Anda di halaman 1dari 3

TIPS & PANDUAN - PENULISAN PENDAHULUAN KARANGAN MENGGUNAKAN

TEKNIK ARCA + PENANDA WACANA

TIPS & PANDUAN PENULISAN PENDAHULUAN YANG MANTAP

Contoh 1:
Amalan menabung perlu dipupuk oleh ibu bapa kepada anak-anak sejak awal lagi.  Nyatakan
kebaikan-kebaikan yang diperoleh dengan amalan menabung ini.

Analisis soalan:-

Tema/Isu                                :  Amalan menabung  (AR)


Contoh                                   :  Contoh bank; Maybank, Tabung Haji, Bank Simpanan
                                                     Nasional  (AC)
Tugasan/arahan soalan       :  Kebaikan menabung  (AA)

TEKNIK PENULISAN PENDAHULUAN


TEKNIK ARCA
PW: Penanda Wacana
AR:  Ayat Rangsangan berdasarkan tema (AR-PU/Pernyataan Umum;AR-T/Tanya)
AC:  Ayat Contoh ( merujuk contoh tema) 
AA:  Ayat Arah dikaitkan dengan arahan/tugasan soalan
PW: penanda wacana/perbahasa (PB)/kata-kata hikmat(KH)

       [AR-PU] Dalam meniti arus pemodenan, amalan menabung merupakan amalan mulia yang
perlu dipupuk sejak kecil lagi.  [AR-PU] Persis mutiara kata, melentur buluh biarlah dari
rebungnya(PB), sewajarnyalah ibu bapa dalam menerapkan amalan menabung kepada anak-
anak mereka sejak kecil lagi.  [AC] Sebagai contohnya, ibu bapa boleh membuka akaun
simpanan anak-anak di mana-mana institusi kewangan seperti Bank Simpanan Nasional,
Tabung Haji dan Maybank. [AR-T] Persoalannya kini, apakah kebaikan menabung kepada
individu?  [AA] Oleh hal yang demikian, kebaikan amalan menabung yang mewarnai fokus
perbincangan akan dikupas secara terperinci untuk kepentingan bersama.

CONTOH 2:

Kes kemalangan jalan raya sering meningkat terutama pada musim perayaan.  Berikan
pendapat anda tentang langkah-langkah untuk mengurangkan kemalangan jalan raya di
negara kita.

Analisis soalan   :
Tama/Isu              :   kemalangan jalan raya semakin meningkat(AR)
Contoh                 :   ketika sambutan Hari Raya, Tahun Baru Cina atau cuti umum (AC-
                                    merujuk tema)
Arahan/Tugasan    :   usaha-usaha mengurangkan kemalangan jalan raya(AA)

PENULISAN PENDAHULUAN - TEKNIK ARCA

      (PW)Memang tidak dapat dinafikan, (AR)kes kemalangan jalan raya di negara kita semakin
meningkat saban tahun.  (AR)Saban hari kita dapat membaca berita tentang kemalangan yang
bukan sahaja mengakibatkan kecederaan malahan kehilangan nyawa.  (AC)Sebagai contoh,
ketika cuti Hari Raya, Tahun Baru Cina atau hari-hari kelepasan umum yang lain , jumlah
kemalangan turut meningkat apabila warga kota berpusu-pusu pulang ke kampung halaman
masing-masing. .(AR)Bilangan kenderaan yang bertambah di jalan raya umpama cendawan
tumbuh selepas hujan turut menjadi punca peningkatan kes kemalangan di negara kita. (AR-
T)Persoalannya, haruskah kita hanya berpeluk tubuh melihat peningkatan kes kemalangan ini
tanpa berbuat apa-apa?.  (AA)Jelaslah bahawa, usaha-usaha yang drastik perlu diambil oleh
pelbagai pihak untuk membendung masalah ini daripada terus bereleluasa.

Contoh 3:

Anda telah dipilih untuk menyertai pertandingan syarahan yang bertajuk 'Langkah-langkah
yang Paling Berkesan untuk Mengamalkan Gaya Hidup Sihat", sempena Hari Kesihatan Sedunia
di sekolah anda.  Tulis teks syarahan anda selengkapnya.

Analisis soalan:
Tema         :    amalan gaya hidup sihat (AR)
Contoh     :    kebaikan - meningkatkan kesihatan, menghindari diri daripada mudah
                       dijangkiti penyakit dan menjalani kehidupan dengan berkualiti(AC)
Arahan/tugasan:  langkah-langkah berkesan untuk mengamalkan gaya hidup sihat(AA)

PENULISAN PENDAHULUAN - TEKNIK ARCA

      (PW)Pada era globalisasi kini, (AR)amalan hidup sihat sangat penting untuk dipraktikkan
oleh segenap lapisan masyarakat di negara kita. (AR)  Hal ini demikian kerana, amalan gaya
hidup sihat memberi berbagai-bagai faedah dalam kehidupan kita.(AC)  Contohnya, tahap
kesihatan akan meningkat dan menghindari diri daripada mudah dijangkiti penyakit-penyakit
berbahaya  (AR) seperti cogan kata, mencegah lebih baik daripada mengubati.  (AR)Apabila
kesihatan terjamin, seseorang itu akan dapat menjalani kehidupan seharian dengan lebih
berkualiti.  (AA-T)  Persoalannya, apakah langkah-langkah yang berkesan untuk mengamalkan
gaya hidup sihat ini?  Tepuk dada tanya selera.

Tips untuk pelajar menengah rendah: 


             pendahuluan tidak perlu terlalu panjang:
             Formula :  Pendahuluan =  ( PW) + (AR) + (AC) + (AA - U/T)  + Peribahasa(Jika 
             ada)

Anda mungkin juga menyukai