Anda di halaman 1dari 15

PENDAHULUAN JENIS 4 DIMENSI: Definisi + Pendapat tokoh + Peribahasa + Persoalan Soalan : Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum banyak

mendatangkan faedah. Jelaskan pendapat anda tentang faedah-faedah tersebut. Kokurikulum ditakrifkan sebagai aktiviti yang dijalankan di luar bilik darjah yang dilakukan selepas waktu pembelajaran. (Definisi) Pegawai Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Selangor, En. Mohd Zaim Abu samah berkata, inovasi yang ditunjukkan oleh pelajar yang aktif adalah bermutu tinggi, sekali gus elemen penting ini dapat melengkapkan prestasi akademik mereka secara bersepadu dalam aktiviti kokurikulum.(Pendapat Tokoh) Aktiviti ini boleh melahirkan pelajar yang mempunyai sikap suka bekerjasama, bak kata pepatah Bersatu kita teguh, berc erai kita roboh. (Peribahasa) Persoalannya, mengapa sesetengah ibu bapa berpendapat bahawa penglibatan anak-anak mereka dalam aktiviti ini hanya membazir masa?(Persoalan) Dalam perbincangan ini, saya akan membicarakan secara tuntas tentang faedah-faedah penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum. (Ayat Judul) PENDAHULUAN JENIS ESTETIKA. Lirik lagu Pelbagai langkah telah diambil oleh pihak kerajaan untuk memajukan sektor pertanian di samping meningkatkan taraf hidup golongan petani. Tulis sebuah rencana tentang sumbangan sektor pertanian terhadap ekonomi negara untuk dimuatkan dalam akhbar tempatan. Burung yang berkicau Air mengalir tenang Sejuk mata memandang Damai mempesonakan Padi melambai-lambai Gadis di tepi bendang Walau panas membahang Tetap manis tersenyum riang Lagu Desa Tercinta dendangan Nora yang dikategorikan dalam genre muzik irama Malaysia ini sangat popular sekitar tahun 2000 yang lalu. Ilustrasi di dalam lagu tersebut menunjukkan betapa harmoni hubungan antara alam dengan insan. Lebih jauh lagi, lagu itu berusaha memberikan gambaran tentang keindahan sebuah kampung tradisional di negara kita. Kampung tersebut masih mengekalkan sektor pertanian, khususnya penanaman padi sebagai sumber utama pendapatan penduduknya. Walau bagaimanapun, gambaran seumpama itu hanya indah dan terdapat di beberapa perkampungan di negara kita, sedangkan desa yang lainnya sudah dicalar oleh projek pembangunan yang menggila. Di sisi yang lain, sektor pertanian sesungguhnya masih amat diperlukan untuk terus membangunkan negara. Lantaran itu, apakah langkah-langkah proaktif yang wajar dilaksanakan bagi memajukan sektor pertanian di negara ini? 2. Perenggan isi. Penjanaan Idea/Isi karangan Masalah yang dihadapi oleh pelajar ialah bagaimana hendak mengembangkan idea/isi karangan.Keadaan ini disebabkan penguasaan bahasa pelajar agak lemah. Bagi membimbing pelajar berkenaan agar ada panduan yang boleh membantu mereka menulis karangan pada tahap yang minimum, satu kaedah boleh guru amalkan dengan melatih pelajar mengenal pasti isi umum. Berasaskan isi umum pelajar boleh mengembangkan isi dengan kaedah menyoal kembali isi umum iaitu menjawab soalan APA?, BAGAIMANA?, BILA?, dan MENGAPA? .Persoalan APA merupakan isi utama dan BAGAIMANA, BILA, MENGAPA, merupakan huraian isi. Berikut adalah contoh pengembangan idea/isi karangan.

Ayat 1 - Ayat isi menjawab soalah Apa? Ayat 2 - Huraian menjawab soalan Bagaimana?

Ayat 3 - Huraian menjawab soalan Bila? Ayat 4 - Contoh jika ada Ayat 5 - Huraian menjawab soalan Mengapa? Ayat 6 - Kesan Ayat 7 - Ayat penyimpul . Contoh Soalan 1 Kesedaran mencintai alam sekitar seharusnya wujud dalam diri setiap ahli keluarga. Jelaskan peranan setiap ahli keluarga untuk merealisasikan hasrat tersebut. Isi Aktiviti membersihkan dan mengindahkan persekitaran rumah (Apakah peranan ahli keluarga untuk mewujudkan kesedaran alam sekitar? Peranan setiap ahli keluarga untuk merealisasikan kesedaran mencintai alam sekitar adalah dengan melaksanakan aktiviti membersihkan dan mengindahkan persekitaran rumah (Apakah aktiviti yang boleh dilakukan?). Aktiviti ini boleh dilaksanakan bersama-sama ahli keluarga(Bagaimana aktiviti ini boleh dilakukan). Aktiviti ini boleh dilakukan pada waktu cuti hujung minggu. (Bilakah aktiviti ini boleh dilakukan?). Contohnya membersihkan kawasan rumah dan menanam pokok hiasan (Contoh).Apabila di laksanakan menyebabkan hubungan antara keluarga menjadi erat. (Mengapa aktiviti ini perlu dilakukan ?). Kesannya, kawasan persekitaran rumah menjadi cantik dan akan menimbulkan kesedaran untuk mencintai alam sekitar. (Kesan). Sesungguhnya aktiviti membersihkan kawasan rumah pada hujung minggu boleh menimbulkan kesedaran ahli keluarga untuk mencintai alam sekitar. (Ayat penyimpul : Penggunaan Penanda wacana dan kaitkan dengan kehendak soalan)) Contoh Soalan Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menangani gejala vandalisme (SPM 2005) Isi : untuk menangani gejala vandalisme adalah dengan mengadakan kempen di media massa. (Apakah usaha yang boleh dilakukan?) Usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menanggani gejala vandalisme adalah dengan mengadakan kempen di media massa (Apakah usaha yang boleh dilakukan?). Kempen yang menerangkan keburukan mengamalkan sifat vandalisme ini boleh dilaksanakan melalui media massa.(Bagaimanakah usaha ini boleh dilaksanakan?). Kempen menangani gejala vandalisme ini boleh dipaparkan melalui kaca televisyen pada bila-bila masa sahaja.(Bilakah kempen ini boleh dilaksanakan?) Contohnya, iklan di televisyen memaparkan tentang kesedaran menjaga harta benda awam. (Contoh) .Apabila kesedaran timbul dalam kalangan masyarakat, orang ramai akan menghargai kepentingan menjaga harta benda awam. (Mengapa kempen ini perlu dilaksanakan?)Kesannya, gejala vandalisme dapat dikurangkan.(Kesan) . Dengan ini, kempen melalui media massasecara berterusan akan dapat mengurangkan gejala vandalisme.(Ayat Penyimpul : Penggunaan Penanda Wacana dan kaitkan dengan kehendak soalan)

