Anda di halaman 1dari 16

TEKNIK PENULISAN ESEI BAHAGIAN B

PT3
 1 - 35
TEKNIK PENULISAN ESEI BAHAGIAN B PT3 CIKGU SUHAILA

Teknik Penulisan
Karangan

BAHASA MELAYU KERTAS 2 (02/2)


BAHAGIAN B

DSKP

Format Instrumen PT3


Bahasa Melayu (02/03)

KERTAS 2 Bahagian A Markah : 30 markah


Bahagian B
Cadangan Masa : 45 minit

Soalan : 3 esei
(Pilih SATU sahaja)
Jenis Penulisan Karangan

✓ Ucapan/Syarahan/Ceramah/Pidato

✓ Surat Kiriman Rasmi

Karangan Berformat ✓ Surat Kiriman Tidak Rasmi


✓ Berita

✓ Laporan

✓ Dialog/perbualan/wawancara

✓ Rencana

Karangan Tidak ✓ Karangan Jenis Gambaran


Berformat ✓ Karangan Jenis Cerita
✓ Karangan Jenis Fakta
✓ Karangan Jenis Perbincangan

Teknik Penulisan Karangan

Tulis Kerangka
Karangan

Baca & Menulis


Analisis Soalan Karangan

Menyunting
Karangan

5
LANGKAH 1

TEMA

Baca &

Analisis

Soalan
KATA
KUNCI
FORMAT

Lihat maklumat di sebelah ini dengan telitinya.


Kemudian, pilih satu daripada tiga soalan yang
dikemukakan dan tulis sebuah karangan yang
panjangnya tidak kurang daripada 180 patah
perkataan.

(i) Baru-baru ini anda dan rakan baik telah berpeluang


menyertai Hari Kantin di sekolah anda.

Ceritakan pengalaman anda semasa menyertai Hari Kantin


tersebut.

(ii) Hari Kantin merupakan salah satu aktiviti ulung dalam


Unit Kokurikulum.

Huraikan manfaat-manfaat mengadakan Hari Kantin di


sekolah.

(iii) Sekolah anda telah mengadakan Hari Kantin. Sebagai


setiausaha Kelab Keusahawanan sekolah, anda
dikehendaki menyediakan laporan lengkap tentang
program tersebut.

Tulis laporan tersebut selengkapnya.


7

ANALISIS KONSEP TKF DARIPADA


SOALAN ESEI

SOALAN T (TEMA) K (KATA KUNCI) F (FORMAT)


(i)

(ii)

(iii)

ANALISIS KONSEP TKF DARIPADA


SOALAN ESEI

SOALAN T (TEMA) K (KATA KUNCI) F (FORMAT)


(i) Hari Kantin 5P Cerita
Hari Kantin Umum
(ii) Hari Kantin Manfaat-manfaat Laporan
5W 1H
(iii)

LANGKAH 2: ANALOGI BURGER

PENDAHULUAN

ISI 1

ISI 2 PERENGGAN
ISI 3 ISI

ISI 4

KESIMPULAN

10
Tulis LANGKAH 2 Isi 1
Kerangka
Karangan Pendahuluan Isi 2

Kesimpulan Isi

Isi 3

11

LANGKAH 3.1

AYAT TEMA AYAT YANG MENGANDUNGI


(AT) KATA KUNCI JAWABAN/POKOK
PERSOALAN

TEKNIK AYAT APA-APA SAHAJA AYAT


PENULISAN RANGSANGAN YANG BERKAITAN
PENDAHULUAN DENGAN TEMA
(AR)

AYAT ARAHAN AYAT YANG MENJURUS


(AA) KEPADA PERENGGAN
ISI DAN MEMPUNYAI
KATA KUNCI

12

Lihat maklumat di sebelah ini dengan telitinya.


Kemudian, pilih satu daripada tiga soalan yang
dikemukakan dan tulis sebuah karangan yang
panjangnya tidak kurang daripada 180 patah
perkataan.

