Anda di halaman 1dari 5

KERTAS CADANGAN

NAMA PROGRAM / AKTIVITI: BERBUDI BAHASA DAN NILAI-NILAI MURNI


TAHUN 2022

YBrs. Guru Besar,


SJK(C) Hwa Lian,

PROGRAM BERBUDI BAHASA DAN NILAI-NILAI MURNI

1. PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM

Dalam era kebangkitan menuju ke arah konsep , kita harus menerima hakikat
bahawa kemajuan sains dan teknologi banyak mempengaruhi serta mencorakkan
kehidupan manusia. Perkembangan dan kemajuan ini terus menerus menggerakkan
keinginan manusia menjadi kompleks. Malah cita rasa, nilai budi dan keperluannya
juga turut berubah. Namun demikian, dalam keghairahan kita mengejar kemajuan
dan pembangunan, ciri-ciri ketertiban dan kemanusiaan perlu seiring. Kemajuan dan
pembangunan yang kita capai akan menjadi lebih bermakna, sekiranya kemurnian
moral dan agama sentiasa menjadi landasan hidup sepanjang hayat.

Sebenarnya tugas membentuk peribadi dan disiplin murid-murid bukan


sahaja dipertanggungjawabkan kepada sekolah semata-mata, bahkan ibu bapa dan
seluruh masyarakat turut dipertanggungjawabkan. Apa yang terpenting ialah murid-
murid sendiri hendaklah sanggup mengubah sikap ke arah yang lebih dinamik,
produktif dan terbuka selaras kehendak-kehendak pendidikan kini dan pembangunan
Negara semasa.

Justeru itu, Panitia Pendidikan Islam dan Panitia Pendidikan Moral Sekolah
Jenis Kebangsaan Cina Hwa Lian, Banir telah merancangkan Program Berbudi
Bahasa dan Nilai-nilai Murni.

2. RASIONAL

Sekolah merupakan institusi masyarakat yang penting. Di sekolahlah seorang anak


itu menimba pengetahuan, membentuk perwatakannya dan seterusnya diasuh untuk
menghadapi hidup sebagai seorang dewasa. Dengan tertanamnya ciri-ciri ini di jiwa
mereka dapatlah mereka berfungsi sebagai seorang warganegara yang bertindak
dengan penuh tanggungjawab.

Namun, sejak akhir-akhir ini masalah keruntuhan tatatertib, sifat-sifat luhur


serta kesantunan budi bahasa di kalangan murid amat dirasai. Identiti dan jati diri di
kalangan murid semakin luntur. Jika perkara ini tidak dicegah, masalah sosial yang
lebih serius yang boleh mengacam masa depan Negara mungkin terjadi. Dengan
tertanamnya ciri-ciri ini di jiwa mereka dapatlah mereka berfungsi sebagai seorang
warganegara yang bertindak dengan penuh tanggungjawab.
3 OBJEKTIF

3.1 Menerap nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, kasih sayang dan


sebagainya.
3.2 Menguji kefahaman murid terhadap topik yang dipelajari melalui kuiz.
3.3 Melahirkan murid yang mempunyai kesantunan budi yang tinggi dengan
menjadikan nilai murni sebagai tunggak kehidupan hakiki
3.4 Membentuk individu murid yang berbudi bahasa serta bersopan santun.
3.5 Memberi ilmu pengetahuan kepada murid-murid mengenai adab-adab yang
perlu diamalkan.
3.6 Mendedahkan murid-murid dengan nilai-nilai murni yang seharusnya menjadi
amalan harian.

4. KUMPULAN SASARAN

4.1 Murid 11 orang


4.2 Guru 6 orang

5. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

Tarikh : 15/11/2022 (Selasa)


Masa : 2.00 petang – 3.30 petang
Tempat : SJKC Hwa Lian, Banir

6. JAWATANKUASA KERJA

6.1 Seperti dilampiran 1

7. IMPLIKASI KEWANGAN

7.1 Sumber kewangan – Kegiatan Pendidikan Islam & Moral (PIM) - SUWA
7.2 Anggaran perbelanjaan keseluruhan (rujuk jadual)

PERKARA KUANTITI ANGGARAN JUMLAH SUMBER


(RM) (RM) KEWANGAN
Hadiah Sesi Kuiz 12 1.50 18.00 PIM - SUWA
Jumlah 18.00

8. ULASAN JPN / PPD: Tiada

9. PENUTUP
Program ini diharapkan dapat membentuk individu murid yang berbudi bahasa dan
bersopan santun. Kerjasama daripada semua pihak yang terlibat dapat amatlah penting
supaya program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya serta mencapai objektif dan
matlamat yang diinginkan. Dengan pelaksanaan Program ini diharapkan dapat memberikan
satu inspirasi yang amat berharga kepada murid-murid bahawa pentingnya mengamalkan
dan mengaplikasikan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian dan bukan hanya
mementingkan kecemerlangan akademik sahaja.

Disediakan oleh : Disemak oleh:

……………………………………….. ………………………………………..

Nama: CHEW ZHENG LIN Nama: Caryn Tiong Wen Jia


Jawatan: Ketua Panitia Pendidikan Moral Jawatan: Guru Kanan Hal Ehwal Murid
Nama Sekolah: SJK (C) Hwa Lian Nama Sekolah: SJK (C) Hwa Lian
Tarikh: Tarikh:

KERTAS CADANGAN – PROGRAM BERBUDI BAHASA DAN NILAI-NILAI MURNI


KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Program Berbudi Bahasa dan Nilai-nilai Murni

Atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan Program Berbudi Bahasa dan Nilai-nilai


Murni

Ulasan : -

NAMA PENGURUS SEKOLAH

Tarikh :

Lampiran 1
JAWATANKUASA INDUK PROGRAM BERBUDI BAHASA DAN NILAI-NILAI MURNI
SJKC HWA LIAN

Pengerusi : En. Chai San Fatt (Guru Besar)

Naib Pengerusi : Cik Kho Ming Hung (GK Pentadbiran)

Cik Caryn Tiong Wen Jia (GK HEM)

En. Chew Zheng Lin (GKKK)

Setiausaha : Cik Kang Li Hung

Cik Chan Lai Yee

Bendahari : En. Muhammad Zaim Syafiq Bin Mohd. Roslan

JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM BERBUDI BAHASA DAN


NILAI-NILAI MURNI
SJKC HWA LIAN

Penyelaras
En. Chew Zheng Lin
Merancangkan aktiviti
Pengacara
Cik Kang Li Hung
Mengacara aktiviti
Siaraya
Menguruskan siaraya Cik Kho Ming Hung
Menguruskan tayangan slaid
Persiapan Tempat
En. Muhammad Zaim Syafiq
Menyediakan tempat aktiviti
Bin Mohd. Roslan
Menyusun meja kerusi
Pengurus Hadiah
Menempah hadiah murid Cik Chan Lai Yee
Menguruskan penyampaian hadiah
Jurugambar
Mengambil gambar Cik Caryn Tiong Wen Jia
Mewujudkan fail google drive foto

Anda mungkin juga menyukai