Contoh Soalan Keluarga memainkan peranan penting dalam mencorakkan kehidupan anak-anak. Oleh itu, pendidikan anak-anak sebenarnya bermula di rumah. Berikan pendapat anda tentang peranan keluarga dalam pembentukan sahsiah anak- anak. (SPM 2005)

Isi: Peranan keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak adalah melalui pendidikan agama. (Apakah peranan keluarga untuk membentuk sahsiah anak-anak) Peranan keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak adalah melalui pendidikan agama. (Apakah peranan keluarga untuk membentuk sahsiah anak-anak?) Ibu bapa perlulah memastikan anak-anakmereka diberikan pelajaran agama secukupnya.(Bagaimanakah peranan ini boleh dilakukan?)Didikan agama ini perlu diberikan sejak anak-anak mereka masih kecil lagi.(Bilakah peranan ini perlu dilakukan?) Contohnya, ibu bapa boleh mengajar anak mereka amalan beragama seperti bersembahyang, berpuasa, dosa dan pahala bagi yang beragama Islam. (Contoh) Apabila anak dapatmenghayati agama, mereka tidak akan melakukan perkara-perkara negatif. (Mengapa peranan ini perlu dilakukan?). Kesannya, sahsiah anak-anak menjadi bertambah baik.(Kesan) . Oleh itu,pendidikan agama memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak.(Ayat Penyimpul : penggunaan Penanda Wacana dan dikaitkan dengan kehendak soalan.) 3. Perenggan Penutup Karangan Menulis Perenggan Penutup dengan Menggunakan Teknik KHPK dan KHH i. KHPK (Kesimpulan, Huraian, Peribahasa, Kepentingan) Perenggan Penutup Contoh 1 Oleh hal yang demikian, masalah rasuah perlulah ditangani oleh pihak berkuasa dengan kerjasama anggota masyarakat. (Kesimpulan) Pihak berkuasa hendaklah mengadakan kempen secara besar-besaran tentang keburukan dan kesan rasuah kepada masyarakat. (Huraian Apa yang perlu dibuat) Hal ini demikian kerana, jika masalah rasuah tidak diatasi sudah tentu perkara ini akan merosakkan jentera pentadbiran negara. (Huraian Apa kesannya) Jadi, sebelum nasi menjadi bubur, kita berharap agar masalah ini dapat ditangani dengan berkesan sebelum menjadi lebih serius. (Peribahasa) Sekiranya hal ini dapat direalisasikan, sudah pastilah masyarakat dan negara kita akan bebas daripada belenggu rasuah. (Kepentingan) Perenggan Penutup Contoh 2 Oleh hal yang demikian, pelaburan asing memang penting untuk menjana ekonomi sesebuah negara.(Kesimpulan) Usaha-usaha yang serius hendaklah dipertingkat untuk menarik pelaburan asing agar hal ini akan menambahkan pelaburan ke dalam negara kita. (Huraian Apa yang perlu dibuat) Sekiranya pelabur asing kurang membuat pelaburan di sesebuah negara sudah pastinya ekonomi negara tersebut sukar untuk berkembang. (Huraian Apa kesannya) Hal ini demikian kerana, negara-negara tersebut mengalami masalah kekurangan modal untuk membangunkan negara mereka. (Huraian Apa kesannya)Jadi, pihak yang bertanggungjawab dalam bidang pelaburan ini hendaklah mencari jalan (Peribahasa)bagi menarik lebih banyak pelabur asing untuk membuat pelaburan. (Kepentingan) ii. KHH (Kesimpulan, Huraian, Harapan) Perenggan Penutup Contoh 3 Kesimpulannya, semua pihak perlulah bekerjasama untuk membanteras masalah jenayah yang berlaku di negara kita. (K) Dengan kata lain, anggota masyarakat perlulah berganding bahu dengan pihak berkuasa iaitu melaporkan kejadian jenayah yang berlaku itu dengan segera. (H) Dengan cara itu, masalah jenayah ini sudah pasti dapat dikurangkan dan dibanteras daripada terus berleluasa di negara kita. (H)

SEKIAN TERIMA KASIH


Disediakan oleh PN. SHERIZAI BT. ISMAIL GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU SMK JELAPANG JAYA.

Pendahuluan Karangan SPM dan STPM Cara Menulis Pendahuluan Karangan dengan Menggunakan Teknik FACLK Cikgu mendapati bahawa masih banyak anak murid cikgu yang kurang faham dan menghadapai masalah untuk menulis perenggan pendahuluan yang mantap. Jadi, kali ini cikgu akan membincangkan cara atau panduan untuk menulis pendahuluan karangan. Hal ini perlu diberi perhatian kerana terdapat juga murid yang tidak mementingkan aspek pendahuluan dalam karangan. Buktinya, ada murid yang menulis dua ayat sahaja dalam pendahuluan karangannya. Selain itu, ada juga murid yang menulis dua ayat tanya dalam perenggan pendahuluannya. Jadi, siapakah yang akan menjawab soalan tersebut? Jika perkara ini berlaku sudah pastilah markah pendahuluan akan kurang dan markah keseluruhan karangan akan terjejas terutamanya dalam peperiksaan STPM. Karangan yang baik seharusnya mempunyai pendahuluan yang diolah dengan baik dan seimbang dengan perenggan-perenggan yang lain. Sebenarnya, terdapat banyak cara untuk menulis pendahuluan karangan seperti yang terdapat dalam buku-buku panduan menulis karangan di pasaran. Ada penulis yang menyarankan pelbagai cara seperti pendahuluan jenis definisi, sejarah, berdasarkan pandangan tokoh-tokoh, dan sebagainya. Jadi, dalam paparan kali ini saya mencadangkan satu cara lagi untuk memudahkan murid berfikir dan menulis pendahuluan karangan tersebut dengan menggunakan teknik FACLK. Diharapkan teknik ini akan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid untuk menulis pendahuluan karangan, selain teknik yang biasa digunakan oleh murid-murid sebelum ini. Teknik FACLK (Fokus, Akibat, Contoh, Langkah, Kepentingannya) Teknik ini memerlukan murid-murid membina ayat pertama dengan merujuk kepada fokus penyataan (F) dalam soalan. Kemudian, ayat kedua iaitu akibat (A) daripada ayat pertama tadi. Selepas itu, bina pula ayat ketiga iaitu contoh (C) yang boleh dikaitkan dengan penyataan soalan. Seterusnya, murid-murid perlu membina ayat keempat, iaitu langkah (L) dan ayat kelima ialah kepentingannya (K) berdasarkan langkah yang telah diambil tadi. Kemudian, masukkan peribahasa atau gunakan ungkapan menarik, yang dirasakan sesuai dalam mana-mana ayat pendahuluan itu tadi. Jika murid-murid dapat menulis ayat yang ada pertalian rapat antara satu ayat dengan ayat yang lain, sudah pasti pendahuluan itu menjadi satu pendahuluan yang menarik dan mantap serta menepati kehendak skema pemeriksa. Soalan Contoh 1 Kerajaan telah berusaha untuk membanteras gejala rasuah, namun amalan yang berakar umbi dalam kalangan masyarakat ini masih wujud. Pada pendapat anda, mengapakah masalah rasuah perlu dibendung? Perenggan Pendahuluan Contoh 1 Kebelakangan ini, kes rasuah semakin bertambah dan nampaknya sukar dibanteras kerana melibatkan pegawai kerajaan dan swasta, ahli politik, dan orang awam. (F) Keadaan ini membimbangkan kita kerana jika dibiarkan, sudah tentu perkara ini akan menjadi seperti api di dalam sekam. (A) Fenomena ini sekali gus akan melahirkan masyarakat yang tiada integriti, contohnya jika seseorang pegawai menawarkan rasuah untuk menutup kesalahan dirinya daripada landasan undang-undang, jelaslah betapa rendahnya akhlak dan maruah dirinya. (C)Oleh itu, semua pihak harus berusaha untuk membanteras gejala rasuah agar masyarakat Malaysia yang amanah dan berintegriti dapat dilahirkan. (L) Hal ini perlu dititikberatkan kerana rasuah perlu dibanteras dari awal iaitu, mencegah lebih baik daripada mengubati sesuatu penyakit. (K)

