 dan 2.

8. ANGGARAN KOS PEMBINAAN

SAIZ UKURAN HARGA KUANTITI HARGA


BIL JENIS/ BAHAN SEUNIT BAHAN
(RM) (RM)
1. Kayu Belian (Tiang) 4” x 4” x 16’ 320.00 4 btg 1280.00
2. Kayu Belian (Suit) 2” x 6” x 10’ 148.00 4 btg 592.00
3. Papan Lantai 1” x 8” x 10’ 34.00 30 btg 1020.00
4. Kayu Gelegar 2” x 5” x 10’ 40.00 15 btg 600.00
5. Kasau dan Alang 2” x 4” x 12’ 34.00 10 btg 340.00
6. Kayu Pelekat Atap 2” x 2” x 12’ 18.00 10 btg 180.00
7. Kayu Rangka Dinding 2” x 3” x 12’ 24.00 14 btg 336.00
8 Atap (Metal Roofing G28) Panjang 12’ 56.40 10 kpg 564.00
9 Asbastose (Superflex) 4.5mm x 4’ x 8’ 34.60 7 kpg 242.20
10 Pintu (Solid Door) Standard size 240.00 2 set 480.00
11 Dawai Besi (Wireness 2”x2”) 4’ x 8’ 39.50 8 kpg 316.00
12 Bolt Nut dan Washer 12mm x 6” 3.20 15 btg 48.00
13 Kunci Pintu Standard 28.50 1 set 28.50
14 Ensel (Hinge) 4” 4” 1.20 7 unit 8.40
15 Paku Atap 2 ½” 8.50 4 kg 34.00
16 Paku Kayu 3” 5.50 5 kg 27.50
17 Paku Kayu 2 ½” 5.50 4 kg 22.00
18 Paku Kayu 2” 5.50 4 kg 22.00
JUMLAH (RM) 6,140.60

** Punca kewangan : Kumpulan Wang SUWA

9. PENUTUP

Semoga permohonan ini mendapat kelulusan memandangkan semua peralatan dan


bahan-bahan dapur masih disimpan di rumah kuarters guru prasekolah. Justeru,
memudahkan PPM atau guru untuk menyediakan makanan murid prasekolah setiap hari.
Disediakan oleh : Disahkan oleh :

…………………………………….. ………………………………
( NURZAWANI BINTI MHD FAKHRUDDIN ) ( LINGGA ANAK DAGANG )
Guru Prasekolah, Guru Besar,
SK Mupong, Meradong. SK Mupong, Meradong.

Diluluskan oleh :

…………………………………………
( )

LAMPIRAN 1
LAMPIRAN 2
MEMOHON SEBUTHARGA ( QUOTATION LETTER) CADANGAN PEMBINAAN DAPUR
PRA SEKOLAH SK MUPONG, MERADONG UKURAN (12ft x 10ft)

SAIZ UKURAN HARGA KUANTITI HARGA


BIL JENIS/ BAHAN SEUNIT BAHAN
(RM) (RM)
1. Kayu Belian (Tiang) 4” x 4” x 16’ 320.00 4 btg

2. Kayu Belian (Suit) 2” x 6” x 10’ 148.00 4 btg


3. Papan Lantai 1” x 8” x 10’ 34.00 30 btg
4. Kayu Gelegar 2” x 5” x 10’ 40.00 15 btg
5. Kasau dan Alang 2” x 4” x 12’ 34.00 10 btg
6. Kayu Pelekat Atap 2” x 2” x 12’ 18.00 10 btg
7. Kayu Rangka Dinding 2” x 3” x 12’ 24.00 14 btg
8 Atap (Metal Roofing G28) Panjang 12’ 56.40 10 kpg
9 Asbastose (Superflex) 4.5mm x 4’ x 8’ 34.60 7 kpg
10 Pintu (Solid Door) Standard size 240.00 2 set
11 Dawai Besi (Wireness 2”x2”) 4’ x 8’ 39.50 8 kpg
12 Bolt Nut dan Washer 12mm x 6” 3.20 15 btg
13 Kunci Pintu Standard 28.50 1 set
14 Ensel (Hinge) 4” 4” 1.20 7 unit
15 Paku Atap 2 ½” 8.50 4 kg
16 Paku Kayu 3” 5.50 5 kg
17 Paku Kayu 2 ½” 5.50 4 kg
18 Paku Kayu 2” 5.50 4 kg
JUMLAH (RM)

Anda mungkin juga menyukai