Anda di halaman 1dari 7

KUMPULAN PENGGERAK PELIBATAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA (PIBKS)

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH

TAJUK:
KERTAS KERJA MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PIBG / PIBKS PERINGKAT NEGERI
KEDAH
2021

Disediakan oleh :
Jawatankuasa Majlis Anugerah Kecemerlangan PIBG / PIBKS 2021
HARI PENGANUGERAHAN PIBKS PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2021

PENDAHULUAN

Untuk memaknakan usaha PIBG di sekolah-sekolah dalam negeri Kedah khususnya, maka pihak Jabatan
Pendidikan Negeri Kedah telah merancang untuk mengadakan Konvensyen Pelibatan Ibu Bapa,
Komuniti dan Swasta ( PIBKS) Peringkat Negeri Kedah bagi tahun 2021 yang bertujuan memberikan
pengiktirafan kepada warga PIBG dan sekolah atas sumbangan dan pencapaian cemerlang dalam
melaksanakan tugas-tugas di samping penglibatan mereka secara aktif dalam mencurahkan sumbangan
bakti yang bermanfaat kepada dunia pendidikan. Selain itu, untuk membantu kelangsungan sistem
pendidikan kita selaras dengan Anjakan 9 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM )
2013 – 2025 yang menggariskan pelibatan ibu bapa dan komuniti secara meluas. Kejayaan ini juga
menjadi kayu ukur kepada semua bersatu hati dalam menyeragamkan, melestari, dan memangkinkan
budaya PIBKS pada seluruh pelusuk negeri.

MATLAMAT

Konvensyen ini diharap dapat memberi manfaat kepada tampuk kepimpinan di sekolah untuk
mentransformasikan dan memperkasakan pelibatan ibu bapa dalam kalangan ahli PIBG. Usaha ini
dapat menunjukkan kejayaan sesuatu PIBG di sekolah adalah hasil dari kesepakatan dan kerjasama
serta komitmen dari ibu bapa, komuniti dan pemegang taruh yang sama-sama membantu sekolah
dalam merancang program-program yang berkesan untuk membantu sekolah. Menerusi
kebersamaan PIBG sebagai rakan aktif dengan komuniti dan kumpulan,
sudah pasti dapat membantu pihak sekolah dengan sokongan penuh daripada PPD dan
JPN dapat melakukan anjakan minda, melonjakkan prestasi akademik serta membentuk
sahsiah murni dalam kalangan murid sekolah rendah dan juga menengah seterusnya
menjadikan sekolah sebagai institusi yang berjaya melahirkan aset negara yang cemerlang.

OBJEKTIF

1. Sebagi satu wadah untuk memberi galakan dan menyokong usaha yang dijalankan oleh PIBG
sekolah dalam memantapkan gerakan oleh Jawatankuasa PIBG/ PIBKS di sekolah

2. Menyokong usaha murni pihak PIBG / PIBKs membantu dan meningkatkan sekolah dalam
melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.

3. Memberi ruang dan peluang kepada masyarakat sekitar untuk menjadikan dan meletakkan
PIBKs sebagai medan mencurahkan bakti keringat mereka.

4. Mencungkil dan melahirkan barisan waris atau pihak swasta yang berbakat dan berkeupayaan
untuk membantu sekolah.

VISI

Meningkatkan kerjasama pihak sekolah dengan masyarakat setempat dan pihak swasta dalam
pembangunan murid sejajar dengan inisiatif#62.
MISI

Sebagai pengiktirafan daripada JPN/PPD kepada pihak sekolah atas usaha usaha yang telah dijalankan
didalam meningkatkan prestasi sekolah.

CADANGAN TEMPAT, MASA DAN VANUE.

TARIKH : 18 Disember 2021

MASA : 8.00 Malam

TEMPAT : PARK AVENUE,SUNGAI PETANI

ANJURAN : JPN KEDAH / JAWATANKUASA PENGGERAK PIBKS

AHLI JAWATANKUASA INDUK

Penasihat

PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI KEDAH

Pengerusi

EN MALEK BIN ABU HASSAN


TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN ,SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH JPN

Pengarah Program

TN HJ AZIZAM BIN MOHAMAD


KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN, UNIT SEKOLAH JENIS KHAS JPN

Penyelaras Program 1

ENCIK ZAIKIMI BIN ABDULLAH / TN HJ ZAINOL ABIDIN BIN MOHAMED


KETUA PENOLONG PENGARAH, SEKOLAH JENIS KHAS / PENGERUSI FOCAL PERSON JPN KEDAH

Penyelaras Program 2

EN. BASER BIN HUSSIN


PENOLONG PENGARAH , UNIT SEKOLAH JENIS KHAS

Setiausaha

PN NORHANIZAH BINTI ABDULLAH


PEGAWAI MEJA PIBKS PPD PADANG TERAP

Bendahari

MOHD SYAFIQ BIN MOHD NASIR


PEMBANTU TADBIR (P/O) UNIT MENENGAH DAN TINGKATAN 6
DATUK SAMSUDDIN BIN AHMAD
PIBKS KEDAH

AJK
SEMUA PEGAWAI MEJA PIBKS DAERAH NEGERI KEDAH
SEMUA FOCAL PERSON DAERAH
JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengarah Program : JPN Kedah