Soalan Contoh 2 Bangunan bersejarah tinggalan penjajah pada zaman penjajahan perlu dikekalkan kerana mempunyai nilai warisan yang tinggi. Jelaskan kelebihan bangunan bersejarah tersebut. Perenggan Pendahuluan Contoh 2 Bangunan bersejarah tinggalan penjajah pada zaman penjajahan memang banyak terdapat di negara kita yang perlu dikekalkan kerana mempunyai nilai warisan yang tinggi. (F) Bangunan tersebut boleh dijadikan fakta sejarah yang menarik pelancong asing ke negara kita. (A) Oleh itu, Pulau Pinang dan Melaka yang telah diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO baru-baru ini masih banyak memiliki bangunan bersejarah seperti di Fort Cornwalis di Pulau Pinang dan Bangunan Stadhuyst di Melaka. (C) Jadi, kerajaan kedua-dua buah negeri tersebut perlulah mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah tersebut jika tidak mahu perisyhtiharan itu ditarik balik. (L) Oleh itu, langkah yang diambil oleh UNESCO itu perlu disokong kerana hal ini pasti meningkatkan imej

negara. (K) Murid-murid harus menyedari bahawa perenggan pendahuluan sama pentingnya dengan perenggan isi dan perenggan penutup. Perenggan pendahuluan juga akan memberikan gambaran atau impression awal tentang keseluruhan karangan murid-murid. Oleh hal yang demikian, cubalah berlatih untuk menulis pendahuluan karangan dengan menggunakan teknik ini. Sebenarnya, banyak cara lagi untuk menulis pendahuluan karangan dan cikgu mendangkan satu lagi teknik tambahan kepada murid-murid. Jadi, murid-murid mempunyai banyak cara yang boleh dipilih untuk menulis perenggan pendahuluan. Bagi calon-calon STPM, biasakan diri dengan menulis perenggan pendahuluan karangan yang panjangnya lebih kurang 90 hingga 100 perkataan. Bagi calon-calon SPM pula, biasakan diri dengan menulis pendahuluan karangan yang panjangnya lebih kurang 50 hingga 60 perkataan. Bagi calon-calon STPM, ingatlah bahawa markah perenggan pendahuluan sudah ditetapkan sebanyak 3 markah, dan kelemahan perenggan pendahuluan sudah pasti akan menjejaskan markah aspek relevan (R)dan juga mempengaruhi markah pengolahan (P).
1. ANALISIS SOALAN

Golongan remaja merupakan aset penting kepada negara pada masa hadapan. Mereka bakal menerajui pemerintahan negara., menjadi tenaga yang akan memajukan negara dan menjaga kedaulatan negara daripada pelbagai ancaman. Sebagai remaja yang berwawasan, bincangkan peranan anda untuk mencapai ketiga-tiga hasrat tersebut. Tema :- Golongan remaja

Isu:- Golongan remaja merupakan aset penting kepada negara pada masa hadapan. Mereka bakal menerajui pemerintahan negara, menjadi tenaga yang akan memajukan negara dan menjaga kedaulatan negara daripada pelbagai ancaman Fokus :- Sebagai remaja yang berwawasan, bincangkan peranan anda untuk mencapai ketiga-tiga hasrat tersebut.

2. MENULIS PENDAHULUAN Mengandungi 3 komponen ayat utama:Ayat 1. Tema

Definisi

Golongan remaja ditakrifkan sebagai golongan berusia di antara 15 hingga 20 tahun.

Nilai Murni

Golongan remaja di negara ini seharusnya bersyukur kerana mereka dilahirkan dan dibesarkan di sebuah negara yang aman dan makmur seperti Malaysia.

Kepentingan tema

Kerajaan meletakkan harapan yang tinggi kepada golongan remaja sebagai pewaris kegemilangan negara pada masa hadapan kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Ayat 2. Isu

Salin pernyataan dalam soalan

Mereka merupakan aset penting kepada negara pada masa hadapan. Mereka bakal menerajui pemerintahan negara, menjadi tenaga yang akan memajukan negara dan menjaga kedaulatan negara daripada pelbagai ancaman. Ayat 3. Fokus

Bina persoalan berdasarkan fokus soalan

Persoalannya, apakah peranan saya sebagai remaja yang berwawasan untuk mencapai ketiga-tiga hasrat tersebut?

