Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR PENGAWAS PUSAT

SUMBER, PUSAT AKSES DAN SPBT KE PERPUSTAKAAN NEGERI


SABAH CAWANGAN TANJUNG ARU

Kertas Kerja ini di kemukakan kepada:


PENGETUA
SMK SUNGAI DAMIT TAMPARULI
Dengan tujuan untuk mendapatkan kelulusan pelaksanaan
Seperti yang terkandung dalam kertas kerja

Disediakan oleh,

PRISCILLA LIAN
Guru media dan Pusat Sumber
SMK SUNGAI DAMIT TAMPARULI

Ulasan Pengetua:
1.0      PENDAHULUAN

Berpegang kepada pepatah “jauh berjalan, luas pemandangan, banyak


pengalaman”, maka Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Damit telah bercadang untuk
mengadakan lawatan sambil belajar ke Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Tanjung Aru.
Selain menjadi antara program tahunan, ia juga merupakan satu program yang amat baik
sebagai landasan untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada
pengawas pusat sumber, pengawas pusat akses dan pengawas skim pinjaman buku teks
sekolah. Melalui program ini juga, diharapkan guru-guru pengiring dapat mengambil inisiatif
untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam menghasilkan corak pengajaran dan
pembelajaran yang lebih memberangsangkan minat murid.

2.0      RASIONAL

Selaras dengan hasrat Negara, maka program ini diadakan untuk memberi
pendedahan secara langsung kepada murid-murid. Melalui aktiviti seperti ini, keyakinan
mereka untuk berhadapan dengan masyarakat akan dapat dipertingkatkan. Selain itu,
lawatan seperti ini merupakan satu aktiviti sosial yang penting dalam usaha membuka
minda dan memberi inspirasi kepada murid untuk meneroka masa depan yang lebih baik.

3.0     OBJEKTIF

i. Diharapkan program ini dapat dijadikan sebagai landasan kepada para pelajar untuk
membina keyakinan diri melalui aktivti sosial yang bersesuaian.

ii. Dapat membuka minda dengan suasana dan pengalaman yang baru.

iii. Dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk berhadapan dengan dunia luar
dan masyarakat.

iv. Memberikan inspirasi kepada murid dan guru dalam merancang pengajaran dan
pembelajaran yang lebih kondusif.

4.0       DESTINASI

            Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Tanjung Aru

           
5.0       PERLAKSANAAN LAWATAN

           

            Tarikh : 25 Mei 2023

            Hari : Khamis

            Masa               : 7.30 pagi – 1.30 petang

6.0       KUMPULAN SASARAN

Program ini disasarkan kepada Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Pusat Akses dan
Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks. 

7.0      KUTIPAN

KUTIPAN JUMLAH       


 
Kutipan Murid 63 x RM 15.00 RM    945.00
        

JUMLAH RM   945.00  

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

PERKARA KUANTITI JUMLAH

Bas  Besar   1 x RM 545 .00 RM     545.00

Bas mini 2 x RM 200.00 RM 400.00

JUMLAH RM    945 .00

9.0    AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


Pengerusi : Priscilla Lian

Naib Pengerusi : Bennedette Maikol     

Setiausaha : Michelle Ann Zoharis

Bendahari : Dierdre Theseira Joanes

AJK Dokumentasi : Via Vilenney Charles

AJK Pengangkutan : Vencent Mikol

 10.0    TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA

 
a) SETIAUSAHA

Menyediakan surat menyurat, menghubungi pihak-pihak yang terlibat dengan proram


lawatan. Memaklumkan kepada Pengerusi/Naib Pengerusi tentang perkembangan terkini
urusan program. Membuat follow up pada setiap AJK. Menyediakan semua tindakan AJK.

b) BENDAHARI

Menerima wang pendapatan, kutipan dan sumbangan. Mengawasi perbelanjaan dan


menyelaraskan wang keluar masuk.

c) JK PENGANGKUTAN

Menghubungi pihak bas, bayaran, memastikan mempunyai permit dan insurans


serta  memastikan kedudukan murid semasa di dalam bas.

d) JK MAKANAN

Menguruskan makan dan minum murid sepanjang lawatan.

e) JK DOKUMENTASI

Membuat laporan tentang  lawatan

11.0    TENTATIF LAWATAN


MASA

PERKARA

7.00pg KETIBAAN PELAJAR DI DEWAN TERBUKA SEKOLAH

7.10pg TAKLIMAT LAWATAN KEPADA PENGAWAS PUSAT SUMBER


SEKOLAH

7.30pg BERTOLAK KE PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN


TANJUNG ARU DARI SMKSGDAMIT

9.00pg TIBA DI PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH KOTA KINABALU

9.10pg TAKLIMAT RINGKAS SEBELUM PELAJAR MENINJAU PERPUSTAKAAN


NEGERI SABAH CAWANGAN TANJUNG ARU

10.30pg BERKUMPUL SEMULA DI HADAPAN BANGUNAN

10.45pg BERTOLAK DARI PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN


TANJUNG ARU KE SURIA SABAH UNTUK MAKAN TENGAHARI

11.10pg TIBA DI SURIA SABAH

11.20pg TAKLIMAT RINGKAS SEBELUM PELAJAR MAKAN TENGAHARI DI


SURIA SABAH

12.30tgh PELAJAR BERKUMPUL SEMULA DI TEMPAT MENUNGGU BAS

12.40tgh BERTOLAK BALIK KE SMK SG DAMIT

2.00ptg TIBA DI SMKSGDAMIT

2.20ptg MEMASTIKAN SEMUA PELAJAR DIAMBIL IBU BAPA

12.0    PENUTUP

Dengan adanya program lawatan ini diharap dapat memberi satu pengetahuan baru
kepada pengawas pusat sumber, pengawas pusat akses dan pengawas skim pinjaman buku
teks Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Damit. Melalui program ini juga mereka semua
diberi pendedahan dan pengalaman yang kemudiannya boleh dikongsi bersama-sama
rakan-rakan. Pengetahuan dan pengalaman ini juga boleh digunakan sebagai panduan hidup
pada masa hadapan. Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada semua peserta yang
mengikuti lawatan ini.
Disediakan oleh :   Disahkan oleh :

……………………………… ……………………………      
(PRISCILLA LIAN) (MAIKOL BIN YAPAT)
Guru Media dan Pusat Sumber Penolong Kanan Pentadbiran
19 April 2023 19 April 2023

Anda mungkin juga menyukai