Anda di halaman 1dari 1

NILAI TERAS: KEGEMBIRAAN

4.8. NEGARAKU TANGGUNGJAWABKU


Jangan tanya apa negara boleh sumbang untuk kamu tetapi tanyalah pada diri apa yang
kamu dapat sumbangkan pada negara.

Setiap masyarakat mempunyai peranan dan sumbangan tertentu untuk negara. Setiap kita
saling memerlukan antara satu sama lain.

Yang membentuk dan mencorak sebuah negara adalah rakyatnya. Kita semua perlu faham
peranan dan tanggungjawab masing-masing. Jika semua orang menjalankan tugas dan
peranan masing-masing dalam masyarakat dengan baik, maka kita sebenarnya boleh
menjadi negara yang hebat dan menggapai masa depan yang lebih makmur.

Kita semua adalah unsung hero atau wira tak didendang dalam masyarakat yang setiap
satunya memberikan sumbangan kepada negara.

Contohnya:
Sumbangan seorang guru adalah mendidik anak bangsa demi melahirkan pemimpin
dan ilmuwan pada masa hadapan.
Sumbangan seorang doktor adalah merawat pesakit yang memerlukan rawatan
untuk menjalani kehidupan yang lebih baik.
Sumbangan seorang mekanik adalah membaiki kenderaan supaya urusan harian
orang lain menjadi lancar.
Sumbangan seorang tentera adalah memastikan pihak musuh tidak menceroboh
kedaulatan negara kita.
Sumbangan seorang pembersih saluran pembentungan adalah memastikan najis
kita diurus dengan baik.

Manakala:
Sumbangan sebagai pelajar dilihat daripada tiga aspek utama,iaitu politik,sosial,dan
ekonomi. Pelajar yang berkualiti amat penting dalam membantu pembangunan
negara,bangsa,dan agama. Pelajar yang berkualiti dapat menghasilkan idea dan
sumbangan yang amat besar kepada negara,daripada pelbagai bidang yang diceburi
termasuklah bidang ekonom dan politik.

Namun malangnya, sikap pentingkan diri, bongkak, pecah amanah, perosak, menyebar
pengaruh negatif dan sebagainya telah lama menjadi racun dan barah dalam masyarakat.

Mungkin ada yang rasa diri tiada ini tiada sumbangan kepada negara kerana tidak bekerja,
masih bersekolah dan sebagainya, tapi sebenarnya anda juga boleh menyumbang kepada
negara dengan dua cara ini iaitu tidak menyebar pengaruh negatif yang boleh merosakkan
pemikiran orang lain serta tidak berbuat sesuatu yang menyusahkan orang lain, itu pun
sudah mencukupi

Ingatlah Negarku Tanggungjawabku.

Anda mungkin juga menyukai