Contoh Pendahuluan Lengkap: Golongan remaja ditakrifkan sebagai golongan yang berusia di antara 15 hingga 20 tahun. Mereka merupakan aset penting kepada negara pada masa hadapan. Mereka bakal menerajui pemerintahan negara, menjadi tenaga yang akan memajukan negara dan menjaga kedaulatan negara daripada pelbagai ancaman. Persoalannnya, apakah peranan saya sebagai remaja yang berwawasan untuk mencapai ketiga-tiga hasrat tersebut? 3. MENULIS PERENGGAN ISI Perenggan Isi Pertama:Ayat Wacana + Ayat Fokus Pada pendapat saya, sebagai golongan yang menjadi aset kepada negara, ( AW ) golongan remaja perlulah menghayati dan mengambil pengajaran daripada peristiwa-peristiwa lampau seperti perit pedih pejuang-pejuang negara dalam usaha mendapatkan kemerdekaan dan penat lelah pemimpin seterusnya memajukan negara ( AF ) Ayat Sokongan Hal ini demikian kerana, perjuangan tokoh-tokoh terdahulu perlulah dijadikan inspirasi untuk meneruskan pembangunan sekali gus melakar sejarah indah buat generasi yang akan datang pula. Ayat Huraian / Contoh Golongan remaja perlu sedar bahawa bukan mudah untuk kita mendapat kemerdekaan seperti sekarang. Rundingan demi rundingan, perbincangan demi perbincangan, barulah negara berjaya membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing yang telah lama beraja di mata dan bersultan di hati di negara kita yang tercinta ini. Ayat Penegas Justru, sebagai generasi pelapis, remaja perlu memandang ke hadapan dan mengorak langkah dengan penuh yakin agar kemerdekaan negara dapat dikekalkan. Contoh Isi 2 Golongan remaja juga mestilah sentiasa menguatkan iltizam untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan. Hal ini demikian kerana melalui pendidikan, golongan remaja dapat menambah ilmu di dada dan menajamkan fikiran untuk menghadapi hari mendatang. Dengan ilmu pengetahuan juga, remaja akan sentiasa dihargai walau di mana mereka berada. Jika di daratan akan menjadi pokok, dan jika dicampak ke laut akan menjadi pulau. Begitulah diibaratkan orang yang berilmu dan inilah ciri-ciri yang amat dititikberatkan untuk menjadi seorang pemimpin yang berwawasan dan berfikiran luas. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab golongan remaja untuk memenuhi ilmu di dada dan mencari sebanyak mana pengalaman sebagai bekalan untuk menjadi pemimpin yang disegani. Contoh Isi 3 Di samping itu, golongan remaja perlu sentiasa menjaga maruah dan kehormatan diri walau di mana kita berada. Salah satu cara untuk mencapai hasrat tersebut adalah menjauhkan diri daripada kegiatan-kegiatan yang tidak bermoral seperti merokok, penyalahgunaan dadah, dan kegiatan lumba haram. Perbuatan-perbuatan yang tidak senonoh ini memberi gambaran imej yang jelas bahawa generasi muda kurang bersedia menerima amanah. Hal ini demikian kerana pemimpin yang berakhlak buruk tidak akan dihormati rakyat, apatah lagi untuk untuk mencapai kecemerlangan dalam pemerintahan. Dari sudut pandangan yang lain, generasi yang tidak bermoral ini dilihat hanya akan menjatuhkan dan meruntuhkan kestabilan negara yang telah dicapai hampir setengah abad. Justeru, golongan remaja harus sentiasa berhati-hati memilih rakan dan sentiasa berusaha mengelakkan diri daripada terjerumus ke kancah-kancah maksiat. Contoh Isi 4

Selari dengan perkembangan ekonomi dan ledakan teknologi maklumat kini, golongan remaja perlu sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan perubahan yang berlaku sama ada di dalam ataupun di luar negara. Hal ini demikian kerana, remaja perlu sentiasa bersaing dan menggunakan peluang yang ada dengan sebaiknya agar dapat memaksimumkan keupayaan dan kebolehan diri sendiri dalam usaha untuk memajukan diri, bangsa, dan negara, berfikiran luas, terbuka, dan sentiasa rasional adalah sifat-sifat yang sangat perlu dalam pembentukan sahsiah seseorang bakal pemimpin. Contoh yang paling tepat ialah Tun Dr. Mahathir Mohammad, bekas Perdana Menteri Malaysia. Berkat kebijaksanaan dan keterbukaan beliau menerima pendapat dan teguran pihak lain, beliau berjaya memacu negara ke peringkat yang amat tinggi dan membanggakan. Oleh sebab itu, remaja haruslah menjadi sifat-sifat terpuji beliau sebagai pendorong dan inspirasi untuk mengekalkan kedaulatan negara dan membawa negara ke aras yang lebih tinggi. Contoh Isi 5 Bidang sains dan teknologi amat penting dalam era globalisasi kini. Kerajaan dan pihak swasta, semuanya menumpukan perhatian kepada bidang yang mempunyai prospek dan masa hadapan yang cerah ini. Golongan remaja sebagai penggerak kemajuan negara, perlulah melibatkan diri dalam sektor-sektor berkaitan sains dan teknologi untuk memastikan perkembangan bidang ini yang berterusan. Kita perlulah mengambil dan menggunakan sepenuhnya peluang yang diberi agar dapat merealisasikan kemajuan sains dan teknologi. Majmis Amanah Rakyat ( MARA ) umpamanya menyediakan banyak peluang kepada rakyat, khususnya kaum bumiputera untuk melibatkan diri dalam bidang sains dan teknologi. Justeru, sebagai generasi pelapis, kita perlulah melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti berkaitan sains seperti Pertandingan Rekacipta, Pertandingan Inovasi Sains, Kuiz Sains Nasional, dan Pertandingan Mereka Laman Web. Contoh Isi 6 Selain itu, golongan remaja perlu sentiasa menyokong usaha dan langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak kerajaan melalui kementerian di bawahnya untuk memajukan Malaysia. Hal ini demikian kerana sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada semua pihak terutamanya golongan remaja, yang merupakan kumpulan majoriti adalah sangat penting. Remaja perlu menyahut seruan kerajaan dengan minda terbuka dan melaksanakan segala rancangan tersebut dengan jayanya. Contohnya, kempen membaca, kempen derma darah dan Progran Latihan Khidmat Negara. Pelbagai makna tersirat ingin disampaikan oleh kerajaan melalui kempen-kempen yang aktiviti yang dilaksanakan oleh badan-badan dan kementerian seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Kesihatan, dan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga. Pelbagai faedah akan diperoleh jika rancangan dan kempen tersebut mendapat perhatian dan penghayatan daripada golongan remaja. Antaranya, lahirlah golongan yang bersikap penyayang, matang, liberal, dan saling membantu. Justeru, adalah sangat perlu bagi remaja memainkan peranan mereka dalam menyokong seratus peratus dasar-dasar kerajaan. 4. MENULIS KESIMPULAN Mengandungi 3 item yang utama:


Contoh:

Saranan Harapan Rayuan /Sinis

Sebagai kesimpulan, golongan remaja sememangnya mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menerajui pemerintahan negara, menjadi tenaga untuk memajukan negara, dan menjaga kedaulatan negara. Seyogia diharapkan, golongan remaja akan memandang serius segala perubahan yang berlaku serta mengambil tahu senario politik semasa agar dapat menjadi asas untuk menjadi pemimpin yang berjaya. Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Oleh itu, semua pihak harus berganding bahu membantu golongan remaja dalam usaha untuk memastikan tampuk pemerintahan negara pada masa akan datang akan mempunyai pelapis yang berwibawa.

