Anda di halaman 1dari 5

Diari Cikgu Chom

PANDUAN, NOTA & LATIHAN BAHASA MELAYU BAGI PELAJAR SPM & PMR

Ahad, 30 Jun 2013

TIPS & PANDUAN - PENULISAN PENDAHULUAN KARANGAN


MENGGUNAKAN TEKNIK ARCA + PENANDA WACANA

TIPS & PANDUAN PENULISAN PENDAHULUAN YANG MANTAP

Contoh 1:
Amalan menabung perlu dipupuk oleh ibu bapa kepada anak-anak sejak awal lagi.
Nyatakan kebaikan-kebaikan yang diperoleh dengan amalan menabung ini.

Analisis soalan:-

Tema/Isu : Amalan menabung (AR)


Contoh : Contoh bank; Maybank, Tabung Haji, Bank Simpanan
Nasional (AC)
Tugasan/arahan soalan : Kebaikan menabung (AA)

TEKNIK PENULISAN PENDAHULUAN


TEKNIK ARCA
PW: Penanda Wacana
AR: Ayat Rangsangan berdasarkan tema (AR-PU/Pernyataan Umum;AR-T/Tanya)
AC: Ayat Contoh ( merujuk contoh tema)
AA: Ayat Arah dikaitkan dengan arahan/tugasan soalan
PW: penanda wacana/perbahasa (PB)/kata-kata hikmat(KH)

[AR-PU] Dalam meniti arus pemodenan, amalan menabung merupakan amalan mulia
yang perlu dipupuk sejak kecil lagi. [AR-PU] Persis mutiara kata, melentur buluh biarlah dari
rebungnya(PB), sewajarnyalah ibu bapa dalam menerapkan amalan menabung kepada anak-
anak mereka sejak kecil lagi. [AC] Sebagai contohnya, ibu bapa boleh membuka akaun
simpanan anak-anak di mana-mana institusi kewangan seperti Bank Simpanan Nasional,
Tabung Haji dan Maybank. [AR-T] Persoalannya kini, apakah kebaikan menabung kepada
individu? [AA] Oleh hal yang demikian, kebaikan amalan menabung yang mewarnai fokus
perbincangan akan dikupas secara terperinci untuk kepentingan bersama.

CONTOH 2:

Kes kemalangan jalan raya sering meningkat terutama pada musim perayaan. Berikan
pendapat anda tentang langkah-langkah untuk mengurangkan kemalangan jalan raya di
negara kita.

Analisis soalan :
Tama/Isu : kemalangan jalan raya semakin meningkat(AR)
Contoh : ketika sambutan Hari Raya, Tahun Baru Cina atau cuti umum (AC-
merujuk tema)
Arahan/Tugasan : usaha-usaha mengurangkan kemalangan jalan raya(AA)

PENULISAN PENDAHULUAN - TEKNIK ARCA

(PW)Memang tidak dapat dinafikan, (AR)kes kemalangan jalan raya di negara kita
semakin meningkat saban tahun. (AR)Saban hari kita dapat membaca berita tentang
kemalangan yang bukan sahaja mengakibatkan kecederaan malahan kehilangan nyawa.
(AC)Sebagai contoh, ketika cuti Hari Raya, Tahun Baru Cina atau hari-hari kelepasan umum
yang lain , jumlah kemalangan turut meningkat apabila warga kota berpusu-pusu pulang ke
kampung halaman masing-masing. .(AR)Bilangan kenderaan yang bertambah di jalan raya
umpama cendawan tumbuh selepas hujan turut menjadi punca peningkatan kes kemalangan
di negara kita. (AR-T)Persoalannya, haruskah kita hanya berpeluk tubuh melihat
peningkatan kes kemalangan ini tanpa berbuat apa-apa?. (AA)Jelaslah bahawa, usaha-
usaha yang drastik perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk membendung masalah ini
daripada terus bereleluasa.

Contoh 3:

Anda telah dipilih untuk menyertai pertandingan syarahan yang bertajuk 'Langkah-langkah
yang Paling Berkesan untuk Mengamalkan Gaya Hidup Sihat", sempena Hari Kesihatan
Sedunia di sekolah anda. Tulis teks syarahan anda selengkapnya.

