Anda di halaman 1dari 85

DISEDIAKAN

OLEH
MANUAL
PENGGUNA
BAHASA
MELAYU
SISIPAN
MODUL
RUMUSAN
PROSA MODEN
PROSA KLASIK
PENGETAHUAN
NOVEL
KARANGAN
BERPANDUKAN
BAHAN
RANGSANGAN
KARANGAN
RESPONS
TERBUKA
PETIKAN UMUM
PENGETAHUAN &
KEMAHIRAN
BAHASA
PUISI
TRADISIONAL/
MODEN
Kertas 1 (1103/1) Kertas 2 (1103/2)
Panjang
Karangan:
200-250 patah
perkataan
Masa:
45 minit
Peruntukan
markah:
30 markah
Pemerengganan:
5 perenggan
Pendahuluan (1)
Isi (3)
Penutup (1)
Perenggan Isi:
Mempunyai ayat isi,
ayat huraian, ayat
contoh dan ayat
rumusan isi
(IHCR)
Masukkan unsur
keindahan
(peribahasa,
ungkapan, cogan
kata dll.)
Analisis Soalan

Tema / tajuk
( T )


Kehendak soalan
( F )

Gambar menunjukkan sebahagian daripada masalah yang
wujud dalam pasar tani.Huraikan pendapat anda tentang
masalah yang dihadapi oleh peniaga pasar tani di negara
kita.
T : Pasar Tani

F : Masalah yang wujud di pasar tani
Analisis Soalan
Terdiri daripada
3 4 ayat
AT
(ayat topik)

AF
ayat yang mempunyai
kata kunci soalan @
ayat yang
menunjukkan hala tuju
karangan.

AH dan AC
(ayat huraian &
ayat contoh)





Pasar tani diperkenalkan oleh kerajaan
untuk membolehkan para petani menjual
produk pertanian mereka sendiri. (AT)
Kewujudan pasar ini membolehkan para petani
terhindar daripada penindasan orang tengah.
(AH) Walau bagaimanapun, kewujudan pasar
tersebut memperlihatkan beberapa masalah,
khususnya kepada para peniaga. (AF)
Perenggan Isi


I
H
C R
Ayat yang
menjelaskan
isi karangan
Ayat yang
mengandungi
contoh bagi
memperkukuh
isi yang
dikemukakan
Ayat yang
merumuskan
atau
menegaskan isi
dan huraian
yang telah
dikemukakan.
Ayat yang
menyatakan
isi penting
karangan
Contoh Perenggan Isi
(I) Masalah utama pasar tani ialah para peniaga pasar
tani menghadapi masalah kekurangan modal untuk
menjual barangan pertanian mereka. (C) Sebagai
contohnya, mereka menghadapi masalah untuk
menyediakan kenderaan perniagaan seperti lori pikap
atau van. (H) Hal ini bermaksud bahawa hanya petani
yang mempunyai modal sahaja yang dapat menyertai
pasar tani. (H) Petani lain hanya dapat memerhatikan
kejayaan rakan-rakan mereka dari jauh kerana akan
memikul tiada berbahu, akan menjunjung kepala
luncung. (R) Tegasnya, kekurangan modal merupakan
masalah yang dihadapi oleh para peniaga pasar tani.



Perenggan Penutup
Ksmp
C
Kc
Ayat
Kesimpulan
Ayat
Cadangan
Ayat Kesan
Cadangan
Ayat yang
memberikan
pendapat secara
keseluruhan tentang
karangan yang ditulis
Ayat yang mengandungi
unsur cadangan atau
saranan untuk
mengatasi atau
membuat sesuatu.
Ayat harapan penulis
berkaitan sesuatu
cadangan.
Contoh Perenggan Penutup
Sebagai kesimpulannya, masalah yang
melibatkan operasi pasar tani mampu menjejaskan
usaha memperkasakan produk pertanian
negara.(Ksmp) Oleh itu, pihak yang berwenang
perlu menangani masalah ini secara efektif. (C)
Dengan yang demikian, objektif serampang dua
mata pasar tani, iaitu sebagai medan pertemuan
pelanggan dengan petani dan sebagai lubuk untuk
petani menambah pendapatan dapat direalisasikan.
(Kc)
Masa:
1 jam 30
minit
Peruntukan
markah:
100 markah
Panjang
karangan:
Melebihi
350 patah
perkataan
Jumlah
perenggan: 6
Pendahuluan (1)
Isi (4)
Penutup (1)
Karangan Berformat
Surat kiriman rasmi
Surat kiriman tidak
rasmi
Wawancara/dialog
Syarahan/Ceramah/
Ucapan
Perbahasan
Laporan
Rencana dan Berita
Karangan Tidak
Berformat
Fakta
Pendapat/Perbincangan
/Ulasan
Gambaran/Keperihalan/
Cerita
Peribahasa
Karangan berunsur
Sastera


Analisis Soalan
Tema / tajuk
( T )

Kehendak soalan
( F )
Terdiri daripada
3 4 ayat
AT
(ayat topik)

AF
ayat yang
mempunyai kata
kunci soalan @ ayat
yang menunjukkan
hala tuju karangan.

AH dan AC
(ayat huraian &
ayat contoh)
Perenggan Pengenalan
Perenggan Isi


I
H
C R
Ayat yang
menjelaskan
isi karangan
Ayat yang
mengandungi
contoh bagi
memperkukuh
isi yang
dikemukakan
Ayat yang
merumuskan
atau
menegaskan isi
dan huraian
yang telah
dikemukakan.
Ayat yang
menyatakan
isi penting
karangan



Perenggan Penutup
Ksmp
C
Kc
Ayat
Kesimpulan
Ayat
Cadangan
Ayat Kesan
Cadangan
Ayat yang
memberikan
pendapat secara
keseluruhan tentang
karangan yang ditulis
Ayat yang mengandungi
unsur cadangan atau
saranan untuk
mengatasi atau
membuat sesuatu.
Ayat harapan penulis
berkaitan sesuatu
cadangan.
Soalan 1 dalam Kertas 2 Bahasa
Melayu SPM.
Jumlah markah: 30 markah
Tulis dalam 4
perenggan:
Pendahuluan
Isi tersurat
Isi tersirat
Kesimpulan
Baca arahan dengan teliti.
Kenal pasti kata kunci