Cara Menulis Karangan Berpandu dan Umum ( Fakta)


( BAHASA MELAYU SPM) Nama:......................................... Tarikh:............ TEKNIK PENULISAN KARANGAN BERPANDU DAN KARANGAN UMUM ANTARA CIRI-CIRI KELEMAHAN KARANGAN PELAJAR A Pengenalan B Isi

Takrif definisi tidak tepat Isi kurang dan tidak mencukupi Tidak menarik, tidak memperlihat Isi tidak menepati tajuk. Isi bercampur-aduk kematangan berfikir dengan isi konkrit dan bukan konkrit Tidak lengkap dan terlalu pendek Isi tidak disusuli contoh dan huraian Tidak menjurus kepada kehendak soalan dan Isi berulang-ulang (sama) isi Fakta yang diberi kurang tepat atau salah. Ayat meleret-leret dan tidak releven Isi kurang logik, tidak matang, tidak jelas dan sempit pengetahuan (Sikap kurang membaca) Isi terpesong C) Pemerengganan D) Bahasa

Tidak sesuai dan kadang-kadang isi bercampur aduk dalam satu perenggan atau perenggan yang dibuat tidak mengandungi isi baru. Bercampur-aduk, tidak seimbang, tidak teratur dan tidak kemas. Perenggan yang dibuat ada yang terlalu panjang, adayang terlalu pendek. E) Format

Bahasa lemah, tidak lancar Berbelit-belit, sukar difahami Ejaan dan tatabahasa banyak kesalahan Struktur ayat terhad, kosa kata tidak tepat Jumlah bilangan perkataan sangat kurang, tidak memenuhi syarat

F)

Tulisan

Tidak menepati atau tidak mengetahui Tidak jelas, sukar dibaca dan difahami langsung formatyang dikehendaki Mengelirukan, comot, terdapat banyak Tidak dapat membezakan kehendak karangan kesalahan ejaan sama adakarangan berformat atau tidak Terlalu kecil tulisan dan tidak kemas berformat Justeru, perbaiki ciri-ciri kelemahan di atas semasa mengarang. PERBEZAAN KARANGAN UMUM DAN BERPANDU Karangan berpandu Karangan Umum Bilangan Perenggan Isi Bilangan Perenggan Isi 4 isi 5 isi Bilangan Muka Surat Bilangan Muka Surat 2 ms 2 1/2 @ 3 ms Bilangan Perenggan Bilangan Perenggan 6 perenggan 7 perenggan Jenis pengenalan. Secara umumnya, pelajar boleh memilih cara menulis pengenalan sama ada secara umum atau memilih beberapa lagi jenis pengenalan yang lain. Jenis-jenis pengenalan:1. Pengenalan jenis umum. 2. Pengenalan jenis definisi. 2. Pengenalan jenis pendapat pemimpin. 4. Pengenalan jenis suasana. 5. Pengenalan jenis persoalan. 6. Pengenalan jenis sejarah. 7. Pengenalan jenis berita. 8. Pengenalan jenis peribahasa. 9. Pengenalan jenis dialog. 10.Pengenalan jenis puisi. 11.Pengenalan jenis lagu. 1. Pengenalan jenis umum. Penulisan pengenalan jenis umum memerlukan pelajar menulis dua jenis ayat iaitu a) ayat rangsangan b) ayat arahan. Ayat rangsangan ialah ayat yang berfungsi untuk merangsang pembaca untuk membaca karangan tersebut seterusnya dan meninggalkan kesan yang bermakna kepada pembaca atau pemeriksa. Justeru,

dalam penulisan perenggan pengenalan jenis umum ini pelajar perlu mampu menulis ayat-ayat yang menarik, merujuk kepada tema berdasarkan soalan karangan dan isu yang dikaitkan seelok-eloknya berkaitan isu semasa yang hendak dikaitkan secara umum. Sebaliknya, jika ayat yang dibina tidak merangsang minat pembaca, situasi ini akan menyebabkan pengenalan anda biasa sahaja dan tidak ada ciri keistimewaan untuk memikat pembaca. Ayat arahan pula bermaksud ayat yang menjawab kata kunci soalan karangan yang ditugaskan. Melalui ayat arahan ini pembaca atau pemeriksa sudah tahu isi yang ingin anda tulis atau garap dalam penulisan seterusnya. Kebiasaannya ayat arahan ditulis pada bahagian akhir perenggan pengenalan. Contoh soalan: Kerajaan telah berusaha untuk membanteras gejala rasuah, namun amalan yang berakar umbi dalam kalangan masyarakat ini masih wujud. Pada pendapat anda, mengapakah masalah rasuah perlu dibendung? Kebelakangan ini, kes rasuah semakin bertambah dan nampaknya sukar dibanteras kerana melibatkan pegawai kerajaan dan swasta, ahli politik, dan orang awam. (AR1) Keadaan ini membimbangkan kita kerana jika dibiarkan, sudah tentu perkara ini akan menjadi seperti api di dalam sekam. (AR2) Fenomena ini sekali gus akan melahirkan masyarakat yang tiada integriti, dan boleh merosakkan masyarakat dan ekonomi negara.(AR3) Oleh itu, semua pihak harus berusaha untuk membanteras gejala rasuah kerana rasuah mendatangkan pelbagai masalah kepada masyarakat, ekonomi, dan maruah negara. ( AA) Contoh soalan 2. Di negara kita, kemalangan jalan raya dikatakan berlaku hampir setiap hari. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi kes kemalangan jalan raya . Hampir setiap hari media masa sama ada media elektronik mahupun media cetak menyiarkan berita tentang kemalangan jalan raya. ( AR1) Pada musim-musim perayaan terutamanya, banyak pengguna jalan raya kehilangan nyawa atau mengalami kecacatan anggota akibat terlibat dalam kemalangan. (AR2) Dari segi stastik pula, kadar kemalangan jalan raya di negara kita kadar kemalangan yang tertinggi di dunia. (AR3) Oleh itu, pihak berkuasa seperti Polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan perlu mengambil langkah drastik dan berkesan untuk mengatasi masalah ini. (AA) Dalam jawapan contoh pengenalan di atas ( AR1 ) ialah ayat rangsangan 1, (AR2) ayat rangsangan 2, (AR3) ayat rangsangan 3, dan (AA) ayat arahan. 2. Pengenalan jenis definisi. Isu penderaan kanak-kanak masih lagi berlaku walaupun negara kita sudah mencapai kemajuan yang pesat. Bincangkan punca-punca yang menyebabkan kes ini sentiasa berlaku dan berulang. Dera bermaksud pukulan dengan rotan, tali pinggang, atau alat -alat lain sebagai hukuman. Mendera bermaksud memukul dengan menggunakan alat-alat yang dinyatakan tadi. Penderaan pula bermaksud melakukan perbuatan mendera. Sebenarnya penderaan terbahagi kepada dua jenis iaitu penderaan berbentuk fizikal dan penderaan berbentuk mental. Berdasarkan kajian, banyak punca yang boleh menyebabkan insiden ini berlaku terutamanya kepada kanak-kanak. 3. Pengenalan jenis pendapat pemimpin. Kepentingan bahasa Inggeris kepada rakyat dan negara. Bincangkan.