Analisis soalan:
Tema : amalan gaya hidup sihat (AR)
Contoh : kebaikan - meningkatkan kesihatan, menghindari diri daripada mudah
dijangkiti penyakit dan menjalani kehidupan dengan berkualiti(AC)
Arahan/tugasan: langkah-langkah berkesan untuk mengamalkan gaya hidup sihat(AA)

PENULISAN PENDAHULUAN - TEKNIK ARCA

(PW)Pada era globalisasi kini, (AR)amalan hidup sihat sangat penting untuk dipraktikkan
oleh segenap lapisan masyarakat di negara kita. (AR) Hal ini demikian kerana, amalan gaya
hidup sihat memberi berbagai-bagai faedah dalam kehidupan kita.(AC) Contohnya, tahap
kesihatan akan meningkat dan menghindari diri daripada mudah dijangkiti penyakit-penyakit
berbahaya (AR) seperti cogan kata, mencegah lebih baik daripada mengubati. (AR)Apabila
kesihatan terjamin, seseorang itu akan dapat menjalani kehidupan seharian dengan lebih
berkualiti. (AA-T) Persoalannya, apakah langkah-langkah yang berkesan untuk
mengamalkan gaya hidup sihat ini? Tepuk dada tanya selera.

Tips untuk pelajar menengah rendah:


pendahuluan tidak perlu terlalu panjang:
Formula : Pendahuluan = ( PW) + (AR) + (AC) + (AA - U/T) + Peribahasa(Jika
ada)

Latihan kendiri'

Berdasarkan soalan-soalan yang diberikan, buat analisis soalan dan tulis perenggan
pendahuluan yang baik dengan menggunakan teknik ARCA

a) Saban tahun, negara kita menghadapi masalah jerebu yang serius sehingga menjejaskan
tahap kesihatan dan keselamatan masyarakat. Huraikan pendapat anda tentang langkah-
langkah keselamatan yang perlu diambil oleh masyarakat dalam menghadapi masalah
jerebu ini.

b) Gejala berlumba motosikal secara haram dalam kalangan remaja di negara kita semakin
berleluasa. Tulis sebuah rencana tentang punca-punca gejala ini untuk dimuatkan dalam
majalah sekolah anda.

c) Baru-baru ini telah tersebar video tentang gejala buli dalam kalangan pelajar sekolah.
Masalah ini semakin serius dan membimbangkan pelbagai pihak. Kemukakan pendapat
anda tentang usaha-usaha yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk mengatasi gejala
buli ini.

Selamat mencuba!!!!!

Cikgu Kalsom at Ahad, Jun 30, 2013

Kongsi 4

7 ulasan:

Rozita ARZ 8 Mac 2014 8:59 PG


Terima kasih. dapat membantu saya dalam p&p
Balas

Syawal Hakimi 10 Oktober 2014 9:04 PTG


Saya akan cuba menggunakan formula ini,terima kasih
Balas

Ciknoma @ DaisyFlower 8 April 2016 12:13 PTG


Mohon kongsi
Balas

helmi 11 Ogos 2016 2:15 PTG


formula ini menyenang kn saya membuat karangan
Balas

Faith Zip 4 September 2016 1:57 PTG


kys
Balas

Muhammad I Safwan 9 Oktober 2016 7:18 PTG


Terima kasih kerana cara ini dapat membantu akan tetapi saya masih tidak tahu cara
menggunakan formula ini. Harap cikgu dapat menunjukkan tatacaranya
Balas

lesen p 17 Januari 2017 11:22 PTG


Terima Kasih tuan. Sudah membantu ramai orang, guru dan pelajar dalam menghadapi cabaran
buat karangan. Dipermudahkan urusan tuan dalam pelbagai Ruang.
Balas
Masukkan ulasan anda...

Ulas sebagai: Akaun Google

Terbitkan Pratonton

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima


kasih atas komen ikhlas anda.

Laman utama
Papar versi web

Dikuasakan oleh Blogger.

Anda mungkin juga menyukai