Kata kunci pertama: ISI TERSURAT
Kata kunci kedua: ISI TERSIRAT
Jumlah patah perkataan:
Tidak boleh melebihi 120 patah
perkataan
Isi Tersurat 6 5 4 3 2
Isi Tersirat 2 3 4 5 6
Kombinasi Isi
Pembahagian Markah Isi
Bahagian Markah Markah
Pendahuluan 2
Isi Tersurat 12 11 10 9 8 7 6 5 4
16
Isi Tersirat 4 5 6 7 8 9 10 11 12
Penutup/
Kesimpulan
2
Jumlah Markah 20
Peringkat
Markah
Isi
Markah
Bahasa
Huraian
Baik
18 20
15 - 17
9 10
7 - 9
Kesinambungan isi baik
Struktur ayat/tatabahasa baik
Kosa kata luas
Tanda bacaan / ejaan betul
Sederhana
12 14
8 - 11
6 7
4 - 6
Kesinambungan isi masih baik
Struktur ayat / tatabahasa masih
memuaskan
Kosa kata masih memuaskan
Tanda bacaan/ejaan juga memuaskan
Lemah 1 - 7 1 - 4
Keseluruhan serba kekurangan/tidak
memuaskan
Markah bahasa: separuh daripada markah isi
Pembahagian Markah Bahasa
KATA KUNCI PERKATAAN SEERTI
punca sebab, faktor, alasan
langkah
usaha, cara, tindakan, cadangan, kaedah, inisiatif,
modus operandi, strategi, mekanisme, pendekatan
masalah karenah, kekangan, halangan, cabaran
ciri-ciri sifat-sifat, bentuk, kriteria
faedah
manfaat, kebaikan, kelebihan, kepentingan, kesan
positif, keistimewaan
akibat
keburukan, kekurangan, implikasi, kesan negatif,
impak
peranan tugas, tanggungjawab

Kata Kunci

buat satu rumusan tentang kepentingan alam
semula jadi kepada kanak-kanak dan langkah-
langkah bagi mewujudkan alam semula jadi yang
sesuai kepada kanak-kanak.
selepas tentang merupakan ISI TERSURAT
selepas dan merupakan ISI TERSIRAT
Kata kunci 1: kepentingan
Kata kunci 2: langkah-langkah
Contoh soalan
Contoh perenggan
pendahuluan
Petikan membincangkan
keistimewaan alam
semula jadi kepada
kanak-kanak dalam
proses perkembangan
yang sihat.
Petikan membincangkan
manfaat alam semula
jadi kepada kanak-kanak
dalam proses
perkembangan yang
sihat.
Kata kunci 1: kepentingan
Perkataan seerti: keistimewaan, manfaat

Keindahan alam terbentang luas di mana-mana juga, baik di halaman
belakang rumah atau di pinggir hutan, mahupun di hutan simpan merupakan
asas kepada pembelajaran tidak formal paling berkesan. Bagi kanak-kanak,
seawal kelahirannya, mereka belajar melalui pengalaman, kesedaran dan
kebiasaan diri. Alam sekitar merupakan [Isi 1] penggalak tumbesaran
optimum kebolehan kognitif, visual dan psikomotor mereka. Menurut
kajian, 80 peratus daripada pengetahuan kanak-kanak dicapai melalui
penglihatan.
Kajian-kajian juga membuktikan bahawa alam sekitar mempunyai
kesan mendalam dan berpanjangan terhadap kesejahteraan psikologi dan
perkembangan fungsi kognitif yang lebih baik. Cara termudah mengenal
alam semula jadi adalah dengan berjalan-jalan membawa anak-anak yang
mula bertatih. Penerokaan bersama-sama ini boleh dimulakan di halaman
rumah. Setiap helai daun, patahan ranting dan kumbang yang merangkak
bakal menjadi kajian si kecil. Biarkan mereka merasa, memegang dan
mengutip apa-apa sahaja semasa mereka meneroka alam.Khazanah yang
dikutip daripada penerokaan ini penting kepada kanak-kanak kerana hal ini
[Isi 2] boleh memupuk minat yang berterusan terhadap alam.


[Isi 3] Alam sekitar penting untuk perkembangan jati diri dan autonomi
kanak-kanak. Kanak-kanak yang mempunyai pemandangan dan pengalaman alam
semula jadi adalah lebih tinggi tahap ketekunan dan disiplin diri. [Isi 4] Kemahiran
memerhati, menyaring maklumat dan berkomunikasi yang diasaskan melalui
kajian alam menjadi asas kejayaan kanak-kanak pada alam persekolahan dan
seterusnya. Kepekaan terhadap alam menyebabkan [Isi 5] perasaan cinta akan
alam tertanam dengan utuh dalam diri mereka. Sudah pasti mereka bakal
menjadi masyarakat penyayang seperti kehendak Wawasan 2020.
[Isi 6] Kanak-kanak yang bermain dengan kerap di persekitaran
semula jadi lebih menunjukkan kemahiran motor fizikal termasuk koordinasi,
keseimbangan dan kelincahan kerana permainan mereka terdiri daripada beraneka
bentuk. Mereka akan lebih berimaginasi, berkreativiti dan lebih berkemahiran
mengolah sesuatu. Hal ini demikian kerana permainan di kawasan persekitaran
luas, sekali gus merangsang secara keseluruhan perkembangan kanak-kanak.
Kanak-kanak yang kehilangan sentuhan alam semula jadi akan menjadi generasi
biophopik, iaitu generasi yang takut akan alam sekitar dan tidak menghargai rahmat
alam yang mempunyai kepelbagainnya.




Petikan membincangkan keistimewaan alam semula jadi kepada
kanak-kanak .
Alam sekitar penting sebagai penggalak tumbesaran optimum
kebolehan kognitif visual dan psikologi dan boleh memupuk minat yang
berterusan terhadap alam. Di samping itu, alam sekitar penting untuk
perkembangan jati diri dan autonomi kanak-kanak. Kanak-kanak juga
akan mempunyai kemahiran memerhati, menyaring maklumat dan
berkomunikasi dan perasaan cinta akan alam akan mewujudkan
masyarakat penyayang. Seterusnya, kanak kanak yang terdedah
dengan alam lebih menunjukkan kemahiran motor fizikal.
Langkah bagi mewujudkan alam semula jadi yang sesuai dengan
kanak-kanak ialah kerajaan menyediakan kawasan alam semula jadi
khas untuk tujuan penerokaan kanak-kanak dan pihak swasta
memberikan penekanan terhadap tumbesaran kanak-kanak melalui
pendidikan alam sekitar.
Kesimpulannya, kita harus memelihara alam semula jadi supaya
kehidupan kita sejahtera.
[116 patah kata]

Pendahuluan
Isi tersurat
Isi tersirat
Kesimpulan
Rumusan Lengkap

Soalan
2 (a)
9
Markah
tentang maksud
rangkai kata
(2 markah)
tentang maklumat
yang terdapat dalam
petikan teks
(3 markah)
KB / pengetahuan
calon berkaitan
dengan tema petikan
(4 markah)
Rangkai kata perkembangan jati
diri bermaksud

3 markah- 3 isi
(Jawapan diambil daripada petikan)

Jawapan berdasarkan idea
/pemikiran sendiri
Jika jawapan diambil daripada
petikan (0 markah)
4 isi untuk 4 markah
Jika jawapan sudah digunakan dalam isi tersurat dan
tersirat, maka tidak boleh digunakan lagi untuk menjawab
soalan pemahaman (petikan umum)
(i) Berikan maksud rangkai kata perkembangan jati diri.
(2 markah)
Rangkai kata perkembangan jati diri bermaksud proses
pertumbuhan sifat dan keperibadian.