Tun Dr. Mahathir pernah menyatakan bahawa kita tidak akan mencapai kemajuan yang cepat jika kita tidak menumpukan perhatian dalam penguasaan bahasa Inggeris. Beliau mengatakan bahawa kebanyakan ilmu yang terdapat dalam dunia ini terungkap dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, kita mestilah memberikan penekanan terhadap penggunaan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan kita. Menurut beliau bahasa Inggeris banyak kepentingan atau kebaikannya, sama ada kepada rakyat mahupun negara. 4. Pengenalan jenis suasana atau situasi. Jiran anda telah ditimpa kemalangan ngeri kerana rumah tertimbus oleh runtuhan batu. Gambarkan keadaan dan suasana pada masa itu. Apabila saya sampai di tempat kejadian itu, saya terdengar jeritan manusia dari celah-celah rekahan batu. Selain itu, tangisan bayi dan kanak-kanak jelas kedengaran dari sebuah bilik yang berdekatan dengan runtuhan batu tersebut. Pada ketika itu, pasukan penyelamat masih belum tiba lagi. Saya menjadi panik

kerana buntu untuk melakukan sesuatu tindakan bagi menyelamatkan mangsa. Tambahan pula, tiada alat yang boleh saya gunakan untuk membantu saya menyelamatkan mereka. Namun begitu, saya menggagahkan semangat dan mencuba untuk melakukan sesuatu supaya mangsa yang berada di bawah runtuhan batu itu dapat diselamatkan. 5. Pengenalan jenis persoalan. Akhir-akhir ini, kejadian kemalangan di jalan raya berlaku hampir setiap hari. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan kemalangan ini berlaku? Tahukah anda bahawa hampir setiap hari ada sahaja kemalangan di jalan raya yang dilaporkan di media massa? Siapakah yang patut disalahkan, penggunaan jalan raya atau pihak kerajaan? Persoalannya, apakah faktor-faktor yang menyebabkan kemalangan ini berlaku? 6. Pengenalan jenis sejarah. Bincangkan punca-punca yang menyebabkan mutu sukan bola sepak di negara kita merosot.

Pada tahun 1972, pasukan bola sepak negara kita telah berjaya melayakkan diri dalam pertandingan bola sepak Sukan Olimpik di Munich, Jerman. Kejayaan ini diulang pada tahun 1980 apabila pasukan kita layak menyertai Sukan Olimpik di Moscow, Rusia. Pada akhir tahun 1970-an dan awal tahun 1980-an pula, keupayaan pasukan bola sepak negara kira setanding dengan keupayaan pasukan bola sepak Korea Selatan. Namun demikian, apakah punca-punca yang menyebabkan mutu sukan bola sepak negara kita sekarang ini begitu jauh merosot atau ketinggalan berbanding dengan negara-negara lain? 7. Pengenalan jenis berita . Sistem pengangkutan di negara ini telah mengalami perubahan yang amat ketara. Berbanding dengan dua puluh tahun yang lalu, kini pelbagai jenis sistem pengangkutan moden telah disediakan bagi kemudahan para pengguna. Berikan pendapat anda tentang sistem pengangkutan moden di negara ini. Kerajaan galak mohon permit teksi eksekutif. Demikian tajuk berita yang terpapar di muka 11 akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 17 Jun 2007 yang lalu. Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi selepas beliau merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Berjasa Negeri Sembilan Berhad kali ke-9 di Seremban. Teksi eksekutif merupakan sistem pengangkutan awam yang menggunakan teksi yang lebih besar dan selesa, tetapi tambangnya lebih tinggi berbanding dengan teksi bajet. Penggunaan teksi eksekutif dicadangkan apabila usia kenderaan sedia ada mencapai tempoh tujuh tahun. Selain teksi eksekutif, terdapat beberapa jenis sistem pengangkutan moden di negara ini, termasuklah monorel, keretapi LRT dan lain-lain lagi. 8. Pengenalan jenis peribahasa. Peribahasa jiran sepakat membawa berkat sangat tepat digunakan sebelum ini oleh masyarakat di kawasan luar bandar dalam tradisi bermasyarakat. Bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar pula, budaya ini semakin pupus sekiranya tiada usaha untuk terus memupuknya. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Jiran sepakat membawa berkat. Ungkapan indah ini mengandungi maksud yang amat mendalam. Hidup bermasyarakat pada era globalisasi ini sering meletakkan konsep kejiranan bukan di sisi paling utama. Senario ini menyebabkan kedapatan jiran yang tidak mengetahui bahawa tetangga mereka sedang mengalami masalah, malah musibah sekalipun. Ada antara mereka yang kehairanan serta terkejut apabila dimaklumkan bahawa jiran sebelah rumah sudah berulat setelah menjadi mangsa pembunuhan oleh penjenayah. Seandainya hidup sesama jiran mengamalkan konsep pemuafakan, sudah barang pasti pelbagai faedah diperoleh. Hal ini tentu mengetepikan maksud peribahasa yang terungkap di awal perenggan ini. 9. Pengenalan jenis dialog. Ceritakan sebuah karangan yang berkait dengan peribahasa air yang dicincang tidak akan putus. Kataku pergi! Pergi!! pekik Kassim. Pergi kataku! kataku lagi.