(i) Novel bertemakan patriotik bukan sekadar merakam


sejarah penentangan terhadap penjajah malah
mendedahkan realiti lebih mencabar untuk mengisi
pembangunan negara.
Bincangkan faedah-faedah membaca karya sastera
dalam kalangan remaja.

T Karya Sastera

K Faedah-faedah

F Umum/Pendapat

13

KENAL PASTI JENIS AYAT PENDAHULUAN

AYAT TEMA AYAT AYAT ARAHAN


RANGSANGAN

Remaja tidak mengendahkan karya Karya sastera yang terdapat di


sastera tetapi sebaliknya begitu asyik pusat sumber sekolah dan kedai

dengan pelbagai gajet. buku sepatutnya menjadi bahan


(siapa?+mengapa?) bacaan remaja.
(di mana?)

Masyarakat semakin Mereka sebenarnya menyedari


meminggirkan karya bahawa banyak faedah yang
sastera. diperoleh dengan membaca karya
sastera.

14

Penanda Wacana ✓ Pada masa ini,


(Pendahuluan-
✓ Dewasa ini,
Ayat Tema)
✓ Dasawarsa ini,

✓ Kebelakangan ini,
✓ Dalam dunia yang
dilingkari kemajuan
sains dan teknologi
kini ….

15

AYAT PENDAHULUAN LENGKAP

Kebelakangan ini, masyarakat semakin


meminggirkan karya sastera. Hal ini dikatakan demikian kerana
remaja tidak mengendahkan karya sastera tetapi sebaliknya begitu asyik
dengan pelbagai gajet. Karya sastera yang terdapat di pusat sumber sekolah
dan kedai buku sepatutnya
menjadi bahan bacaan generasi yang dikatakan sebagai
pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Justeru itu,
golongan remaja sebenarnya perlu menyedari bahawa banyak
faedah yang diperoleh dengan membaca karya sastera.

16

LANGKAH 3.2

AYAT TOPIK AYAT YANG MENGANDUNGI


(AT) KATA KUNCI JAWABAN/POKOK
PERSOALAN

TEKNIK AYAT HURAIAN LANJUT TENTANG


PENULISAN ISI HURAIAN (AH) ISI UTAMA YANG
DIKEMUKAKAN.
UNTUK MEMBERIKAN
PENJELASAN/MENYOKONG
ISI-ISI UTAMA.

AYAT CONTOH AYAT YANG MENGANDUNGI


(AC) BUKTI/CONTOH
UNTUK KUATKAN HUJAH

AYAT AYAT YANG MEMBERIKAN


PENEGAS (AP) PENEGASAN TERHADAP ISI DAN HURAIAN YANG
17 DIKEMUKAKAN.

TEKNIK PENGEMBANGAN ISI


AYAT HURAIAN (AH)
1.MENGAPA-BAGAIMANA
2.KESAN
AYAT TOPIK AYAT
(AT) CONTOH

(AC)

AYAT PENEGAS
(AP)

18

Lihat maklumat di sebelah ini dengan telitinya.


Kemudian, pilih satu daripada tiga soalan yang
dikemukakan dan tulis sebuah karangan yang
panjangnya tidak kurang daripada 180 patah
perkataan.

(i) Novel bertemakan patriotik bukan sekadar merakam


sejarah penentangan terhadap penjajah malah
mendedahkan realiti lebih mencabar untuk mengisi
pembangunan negara.

Bincangkan faedah-faedah membaca karya sastera


dalam kalangan remaja.

T Karya Sastera

K Faedah-faedah

F Umum/Pendapat
KENAL PASTI JENIS AYAT ISI

AYAT TOPIK AYAT HURAIAN AYAT CONTOH AYAT PENEGAS

Remaja boleh memperluas komunikasi yang Mereka akan menemukan


berkesan dapat pelbagai perkataan baharu
kosa kata dan memperbaik dan ayat-ayat yang menarik
diwujudkan daripada karya yang dibaca.
penggunaan bahasa (kesan)
(bagaimana?)
dengan membaca karya Mereka dapat
menghasilkan
sastera penulisan
karangan yang
lebih baik. Sajak Pesan Ibu Beribu-ribu
(kesan) 20
karya Rahman Shaari

Pembaca dapat mempunyai ketinggian bahasa


menggunakan bahasa yang
lebih baik sewaktu untuk menunjukkan
berkomunikasi
(mengapa?) tanggungjawab seorang ibu

dalam memberi nasihat kepada

anak-anak supaya tidak tersalah

memilih jalan hidup.