(ii) Pengarang mengemukakan beberapa kesan kepada kanak-
kanak sekiranya mereka tidak mendapat sentuhan alam
semula jadi. Nyatakan tiga daripada kesan tersebut.
(3 markah)
Kesan kepada kanak-kanak sekiranya mereka tidak mendapat
sentuhan semula jadi ialah kanak-kanak menjadi generasi
biophopik, iaitu generasi yang takut akan alam sekitar.
Selain itu, kanak-kanak tidak menghargai rahmat alam
yang mempunyai kepelbagaiannya. Di samping itu, kanak-
kanak akan mengalami pertumbuhan kognitif, visual dan
psikomotor yang minimum.
Contoh

(iii) Pada pendapat anda, apakah masalah-masalah yang dihadapi
dalam memupuk minat kanak-kanak terhadap alam semula
jadi?
Kemukakan empat masalah. (4 markah)
Pada pendapat saya, ibu bapa yang tiada masa untuk
membawa anak-anak mereka meneroka alam kerana
kesibukan dan kurang pengetahuan dalam proses
pemupukan minat kanak-kanak terhadap alam semula jadi.
Selain itu, semakin kurang kawasan alam semula jadi yang
sesuai untuk dijadikan kawasan pemupukan minat kanak-
kanak dan semua pihak kurang menyedari kepentingan alam
semula jadi kepada kanak-kanak.
Contoh

Soalan 2 (b)
Cerpen
Drama
Soalan
(i)
Soalan
(ii)
Soalan
(iii)
Soalan pemahaman
teks


- bercorak KB


- soalan tentang
aspek sastera
(tema,
persoalan,watak dan
perwatakan,mesej,
nilai dan pengajaran
serta latar)
9 markah
Jawapan dalam bentuk
ayat lengkap dan
menggunakan ayat sendiri

Soalan 2 (b) Petikan cerpen
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Hitam atau putih, serupa saja. Yang penting kemampuan kita memulakan strategi. Um
memungut buah-buah hitam sambil menyakinkan diri dengan sepenuh keyakinan untuk
memenangi pertandingan tersebut.
Setapak demi setapak bala tentera kedua-dua belah pihak membuat serangan.
Lama. Tiga hari tiga malam sudah berllau. Bukan mudah menentang orang bergelar.
Namun Um tidak akan menyerah kalah. Dia mengumpul segala kemampuan minda untuk
memenangi pertarungan.
Dia tahu Uj memang pemain yang hebat. Namun catur dan percaturan, nama dan
ijazah bukan penentu. Ada waktunya pemain tidak ternama dapat menundukkan pemain
pilihan.
Uj pula semakin cemas. Segala-galanya serba tidak kena. Strateginya tidak
menjadi. Tembok kecundang kian sendeng ke arahnya. Segala ilmu yang dipelajarinya dan
pengalaman yang dikumpul dalam begitu banyak petarungan yang lalu dipraktikkan
sepenuhnya, namun satu demi satu askar putihnya ditawan askar hitam milik Um.
Um mengalih mata untuk meneguk minuman membawa kesedaran. Tiba-tiba ada
sesuatu yang tidak kena, dapat dirasakan Um. Buah caturnya tadi berada di kanan, tiba-
tiba kini beralih ke kiri. Um mengembalikan kedudukan buah tersebut ke kotak asalnya.

(Dipetik daripada cerpen Pemain Catur oleh Zaharah
Nawawi, dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa
dan Pustaka).




Soalan 2(b) Petikan cerpen
(i) Uj merasakan dia sukar untuk mengalahkan Um. Apakah tanda
tanda dirinya akan dikalahkan oleh Um? (2 markah)
Permainan sudah mengambil masa tiga hari dan strateginya tidak
menjadi. Selain itu, segala ilmu dan pengalaman sudah
dipraktikkan tetapi masih dalam posisi kalah.


(ii) Dalam sesuatu permainan, selain pengalaman dan strategi yang
betul,pada pendapat anda, apakah yang amat diperlukan untuk
kita memenangi permainan tersebut? (3 markah)
Pada pendapat saya, kita perlu mempunyai sifat sabar daripada
asakan kawan dan perlu percaya akan kemampuan diri kita untuk
mengalahkan pihak lawan. Selain itu, perlu semangat yang kuat
dengan keyakinan untuk memenangi pertandingan yang
dijalankan. Di samping itu, memiliki ilmu yang mendalam dalam
sesuatu permainan.



Soalan 2(b) Petikan cerpen
(iii) Jelaskan satu perwatakan Uj berdasarkan petikan di atas dan
satu lagi perwatakan daripada keseluruhan cerpen. (4 markah)
Perwatakan Uj berdasarkan petikan merupakan seorang yang
bersikap mudah gelabah. Contohnya, Uj berasa cemas apabila
Um hampir berjaya mengalahkannya. Perwatakan Uj daripada
keseluruhan cerpen ialah seorang yang bersikap angkuh akan
kebolehan yang dimilikinya. Contohnya, Uj mencabar Um
berlawan permainan catur dengannya. Selain itu, Uj seorang
yang kurang mengasihi ibunya. Contohnya, Uj menyerahkan
hal berkaitan rawatan penyakit ibunya kepada doktor-doktor
semata-mata.

Soalan
2 (c)
- maksud rangkai kata
Pemahaman teks
(jawapan terdapat dalam teks)
Kemahiran Berfikir (KB)
Soalan 2 (c) Prosa Klasik
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab
soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka Tuan Bujang pergi ke Jambi, mendapatkan Sultan Maharaja di Batu,
bersama-sama akan sultan berkelahi, berebut kebesaran dengan sultan di Kedah. Maka
berperanglah. Tuan Bujang masuk perang, lalu luka paha, kena peluru setinggar, paha
kiri. Sultan Maharaja di Batu menang perangnya.
Maka Tuan Bujang pun naik ke Minangkabau, lalu ke Pagaruyung. Maka Tuan
Bujang menghadap baginda. Maka terkejut ia melihat Tuan Bujang, lalu baginda
bertitah, Mengapa engkau lama di lahut? Maka sembah Tuan Bujang, Patik
menengok cupak gantang orang. Maka baginda pun tersenyum, Akan sekarang ini,
apakah kehendak engkau? Sembah Tuan Bujang, Lebih-lebih maklum duli tuanku
sahaja, mana titah. Maka kata Puteri Jilan, Kutahu kehendak engkau. Baiklah
engkau turun ke lahut,ke Siak. Ambil olehmu Negeri Johor. Tuntut kematian
ayahandamu.
Maka tidak berapa lamanya, Tuan Bujang pun dinobatkan Yamtuan Sakti, sama-
sama dengan anaknya sendiri. Dan titah Yamtuan Sakti, Aku ini hendak menguji
pusaka Minangkabau, betulkah anak saudara punya pusaka itu, tiada, baiklah aku nobat
akan keduanya sekali.