Mengapa mesti aku pergi? balas Aminah, isteri Kassim sambil menangis teresak -esak menahan kesakitan. Bukankah ini rumahku juga? tambahnya lagi. Mata kirinya yang lebam kerana dipukul sebelum ini sudah tidak boleh dibuka lagi. 10. Pengenalan jenis puisi. Anda telah dipilih mewakili kelas dalam pertandingan menulis esei sempena Minggu Keusahawanan yang dianjurkan oleh Persatuan Ekonomi sekolah anda. Tajuk esei yang ditetapkan ialah Faedah Berjimat Cermat. Tulis esei anda itu selengkapnya. Tikar pucuk tikar mengkuang, Alas nikah raja Melayu; Ikan busuk jangan dibuang, Buat perencah si daun kayu. Pantun warisan di atas mengingatkan kita supaya tidak membuang ikan yang sudah busuk. Sebaliknya, suri rumah yang kreatif seharusnya memanfaatkan ikan busuk itu untuk dijadikan hidangan yang istimewa. Dengan sentuhan yang bijak, ditambah pula dengan pelbagai ramuan termasuk ulam-ulaman, ikan busuk itu akan menjadi makanan yang enak untuk dinikmati. Demikian, maksud secara literal pantun empat kerat di atas. Secara tersiratnya, pantun tersebut mengingatkan kita agar sentiasa berjimat-cermat dalam kehidupan amnya, dan perbelanjaan seharian khususnya. Tambahan pula, agama Islam sendiri melarang umatnya bersikap boros lantaran pemboros ialah sahabat syaitan. 11. Pengenalan jenis lagu. Pelbagai langkah telah diambil oleh pihak kerajaan untuk memajukan sektor pertanian di samping meningkatkan taraf hidup golongan petani. Tulis sebuah rencana tentang sumbangan sektor pertanian terhadap ekonomi negara untuk dimuatkan dalam akhbar tempatan. Burung yang berkicau Air mengalir tenang Sejuk mata memandang Damai mempesonakan Padi melambai-lambai Gadis di tepi bendang Walau panas membahang Tetap manis tersenyum riang Lagu Desa Tercinta dendangan Nora yang dikategorikan dalam genre muzik irama Malaysia ini sangat popular sekitar tahun 2000 yang lalu. Ilustrasi di dalam lagu tersebut menunjukkan betapa harmoni hubungan antara alam dengan insan. Lebih jauh lagi, lagu itu berusaha memberikan gambaran tentang keindahan sebuah kampung tradisional di negara kita. Kampung tersebut masih mengekalkan sektor pertanian, khususnya penanaman padi sebagai sumber utama pendapatan penduduknya. Walau bagaimanapun, gambaran seumpama itu hanya indah dan terdapat di beberapa perkampungan di negara kita, sedangkan desa yang lainnya sudah dicalar oleh projek pembangunan yang menggila. Di sisi yang lain, sektor pertanian sesungguhnya masih amat diperlukan untuk terus membangunkan negara. Lantaran itu, apakah langkah-langkah proaktif yang wajar dilaksanakan bagi memajukan sektor pertanian di negara ini? Apabila kita baca, dan teliti pengenalan di atas, setiap pengenalan berkenaan ada kekuatan dan memberi impak yang besar kepada pembaca. PASTIKAN ANDA BIJAK MEMILIH PENGENALAN SESUAI SEMASA MENGARANG KERANA TINDAKAN ANDA TERSEBUT MEMBERI KESAN KEPADA MARKAH B Cara membina perenggan isi. Selepas pendahuluan, pelajar-pelajar perlu menulis perenggan isi pula. Biasanya, isi yang pertama terletak pada perenggan yang kedua, isi yang kedua terletak pada perenggan yang ketiga, dan seterusnya. Dari segi

isi, pelajar-pelajar dikehendaki menulis satu isi untuk satu perenggan sahaja. Walau bagaimanapun, pelajar-pelajar boleh mengemukakan isi -isi sampingan untuk memperkuat hujah atau huraian. Secara keseluruhan, perenggan isi hendaklah sekurang-kurangnya m e n g a n d u n g i e m p a t a y a t d a l a m s e t i a p p e r e n g g a n s e p e r t i y a n g dinyatakan di bawah ini: (a) Ayat judul; (b) Ayat Huraian; (c) Ayat Bukti/Contoh; dan (d) Ayat penegas. Contoh Perenggan Deduktif (1) Satu daripada punca mutu sukan bola sepak negara kita merosot ialah disiplin pemain negara kita tidak mencapai tahap yang tinggi. (2) Sudah banyak kali disiplin pemain bola sepak negara dipertikaikan ketika menyertai pertandingan di peringkat kebangsaan atau luar negara. (3) Sebagai contohnya, ada kalangan pemain negara yang tidak mengikuti jadual latihan yang ditetapkan oleh jurulatih dan paling memeranjatkan ada segelintir pemain yang terlibat dengan rasuah dengan mencatur keputusan perlawanan. (4) Justeru, persatuan bola sepak negari dan kebangsaan perlu mengambil berat masalah ini agar tidak memalukan mutu sukan bola sepak negara. Bak kata pepatah, jangan sampai nasi menjadi bubur (5 ) ** Bentuk penulisan isi seperti ini selalu ditulis oleh pelajar semasa mengarang. Ayat (1) Ayat judul, ayat ( 2 ) ayat huraian, ayat (3) ayat contoh, ayat (4 ) ayat penegas dan ayat ( 5 ) frasa menarik/ peribahasa. B. Cara membina perenggan penutup. Pada peringkat ini, pelajar-pelajar dikehendaki membuat kesimpulan atau menyimpulkan isi-isi penting yang telah dibicarakan. Pelajar juga dikehendaki menyatakan pendirian tentang tajuk yang dikemukakan. Kesimpulan yang ditulis itu hendaklah bersifat lebih umum dan padat. Dari segi kepanjangan, perenggan yang dibina seimbang dengan perenggan isi dan pendahuluan. Tegasnya, ayat dalam perenggan penutup ini terdiri daripada kesimpulan, ayat yang berupa cadangan, harapan, dan sebagainya. Umumnya, fungsi kaedah penulisan penutup sesebuah karangan sama dengan fungsi kaedah pengenalan dan kaedah binaan perenggan isi iaitu untuk memastikan kepanjangan setiap perenggan anda seimbang untuk menunjukkak kepada pembaca dan pemeriksa bahawa anda seorang pelajar yang mahir menghasilkan karangan yang menarik dan bermutu. Tegasnya, kaedah binaan pengenalan, kaedah binaan perenggan isi dan kaedah binaan perenggan penutup bertujuan untuk anda mampu menghasilkan karangan peringkat cemerlang semasa menghasilkan karangan. Contoh karangan penutup menggunakan binaan ayat:Kata penyimpul + ayat cadangan + ayat cadangan + ayat cadangan + ayat harapan (1) Sebagai kesimpulannya, kes kemalangan jalan raya yang begitu tinggi di negara kita, terutamanya pada musim perayaan hendaklah diatasi. (2) Dalam hal ini, pihak berkuasa mestilah bertindak tegas terhadap semua pengguna jalan raya yang melanggar peraturan dengan menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada. (3) Kempen-kempen yang dijalankan mestilah melibatkan semua pihak agar kesannya menyeluruh. (4) Pihak berkuasa pula janganlah memilih bulu ketika menguatkuasakan undang-undang. Semua pengguna jalan raya pula hendaklah ingat bahawa keselamatan di jalan raya ialah tanggungjawab bersama. (1)Kata penyimpul, ayat (2) ayat cadangan, ayat (3) ayat cadangan dan ayat (4) ayat harapan. Berdasarkan soalan di bawah cuba, lengkapkan karangan berpandu di bawah. Soalan karangan berpandu: Kebaikan Membeli Barangan Buatan Malaysia Pernggan Pengenalan:-

-Kriteria
Lagu Negaraku Ayat Rangsangan 1 Ayat Rangsangan 2

Contoh Ayat Negaraku, Tanah tumpahnya darahku, Rakyat hidup bersatu dan maju, ......... Bait-bait lagu lagu kebangsaan Negaraku di atas menyemai bibit semangat cinta akan negara dalam kalangan warga Malaysia. Sebagai rakyat yang sayang akan negara , kita perlu memberi keutamaan kepada negara baik dari segi ekonomi, politik dan

