Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN BILIT

WDT 22, 90200 KINABATANGAN


SABAH

1.0 PENDAHULUAN
Berpegang kepada pepatah “jauh berjalan, luas pemandangan, banyak
pengalaman”, maka Sekolah Kebangsaan Bilit telah bercadang untuk
mengadakan lawatan sambil belajar ke Kota Kinabalu. Selain menjadi antara
program tahunan, ia juga merupakan satu program yang amat baik sebagai
landasan untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung
kepada murid-murid sekolah. Melalui program ini juga, diharapkan guru-guru
dapat mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan
dalam menghasilkan corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih
memberangsangkan minat murid.

2.0 RASIONAL
Selaras dengan hasrat Negara, maka program ini diadakan untuk
memberi pendedahan secara langsung kepada murid-murid sekolah rendah.
Melalui aktiviti seperti ini, keyakinan mereka untuk berhadapan dengan
masyarakat akan dapat dipertingkatkan. Selain itu, lawatan seperti ini
merupakan satu aktiviti sosial yang penting dalam usaha membuka minda
dan memberi inspirasi kepada murid untuk meneroka masa depan yang lebih
baik.

3.0 OBJEKTIF
1. Diharapkan program ini dapat dijadikan sebagai landasan kepada murid-
murid untuk membina keyakinan diri melalui aktivti sosial yang
bersesuaian.
2. Dapat membuka minda dengan suasana dan pengalaman yang baru.
3. Dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk berhadapan
dengan dunia luar dan masyarakat.
4. Memberikan inspirasi kepada murid dan guru dalam merancang
pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif.
4.0 DESTINASI
1. Strawberry Farm Kundasang
2. Desa Cattle (Sabah) Dairy Farm, Kundasang
3. Muzium Negeri Sabah
4. Taman Haiwan (Zoo Lok Kawi)
5. Poring Hot Spring Ranau

5.0 PERLAKSANAAN LAWATAN

Tarikh : 25 - 27 Oktober 2019


Hari : Jumaat, Sabtu dan Ahad
Masa : 3 Hari 2 Malam

6.0 KUMPULAN SASARAN

Program ini disasarkan kepada murid-murid tahun 6.


7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

PERKARA KUANTITI JUMLAH


Homestay 2 x RM 300.00 RM 600.00
Pengangkutan (Van) 1 x 3 hari x RM500 RM1500.00
Desa Cattle Farm 10 x RM 5.00 (Dewasa) RM 50.00
8 x RM 3.00 (Murid) RM 24.00
Strawberry Farm 10 x RM 3.00 (Dewasa) RM 30.00
8 x RM 1.00 (Murid) RM 8.00
Poring Hotspring 10 x RM 10.00 (Dewasa) RM100.00
8 x RM 5.00 (Murid) RM40.00
Muzium Negeri Sabah 10 x RM 5.00 (Dewasa) RM 50.00
8 x RM 3.00 (Murid) RM 24.00
Taman Haiwan (Zoo Lok 10 x RM 10.00 (Dewasa) RM100.00
Kawi) 8 x RM 5.00 (Murid) RM40.00
Makanan 18 x 2 hari x RM25.00 RM 900.00
Duit Poket 8 x 2 hari x RM10 RM160.00
JUMLAH RM3616 .00

9.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


Pengerusi En Brahim Zakaria
(Guru Besar SK Bilit)
Naib Pengerusi Cik Norinah Kimsu
(Penolong Kanan 1)
Setiausaha En. Ag Muhd. Zaky Kaharuddin
Bendahari Pn. Chanarakash Nurdin
AJK Dokumentasi En Azrul Nizam Y. Azral
AJK Pengangkutan En. Abdul Hayyee Hasbullah
AJK Makanan dan Minuman Cik Amanda G. Peter
10.0 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA

a) SETIAUSAHA
Menyediakan surat menyurat, menghubungi pihak-pihak yang terlibat dengan
proram lawatan. Memaklumkan kepada Pengerusi/Naib Pengerusi tentang
perkembangan terkini urusan program. Membuat susulan pada setiap AJK.
Menyediakan semua tindakan AJK.

b) BENDAHARI
Menerima wang pendapatan, kutipan dan sumbangan. Mengawasi
perbelanjaan dan menyelaraskan wang keluar masuk.

c) AJK PENGANGKUTAN
Menghubungi pihak bas, bayaran, memastikan mempunyai permit dan
insurans serta memastikan kedudukan murid semasa di dalam bas.

d) AJK MAKANAN
Menguruskan makan dan minum murid sepanjang lawatan.

e) AJK DOKUMENTASI
Membuat laporan tentang lawatan
11.0 TENTATIF LAWATAN
Nama Tempat/ Bandar/ Negeri Masa Catatan
Termasuk Alamat Tempat Bermalam/ Daripada Kepada
Tarikh/ Hari
25/10/2019 (Jumaat)
1. Strawberry Farm, Kundasang 1.00 2.00
petang petang
2. Desa Cattle (Sabah) Dairy Farm, 2.00 3.30
Kundasang petang petang

26/10/2019 (Sabtu)
1. Muzium Negeri Sabah 9.00 pagi 11.30 pagi

2. Taman Haiwan (Zoo Lok Kawi) 1.00 5.00


petang petang

27/10/2019 (Ahad)
1. Poring Hot Spring Ranau 10.00 pagi 12.30 tgh
hari
2. Perjalanan balik ke Kinabatangan 1.00 6.00
petang petang
12.0 PENUTUP
Dengan adanya program lawatan ini diharap dapat memberi satu
pengetahuan baru kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Bilit. Melalui
program ini juga murid diberi pendedahan dan pengalaman yang
kemudiannya boleh dikongsi bersama-sama rakan-rakan. Pengetahuan dan
pengalaman ini juga boleh digunakan sebagai panduan hidup pada masa
hadapan. Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada semua peserta yang
mengikuti lawatan ini.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

……………………………… ……………………………
(AG MD ZAKY KAHARUDDIN) (BRAHIM ZAKARIA)
Setiausaha Lawatan Guru Besar,
SK Bilit, SK Bilit,
Kinabatangan, Sabah Kinabatangan, Sabah.
KERTAS KERJA
LAWATAN ILMIAH KE
KOTA KINABALU
SEKOLAH
KEBANGSAAN BILIT
2019

Anda mungkin juga menyukai