(Dipetik daripada prosa tradisional Hikayat Siak Muhammad Yusoff,
(Penyelenggara) dalam antologi Dirgahayu Bahasaku hlm. 48 -49)



Soalan 2 (c) Prosa Klasik
(i) Berikan maksud menengok cupak gantang orang berdasarkan
petikan di atas. (2 markah)
Rangkai kata menegok cupak gantang orang bermaksud melihat
perniagaan di negeri lain.
(ii) Apakah nasihat Puteri Jilan kepada Tuan Bujang? (2 markah)
Puteri Jilan menyuruh Tuan Bujang untuk pergi ke Siak dan menawan
negeri Johor seterusnya menuntut kematian ayahandanya.
(iii) Pada pendapat anda, mengapakah Tuan Bujang diuji kesahihannya
sebagai keturunan raja.
Nyatakan alasan anda berkata demikian. (4 markah)
Pada pendapat saya, tujuan Tuan Bujang ditanya sebegitu untuk
mengelakkan takhta kerajaan tidak jatuh ke tangan musuh dan
memastikan Tuan Bujang waris yang sah bagi negeri tersebut. Selain
itu, supaya Tuan Bujang dapat diterima oleh pembesar-pembesar
negeri dan rakyat serta pembesar negeri taat kepada pemerintahan
Tuan Bujang.
Soalan 2 (d)
Petikan Puisi
9 markah

Kemahiran berfikir (KB)
(4 markah)

Soalan pemahaman teks
( 2 markah)
Soalan tentang aspek sastera
(tema, persoalan,watak dan
perwatakan,mesej, nilai dan
pengajaran serta latar)
(3 markah)

Soalan (i)
Soalan (ii)
Soalan (iii)
Jawapan dalam
bentuk ayat
lengkap dan
menggunakan ayat
sendiri
Terdapat 3 pecahan
soalan

Soalan 2 (d) Petikan Seloka
Baca seloka di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-
soalan berikutnya dengan menggunakan ayat sendiri.

Seloka Emak Si Randang (Md. Ali Bachik)




Baik Budi Emak Si Randang,
Dagang lalu ditanakkan
Tiada kayu rumah diruntuhkan
Anak pulang kelaparan
Anak dipangku diletakkan
Kera di hutan disusui
Dagang pergi awak berhutang
Beras habis padi dijual

(Antologi Harga Remaja, hal 12)



Soalan 2 (d) Petikan Seloka
(i) Nyatakan dua sikap negatif Emak Si Randang dalam seloka ini
(2 markah)
Dua sikap negatif Emak Si Randang adalah memasak nasi untuk
orang dagang yang tidak dikenali yang lalu di depan rumahnya
dan melayan orang lain secara keterlaluan hingga anak sendiri
kelaparan.
(ii) Sekiranya anda sahabat Emak Si Randang, berikan tiga nasihat
yang berguna kepadanya supaya tidak bertindak secara negatif
(3 markah)
Sekiranya saya sahabat Emak Si Randang, tiga nasihat yang
diberikan ialah kita perlulah berfikir terlebih dahulu sebelum
bertindak. Selain itu, sekiranya kita tidak berkemampuan,
janganlah terlalu berusaha untuk membantu orang lain kerana
tindakan tersebut akan membebankan dan merugikan diri
sendiri. Di samping itu, kita haruslah meminta pertolongan
orang lain sekiranya kita benar-benar hendak membantu orang
supaya keluarga tidak mendapat kesusahan.

Soalan 2 (d) Petikan Seloka
(iii) Huraikan dua latar masyarakat yang terdapat dalam seloka
tersebut. (4 markah)
Latar masyarakat yang terdapat dalam seloka tersebut ialah
masyarakat yang kurang bijak dalam membuat keputusan.
Contohnya, Emak Si Randang yang mengutamakan tetamu
berbanding anaknya sendiri. Selain itu, terdapatnya
masyarakat yang sanggup berhutang untuk memenuhi
keperluan tetamu dalam seloka ini. Contohnya, Emak Si
Randang sanggup menanggung hutang selepas tetamunya
pulang.

MEMBINA AYAT
MENUKARKAN
AYAT
MENYAMBUNGKAN
AYAT
MEMISAHKAN AYAT
MENGANALISIS
AYAT
MEMBETULKAN
KESALAHAN
EJAAN &
IMBUHAN
MEMBETULKAN
KESALAHAN
KATA/ISTILAH &
KESALAHAN
TATABAHASA
PERIBAHASA
Soalan
3
Soalan
3 (a)
Ayat gramatis dan lengkap
dari segi subjek dan predikat
menggambarkan maksud
perkataan yang diberikan
tidak menjadikan perkataan
sebagai peribahasa atau kata
nama khas.
6 markah

tidak menambahkan@
menggugurkan imbuhan.

cakap ajuk diterima

membina satu ayat daripada
setiap perkataan.

Jenis kata:
Kata Hampir Sama Makna,
Kata Berimbuhan,
Kata Ganda,
Kata Terbitan,
Kata Majmuk
tidak ada kesalahan ejaan,
tatabahasa dan tanda baca.
Jenis Kata / Contoh Contoh
Kata Hampir Sama Makna
(i) Menguli
(ii) Mengayak
(iii) Menggiling
(iv) Menapis
(v) Memeram
(vi) Memerap
Kata Majmuk
(i) Kata
(ii) Kata dua
(iii)Kata hati
(iv)Kata putus
(v) Kata hikmat
(vi)Kata penghantar
Kata berimbuhan
(i) Tawar
(ii) Menawar
(iii)Menawarkan
(iv)Menawari
(v) Penawaran
(vi)Tawaran
Kata Hampir Sama Bunyi/Ejaan
(i) pedalaman-pendalaman
(ii) Rasmi-resmi
(iii)Telur-telor
Kata Ganda
(i) Degum degam
(ii) Gedak-geduk
(iii)Letuk letak
(iv)Lepak-lepuk
(v) Gegak-gempita
(vi)Dentam - dentum
Kata Dasar dan Kata Terbitan
(i) Hari-seharian
(ii) Jumpa-perjumpaan
(iii) Risau-kerisauan
Soalan 3 (a) Membina ayat
(i) Lebar : luas; lintang
Penyanyi itu tersenyum lebar apabila mendapat pujian
daripada juruacara majlis. [1 markah]
(ii) Lebur : musnah
Harta yang dikumpulnya selama ini lebur dalam sekelip mata
apabila rumahnya dijilat api. [1 markah]
(iii) Lancar : fasih
Walaupun umurnya baru lima tahun tetapi kanak-kanak itu
sudah lancar membaca buku dan akhbar. [1 markah]
(iv) Luncur: lelap
Oleh sebab tidak ditebus pada masa yang ditetapkan, barang
kemas yang digadainya itu telah luncur. [1 markah]
(v) Cerah : baik; besar
Pelajar yang rajin akan berjaya dalam peperiksaan dan cerah
harapannya untuk memegang jawatan yang baik suatu hari
nanti. [1 markah]
(vi) Curah : menuang dengan banyaknya
Jangan kamu curah air basuhan itu ke dalam longkang, kata
ibu kepada kakak. [1 markah]


