Anda di halaman 1dari 29

TEKNIK MENULIS

KARANGAN SPM

OLEH:
ZURAIMAH BT MOHAMAD
GURU CEMERLANG BAHASA
MELAYU
SISC+ BAHASA MELAYU

Langkah menulis karangan.


1. Analisis Soalan
Cth soalan:
Sebagai pegawai bank di daerah anda,
anda telah dipilih untuk menyampaikan
ceramah yang bertajuk Menabung Demi
Masa Depan Yang Cemerlang kepada
para pelajar di sebuah sekolah menengah.

Tuliskan ceramah anda selengkapnya.

Karangan Respons Terbuka


Tema : Menabung
Jenis Karangan : Ceramah
(Berformat)
Kehendak Soalan :
Cara / Langkah
Kebaikan

Langkah Menulis Karangan

2. Mendapatkan Isi Karangan


i) Menggunakan CoRT One
ii) Menggunakan Question Ball

CoRT One
Terdapat 6 alat yang boleh digunakan
a) PMI
PLUS MINUS INTERESTING
(Kebaikan, Keburukan dan Menariknya sesuatu
idea)
b) CAF - CONSIDER ALL FACTORS
(Mengambil kira semua faktor)
c) AGO - AIMS, GOAL, OBJECTIVE
(Tujuan, matlamat, objektif)
d) C&S - CONSIQUENCE AND SEQUEL
(Kesan, sebab dan akibat ikut urutan jangka
masa)
e) FIP - FIRST, IMPORTANT, PRIORITIES
(Pertama, penting keutamaan)
f) OPV- OTHER PEOPLE VIEW

QUESTION BALL

MERUJUK KEPADA 5W 1H
a) What
- Apa
b) Who
- Siapa
c) When - Bila
d) Where
- Di mana
e) Why
- Mengapa
f) How - Bagaimana

Contoh Penggunaan CoRT One


Soalan:
Program Latihan Khidmat Negara dapat
melahirkan warganegara Malaysia yang tinggi
jati dirinya. Bincangkan faktor PLKN
diperkenalkan.
Penggunaan CAF - POLISOSEK
Politik Meningkatkan kesetiaan dan
semangat
patriotik rakyat
Sosial Gejala sosial dalam kalangan remaja
semakin serius
Ekonomi Menyediakan tenaga kerja yang
mantap dari segi fizikal, rohani,

Penggunaan Question Ball


Soalan:

Gejala vandalisme dalam masyarakat pada hari


ini sangat membimbangkan. Bincangkan.
* Soalan terbuka
What - Apakah Puncanya?
Who
- Siapakah yang melakukannya?
Where - Dimanakah ini berlaku?
When - Bila ini berlaku?
Why
- Mengapa ini berlaku?
How
- Bagaimana mengatasinya.

Menulis Pendahuluan

Formula T + I + P + UM + KS

T = Tema Menyatakan secara umum


I = Isu Semasa
P = Pendapat Tokoh / Sendiri
UM = Ungkapan Menarik
KS = Kehendak Soalan

PENDAHULUAN
Tajuk : Manfaat Menabung
(T) : Menabung merupakan perbuatan yang amat mulia.
(I) : Namun begitu, dalam arus perkembangan
teknologi ini, masyarakat amat kurang menabung
khususnya golongan remaja.
(P) : Para cendekiawan pernah memfasiqkan bahawa,
wang
bukan segala-galanya tetapi segala-galanya di
dalam dunia ini memerlukan wang.
(UM) : Peribahasa tak tumbuh tak melata, tak sungguh
orang
tak kata amat tepat untuk menyokong pendapat
tersebut.
(KS) :
Tuntasnya apakah faedah yang akan diperoleh
jika seseorang itu menjadikan menabung sebagai
teman yang paling akrab?