BORANG RANGKA
PERSEMBAHAN ISI KARANGAN

(BoRPIKa)

ISI HURAIAN

APA BAGAIMANA MENGAPA IMPAK

Aktiviti bersukan dapat Ruangan ini sesuai - Semasa bersukan - Jantung dapat
meningkatkan tahap untuk soalan tentang
kesihatan seseorang. usaha, langkah atau organ dalam badan berfungsi dengan
cadangan
seseorang akan baik.

bergerak aktif - Masalah lebihan

- Pembakaran lemak lemak dalam

berlaku. badan; obesiti

- Badan dapat dielakkan.

mengeluarkan - Dapat melakukan

peluh. aktiviti harian

dengan berkesan.

21

Penanda Wacana ✓ Umum mengetahui


bahawa …
(Perenggan Isi PERTAMA)
✓ Antara kesan yang
: Ayat Topik (AT) menjadi pemangkin
utama

✓ Antara faktor yang


menyumbang kesedaran
tentang …

✓ Faktor pertama yang


menjadi penyumbang
kepada …

✓ Pada pendapat saya

22

Penanda Wacana ✓ Hal ini membuktikan


bahawa ...
(Perenggan Isi)
✓ Hal ini dikatakan
: Ayat Huraian 1 demikian kerana ...
(AH1)
✓ Dalam konteks ini ...
Kata kunci : Mengapa?
✓ Hal ini berlaku kerana ...

✓ Daripada realiti ini, dapat


kita jelaskan bahawa ...

✓ Hal ini timbul tatkala ...

23

Penanda Wacana ✓ Kesannya,

(Perenggan Isi) ✓ Memandangkan keadaan


yang sedemikian ...
: Ayat Huraian 2
(AH2) ✓ Keadaan ini tentunya
akan ...
Kata kunci : Kesan
✓ Keadaan ini sudah pasti
menjadikan ...

24

Penanda Wacana ✓ Dalam konteks ini,


(siapa)
(Perenggan Isi)
✓ Selain itu,
: Ayat Huraian 3
(AH3) ✓ Di samping itu,

Kata kunci : Bagaimana? Atau

✓ Terus menjurus kepada


ayat yang mengandungi
cara/kaedah/inisiatif

25

Penanda Wacana ✓ Sebagai contohnya


✓ Sebagai analoginya
(Perenggan Isi) ✓ Misalnya
✓ Tamsilnya
: Ayat Contoh (AC)

26

Penanda Wacana ✓ Jelaslah bahawa ...


✓ Tuntasnya,
(Perenggan Isi) ✓ Natijahnya,
✓ Maka,
: Ayat Penegas (AP) ✓ Oleh hal yang demikian,

kita haruslah ...

27

AYAT PERENGGAN ISI 1

Antara faedah membaca karya sastera yang


menjadi pemangkin utama ialah remaja boleh memperluas
kosa kata dan memperbaik penggunaan bahasa.Dalam
konteks ini , pembaca dapat menggunakan bahasa yang lebih
baik sewaktu berkomunikasi Kesannya, komunikasi yang

berkesan dapat diwujudkan. Selain itu, mereka juga akan


menemukan pelbagai perkataan baharu dan ayat-ayat yang
menarik daripada karya yang dibaca akhirnya penulisan
karangan yang lebih baik dapat dihasilkan. Tamsilnya, sajak
Pesan Ibu Beribu-ribu karya Rahman Shaari mempunyai
ketinggian bahasa menunjukkan tanggungjawab seorang ibu
dalam memberi nasihat kepada anak-anak supaya tidak
tersalah memilih jalan hidup. Jelaslah bahawa aktiviti
membaca karya sastera mampu memperluas kosa kata dan
memperbaik penggunaan bahasa dengan lebih baik.

