Anda di halaman 1dari 2

Penterjemahan atau alih bahasa ialah perbuatan mentafsir makna sesuatu teks dan menerbitnya semula dalam bahasa

yang lain. Tujuan penterjemahan adalah untuk menghasilkan satu karya terjemahan (teks sasaran) yang membawa makna yang sama dengan sesuatu karya bahasa asing (teks sumber). Penterjemahan merupakan satu aktiviti yang penting untuk menyebarkan ilmu pengetahuan kerana ia membolehkan masyarakat menikmati ilmu pengetahuan daripada budaya asing. Biasanya, terjemahan merupakan pekerjaan manusia, tetapi selaras dengan perkembangan teknologi, penterjemahan sudah boleh dibantu dengan mesin, iaitu penterjemahan mesin.

Ada 4 teknik menterjemahkan peribahasa: (i) Pinjam peribahasa itu secara hurufiah, yakni terjemahkan kata-demi-kata. Contoh terjemahan Melayu: "gigitlah dengan gigi geraham" adalah terjemahan katademi-kata. Banyak peribahasa asing dipinjam oleh Bahasa Melayu menggunakan teknik terjemahan kata-demi-kata. Contohnya: 'bulan madu' (honeymoon), 'bintang filem' (film star) dll. (ii) Jangan dipinjam peribahasa asing itu, sebaliknya terangkan makna peribahasa itu. Teknik ini paling sesuai apabila (a) dikhuatiri peribahasa asing itu terlalu 'pelik bunyinya' jika diterjemahkan kata-demi-kata, (b) apabila peribahasa asing itu menyusahkan pembaca memahami apa makna frasa dan kalimat yang sedang dibacanya. (iii) Gantikan peribahasa asing itu dengan peribahasa Melayu yang sama maknanya. Contohnya, peribahasa "When in Rome do as the Romans do." dapat digantikan dengan "Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak." ataupun "white as snow" dapat digantikan dengan "putih bak santan". (iv) Teks asal yang bukan peribahasa dapat diterjemahkan menggunakan peribahasa Melayu. Contohnya, ayat "the road was very winding" digantikan dengan "jalannya bagaikan ular kena palu." Oleh: Puan Ainon Mohd, Pengerusi PTS Publications

Anda mungkin juga menyukai