Anda di halaman 1dari 4

PERTANDINGAN MENGARANG PANTUN

1. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1.1. Penyertaan Penyertaan pertandingan ini adalah terbuka kepada semua murid SK. Seri Sitiawan.

Objektif utama pertandingan:

Objektif pertandingan adalah untuk mencipta pantun-pantun bertemakan nasihat dan berunsur budaya Melayu di kalangan warga SK.Seri Sitiawan.

1.2. Spesifikasi Pantun

1.2.1. Pantun mestilah baru dan asli;

1.2.2. Pantun adalah pantun 4 kerat dan mempunyai 4 rangkap keseluruhannya;

1.2.3. Pantun mestilah menepati mesej dan tema yang selari dengan Bulan Bahasa.

1.2.4. Pantun adalah dalam Bahasa Melayu.

1.3. Dokumen Permohonan Penyertaan Setiap peserta yang ingin menyertai pertandingan ini dikehendaki menyediakan dua (2) salinan dokumen-dokumen seperti berikut:

a. Borang Penyertaan Borang adalah seperti yang terdapat di lampiran. Hendaklah diisi oleh setiap peserta yang ingin menyertai pertandingan ini.

b. Salinan Pantun i. Pantun hendaklah dihantar secara bercetak dan diajukan kepada pihak urus setia pertandingan bersama-sama dengan Borang Penyertaan.

LAMPIRAN A ii. Penyertaan adalah percuma. Para peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.

iii. Maklumat berikut hendaklah dicatatkan dengan jelas di belakang hasil karya masing-masing iaitu:

Nama penuh; Nombor kad pengenalan; Kelas/Tahun

1.4. Tempoh Penyertaan

Penyertaan dibuka dari 11 Julai (Isnin) hingga 29 Julai 2011 (Jumaat). Sebarang penyertaan selepas 29Julai 2011 tidak akan dilayan oleh pihak urus setia.

2. METODOLOGI PENILAIAN

2.1. Penilaian akan dilakukan terhadap semua penyertaan yang diterima dari peserta yang menyertai pertandingan ini.

2.2. Penilaian akan dijalankan melalui penelitian terhadap pantun yang dihantar kepada urus setia pertandingan. Kriteria-kriteria yang diambil kira adalah seperti yang terdapat di lampiran.

3. HADIAH PERTANDINGAN

3.1. Hanya tiga pantun sahaja akan dipilih untuk memenangi pertandingan ini. Pemenang hanya layak menerima satu hadiah sahaja.

3.2. Tiga pemenang pertandingan akan menerima plak serta sijil penghargaan. (tertakluk pada pindaan)

4. PANEL PENILAI

Semua penyertaan adalah tertakluk kepada keputusan MUKTAMAD oleh Panel Penilai. Panel Penilai berhak mengubahsuai dan meminda pantun yang disertai sekiranya perlu dan pantun yang terpilih akan diguna pakai dan menjadi hak milik sekolah.

LAMPIRAN A BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN MENGARANG PANTUN SK.SERI SITIAWAN, MANJUNG RAYA,32040 SERI MANJUNG.

1. BUTIRAN PESERTA i. Nama Peserta : __________________________________ ii. Kelas : __________________________________ iii. No, Sijil Lahir/Kad Pengenalan : __________________________________ iv. Alamat rumah: _______________________________________________ ______________________________________________________________

PENGAKUAN PESERTA Adalah saya dengan ini memperakui bahawa penyertaan saya ini adalah asli dan tidak pernah dihantar ke mana-mana pertandingan seumpamanya sebelum ini. Saya juga faham bahawa penyertaan saya akan dibatalkan secara serta merta jika saya melanggar peraturan ini. Saya juga bersetuju bahawa jika terpilih pantun saya ini akan menjadi hak milik sekolah dan saya tiada hak ke atasnya selepas ini.

Tandatangan : __________________________________ Nama : __________________________________ Tarikh : __________________________________

LAMPIRAN A

3. ALAMAT UNTUK MENGEMUKAKAN PENYERTAAN Penyertaan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada: Urus setia Pertandingan Mengarang Pantun, Persatuan Bahasa Melayu, SK.Seri Sitiawan, Manjung Raya, 32040 Seri Manjung. (u.p.: Pn. Norhaidah binti Rahmat) Guru Penasihat, Persatuan Bahasa Melayu. ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------Untuk kegunaan urus setia pertandingan Tarikh Terima Penyertaan : ____________________________ No. Daftar : ____________________________

LAMPIRAN A KRITERIA-KRITERIA PENILAIAN PANTUN KRITERIA MARKAH PENUH 1. Keaslian 20% 2. Ketepatan kepada tema 40% a. Imej dan Identiti sekolah (20%) b. Penekanan kepada bahasa (20%) 3. Kreativiti a. Gaya bahasa pantun (20%) 40% b. Padat dan menarik (20%)

JUMLAH KESELURUHAN 100%

Anda mungkin juga menyukai