Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA DASAR

KEM MOTIVASI JATIDIRI KEPIMPINAN DAN


PEMBINAAN SAHSIAH

ANJURAN :

JAWATANKUASA UNIT BERUNIFORM

DENGAN KERJASAMA :

MURID TAHAP 2

TARIKH :

5 NOVEMBER 2016 (SABTU)

TEMPAT :

SJK (C) LIN KHAY


KERTAS KERJA DASAR KEM
MOTIVASI JATIDIRI KEPIMPINAN DAN PEMBINAAN SAHSIAH

1 PENGENALAN:

Program ini merupakan salah satu program tahunan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa
Badan Beruniform SJK (C) Lin Khay. Program ini bertujuan memberi sedikit sumbangan,
motivasi dan menerapkan nilai kerohanian kepada murid agar menjadi pelajar yang berjaya
dunia dan akhirat serta memiliki peribadi yang unggul seterusnya menjadi contoh tauladan
kepada masyarakat luar. Melalui program ini, murid tahap 2 dapat mencurahkan sedikit ilmu
dan pengalaman kepada adik-adik sebagai pencetus semangat untuk meneruskan pelajaran
hingga ke peringkat yang lebih tinggi disamping mempunyai akhlak yang mulia.

Sebagai kesimpulan, diharapkan program ini akan mendapat kerjasama daripada semua
pihak yang terlibat secara langsung atau tidak. Semoga segala objektif yang digariskan dan
perancangan yang diatur akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

2 OBJEKTIF

a. Meningkatkan keyakinan diri


Sebagai pelajar, peserta yang mengikuti program ini akan lebih berkeyakinan
bila berhadapan siapa jua yang mereka temui.

b. Meningkatkan kemahiran dan kreativiti


Peserta program akan didedahkan dengan ‘multi-skill’ dan menggunakan bakat
kreatif dalam menjalani proses kehidupan (thinking out of box).

c. Menambah nilai jati diri


Peserta akan didedahkan dalam proses mengenal potensi diri mereka sendiri.
Mereka akan lebih yakin dengan kebolehan dan bakat semulajadi diri.

d. Pembentukan nilai peribadi yang mulia


Peserta dibentuk ke arah menjadi insan berkualiti. Kebolehan berdikari dalam
mencapai matlamat dengan memberi fokus kepada keperluan melaksanakan
tanggungjawab.

e. Membentuk sikap bertanggungjawab


Peserta akan didedahkan dengan nilai tanggungjawab terhadap amanah dan
arahan. Bersedia menjadi seorang pelajar yang baik dan berakhlak mulia.

3 NAMA PROGRAM

“MOTIVASI JATIDIRI KEPIMPINAN DAN PEMBINAAN SAHSIAH”

4 ANJURAN

Jawatankuasa Badan Beruniform


5 TEMPAT

SJK (C) Lin Khay

6 TARIKH

5 November 2016(Sabtu)

7 SASARAN

Murid Tahap 2

8 BAYARAN PENYERTAAN
Bayaran setiap peserta adalah percuma.

9 STRUKTUR JAWATANKUASA (AJK)

Pengerusi : Cik Tan Tyng Tyng Tyng


Penolong Pengerusi : Pn. Yee Lee Lian
Setiausaha : Pn. Go Lee Boey
Bendahari : Pn. Ang Swee Phaik
Urus Setia Pn. Tan Seok Ling
En. Chuah Yew Hean
Pn. Lim Gaik Lin
Makanan /Minuman : Pn. Lai Ah Kee
Pn. Lim Ying Boey
Pn. Hew Soo Lin
Penempatan/Khemah Murid : En. Tan Jee Wei
Pn. Ng Pei Ping
Pn. Tan Hooi Fen
Kebajikan/Keselamatan/Kebersihan : Pn. Tan Yeat Hong
Pn Chong Yean Lin
Pn. Loh Chen Wei
Pn. Lee Siew Looi
Cenderamata /Hadiah/ Sijil : Cik Lim Lee Eng
Juruacara (Pelancaran/Penutup) : Pn. Ho Ruiz Mei
Peralatan/Teknikal : En. Othman

Audio-Visual : En.Romzi

10 ANGGARAN PERBELANJAAN

Penyediaan Makanan Untuk Semua Peserta ( Murid & Guru) = RM 449.15


11 ATURCARA

MASA AKTIVITI
7.30 am Pendaftaran
8.00am Ceramah "Bersatu teguh bercerai roboh"
10.00am Minum
10.30am Ceramah “Jatidiri Cemerlang” – emosi & penghayatan
12.30pm Makan Tengahari
1.30pm Sesi Menjana Minda” & AKtiviti kumpulan
3.30pm Minum
4.00pm Majlis Penutup Urusertia Penyampaian Sijil
5.00pm Bersurai

12 PENUTUP

Adalah sangat diharapkan melalui program yang dirancang ini bakal melahirkan insan
yang kental jiwanya, bersih dan bersemangat. Mempunyai jati diri dan sifat ingin berdikari.
Pihak jawatankuasa dengan seberapa daya merancang dan berusaha untuk merealisasikannya.
Apa yang paling penting adalah kesungguhan para peserta itu sendiri untuk melibatkan diri
dengan aktiviti yang telah disusun untuk mereka. Melalui program ini juga, adalah diharapkan
ianya berjaya dilaksanakan tanpa berlaku sebarang kemalangan dan kecederaan. Dengan
berakhirnya program ini juga nanti, segala bahan dan pengalaman serta segala bentuk proses
yang dilalui akan dapat dijadikan sumber rujukan untuk individu atau kumpulan seterusnya
merancang dan mengelola program seumpama dengan lebih baik.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(GO LEE BOEY) (TAN TYNG TYNG)


Guru Penyelaras Badan Beruniform Penolong Kanan Kokurikulum
SJK (C) Lin Khay SJK (C) Lin Khay

Diluluskan oleh:

(CHIAH GUAT HANG)


Guru Besar,
SJK (C) Lin Khay

Anda mungkin juga menyukai