Anda di halaman 1dari 2

NILAI TERAS: KASIH SAYANG

1.3 IHSAN

Semai nilai ihsan dalam keluarga

Setiap setiap ahli keluarga perlu memainkan peranan untuk menanamkan nilai
ihsan dalam diri masing-masing dan berusaha melakukan kebaikan terlebih dahulu.

Alangkah indah hidup berkeluarga sekiranya setiap ahli berlumba-lumba


memberikan ihsan terlebih dahulu daripada yang lain.

Anak-anak yang selalunya menganggap ibu bapa tidak memberikan perhatian atau
tidak mahu melayan kehendak mereka sepatutnya berusaha untuk mendengar
nasihat serta teguran daripada kedua-dua ibu bapa terlebih dahulu bagi mendapat
layanan yang sama daripada ibu bapa.

Rasulullah SAW bersabda: "Ihsan itu, hendaklah kamu beribadah kepada Allah
seolah-olah kamu melihat-Nya, sekalipun kamu tidak dapat melihat-Nya, maka
sesungguhnya Dia melihat mu." (Riwayat Muslim)

Bagaimanakah untuk kita fahami nilai ihsan yang disebut dalam hadis yang boleh
menjadikan kita insan soleh khususnya dalam keluarga. Fitrah manusia, apabila
perbuatannya dilihat oleh orang lain, maka dia akan mengawal gerak-gerinya,
malah boleh menahan kesabaran untuk tidak marah.

Oleh itu, nilai ihsan yang dibicarakan dalam hadis ini yang jauh lebih luas
maksudnya, Allah SWT bersama kita di mana sahaja kita berada dan
sesungguhnya Dia Maha Melihat segala perbuatan kita. Maka dengan itu, kita
dapat mendidik diri untuk menjadi hamba yang lebih baik.

Nilai ihsan perlu sentiasa diterapkan dalam keluarga bagi memastikan ahli sentiasa
melakukan kebaikan walau di mana sahaja kerana setiap makhluk berada di bawah
pengawasan Allah SWT. Atas sebab itu, seseorang harus berasa malu kepada Allah
SWT untuk melakukan perkara tidak baik dan zalim.

Malah, Allah SWT menyuruh manusia berbuat baik (ihsan) bukan sahaja kepada
manusia, bahkan makhluk lain seperti maksud hadis: "Apabila kamu hendak
menyembelih haiwan, maka sembelihlah dengan cara yang paling baik iaitu
dengan menajamkan alat sembelihan dan hendaklah meletakkan haiwan dalam
keadaan yang selesa." (Riwayat Muslim)

Apabila kita diuji atau marah, kita akan memberi tindak balas. Oleh itu, kita perlu
menyiapkan diri supaya merasakan Allah SWT sentiasa melihat perbuatan kita
walau di mana kita berada. Persiapan ini perlu dilatih sejak awal untuk menahan
diri daripada terus bertindak balas dengan apa yang berlaku.

Setiap ujian yang datang adalah sebagai latihan untuk menahan diri daripada marah
dan bertindak zalim. Muhasabah diri bahawa Allah SWT sedang melihat dan
berusaha memperbaiki ke arah kebaikan. Ujian yang dilalui satu latihan dan proses
memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

Sentiasa istighfar dan berdoa kepada Allah SWT dalam setiap perkara yang
dilakukan, terutamanya ketika menghadapi ujian. Ujian adalah rahmat daripada
Allah SWT untuk menjadikan kita hamba yang lebih bertakwa dan dekat dengan-
Nya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya barang siapa yang bertakwa
kepada Allah SWT, yang bersabar, maka sesungguhnya Allah SWT tidak pernah
mensia-siakan ganjaran kebaikan kepada orang yang berbuat baik. Allah SWT
telah mengangkat kedudukan Nabi Yusuf dengan ketakwaan dan kesabaran
baginda terhadap ujian yang telah diberikan. Janji Allah SWT itu pasti kepada
hamba-Nya yang bertakwa dan sabar dengan ujian. Bersyukurlah apabila Allah
SWT telah memilih kita untuk menjadi orang yang berbuat kebaikan." (Surah
Yusuf, ayat 90)

Anda mungkin juga menyukai