28

Penanda Wacana ✓ Menyingkap jendela


langkah yang seterusnya,
(Perenggan Isi KEDUA
dan SETERUSNYA) ✓ Selain itu,
: Ayat Topik ✓ Seterusnya,

✓ Dalam pada itu,

✓ Lebih istimewa lagi,


dalam konteks ini,

29

LANGKAH 3.3

AYAT AYAT YANG MENYIMPULKAN

KESIMPULAN KESELURUHAN TAJUK


(AK) KARANGAN

AYAT YANG MENGANDUNGI

AYAT UNSUR

TEKNIK CADANGAN SARANAN/CADANGAN.


PENULISAN (ACdgn) Kata kunci: Bagaimana?
KESIMPULAN
AYAT YANG MENGANDUNGI
PERIBAHASA/UNGKAPAN

PERIBAHASA/ BAHASA INDAH


Kata kunci: firman Allah/Hadis

UBI (P/U) /slogan/pantun dll.

AYAT AYAT YANG MEMPUNYAI


HARAPAN UNSUR HARAPAN
TENTANG SESUATU YANG
(AHrpn) TELAH DIAMBIL
TINDAKAN.
30

KENAL PASTI JENIS AYAT DALAM KESIMPULAN

AYAT AYAT AYAT HARAPAN PERIBAHASA/


KESIMPULAN CADANGAN UBI

Pembacaan karya sastera generasi muda khususnya haruslah


berusaha untuk memartabatkan
sememangnya memainkan peranan karya sastera yang dianggap
sebagai aset negara ini
penting dalam pelbagai aspek

kehidupan.

agar karya murni ini Marilah kita bersama-sama persis kata Sasterawan
terus hidup subur dalam
sanubari masyarakat meningkatkan tahap Negara, Profesor Emeritus
kita.
pembacaan karya sastera Dr. Muhammad bin Haji

untuk membentuk komuniti Salleh, “Sastera lebih hidup

minda kreatif kelas dunia daripada kehidupan,

gagasan lebih tahan

daripada kenyataan”.

31

Penanda Wacana ✓ Sudah terang lagi


bersuluh
(Perenggan Kesimpulan)
✓ Intihanya (Sebagai intiha)
: AK ✓ Kesimpulannya
✓ Dengan ini diharapkan
✓ Konklusinya
✓ Sebagai penutup wacana

32

AYAT KESIMPULAN

Kesimpulannya, pembacaan karya sastera


sememangnya memainkan peranan penting dalam pelbagai
aspek kehidupan. Oleh itu, generasi muda khususnya haruslah
berusaha untuk memartabatkan karya sastera yang dianggap
sebagai aset negara ini agar karya murni ini terus hidup subur
dalam sanubari masyarakat kita. Marilah kita bersama-sama
meningkatkan tahap pembacaan karya sastera untuk
membentuk komuniti minda kreatif kelas dunia persis kata
Sasterawan Negara, Profesor Emeritus Dr. Muhammad bin
Haji Salleh, “Sastera lebih hidup daripada kehidupan, gagasan
lebih tahan daripada kenyataan”.

33

Ciri-ciri Karangan Cemerlang


• Idea relevan berdasarkan kata kunci + Huraian jelas + menarik +

contoh-contoh yang sesuai.

• Kepelbagaian ayat, kegramatisan, kosa kata yang tepat dan luas.

• Olahan menarik dengan pemerengganan karangan yang sesuai.

• Penggunaan ayat yang gramatis, dan penggunaan istilah yang

tepat.

• Penggunaan penanda wacana yang tepat dan ungkapan menarik

seperti peribahasa.

34

Sekian, terima kasih. ☺ Wahai anakku,


carilah ilmu kerana

apabila kamu
menjadi fakir,
maka ilmu itulah
hartamu dan jika
kamu kaya, ilmu

itu menjadi
perhiasan dirimu!
(Lukman Al-Hakim)

35

Anda mungkin juga menyukai