Anda di halaman 1dari 1

PROSES MEMBUAT LABU SAYONG Langkah 1 Menyediakan tanah Tanah ditumbuk menggunakan lesung kaki.

. Selepas itu, tanah diayak dan ditapis untuk memisahkan sampah-sarap dan ketul-ketul batu yang ada. Setelah bersih, tanah diuli supaya menjadi padat. Langkah 2 Membentuk Proses membentuk menentukan keindahan dan kekuatan labu. Tanah yang telah dibentuk menjadi silinder akan dilingkar menjadi satu bulatan dan diletakkan di atas pinggan. Langkah 3 Memicit Lingkaran tanah dipicit sambil memusing pinggan. Setelah badan labu terbentuk, tanah liat yang telah dileperkan dicantum bagi menutup bahagian yang terbuka. Langkah 4 Menghias Apabila labu sudah siap, labu dilicinkan dengan sudip buluh dan digilap menggunakan batu luru. Labu dibiarkan kering sebelum dihiasi dengan corak. Langkah 5 Membakar Proses pembakaran terbahagi kepada tiga peringkat iaitu menyalai, membakar dan menyepuh. Labu diletakkan di atas para secara terbalik dan ditutup dengan tikar selepas disalai. Bahang api akan memanaskan labu yang telah dimasukkan ke dalam unggun api.

Anda mungkin juga menyukai