PENDAHULUAN
(UM) : Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
(T): Apabila mendengar sahaja peribahasa di
atas, pasti tergambar dalam fikiran kita
bahawa peribahasa itu amat sinonim dengan
perbuatan menabung. Apakah itu menabung?
Menabung merupakan perbuatan yang amat
mulia dan dapat ditakrifkan sebagai
mengasingkan sejumlah wang demi
menjamin masa depan seseorang.
(I) : Namun begitu dalam era pascaglobalisasi ini
kesedaran untuk menabung semakin
menyusut khususnya bagi golongan remaja.

PENDAHULUAN (Sambungan)

(P)
: Para
cendekiawan memfasiqkan
bahawa
wang
bukanlah segala-galanya,
tetapi tidak dinafikan dengan wang kita
dapat melakukan segala-galanya.
Kini,
terdapat pelbagai cara yang dapat kita
lakukan untuk menabung.
Kita boleh
menabung di bank-bank tempatan yang
banyak terdapat di negara kita atau melabur
dalam saham-saham yang dijamin oleh
kerajaan seperti Amanah Saham Nasional
atau Amanah Saham Bumiputera.

PENDAHULUAN (Sambungan)

(UM) : Sudah terang lagi

bersuluh,
(KS) : Amalan menabung ini
banyak mendatangkan faedah
bukan sahaja kepada individu
yang melakukannya tetapi juga
terhadap masyarakat dan negara.

Perenggan Pendahuluan

Contoh
Tajuk : Pemuliharaan Bangunan Bersejarah
[T]Malaysia banyak mempunyai bangunan bersejarah.
[I] Tidak dapat dinafikan, bahawa warisan negara yang
banyak terdapat di seantero negara ini telah diabaikan.
Jika ditinjau secara umum, kebanyakan bangunan
bersejarah yang dipulihara akan disuaigunakan semula
sebagai muzium, pejabat, tempat kediaman, premis
perniagaan, dan kegunaan awam.[P] Sejak UNESCO
mengiktiraf bandar Melaka dan Georgetown sebagai bandar
warisan bersejarah, barulah timbul kesedaran dalam diri
masyarakat tentang kepentingan bangunan-bangunan
bersejarah ini tetapi kebanyakannya telah musnah, [UM]
bak kata pepatah sudah terhantuk baru tengadah
[KS]Persoalannya, apakah kepentingan pemuliharaan
bangunan-bangunan bersejarah dalam konteks Malaysia?

Soalan

Belakangan ini, isu kenakalan


remaja hangat diperkatakan dan
membawa petanda yang tidak baik
kepada generasi akan datang.
Huraikan peranan anda sebagai
seorang remaja dalam membentuk
sahsiah diri yang terpuji.
(Soalan Percubaan SPM 2011 MRSM)

Gunakanlah masa yang ada


Dengan sebaiknya
Kuatkanlah tekad di hati
Memajukan diri
Tiada kejayaan yang datang
Tanpa usaha yang gigih
Bersusah-susahlah dahulu
Bersenang kemudian
Jadilah warga yang berguna
Pada keluarga, masyarakat jua negara
Sebahagian daripada lirik lagu Remaja
persembahan kumpulan nasyid UNIC saya petik
untuk menggambarkan kemaslahatan peranan
remaja pada masa ini. Lagu yang menyuntik
semangat ini menyeru para remaja agar
menggunakan masa dengan sebaik-baiknyanya dan
mempunyai azam
yang kuat demi memajukan diri