Soalan
3 (b)
Cakap ajuk cakap pindah
Bentuk soalan
6 markah
Cakap ajuk cakap pindah
Ayat aktif ayat pasif Ayat aktif ayat pasif
Susunan biasa Susunan songsang
Susunan biasa Susunan songsang
AYAT CAKAP AJUK AYAT CAKAP PINDAH
dikemukakan oleh pihak pertama diujarkan oleh pihak ketiga
dikenali sebagai ayat dialog
Contoh:
Awak sampai di sini pukul berapa,
Yana? soal Ida.
berbentuk ayat penyata
Contoh:
Ida menanyai Yana tentang
waktu dia sampai di situ.

Panduan menukarkan ayat cakap ajuk
Dalam cakap ajuk Dalam cakap pindah
di sini
kamu
mengapa
bagaimana
bila
Oh !
Cis !
Wah !
di sana/di situ
dia
sebab
cara
masa/waktu
dengan perasaan hairan
Dengan perasaan marah
Dengan perasaan bangga
Tanda pembuka dan penutup pengikat kata digugurkan.
Contoh:
Jangan duduk di sini, kata pemuda itu kepada Suhaimi. (Cakap ajuk)
Pemuda itu melarang Suhaimi duduk di situ. (Cakap pindah)

Gantikan kata seru dengan makna yang sesuai berdasarkan
dialog.
Contoh:
Wah, hebat betul permainan Datuk Lee Chong Wei sewaktu
bertanding dalam Kejohanan Badminton Asia! kata Adam kepada
Danial. (Cakap ajuk)
Adam menyatakan perasaan kagumnya kepada Danial tentang
kehebatan permainan Datuk Lee Chong Wei sewaktu bertanding
dalam Kejohanan Badminton Asia. (Cakap pindah)
Cakap ajuk cakap pindah

Terdapat penggunaan tanda baca (pembuka dan penutup
pengikat kata, tanda koma, tanda seru)
Contoh:
Aminuddin berkata kepada kawan-kawanya bahawa mereka tidak
berjumpa hampir lima tahun. (Cakap pindah)
Kata Aminudin kepada kawannya, Sudah hampir lima tahun kita
tidak berjumpa. (Cakap ajuk)
Aminudin: Sudah hampir lima tahun kita tidak berjumpa. (Cakap ajuk)

Penggunaan kata seru yang sesuai bagi menggantikan makna
kata.
Contoh:
Cis dengan marahnya
Amboi dengan perasaan kagum
Aduh sambil mengerang kesakitan


Cakap pindah cakap ajuk

AYAT AKTIF AYAT PASIF
mengandungi kata kerja
transitif yang mengutamakan
subjek asal sebagai unsur yang
diterangkan.
mempunyai kata kerja yang
mengutamakan objek asal
sebagai unsur yang
diterangkan.
Contoh:

Izzah menelan pil-pil itu sekali gus.


subjek objek keterangan

kata kerja transitif


Contoh:

Pil-pil itu ditelan oleh Izzah sekali gus.

oleh + FN keterangan
kata kerja pasif (diri ketiga)


Objek asal (mengambil tempat subjek)
Ulasan
Objek dipindahkan ke bahagian depan untuk mengisi tempat subjek.
Kata kerja transitif bertukar menjadi kata kerja pasif.
Tempat objek diisi oleh subjek yang menjadi ungkapan oleh + FN
Kedudukan keterangan kekal.
Menukarkan Ayat Aktif ganti nama diri (pertama & kedua) kepada Ayat
Pasif
Ayat Aktif Ayat Pasif
Contoh:
Saya menghormati lelaki itu.


Subjek Kata kerja transitif Objek
Contoh:
Lelaki itu saya hormati.


Objek Subjek Kata kerja pasif

Ulasan
Objek diletakkan di awal ayat.
Awalan meN- digugurkan
Ganti nama diri (subjek) diletakkan sebelum kata kerja pasif.

Contoh:
Saya masih menghormati lelaki itu.

Contoh:
Lelaki itu masih saya hormati.

Lelaki itu saya masih hormati. (x)
Ulasan:
Ayat tidak gramatis
Kata bantu di depan kata ganti nama diri
kata ganti nama diri terikat dengan kata kerja pasif
SUSUNAN BIASA SUSUNAN SONGSANG
o subjek + predikat
Contoh:
Pulau Batu Putih bukan milik
Malaysia lagi kini.
o predikat + subjek
Contoh:
Bukan milik Malaysia lagi Pulau
Batu Putih kini.
o sebahagian daripada predikat,
iaitu keterangan dikedepankan
dikenali sebagai ayat songsang
terbahagi.
Contoh:
Kini Pulau Batu Putih bukan
milik Malaysia lagi.
Kini bukan milik Malaysia lagi
Pulau Batu Putih.








Ayat tunggal
disambungkan
menjadi ayat
majmuk.











Terdapat bahagian
tertentu akan
mengalami
pengguguran
semasa ayat
disambungkan.









Penggunaan
penanda wacana
untuk
menghubungkan
ayat. Contohnya,
(selain itu, di
samping itu,
tambahan pula,
justeru, lagipun,
meskipun, akan
tetapi dll)




6 markah
Soalan
3 (b)

Kata hubung yang
sesuai perlu
digunakan.
Contohnya,
( dan, atau,
tetapi, serta, lalu
malahan, sambil,
kemudian, yang,
bahawa, untuk ,
demi, bagi,
dengan, agar)

