Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

LAWATAN KE AQUARIA KLCC


ANJURAN

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SELAMAT

TARIKH: 26 JULAI 2018

HARI : KHAMIS
1.PENDAHULUAN

Lawatan yang dianjurkan untuk para murid berkeperluan khas ini bertujuan mengaplikasi tugasan
yang sebelum ini hanya berdasarkan teori yang diajar oleh guru di dalam kelas. Selain itu, lawatan
ini juga dapat menambah pengetahuan am dan pembelajaran secara tidak formal. Lawatan ini juga
merupakan salah satu proses pembelajaran yang baik bagi murid bermasalah pembelajaran secara
tidak langsung di luar bilik darjah. Secara ringkasnya, lawatan ke Aquaria KLCC dapat
mendedahkan murid kepada dunia luar di samping melihat kemajuan mercu tanda Malaysia.

2. OBJEKTIF

1. Memberi peluang kepada murid pendidikan khas untuk melawat ke tempat-tempat menarik di
samping dapat belajar sejarah sesuatu tempat.
2. Memberi pendedahan kepada proses pengajaran dan pembelajaran secara tidak langsung di
luar bilik darjah.
3. Memberi pengalaman sosial, emosi dan tingkahlaku kepada murid kurang upaya dan
menggunakannya dalam pembelajaran di sekolah dan di rumah.
4. Dapat belajar sambil berhibur serta dapat memperluaskan pengetahuan luar kepada murid.
5. Memberi peluang kepada murid berdikari, berinteraksi, bekerjasama dan mematuhi peraturan
sosial dalam masyarakat.
6. Menambah semangat kekitaan dan kerjasama demi faedah diri, sekolah dan masyarakat.

3. MATLAMAT

1. Melatih para murid supaya bertanggungjawab terhadap diri sendiri,rakan sebaya dan keluarga.
2. Para murid juga berpeluang berinteraksi dan menghargai keindahan alam.
3. Mendedahkan murid dengan tempat-tempat yang menarik.
4. Pelajar berpeluang berkomunikasi dengan masyarakat luar.
5. Mengeratkan hubungan guru, murid dan ibu bapa.
6. Murid dapat bertukar-tukar pendapat dan maklumat dengan orang lain.
4. AHLI JAWATANKUASA SEKOLAH
Pengerusi : Puan Rahimah Banun Binti Mohd Saaid
Naib Pengerusi : Pn. Nor Fadhilah Binti Ahmad
Setiausaha : En. Ahmad Ruzainy Bin Roslan
Bendahari : Pn. Nurul Ikhwani Binti Mohd Zim
: Pn. Ling Siew Lee
: En. Mohd Rozlan Bin Roza
Penbantu Pengurusan Murid : Pn. Normaziah Binti Abdul Rani
: Pn. Nor Azimah Binti Mahmudin
: Pn. Nor Afzan Binti Mazlan

5. ANGGARAN PERBELANJAAN LAWATAN.


a) Pendapatan :
Yuran Lawatan ( 26 murid x RM 100 ) - RM 2600.00
Yuran Lawatan ( 8 guru x RM 50 ) - RM 400.00
Bimbingan dan Kaunseling ( Perbelanjaan makan murid ) - RM 130.00
JUMLAH BESAR - RM 3130.00

b) Perbelanjaan :
Pengangkutan (Pergi dan balik) - - RM 1300.00
Tiket masuk Aquaria KLCC (RM 16.00 x 26 orang murid) - RM 416.00
(RM 16.00 x 8 orang guru) - RM 128.00

JUMLAH BESAR - RM 1844.00

c) Perbelanjaan :
Makan dan Minum ( Murid ) :
Sarapan pagi ( Rancangan Makanan Tambahan ) -
Makan tengah hari ( RM 10.00 x 26 ) - RM 260.00
Makan petang ( RM 3.00 X 26 ) - RM 78.00
Makan malam ( RM6.00 x 26 ) - RM 156.00
JUMLAH BESAR - RM 494.00*
d) Perbelanjaan :
Makanan dan Minum ( Guru ) :
Sarapan pagi ( RM 4.00 x 8 ) - RM 32.00
Makan tengah hari ( RM 10.00 x 8 ) - RM 80.00
Makan petang ( RM 4.00 x 8 ) - RM 32.00
Makan malam ( RM6.00 x 8 ) - RM 48.00
JUMLAH BESAR - RM 192.00*

e) Cenderamata ( RM 10 x 35 ) - RM 350.00
f) Perbelanjaan runcit dan lain-lain - RM 250.00

JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN : RM 3130.00

6. SUMBER KEWANGAN

- Yuran Guru dan PPM.

- Yuran Murid.

- Bimbingan dan Kaunseling

7. LOKASI LAWATAN

1. Aquaria KLCC, Kuala Lumpur.

PEKEJ TERMASUK :

- Pengangkutan (Bas Persiaran)


- Cenderamata
- Insurans Pengangkutan
- Perkhidmatan yang disediakan:
o Aquaria KLCC
o KLCC
8. ATURCARA LAWATAN

6.00 pagi : Bertolak dari sekolah

8.30 pagi : Berhenti bersarapan di Hentian Rehat Ulu Bernam

11.30 pagi : Tiba di Aquaria KLCC

2.00 petang : Makan tengahari di KFC KLCC/ Solat

3.00 petang : Bersiar – siar di sekitar KLCC

5.00 petang : Bertolak pulang ke sekolah

7.00 petang : Berhenti makan malam/solat di Hentian Rehat Rawang.

10.00 malam : Tiba di SK Seri Selamat.

9. TARIKH DAN MASA

Tarikh : 26 .7. 2018 ( Khamis )

Masa : 6.00 pagi hingga 10.00 malam

10. TENAGA PENGIRING

5 orang guru

3 orang pembantu pengurusan murid


11. MAKLUMAT KENDERAAN DAN PEMANDU

Nama Syarikat Bas : Yusran Travel and Tours Sdn.Bhd


Jenis Kenderaan : Bas Persiaran ( 44 Orang Penumpang )
No. Kenderaan : WNL5000
Nama Pemandu : Mohd Rujhan Bin Abdul Aziz
No. Kad Pengenalan : 830302086691
Alamat : PT 1781, Rapat Desa Seri Bayu, 32600 Bota, Perak.
No. Tel : 019-5506409
No. Akaun : 08086010019782 ( Bank Islam )

12. PENUTUP

Lawatan ini merupakan salah satu aktiviti yang dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan
pengalaman kepada murid bekeperluan khas serta semua yang terlibat. Lawatan ini juga diharapkan
dapat menjadi motivasi dan pendorong kepada murid pendidikan khas untuk belajar dengan lebih
tekun lagi.

Sekian, terima kasih.

“ KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA “

Disediakan oleh :

…………………………………………….

( AHMAD RUZAINY BIN ROSLAN )


Guru Pendidikan Khas
Sekolah Kebangsaan Seri Selamat.

Disahkan oleh :

……………………………………………………

( PN.HJH RAHIMAH BANUN BINTI MOHD SAAID )


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Seri Selamat.

Anda mungkin juga menyukai