Penolong Pengarah Program / Ketua Urus Setia : PPD Kuala Muda Yan / Focal Person PPD KMY

Jawatankuasa Persiapan Tempat : PPD Kuala Muda Yan / Focal Person PPD KMY

Jawatankuasa Perasmian Dan Gimik : PPD Kuala Muda Yan

Jawatankuasa Brosur / Banner : PPD Langkawi / PPD Pendang

Jawatankuasa Publisiti /Penajaan : Focal Person Daerah

JawatankuasaTeknikal ( live streaming ) : PPD KMY

Jawatankuasa Cenderamata VVIP & Goodies/Hadiah: PPD Kota Setar / Focal Person Kota Setar

Jawatankuasa Bacaan Doa : Focal Person Sik

Jawatankuasa Pegawai Pengiring dan Sambutan KPM : PPD KBB / Semua Focal Person Daerah

Jawatankuasa Teks Ucapan MB dan Pengarah : PPD Kubang Pasu

Jawatankuasa Sambutan : JPN & PPD Kota Setar & Langkawi/ Peg. Meja PIBKS

Jawatankuasa Pendaftaran : VIP dan Guru : PPD Padang Terap

Jawatankuasa Jemputan : JPN

Jawatankuasa Jamuan : PPD Sik

Jawatankuasa Publisiti Dan Siaraya : PPD / JPN

Jawatankuasa Pengacara : PPD Langkawi/PPD KMY

Jawatankuasa Dokumentasi : PPD BALING


ANGGARAN PERBELANJAAN

Perbelanjaan yang telah dan dijangkakan bagi konvensyen ini adalah seperti di jadual berikut :

Bil Butiran Pecahan Kos Jumlah Kos


1 Makan Minum RM60 x 300 peserta RM 18000.00
2 Tempahan Backdrop Dewan 1 unit RM 1000.00
3 Door gift 250 peserta X RM10.00 RM 2500.00
4 Cenderamata Perasmi RM 200.00
5 Buku Program 30 unit x RM10 RM 300.00

6 Air Mineral 20 kotak X RM 10 RM 200.00

7 Banner/ Banting Promosi Aktiviti 1 Banner RM 400.00


2 Banting
8 Sijil / Bingkai Gambar RM10 x 150 sijil (200 SIJIL) RM2000.00

9 Plak ( Sekolah Pemenang ) RM 100 X 12 - EMAS RM1200.00


RM 100 X 12 – PERAK RM1200.00
RM 100 X 12 – GANGSA RM1200.00
RM 100 X 12 - BESTARI RM1200.00
Wang tunai :
RM 300 X 6 - EMAS RM1800.00
RM 200 X 6 – PERAK RM1200.00
RM 150 X 6 - GANGSA RM900.00
RM 100 X 6 - BESTARI RM600.00

10 Plak ( Sumbangan Sektor Swasta) RM150 X 15 RM1500.00

11 Plak ( Urusetia Program) RM100 X 40 orang RM4000.00


11 Gimik Pelancaran dan Peralatan RM300.00 RM300.00
rakaman
12 Peralatan Tag 300 unit RM500.00

13 Dokumentasi RM200 RM200.00


14 Hadiah Ikon PIBKS Kedah RM2000 RM2000.00
15 Hadiah Pegawai Cemerlang PIBG RM500 RM500.00
16 Hadiah Pegawai Cemerlang PIBKS RM500 RM500.00
JUMLAH RM43400.00
SUMBER KEWANGAN

1. JPN KEDAH (RM2500.00)

ATURCARA PROGRAM

Tarikh Masa Aktiviti


18/12/2021 6.00 ptg – 7.00ptg Pendaftaran
(Sabtu) 7.30 mlm – 8.30 mlm Makan Malam
9.00 mlm – 11.30 mlm Penyampaian Anugerah
19/12/2021 7.00 pagi – 8.00 pagi Sarapan pagi
(Ahad) 9.00 pagi – 10.00 pagi Majlis Penutup
10.30 pagi Check Out
PENUTUP

Dengan adanya Majlis Anugerah PIBG/ PIBKS 2021 ini, diharapkan ianya selari dengan ‘empowerment’
yang diberikan kepada PIBG / PIBKS sekolah agar sentiasa bersedia memberi khidmat dan sepenuh
komitmen serta memikul tanggungjawab bersama Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan Kementerian
Pendidikan Malaysia dalam membina lanskap pendidikan yang mampu berdaya saing sehingga
peringkat antarabangsa.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

( RUDI HIRMAN BIN AHMAD ) ( HJ AZIZAM BIN MOHAMAD )


Pegawai Meja PIBKS PPD Pendang Ketua Penolong Pengarah Kanan
Unit Sekolah Jenis Khas, JPN Kedah
PENGHARGAAN

Pejabat Perdana Menteri

Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan

Pejabat Menteri Pembangunan Luar Bandar

Pejabat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Pejabat Menteri Besar Kedah

Jabatan pendidikan Negeri kedah

PTPTN

Bank Simpanan Nasional

Bank Rakyat

CO-OPBANK Pertama

Bank Islam

Pejabat-Pejabat Pendidikan Daerah Seluruh Kedah

MGB Negeri Kedah

MPSM Negeri Kedah

KPIBKS Negeri Kedah

Tenaga Nasional Berhad

WIDAD Group

dR GROUP

Anda mungkin juga menyukai