Soalan 3(b) Menyambung Ayat




Jawapan:
Kerajaan sentiasa memantau dan mengawal pergerakan harga
barangan keperluan serta memperuntukkan berbilion-bilion
ringgit setahun bagi membiayai pelbagai subsidi barangan
untuk memastikan rakyat tidak terbeban. [6 markah]
Kerajaan sentiasa memantau harga barangan keperluan.
Kerajaan sentiasa mengawal pergerakan harga barangan
keperluan. Kerajaan memperuntukkan berbilion-bilion
ringgit setahun. Kerajaan membiayai pelbagai subsidi
barangan. Kerajaan memastikan rakyat tidak terbeban.
Mencerakinkan /
memisahkan dua
ayat dalam
perenggan kepada
enam ayat tunggal
Memisahkan tiga
ayat berbeza
kepada dua ayat
tunggal
Ayat majmuk dipisahkan kepada
ayat tunggal/dasar
Terdiri daripada satu subjek dan
satu predikat.
Soalan
3 (b)
6 markah
(i) Para pelajar disedarkan tentang bahaya dan risiko penagihan
dadah.
a. Para pelajar perlu disedarkan tentang bahaya penagihan
dadah.
b. Para pelajar perlu disedarkan tentang risiko penagihan
dadah. [2 markah]
(ii)Rakyat Malaysia yang mencemarkan nama baik negara itu akan
didakwa di mahkamah.
c. Rakyat Malaysia itu mencemarkan nama baik negara.
d. Rakyat Malaysia itu akan didakwa di mahkamah. [2 markah]
(iii)Kerajaan menarik balik biasiswa pelajar itu kerana terlibat
dalam kes jenayah.
e. Kerajaan menarik balik biasiswa pelajar itu.
f. Pelajar itu terlibat dalam kes jenayah. [2 markah]
Memisahkan tiga ayat
berbeza kepada dua
ayat tunggal
i. Pihak PBB perlu mengharamkan penggunaan senjata nuklear oleh negara
maju.
ii. Pihak PBB perlu mengharamkan penggunaan senjata nuklear oleh negara
membangun.
iii. Langkah itu perlu diambil.
iv. Dunia ini terselamat daripada bencana.
v. Bencana itu pernah menimpa Hiroshima.
vi. Bencana itu pernah menimpa Nagasaki.
[6 markah]

Mencerakinkan /
memisahkan dua ayat
dalam perenggan kepada
enam ayat tunggal
Pihak PBB perlu mengharamkan penggunaan senjata nuklear
oleh negara maju dan negara membangun. Langkah itu perlu
diambil supaya dunia ini terselamat daripada bencana seperti
yang pernah menimpa Hiroshima dan Nagasaki.
Menguji penguasaan aspek kata, frasa, klausa dan ayat
Penguasaan Jenis
Mengenal frasa Frasa nama, frasa kerja transitif,
frasa kerja tak transitif, frasa
adjektif, frasa sendi nama
Membezakan jenis kata Kata nama, kata kerja transitif,
kata kerja tak transitif, kata kerja
pasif, kata adjektif, kata tugas
Mengetahui komponen ayat Subjek, keterangan subjek,
predikat, keterangan predikat
Mengenal jenis-jenis ayat Ayat penyata, ayat tanya, ayat
perintah, ayat seruan
Soalan
3 (b)
6 markah
Mengetahui
komponen ayat
Contoh 1:
Lelaki Melayu itu bertugas sebagai jurutera elektrik di Tenaga
Nasional Berhad
Subjek: Lelaki Melayu itu
Predikat: bertugas sebagai jurutera elektrik di Tenaga Nasional Berhad

Contoh 2:
Dia tidak hadir ke sekolah pada hari ini kerana ibunya sakit
tenat.
Jawapan: Keterangan sebab

(i) Mereka menyatakan bahawa mereka tetap akan memulaukan
majlis tersebut.
Jawapan: Ayat komplemen
(ii) Dia yang keletihan itu masih terbaring di bawah pokok itu,
tetapi kawan-kawannya yang lain telah masuk ke padang.
Jawapan : Ayat campuran
(iii) Banjir besar berlaku setelah hujan lebat turun selama dua
jam.
Jawapan: Ayat keterangan
(iv) Beliau yang baru bertugas di sekolah ini telah dilantik sebagai
guru penolong kanan.
Jawapan: Ayat relatif

Mengenal jenis-jenis
ayat
Hanya satu kesalahan
ejaan dan satu
kesalahan imbuhan
untuk setiap ayat.
Soalan
3 (c)
Jika dalam bentuk
perenggan senaraikan
3 kesalahan ejaan
3 kesalahan imbuhan
Kesalahan Ejaan
Huruf besar/kecil
Pola keselarasan vokal
Kekecualian ejaan
Jarak @ rapat
Penggunaan tanda sempang
Satu k @ dua k
Ejaan kata pinjaman
Kata ganda
Kata majmuk

Kesalahan Imbuhan
Awalan, apitan, akhiran
Kekecualian kata pinjaman
6 markah
(i) Negara kita memberikan perhatian serious terhadap usaha
untuk memaju ekonomi dan teknologi sains angkasa lepas
untuk mencapai status negara maju.
Kesalahan ejaan : serious serius [1 markah]
Kesalahan imbuhan : memaju memajukan [1 markah]
(ii) Selain barangan sukan, syarikat itu menyedia perkhidmatan
lain termasuk khidmat kejurulatihan tennis.
Kesalahan ejaan : tennis tenis [1 markah]
Kesalahan imbuhan : menyedia menyediakan [1 markah]
(iii) Kepercayaan yang diberikan oleh majikan telah mendorong
saya berkerja dengan lebih rajin dan iklas demi membuktikan
kemampuan saya.
Kesalahan ejaan : iklas ikhlas [1 markah]
Kesalahan imbuhan : berkerja bekerja [1 markah]
3(c) - Membetulkan kesalahan ejaan &
imbuhan
3(c) - Membetulkan kesalahan ejaan &
imbuhan
Kementerian Belia dan Sukan mahu mengguna pendekatan
bahru untuk melahirkan atlit berpotensi tinggi. Kementerian
akan mencarikan bakat-bakat terpendam pada usia muda oleh
badan tertentu bagi mengujudkan impak yang lebih besar pada
peringkat antara bangsa.
Kesalahan ejaan Kesalahan imbuhan
Salah Betul Salah Betul
bahru baharu mengguna menggunakan
atlit atlet mencarikan mencari
antara bangsa antarabangsa mengujudkan mewujudkan
[6 markah]
Soalan
3 (d)
6 markah
Terdapat 3 pecahan soalan:
setiap pecahan mempunyai satu kesalahan
penggunaan kata/istilah dan satu kesalahan bahasa
Kata
melibatkan penggunaan
kata yang tepat untuk
menyatakan sesuatu.
Contoh: menjulang @
menjunjung
Istilah
melibatkan bidang yang
lebih khusus
Contoh: implisit @ eksplisit
Bahasa
-melibatkan penggunaan
frasa yang tepat
- melibatkan Hukum D-M
Aspek tatabahasa
Tulis kata yang mempunyai
kesalahan tersebut dan
pembetulan sahaja.
3(d) - Membetulkan kesalahan kata/istilah &
kesalahan tatabahasa
(i) Sesetengah pelancong asing menyalahgunakan pasport kemasukan ke negara ini
di mana mereka menetap melebihi masa sambil bekerja atau berniaga sendiri.
Kesalahan penggunaan kata/istilah: pasport visa [1 markah]
Kesalahan tatabahasa: di mana apabila [1 markah]

(ii) Penyiaran stesen tempatan tidak perlu menolak lagu luar tetapi penerimaannya
janganlah terlalu banyak sehingga meminggirkan ciptaan anak tempatan.
Kesalahan penggunaan kata/istilah: Penyiaran stesen tempatan - Stesen
penyiaran tempatan [1 markah]
Kesalahan tatabahasa: ciptaan karya [1 markah]

