Anda di halaman 1dari 5

KERTAS CADANGAN LAWATAN

TAJUK : LAWATAN SAMBIL BELAJAR PRASEKOLAH KE FARM FRESH DAN


BERYL’S CHOCOLATE TAHUN 2023

1.0 PENDAHULUAN

Segala perancangan dan persiapan telah diadakan dengan teliti untuk memastikan semua murid
dapat mengikuti lawatan yang dianjurkan oleh pihak kami serta mengikuti semua aktiviti yang telah
dirancang. Lawatan pada tahun 2023, dijangkakan sejumlah 80 orang peserta akan menyertai
Lawatan Sambil Belajar ke Farm Fresh dan Beryl’s Chocolate. Lawatan ini melibatkan 5 orang guru
pengiring dan 3 orang PPM bagi mengiringi murid-murid yang akan mengikuti lawatan ini. Dalam
masa yang sama, guru-guru ini bertanggungjawab untuk menerapkan nilai-nilai integrasi, perpaduan
dan kehidupan yang berintegriti dalam kalangan murid.

Di sana, murid melihat sendiri hidupan haiwan sebagai satu pengalaman pembelajaran. Melalui
program ini, murid akan didedahkan dengan perkara berikut:

1. Pengalaman pembelajaran sambil melawat.

2. Mendekati dan melihat sendiri haiwan.

2.0 RASIONAL

Melalui program ini, diharapkan murid prasekolah dapat pengalaman pembelajaran sambil melawat
dan mendekati dan melihat sendiri haiwan. Seterusnya mengeratkan silaturrahim di antara satu sama
lain di kalangan murid prasekolah SK Jenjarom.

3.0 MATLAMAT

Murid dapat pengalaman pembelajaran sambil melawat dan mendekati dan melihat sendiri haiwan.
Seterusnya mengeratkan silaturrahim di antara satu sama lain di kalangan murid prasekolah SK
Jenjarom.
4.0 OBJEKTIF

4.1 Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama rakan prasekolah.


4.2 Memberi pendedahan kepada murid situasi hidupan haiwan yang tidak pernah mereka
lihat agar mereka lebih bersemangat untuk menuntut ilmu serta mengeratkan hubungan
sosial antara murid dengan persekitaran.
4.3 Mengetahui peranan dan fungsi sebuah pusat membuat coklat dan peluang kerjaya yang
disediakan
4.4 Memberi semangat dan dorongan kepada murid untuk berusaha mencapai
keputusan yang cemerlang dalam pelajaran
4.5 Melahirkan murid yang mempunyai jati diri,berkepimpinan, kreatif, bersyukur dan
mencintai negara.

5.0 PELAKSANAAN

5.1 Tarikh Lawatan dan Hari

5..1.1 Tarikh : 13 Disember 2023


5.1.2 Masa : 8.00 pagi-4.30 petang

5.2 Tempat

5.2.1 Tempat : Seri Kembangan, Selangor

5.3 Bilangan Peserta

5.3.1 Bilangan peserta: 80 orang murid

5.4 Bilangan Guru

5.4.1 Bilangan guru: 5 orang


5.4.2: Bilangan PPM: 3 orang

5.5 Negeri Yang Dilawati


5.5.1: Negeri Yang Dilawati: Selangor

6.0 KUMPULAN SASARAN

Semua Murid Prasekolah SK Jenjarom sesi 2023/2024


7.0 JAWATANKUASA LAWATAN/PERKHEMAHAN

Penasihat : Norlela binti Hashim (Guru Besar)

Pengerusi : Fadhlah Afif bin Talib (PK HEM)

Tim. Pengerusi : Azman bin Sadli (PK Pentadbiran)

Naib Pengerusi : Al Mizan binti Juremi (PK Ko-Kurikulum)

Penyelaras : Hartini binti Ahmad

Setiausaha : Katy binti Katan

Bendahari : NuruI Iman binti Mahyiddin

Ahli Jawatankuasa :

Dokumentasi Disiplin

Katy binti Katan Hartini binti Ahmad


Nurul Iman binti Mahyiddin Nadia Fitri binti Mohd Mustafa
Fatimah binti Baharom

Makan dan Minum Murid Kecemasan

Siti Fadhilah bt Abdullah Mashitah binti Malek

Siti Hajar bt Kamaruddin Latif

Pendaftaran

Hartini binti Ahmad


Nadia Fitri binti Mohd Mustafa
8.0 PENGISIAN PROGRAM /AKTIVITI

8.1 13.12.2023 (RABU)

8.00 pagi : Ketibaan dan pendaftaran pelajar


Taklimat oleh guru penyelaras

8.30 pagi : Bertolak ke Seri Kembangan dengan menaiki bas

9.20 pagi : Tiba di Farm Fresh, Seri Kembangan

9.20 pagi : Sarapan pagi

10.30 pagi : Melawat:

 The Acres by Farm Fresh UPM Serdang

-Ladang Lembu

-Tractor Ride

-Pameran Ikan Laga & Koi

-Petting Zoo

-Green House

-Kebun Bunga

1.00 tengah hari: Makan Tengah Hari/ Sembahyang Zuhur

3.00 Petang : Melawat ke Beryl’s Chocolate

4.00 Petang : Bertolak Balik


9. MAKLUMAT SUMBER KEWANGAN

a. Kutipan daripada murid


80 orang x RM 75 = RM 6,000
b. Kutipan daripada guru dan anggota rombongan
8 orang x RM 75 = RM 600
JUMLAH A = RM 6,600

10. ANGGARAN PERBELANJAAN (TERPERINCI)

BIL PERKARA KUTIPAN JUMLAH KUTIPAN


10.1 Tambang anggota rombongan 88 x RM 25 = RM 2,200
10.2 Tiket Farm Fresh anggota rombongan 88x RM 25 = RM 2,200
10.3 Makan dan Minum anggota rombongan 88x RM 25
= RM 2,200
RM
JUMLAH KESELURUHAN
6,600_____________

11. PENUTUP

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

…………………………………. …………………………………………. ………………………………………


( KATY BINTI KATAN ) (FADHLAH AFIF BIN TALIB ) (NORLELA BINTI HASHIM )
Ketua Rombongan Penolong Kanan HEM/ Kokurikulum Pengetua/Guru Besar

Anda mungkin juga menyukai