Melalui usaha yang gigih dan tabah tanpa mengenal jemu dalam
bidang yang diceburi serta memiliki sahsiah yang terpuji, remaja
akan menjadi warga yang berguna kepada keluarga, masyarakat
dan nusa. Hal ini demikian kerana menurut Mantan Menteri Belia
dan Sukan, Dato Ahmad Shabery Cheek, belakangan ini, remaja
begitu terdedah kepada pelbagai bentuk cabaran sama ada dari
segi pengaruh media massa, pengaruh atau desakan daripada
rakan sebaya serta ibu bapa dan masyarakat ataupun konflik
pergolakan antarabangsa yang semakin hari semakin mendapat
liputan meluas di dada-dada akhbar seluruh negara. Pergolakan
antarabangsa yang berlaku sedikit banyak mempengaruhi akidah
remaja kita. Remaja yang rata-ratanya mempunyai semangat
inkuiri atau ingin tahu yang tinggi berserta perlakuan untuk
mencuba sedaya upaya sehingga berjaya bak kata pepatah
alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan,
perlu dipandu dan ditarbiah ke jalan yang benar baik melalui diri
sendiri, ibu bapa, guru-guru, masyarakat mahupun kerajaan
memandangkan remajalah yang bakal memegang tampuk
pemerintahan negara ini lantas mencorakkannya menjadi sebuah
negara yang unggul dan terbilang.

Negara memerlukan remaja yang mempunyai nilai


mandiri dan jati diri yang utuh di samping berdaya
saing serta berfikiran kreatif dan inovatif. Namun
demikian, amatlah malang kepada negara kita jika
remaja yang diharap-harapkan akan sentiasa
mendukung panji Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi
Tiang Negara kini dikaitkan dengan isu kenakalan.
Perbuatan yang melanggar norma, aturan atau
hukum dalam masyarakat yang dilakukan pada usia
remajainidikatakan membawa petanda yang tidak
baik kepada generasi akan datang bak kata pepatah,
air perabung mengalir ke cucur atap. Isu ini begitu
hampir dengan saya memandangkan saya juga
seorang insan yang bergelar remaja.Justeru saya
mempunyai peranan dalam membentuk sahsiah diri
yang terpuji agar memiliki ciri-ciri
remaja
cemerlang dambaan negara.

Perenggan Isi
AT + H + C + UM + KI
AT =

Ayat Topik

H = Huraian
C = Contoh
UM = Ungkapan Menarik
KI

= Kesimpulan isi

5W 1H

Soalan

Industri pelancongan negara


semakin berkembang pesat.
Sebagai rakyat Malaysia, huraikan
langkah yang harus dilakukan
untuk memajukan industri
pelancongan negara.

Pengembangan Isi
(AT) Langkah-langkah untuk memajukan industri
pelancongan negara ialah kerajaan perlu
melaksanakan kempen galakan industri pelancongan.
Kempen merupakan cara paling mudah untuk
menyampaikan maklumat kepada orang ramai. (H
Siapa) Kementerian Kebudayaan Kesenian dan
Pelancongan bertanggungjawab melaksanakan
kempen ini. Selain itu, pihak swasta perlu
bekerjasama (UM) bagai aur dengan tebing dengan
pihak kerajaan untuk menjayakan kempen galakan
industri pelancongan ini. (H- Bila) Kempen ini perlu
dilaksanakan secara terancang sepanjang tahun sama
ada semasa cuti persekolahan atau cuti-cuti umum
negara. Di samping itu, kempen juga boleh
dilaksanakan semasa negara menjadi tuan rumah
acara-acara berprestij dunia seperti Formula 1,

(H Apa nak guna) Kempen ini perlu


menggunakan media massa arus
perdana negara sama ada media cetak
atau media elektronik. (H Dimana)
kempen ini boleh dilaksanakan di
pusat-pusat beli belah. Selain itu,
kempen ini juga boleh diadakan di
kota-kota utama dunia. (C ) Sebagai
contoh di kota metropolitan London,
New York dan Paris. (KI) Jelaslah
kempen galakan pelancongan ini
merupakan modus operandi terbaik
dalam menyemarakkan industri

Contoh Pengembangan Isi

Cara Mengatasi Masalah Remaja

(AT) Masalah remaja dapat diatasi apabila ibu


bapa memainkan peranan mereka dengan
berkesan. (H- Cara) Hal ini dapat dilakukan
dengan ibu bapa memberikan kasih sayang dan
didikan yang sempurna sama ada didikan secara
formal atau pun tidak formal. Dalam konteks ini ibu
bapa boleh menghantar anak mereka
mendapatkan ilmu daripada guru atau pun ustaz
yang bertauliah. Namun begitu pada masa yang
sama mereka haruslah menjadi kawan dan
sentiasa ada apabila anak-anak memerlukan
mereka.