(iii) Bank menjadi pilihan utama rakyat ini negara membuat simpanan, pembiayaan
dan sebagai sumber kewangan.
Kesalahan penggunaan kata/istilah: sumber kewangan sumber pelaburan
[1 markah]
Kesalahan tatabahasa: rakyat ini negara rakyat negara ini. [1 markah]

Soalan
3 (e)
Bentuk- bentuk soalan:
(a) membina ayat berdasarkan peribahasa
(b) menyatakan maksud peribahasa
(c) menyatakan peribahasa berdasarkan maksud
(d) menyatakan peribahasa berdasarkan ayat
(e) menyatakan peribahasa berdasarkan petikan (situasi)
(f) menyatakan peribahasa yang sama maksud dengan
peribahasa yang dikemukakan dalam soalan
(g) melengkapkan tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai

Peribahasa :
simpulan bahasa, bidalan, perumpamaan, pepatah & kata-
kata hikmat

6 markah
(a) Membina ayat berdasarkan peribahasa
(i) Nasi sudah menjadi bubur
Penyesalannya terhadap perkara itu tidak berguna
lagi kerana hal itu tidak ubah seperti nasi sudah
menjadi bubur. [2 markah]

(ii) Iri hati
Perempuan itu iri hati melihat jirannya membeli
perabot baharu. [2 markah]

(iii) Kepala angin
Saya tidak tahan melihat perangainya yang kepala
angin itu. [2 markah]

(b) Menyatakan maksud peribahasa
(i) Angkat bakul
Seseorang yang suka memuji dirinya sendiri
[2 markah]
(ii) Batu loncatan
Seseorang yang dijadikan oleh orang lain sebagai
alat untuk mencapai sesuatu kedudukan yang
lebih tinggi. [2 markah]

(iii) Seperti harimau menunjukkan belang
Seseorang yang mempamerkan sikap sebenarnya
setelah berdiam diri seketika. [2 markah]
(c) Menyatakan peribahasa
berdasarkan maksud
(i) Tidak jujur atau berpura-pura
Bermuka dua [2 markah]

(ii) Hampa atau kecewa memperoleh sesuatu
Tangan kosong [2 markah]

(iii) Anak dan saudara-mara
Darah daging [2 markah]
(d) Menyatakan peribahasa
berdasarkan ayat
(i) Kerana tidak mahu melakukan perkerjaan itu Azhar
memberikan berbagai-bagai alasan kepada kami.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
[2 markah]
(ii) Apabila berbelanja kita hendaklah memadankannya
dengan pendapatan yang diperoleh setiap bulan.
Ukur baju di badan sendiri [2 markah]
(iii) Mandur yang mengarahkan pekerja di estet itu
sama sahaja culas dengan orang yang di bawah
tanggungjawabnya.
Seperti kapak menyelam beliung [2 markah]
(e) Menyatakan peribahasa
berdasarkan petikan (situasi)
Pada cuti penggal nanti, ibu bapa Khairiah akan
membawa keluarganya bercuti. Keluarga mereka
bercadang melawat ke negara Barat, iaitu Perancis.
Sebelum pergi ke sana, ibu bapa Khairiah memberikan
syarat kepada adik-adiknya supaya berusaha dengan
gigih untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam
peperiksaan setengah tahun yang akan datang
(i) Makan angin [2 markah]
(ii) Atas angin [2 markah]
(iii) Genggam bara api biar sampai jadi arang [2 markah]
* Jawapan mesti ditulis mengikut urutan situasi di dalam petikan
(f) Menyatakan peribahasa yang sama
maksud dengan peribahasa yang
dikemukakan
(i) Burung terbang dipipiskan lada
Rusa di hutan, kancah sudah dijerang [2 markah]

(ii) Seperti Belanda minta tanah
Diberi betis hendak paha/Dibenarkan duduk di
serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah
[2 markah]
(iii) Gajah mati kerana gadingnya
Harimau mati kerana belangnya [2 markah]
(g) Melengkapkan tempat kosong
dengan peribahasa yang sesuai
(i) Kita tidak boleh malu dalam belajar kerana
malu bertanya sesat jalan, malu berdayung
perahu hanyut. [2 markah]

(ii) Kita perlu bertutur dengan sopan santun kerana
bahasa menunjukkan bangsa. [2 markah]

(iii) Dengan ilmu yang ada padanya, dia berjaya
mengatasi setiap masalah dengan tenang kerana
kata orang tua-tua ilmu pelita hati. [2 markah]
Soalan
4

4 (a)
[7 markah]
Isi (4m)
Bahasa (3m)

4 (b)
[8 markah]
Isi (6m)
Bahasa (2m)
aspek sastera seperti tema,
persoalan, watak dan perwatakan,
teknik plot, latar, nilai, pengajaran
dan pendirian /pendapat tentang
novel.
calon mengemukakan jawapan
tentang aspek sastera berdasarkan
novel yang dipelajari
Tiada kesalahan ejaan, tanda baca
dan tatabahasa.
Pernyataan yang lengkap berserta
contoh yang relevan.
Gunakan bahasa baku dan struktur
ayat yang pelbagai.
Gunakan penanda wacana
yang bersesuaian
Contoh:
Berdasarkan novel Melunas Rindu karya Hartini
Hamzah, antara pengajaran yang dikemukakan
oleh pengarang ialah kita mestilah menghormati
dan menyayangi orang di sekeliling kita walaupun
berlainan bangsa dan agama [penyataan].
Contohnya, Fuad sangat menghormati dan
menyayangi Pak Ismail, Mak Salmah, Peter Lim
dan Swee Lan [contoh]
Selain itu, kita mestilah gigih berusaha dalam
melakukan sesuatu perkara. Contohnya, berkat
kegigihannya, Fuad akhirnya berjaya menemui ibu
kandungnya yang disangka meninggal dunia.
Di samping itu, kita mestilah tegas dalam
menjalankan tugas yang diberikan. Contohnya,
Cikgu Abas bersikap tegas terhadap guru yang
bersikap sambalewa dan sering ponteng kelas. Dia
telah menegur guru-guru agar menjalankan tugas
dengan jujur dan bertanggungjawab.

