Anda di halaman 1dari 7

KERTAS  CADANGAN

LAWATAN KE PULAU PINANG

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)


SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI JEJAWI
36000 TELUK INTAN PERAK

Tarikh : 27 & 28 AUGUST 2019

Tempat : PULAU PINANG


1.0 PENGENALAN
Kecemerlangan pendidikan bukan sahaja diperolehi dalam bilik darjah
semata-mata tetapi ianya boleh juga didapati dengan kegiatan luar bilik darjah
seperti membuat tinjauan alam atau lawatan sambil belajar. Lawatan sambil belajar
dapat dimanfaatkan oleh murid-murid dengan melihat sendiri tempat-tempat yang
telah dipelajari dalam buku di sekolah. Murid-murid juga boleh membuat
perbandingan tempat yang dilawati dengan apa yang telah dipelajarinya atau dapat
di ambil pengalaman untuk memperbaiki kelemahan yang ada untuk menuju
kecemerlangan.

Selain itu, anak-kanak dilahirkan dengan sifat ingin tahu yang tinggi. Mereka
mempunyai sifat semula jadi untuk meneroka sesuatu dan mempelajari perkara baru
dalam hidup mereka agar berkembang menjadi individu yang mempunyai tahap
kognitif yang memberansangkan. Kanak-kanak akan sentiasa mempunyai pelbagai
soalan dan cenderung untuk bertanya, mencuba sesuatu yang baru untuk
mengetahui dan memahami perkara tersebut dengan lebih baik. Bagi membantu
memenuhi sifat semula jadi kanak-kanak dan mengembangkan tahap kognitif kanak-
kanak maka pendekatan pembelajaran yang bersesuaian perlu diberikan kepada
mereka.

Sehubungan dengan itu, persatuan sains pendidikan khas telah mengadakan


program teroka alam bagi menggalakkan murid-muris istimewa ini meneroka alam
memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekeliling mereka
serta menggalakkan penglibatan secara aktif dalam proses pembelajaran.

2.0 MATLAMAT
 Menyemai dan memupuk disiplin, nilai dan sikap positif di kalangan
mereka selaras dengan hasrat Rukun negara.
 Mengembangkan kebolehan mental, minat, bakat serta perkembangan
rohani dan jasmani mereka.
 Melihat sendiri secara dekat kehidupan masyarakat dan keindahan negeri
yang dilawati.
3.0 OBJEKTIF

 memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menggunakan kemahiran dan


pengetahuan yang mereka perolehi daripada pengajaran secara langsung
dan mengabungkan dalam pendekatan projek.
 Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meningkatkan perkembangan
intelektual melalui dalam melakukan pemerhatian dan penyiasatan untuk
pengalaman dan persekitaran mereka
 Memberi peluang untuk menggunakan kemahiran literasi dan numerasi dalam
projek yang diikuti.
 Menerapkan unsur terapi carakerja kearah membantu individu bermasalah
fizikal dan intelek bagi mengatasi ketidakupayaan semaksima mungkin.
 Memberi peluang kepada murid pendidikan khas untuk bersosialisasi dan
berkomunikasi dengan masyarakat luar.

4.0   CADANGAN PELAKSANAAN LAWATAN

Tarikh : 27 AUGUST 2019 – 28 AUGUST 2019


Sasaran : 15 orang murid
2 orang guru
2 orang PPM
20 ibu bapa
Tempat berkumpul : SK Sungai Jejawi
 Destinasi : PULAU PINANG
 Top Komtar
-Tech Dome
-Rainbow Skywalk
-Boutique Aquarium
-Jurrasic Research Centre
-Penang State Gallery
 Muzium USM
 Perpustakaan USM
 Bukit Bendera
 Chowrasta
5.0 AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi : En. Anuar Bin Kintan (Guru Besar)