Ayat Rangsangan 3

Ayat Penegas Perenggan Isi:Pembinaan perenggan Isi ( Pertama) Kriteria Contoh Ayat Ayat Judul Antara kebaikan membeli barangan buatan Malaysia adalah untuk menjimatkan perbelanjaan isi rumah sesebuah keluarga Ayat Huraian 1 Hal ini kerana ...........................Malaysia lebih murah berbanding barangan yang ........................................... Ayat Huraian 2 Barangan import lebih ................kerana kebiasaannya barangan berkenaan dikenakan cukai oleh kerajaan berbanding barangan yang dikeluarkan....................... Ayat Huraian 3 Tambahan pula, barangan buatan Malaysia tidak ada bezanya dengan barangan luar negara malah lebih .....................dan .....................oleh masyarakat. Ayat Contoh Contohnya kereta buatan Malaysia seperti ...........................................dan ...............memang sudah diterima pakai kebanyakan negara luar termasuk negara maju seperti Britain. Frasa menarik Kita haruslah menyahut seruan kerajaan dengan slogan Cintailah Barangan Buatan Malaysia. Alah membeli menang memakai. Ayat Penegas Tegasnya, kita harus membeli barangan buatan Malaysia kerana tindakan membeli barangan buatan negara dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga.

perpaduan negara. Justeru, antara kewajiban kita sebagai warga negara Malaysia adalah untuk membeli barangan buatan tempatan. Terdapat beberapa kebaikan ..................................................................

Pembinaan perenggan Isi ( Kedua ) Kriteria Contoh Ayat Ayat Judul Selain itu, membeli barangan buatan Malaysia dapat meningkatkan imej negara di .............................. Ayat Huraian 1 Siapa lagi yang perlu memberi kepercayaan kepada barangan ................................sendiri jika tidak kita sebagai warga Malaysia? Ayat Huraian 2 Sekaligus, masyarakat luar akan memandang tinggi masyarakat negara kita yang bangga menggunakan barangan jenama ................................ Ayat Huraian 3 Syarikat yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan di Malaysia perlu menggunakan kereta buatan ...................... sebagai usaha untuk mempromosi kereta berkenaan. Ayat Huraian 4 Paling membanggakan, ada pelancong yang .............................apabila memandu atau menaiki kereta sewa buatan Malaysia. Ayat Contoh Antara contoh syarikat penyewa kereta terkenal di Malaysia seperti Syarikat Kereta Sewa Hawk, Syarikat Kereta Sewa Taman Maluri, Selangor, Syarikat Kereta Sri Perak di Perak dan sebagainya. Frasa Menarik Sepatutnya, slogan ............................perlu diimplementasikan dalam penggunaan barangan buatan tempatan. Ayat Penegas Jelasnya di sini, .................................................................................................. ................................................................................................ Pembinaan perenggan Isi ( Ketiga ) Kriteria Contoh Ayat Ayat Judul Budaya membeli barangan buatan tempatan juga dapat menyemai semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat. Ayat Huraian 1 Sebagaimana yang kita sedia maklum, industri pembuatan barangan Malaysia telah berjaya menghasilkan barangan berkualiti seperti .................................................................................................................. Ayat Huraian 2 Malahan, barangan ini bukan sahaja dipasarkan di pasaran tempatan , negara jiran malah dieksport ke negara maju.

Ayat Huraian 3 Ayat Contoh Frasa Menarik Ayat Penegas

Justeru, sebagai seorang warganegara Malaysia, kita sepatutnya bangga menggunakan barangan buatan sendiri kerana secara tidak langsung tindakan ini dapat meningkatkan imej negara di ........................... Antara barangan yang boleh kita utamakan , selain membeli kenderaan adalah dengan membeli telefon bimbit keluaran negara seperti CSL. Justeru kita perlu mengelakkan daripada bersikap seperti kera di hutan disusukan, anak di .......................................... Tegasnya, ....................................................................................................................

Pembinaan perenggan Isi ( Keempat ) Kriteria Contoh Ayat Ayat Judul Bahkan juga, membeli barangan buatan Malaysia dapat memajukan industri tempatan. Ayat Huraian 1 Sekiranya masyarakat tempatan sendiri tidak mengambil inisiatif untuk membeli barangan Malaysia, berkemungkinan besar pengusaha industri berkenaan akan gulung tikar. Ayat Huraian 2 Tambahan pula, apabila industri tempatan tidak boleh beroperasi mengeluarkan barangan mereka, sudah pasti barangan keluaran negara luar terutama negara maju akan memonopoli pasaran tempatan. Ayat Huraian 3 Apabila berlakunya situasi begini, sukar untuk industri Malaysia bertapak semula seperti sediakala. Sudah terhantuk .................................. Ayat Contoh Antara contoh barangan buatan luar yang menguasai pasaran tempatan seperti kereta jenama Honda, Toyota dan Mitsubishi sedangkan syarikat pengeluar tempatan seperti Proton dan Perodua mengeluarkan kereta jenama Malaysia. Frasa Menarik Oleh sebab itu, masyarakat Malaysia perlu bekerjasama bagaikan aur dengan tebing untuk memajukan industri kereta buatan Malaysia agarkita boleh berdiri sama tinggi dan ..................................................... ................................................................................ Ayat Penegas Konklusinya, kemajuan industri tempatan bergantung kepada sikap pengguna negara ini. Jika mereka mengutamakan barangan tempatan, sudah pasti industri tempatan akan berdaya saing seperti industri negara luar.

Pembinaan isi perenggan penutup. Kriteria Contoh Ayat Kata Peyimpul Intihanya, Kesimpulannya, Akhir kalam, Konklusinya, Tuntasnya, Ayat Cadangan Masyarakat sebagai pengguna, pengeluar barangan, dan kerajaan perlu saling bekerjasama untuk memastikan barangan buatan Malaysia diguna pakai oleh masyarakat dalam kehidupan seharian. Ayat Cadangan 1 Masyarakat sebagai pengguna perlu mengutamakan barangan keluaran tempatan sebagai barangan pilihan utama mereka semasa membuat pembelian. Ayat Cadangan 2 Sementara itu, pihak pengeluar perlu sentiasa meningkatkan kualiti barangan keluaran mereka supaya mendapat kepercayaan daripada pihak pengguna. Ayat Cadangan 3 Pihak kerajaan perlu mengambil tindakan drastik melalui Kementerian Pengguna membantu mempromosikan .................................................... ...................................................................... Ayat Harapan Apabila semua pihak di atas bekerjasama bagaikan aur dengan tebing sudah pasti barangan buatan Malaysia mampu menjadi barangan

keutamaan dan kebanggaan negara. SEMOGA ANDA FAHAM KAEDAH MENULIS KARANGAN YANG BAIK.
Latihan Tusyen Impian Sinar.

Anda mungkin juga menyukai