Isi 1
Contoh 1
Isi 2
Contoh 2
Isi 3
Contoh 3
MANUAL
PENGGUNA
SIMBOL FUNGSI
Ikon yang menghubungkan setiap slide kepada slide laman
utama

Ikon yang menghubungkan slide contoh soalan tatabahasa
kepada slide Soalan 3
Ikon yang digunakan untuk kembali kepada menu

SEKOLAH DISEDIAKAN OLEH
KV MATANG (Penyelaras) HAYATI NARAWI, JOSEPHINE EMAS, NOOR SYATILA RAZALI, YUSUHAIRI REMLI,
AZALINA JUMHARI, SIM MUI HONG, BERNEDETTE CHABO, FAZLINA BT MIHAD,
DALIANA DAIR, EDEYIZUAN B. ABD RAHMAN
SMK GREEN ROAD MAIMUNAH BT. SULONG
SMK ST. THOMAS IMAH BT MAJANI
SMK SANTUBONG ABDILLAH B. BIDIN
SMK BATU LINTANG RIDOS SIBRAD
SMK PETRA JAYA ZAMRI B. ISAMIL
SMK SERI SETIA JOSYNA ANAK AJANG
SMK AGAMA MATANG AZIZAH FARIZAH HUSSAIN
SMK(A) SHAOW MATANG ROZITA AK LATIP, CHE SABARIAH BT. ALWI
SMK MATANG JAYA SUFIANI BINTI SANI
SMK SG. MAONG ALCOYES @ AZMAN B. MARDAN
SMK JALAN ARANG JAYA A/P KANNIAPPAN
SMK MATANG HILIR ROSNAH BINTI MORSHIDI
SMK ST. MARY ABU HASAN AIDIL FITRI BIN SHAFEE
SMK BATU KAWA LUWIE ANAK ADAM
SMK TUNKU ABDUL RAHMAN SARIMAH BT WAK
SM TEKNIK SEJINGKAT NOOR DHIRA BT. TOKACHIL, JOCELYN HIEW CHIN YEE
KATA-KATA
TOKOH
KATA-KATA
HIKMAT
PERIBAHASA
Rakyat itu akar bangsa. Jika
akarnya sihat, pokoknya pun
sihat
-Beng Tju-
Perjalanan seribu batu
bermula dari satu langkah
-Lao Tze-
Kurang semangat
mengakibatkan lebih banyak
kegagalan berbanding
kurangnya kebijaksanaan
atau kemahiran
-Flower A. Newhouse-
Manusia tidak merancang
untuk gagal, mereka gagal
untuk merancang.
-William J. Siegel-
Kebijaksanaan bukan
merupakan produk dari
sekolah, tapi dari usaha seumur
hidup untuk mendapatkannya.
-Albert Einstein-

Orang yang berjaya dalam
hidup adalah orang yang
nampak tujuannya dengan jelas
dan menjurus kepadanya tanpa
menyimpang.
Cecil B. DeMille-
Kejayaan tidak datang kepada
manusia yang leka.
- Charles Cahier-
Perjalanan seribu batu bermula
dari satu langkah.
-Lao Tze-
Kata-kata hikmat Maksud Contoh ayat
Bahasa jiwa
bangsa
Bahasa adalah
lambang keperibadian
sesuatu masyarakat.
Kita tidak boleh
mencampuradukkan bahasa kita
dengan bahasa asing kerana boleh
mencemarkan bahasa kita, kata
orang, bahasa jiwa bangsa.
Bertangguh itu
pencuri masa
Melakukan kerja
dengan bertangguh
akan merugikan diri
sendiri.
Nurlia menyiapkan semua kerja
kursusnya dengan cepat, baginya
bertangguh itu pencuri masa
sebab itu dia tidak mahu
menangguhkan kerja.
Hilang bahasa
lenyaplah bangsa
Jika sesuatu bahasa
pupus, bangsanya akan
pupus juga.
Kita harus mengutamakan dan
mencintai bahasa kita kerana
jika hilang bahasa, lenyaplah
bangsa, kata Cikgu Ainina
menasihati muridnya.
Kata-kata hikmat Maksud Contoh ayat
Kata-kata lebih
tajam daripada mata
pedang.
Kata-kata yang pedas
dapat menghiris
perasaan seseorang.
Kata-kata Zahid yang menghina
Norasma di hadapan kawan-
kawan menyebabkannya
menangis kerana kata-kata lebih
tajam daripada mata pedang.
Otak yang cerdas
ada pada badan
yang sihat.
Kesihatan yang baik
menyebabkan
seseorang itu
memahami apa yang
dipelajarinya dengan
mudah.
Ibu bapa harus memberi makanan
berzat kepada anak-anak sejak
kecil kerana otak yang cerdas
ada pada badan yang sihat.
Bersekutu
bertambah mutu.
Perpaduan dalam
kalangan rakyat
menjamin keamanan
negara.
Rakyat Malaysia harus
mengekalkan perpaduan dalam
kalangan rakyat kerana
bersekutu bertambah mutu.

Kata-kata hikmat Maksud Contoh ayat
Rajin bekerja
mudah belanja
Jika rajin bekerja
akan dapat hasil yang
banyak untuk
dibelanjakan.
Jika kita rajin bekerja mudah
belanja dan dapat hidup senang,
kata ibu menasihati abang.
Bukit sama didaki,
lurah sama
dituruni
Bersama-sama
membuat pekerjaan
yang susah dan
senang.
Semasa perkhemahan nanti, saya
mahu semua ahli kumpulan
bekerjasama, bukit sama didaki,
lembah sama dituruni, kata Cikgu
Azrul menasihati kami.
Berkata benarlah
walaupun
kebenaran itu
menyakitkan
Berterus teranglah
walupun kebenaran
itu mendatangkan
mudarat kepada diri
sendiri atau orang
lain.
Berkata benarlah walaupun
kebenaran itu menyakitkan kerana
orang yang sanggup berkata benar
mempunyai sikap terpuji, kata
ayah menasihati kami adik-beradik.
MAKSUD PERIBAHASA
perpaduan Bersatu teguh bercerai roboh
Sepakat membawa berkat
Serumpun bagai serai, selubang bagai tebu
Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai
anak yang mengikut
sifat atau teladan
daripada orang tuanya
Bagaimana acuan, begitulah kuihnya
Bagaimana contoh, begitulah gubahannya
Guru kencing berdiri, murid kencing berlari
Bapa borek, anak rintik
kerana yang sedikit
rosak yang banyak
Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga
Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit
Amat sukar hendak
memasukkan
pengajaran yang baik
kepada orang jahat dan
degil
Bagai air titik ke batu
Bagai mencurah air di daun keladi
Telinga kuali
MAKSUD PERIBAHASA
tolong-menolong antara
satu sama lain
Bagai aur dengan tebing
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Muafakat membawa berkat
Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana
muafakat
Hati kuman sama dicicah, hati gajah sama dilapah
melakukan sesuatu
dengan tidak
bersungguh-sungguh
Melepaskan batok di tangga
Ajak-ajak ayam
hubungan yang erat Bagai isi dengan kuku
Macam belangkas
Bagai inai dengan kuku
Bagai hempedu lekat di hati
Bagai dakwat dengan kertas
orang yang dipercayai
untuk menjaga sesuatu,
dia pula yang
mengkhianati kita
Harapkan pegar, pegar makan padi
Harapkan sokong, sokong membawa rebah

Anda mungkin juga menyukai