Timbalan Pengerusi : En. Mazrul Hisham b. Ahmad (Pk.Koku)
Naib Pengerusi : En. Shaharudin Bin Arbain (Penyelaras P. Khas)
Setiausaha : Pn. Noor Fadzilla Bt. Mahmad Razali
AJK
Peralatan : Pn.Suriani Bt Yahya
Jurugambar : Pn. Noor Fadzilla Bt. Mahmad Razali
Persiapan tempat : Pn. Azlin binti Azhar
Keselamatan : En. Shaharudin B. Arbain
: Pn. Azlin Bt.Mohd Azhar
: Pn. Suriani Bt Yahya

6.0 JADUAL LAWATAN


27. 8. 2019 ( SELASA)
6.00 pagi : bertolak ke Pulau Pinang
9.30 pagi : sarapan
10.00 pagi : bergerak ke top komtar
4.30 petang : rehat, solat
5.00 petang : melawat muzium USM, dan perpustakaan USM
7.00 malam : solat dan makan malam
9.00 malam : rehat dan tidur
28.8.2019 (RABU)
7.00 pagi : sarapan
8. 00 pagi : Melawat Bukit Bendera
1.30 petang : solat dan makan di Padang Kota
3.30 petang : membeli belah di Chowrasta
5.00 petang : bertolak pulang
7.0 KOS LAWATAN
PENERIMAAN

No. Perkara Kuantiti Jumlah (RM)

1. Kutipan dari ahli rombongan.


1. Murid -15 murid X RM95 RM 1425.00
2. Guru
3. Ibu bapa -4 guru X RM128 RM 512.00
-20 ibu bapa X RM 2760.00
RM 138

2. Tabung Pendidikan Khas RM 433.00 RM 438.00

Jumlah RM 5135.00

PERBELANJAAN

BIL PERKARA/BUTIRAN JUMLAH KOS

1 HARGA TIKET / BAYARAN MASUK TEMPAT


LAWATAN

MURID

 Top Komtar : RM 48.00 x 15 = RM 720.00


 Muzium USM : RM 2.00 x 15 = RM 30.00 RM 825.00
 Bukit Bendera : RM 5.00 x 15 = RM 75.00

GURU DAN PPM

 Top Komtar : RM 74.00 x 5 = RM 370.00


 Muzium USM : RM 4.00 x 5 = RM 20.00 RM 440.00
 Bukit Bendera : RM10.00 x 5 = RM50.00

IBU BAPA

 Top Komtar : RM 74.00 x 20 = RM 1480.00


 Muzium USM : RM 4.00 x 20 = RM 80.00 RM 1760.00
 Bukit Bendera : RM10.00 x 20 = RM200.00

JUMLAH :

RM 3025.00

2 MAKANAN DAN MINUMAN SELAMA 2 HARI


40 peserta x rm 40.00 = RM 600.00 RM 1600.00

3 PENGINAPAN / BERMALAM
Tempat :
Unit Perumahan Dan Penginapan Universiti,
Tingkat 1,
Bangunan H23,
Kompleks Cahaya Siswa Usm,
11800 Gelugor,
Pulau Pinang.

HOMESTAY USM :

 2 BUAH X RM 80 = RM 160.00
 1 BUAH X RM 150 = RM 150.00
 2 BUAH X RM 200.00 = RM 200.00 RM 510.00

ANGGARAN KOS LAWATAN RM5135.00

8.0 PENUTUP
Dengan adanya  program lawatan ini diharap dapat memberi pengetahuan baru
kepada murid-murid pendidikan khas khususnya murid-murid dari PPKI SKSJ
.Adalah diharapkan agar program lawatan ini memberi manfaat sepenuhnya kepada
murid-murid Program Pendidikan Khas selaras dengan hasrat dan Falsafah
Pendidikan Khas Kebangsaan.

“HARAPAN MEREKA, ASPIRASI BERSAMA”

Disediakan oleh Disemak oleh :

…………………………………. ……………………………..
(NOOR FADZILLA BT. MAHMAD RAZALI) (SHAHARUDIN B. ARBAIN)
S/U Program Penyelaras PPKI

DISAHKAN OLEH

……………………………………………

Anda mungkin juga menyukai