Anda di halaman 1dari 6

KERTAS CADANGAN

NAMA PROGRAM / AKTIVITI: PERTANDINGAN PAKAIAN TRADISIONAL


TAHUN 2022

YBrs. Guru Besar,


SJK(C) Hwa Lian,

PERTANDINGAN PAKAIAN TRADISIONAL

1. PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM

Di Malaysia, terdapat pelbagai perayaan yang berbeza yang disambut oleh kaum
yang berbeza seperti perayaan Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali dan
Hari Gawai. Pakaian dan perhiasan tradisional terdiri daripada pelbagai jenis dan
berbeza mengikut kaum. Ini menjadikan ianya sesuatu yang unik dan tersendiri
kerana pada masa kini, masyarakat Malaysia sama ada Cina, Melayu, India atau
kaum lain dapat memakai dan memperagakan perhiasan tradisional ini tanpa
mengira kaum.

Keunikan budaya berpakaian masyrakat Malaysia ini jelas terserlah dari segi
budayapersekitaran yang dimainkan peranan oleh orang dewasa melalui pemakaian
mereka yang pelbagai bangsa dan kaum. Ini menunjukkan kita dapat hidup bersatu
padu dalam sebuah masyarakat majmuk hanya melalui penyatuan pada pakaian.
Oleh itu, aktiviti pertandingan pakaian tradisional Melalui ini memberi peluang
kepada setiap murid untuk berkongsi adat-adat yang diamalkan di dalam kaum
masing-masing di samping memperkenalkan pakaian yang terdapat dalam kaum
mereka kepada rakan-rakan yang lain.

2. RASIONAL

Pertandingan ini berfokus untuk mendedahkan murid-murid Sekolah Jenis


Kebangsaan Cina Hwa Lian dengan pakaian-pakaian tradisional pelbagai kaum yang
unik di Malaysia. Melalui cara ini, murid-murid yang lain dapat mengetahui dan
mengenal budaya yang diamalkan oleh kaum lain. Selain itu, melalui cara ini setiap
murid akan lebih menghargai keunikan dan adat-adat yang terdapat dalam kaum
sendiri. Hal ini kerana, generasi muda pada masa kini semakin melupakan adat-adat
dan budaya yang terdapat dalam kaum sendiri malah mengamalkan budaya barat
yang bertentangan dengan adat dan budayakaum sendiri terutama dari segi
pemakaian.

3 OBJEKTIF

3.1 Menyemarakkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan murid.


3.2 Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme dalam jiwa murid-murid
sekolah supaya terus kekal sehingga remaja dan dewasa.
3.3 Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan seterusnya mengeratkan
perpaduan di semua peringkat.
3.4 Mencetuskan dan menyemarakkan perasaan, suasana dan semangat
patriotik.
3.5 Menyediakan ruang agar murid-murid menggunakan kreativiti mereka
semasa menjalankan pertandingan ini.
4. KUMPULAN SASARAN

4.1 Murid 11 orang


4.2 Guru 6 orang

5. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

Tarikh : 20/10/2022
Masa : 10.30 pagi – 11.30 pagi
Tempat : Kantin SJKC Hwa Lian, Banir

6. JAWATANKUASA KERJA

6.1 Seperti dilampiran 1

7. IMPLIKASI KEWANGAN

7.1 Sumber kewangan - Peruntukan Kerajaan Persekutuan (PKP)


7.2 Anggaran perbelanjaan keseluruhan (rujuk jadual)

PERKARA KUANTITI ANGGARAN JUMLAH SUMBER


(RM) (RM) KEWANGAN
Hadiah Johan Tahap Tinggi 1 60.00 60.00 PKP
Hadiah Naib Johan Tahap Tinggi 1 50.00 50.00 PKP
Hadiah Tempat Ketiga Tahap Tinggi 1 40.00 40.00 PKP
Hadiah Johan Tahap Rendah 1 60.00 60.00 PKP
Hadiah Naib Johan Tahap Rendah 1 50.00 50.00 PKP
Hadiah Tempat Ketiga Tahap 1 40.00 40.00 PKP
Rendah
Jumlah 300.00

8. ULASAN JPN / PPD: Tiada


9. PENUTUP

Program ini diharapkan dapat membentuk individu murid yang bersemangat patriotik
dan menghargai warisan budaya masing-masing. Kerjasama daripada semua pihak yang
terlibat dapat amatlah penting supaya program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya serta
mencapai objektif dan matlamat yang diinginkan. Dengan pelaksanaan Program ini
diharapkan dapat memberikan satu inspirasi yang amat berharga kepada murid-murid
bahawa pentingnya mengamalkan dan mengaplikasikan nilai-nilai murni dalam kehidupan
seharian dan bukan hanya mementingkan kecemerlangan akademik sahaja.

Disediakan oleh : Disemak oleh:

……………………………………….. ………………………………………..

Nama: KANG LI HUNG Nama: CHEW ZHENG LIN


Jawatan: Setiausaha Kokurikulum Jawatan: Guru Kanan Kokurikulum
Nama Sekolah: SJK (C) Hwa Lian Nama Sekolah: SJK (C) Hwa Lian
Tarikh: Tarikh:
KERTAS CADANGAN – PROGRAM HARI SUKAN TAHUNAN SEKOLAH

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan

Atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan

Ulasan :

……………………………………………………………………………………………………………
……………………………..

……………………………………………………………………………………………………………
……………………………..

NAMA PENGURUS SEKOLAH

Tarikh :
Lampiran 1

JAWATANKUASA INDUK PERTANDINGAN PAKAIAN TRADISIONAL


SJKC HWA LIAN

Pengerusi : En. Chai San Fatt (Guru Besar)

Naib Pengerusi : Cik Kho Ming Hung (GK Pentadbiran)

Cik Caryn Tiong Wen Jia (GK HEM)

En. Chew Zheng Lin (GKKK)

Setiausaha : Cik Kang Li Hung

Cik Chan Lai Yee

Bendahari : En. Muhammad Zaim Syafiq Bin Mohd. Roslan

JAWATANKUASA PELAKSANA PERTANDINGAN PAKAIAN TRADISIONAL


SJKC HWA LIAN

Emcee
Cik Kho Ming Hung
Mengacarakan pertandingan
Siaraya
Mengawal Siaraya Cik Kang Li Hung
Menguruskan penyampaian hadiah
Perancangan & Penghakiman
Menghasilkan kertas kerja En. Chew Zheng Lin
Menyediakan borang penilai & mengira markah
Persembahan Lagu Patriotik
En. Muhammad Zaim Syafiq
Memilih lagu patriotik yang sesuai
Bin Mohd. Roslan
Melatih murid bernyanyi
Pengurus Pentas
Menyusun giliran persembahan murid Cik Chan Lai Yee
Mengurus perjalanan murid di pentas
Jurugambar
Mengambil gambar Cik Caryn Tiong Wen Jia
Mewujudkan fail google drive foto

Anda mungkin juga menyukai