Anda di halaman 1dari 1

NILAI TERAS: KASIH SAYANG

1.8 SETIA

Setia dalam persahabatan

Setia bermaksud amanah serta teguh hati dalam suatu hubungan.


Sahabat itu ialah insan yang sentiasa bersama kita sama ada kita suka ataupun duka.

8 Rahsia Setia dalam Persahabatan

1. Berkawanlah ikhlas kerana Allah

2. Jangan menjadi api


Ketika salah seorang menjadi api, biarlah kita menjadi air.
Mengalah bukan bererti kita kalah.

3. Tanam sifat saling percaya

4. Sentiasa berbincang
Ketika berlakunya salah faham, ambillah masa untuk bertenang.

5. Carilah orang tengah yang mampu membantu


Ketika berlakunya salah faham , carilah orang tengah yang mampu membantu anda
dan sahabat anda menyelesaikan salah faham.
Namun, anda haruslah berhati-hati kerana jika tersalah pilih orang, orang tengah
mungkin akan mengeruhkan lagi keadaan anda dan sahabat anda.

6. Luangkan masa bersama

7. Terimalah kelebihan dan kekurangannya

8. Sentiasa bersama di kala susah dan senang

Sahabat yang baik ialah orang yang tahu tentang kelemahan kita tapi akan berbicara tentang
kelebihan kita pada orang lain. Ketika orang lain berbicara buruk tentang kita,dia yang
menyokong kita dan bercerita tentang kebaikan kita.
Berhati-hatilah mencari sahabat kerana jika tersilap mencari sahabat,sahabat itulah musuh
paling berbahaya kerana dia sudah mengetahui kelebihan dan kekurangan kita.

Anda mungkin juga menyukai