Selain itu ibu bapa haruslah mengawal


pergerakan anak-anak mereka. (C) Sebagai
contoh mengetahui rutin harian seperti jadual
persekolahan termasuk aktiviti kokurikulum
serta jadual tuisyen. (H Siapa) Ibu bapa juga
harus mengenali rakan anak-anak mereka
dengan mengetahui latar belakang keluarga
dan cara hidup rakan anak-anaknya. Jangan
nanti apabila (UM) nasi sudah menjadi bubur,
barulah mereka hendak menyesal kerana (UM)
sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
berguna. (KI) Tegasnya, ibu bapa yang
menjalankan tanggungjawab mereka dengan
amanah akan dapat mengatasi masalah remaja
yang semakin membarah.

KESIMPULAN
Formula R + C + H + UM + PP

R = Rumusan Keseluruhan

C = Cadangan

H = Harapan

UM = Ungkapan Menarik

PP= Penegasan Pendirian.

Contoh :
Soalan : Punca-punca Pencemaran
Udara

(R) Terdapat banyak penyebab yang membawa


kepada berlakunya pencemaran udara.
(C) Sebagai masyarakat yang prihatin, kita
haruslah mengelakkan punca-punca yang
membawa kepada pencemaran udara.
(H) Semoga dengan kerjasama semua pihak
umpama
(UM) aur dengan tebing ini , maka kita dapat
menyedut udara yang berkualiti dan meneruskan
hayat di atas muka bumi ini dengan penuh
kenikmatan.

Perenggan penuh
Kesimpulannya, terdapat banyak penyebab yang
membawa kepada berlakunya pencemaran udara.
Sehubungan dengan itu, sebagai masyarakat
yang prihatin, kita haruslah mengelakkan puncapunca yang membawa kepada pencemaran
udara. Semoga dengan kerjasama semua pihak
umpama aur dengan tebing ini , maka kita dapat
menyedut udara yang berkualiti dan meneruskan
hayat di atas muka bumi ini dengan penuh
kenikmatan. Tegasnya, jika tidak ada angin
masakan pokok bergoyang dan jika tidak ada
manusia yang mencemarkan udara, pastinya
hidup kita lebih sejahtera

Masalah sosial remaja.


Kesimpulannya, masalah sosial seperti gejala buli dan
samseng yang melibatkan golongan remaja dapat ditangani
dengan pelbagai cara sama ada daripada pihak ibu bapa,
kerajaan mahupun masyarakat itu sendiri. Sesungguhnya,
kebejatan sosial ini adalah lebih ganas daripada api kerana
api hanya mampu memusnahkan bangunan tetapi kemelut
sosial ini dapat meruntuhkan tamadun kita. Gejala yang
sentiasa meniti dari bibir ke bibir ini menjadi duri dalam
daging yang amat membimbangkan kerana pemuda
harapan bangsa, pemudi tiang negara. Justeru, kerjasama
semua pihak seperti aur dengan tebing haruslah diambil
bagi memformulasikan strategi yang berkesan untuk
membendung masalah yang semakin membarah ini dalam
menghadapi cabaran langit terbuka. Semoga dengan usaha
yang istiqamah, kita dapat melahirkan generasi wawasan
yang berkaliber dan dapat duduk sama rendah, berdiri sama
tinggi dengan warga negara maju yang lain.

Sekian,
Terima Kasih
SELAMAT MAJU
JAYA
SEMOGA
KECEMERLANGAN
MILIK ANDA

Anda mungkin juga menyukai