Anda di halaman 1dari 6

10 jenis pendahuluan karangan umum (SPM)

1. Perenggan jenis definisi 6. Pendahuluan jenis latar belakang


2. Perenggan jenis pendapat tokoh sejarah
3. Pendahuluan jenis suasana/gambaran 7. Pendahuluan jenis fakta
4. Pendahuluan jenis persoalan 8. Pendahuluan jenis tajuk berita
5. Pendahuluan jenis 9. Pendahuluan jenis puisi
peribahasa/pepatah/cogan kata 10.Pendahuluan jenis gabungan

1)Perenggan jenis Definisi


Perenggan pendahuluan ini dimulakan dengan memberi takrifan atau definisi tentang tajuk
karangan yang ditulis. Di samping definisi, anda juga boleh memberi huraian tentang tajuk
karangan yang ditulis. Penulisan perenggan pendahuluan ini sesuai untuk karangan jenis
deskriptif dan perbahasan.

Tajuk: Gejala Sosial Skop :


Langkah-langkah untuk membendung gejala sosial
Contoh 1 :
Gejala sosial bermaksud perbuatan buruk atau negatif yang dilakukan oleh segelitir
anggota masyarakat. Hal ini jika tidak dibendung mendatangkan pelbagai masalah kepada
masyarakat. Kini, gejala ini membabitkan golongan muda yang akan menjadi pewaris pucuk
pimpinan negara ini, malah gejala ini melibatkan pelajar sekolah. Antara kes yang
membabitkan pelajar sekolah ialah ponteng sekolah, mengugut guru, merosakkan harta
benda awam, membuli pelajar junior sehingga menyebabkan kematian, dan sebagainya.
Manakala, kes-kes yang membabitkan golongan muda ialah penyalahgunaan dadah, curi
motosikal, pecah rumah, lumba haram, dan sebagainya. Masalah ini tidak boleh dibiarkan
begitu sahaja. Oleh itu, langkah kerajaan mengadakan Program Latihan Khidmat Negara
merupakan satu langkah wajar untuk membendung gejaa sosial dalam kalangan remaja.
Selain itu, langkah-langkah lain, perlu dijalankan untuk membendung gejala sosial yang
membabitkan golongan remaja.
2)Pendahuluan jenis Pendapat Tokoh
Dalam pendahuluan jenis ini, anda memaparkan pendapat tokoh berkaitan dengan tajuk
perbincangan. Tokoh yang dikemukakan itu boleh yang masih hidup atau yang sudah
meninggal dunia, tetapi tokoh tersebut hendaklah yang dikenali oleh kebanyakan orang.
Pendapat ini ditulis dalam bentuk prosa atau dalam bentuk dialog, yakni dalam pengikat
kata. Pendahuluan jenis ini sesuai untuk karangan jenis deskriptif, syarahan, ceramah,
ucapan, rencana dan perbahasan.

Tajuk : Tabiat membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia


Skop : Cara-cara untuk memupuk minat membaca
Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Universiti Sains Malaysia (USM), Tan Sri Ani
Arope mengatakan bahawa rakyat Malaysia belum bersedia menjadikan amalan membaca
sebagai tabiat harian mereka untuk menggantikan tabiat lain, terutamanya makan. Beliau
mengatakan bahawa membaca ialah tabiat yang amat mustahak berbanding makan kerana
setiap bahan bacaan berupaya mendatangkan pelbagai idea untuk kegunaan manusia.
Ketika berucap merasmikan pelancaran buku penerbit USM di Dewan Kuliah A, Universiti
Sains Malaysia pada 27 Mac 2004, beliau berkata "Jadual makanan boleh ubah. Cuba jangan
lupa membaca. Tabiat membaca rakyat negara ini amat kurang berbanding dengan
penduduk di negara Asia lain seperti Jepun, Korea dan China. Orang Jepun misalnya,
membaca dua buah buku sebulan. Orang kita nak baca dua buah buku setahun pun payah.
Selepas keluar universiti pun, lupa membaca. Kita perlu membangkitkan budaya membaca
ini. Saya fikir masyarakat harus kembali kepada buku, khususnya bacaan yang lebih serius
dan bermotifkan ilmu pengetahuan. Walaupun perkembangan penerbitan di negara kita
semakin pesat, namun tentunya tidak serancak perkembangan penerbitan majalah hiburan
dan bacaan ringan yang lebih banyak melaporkan mengenai dunia artis dan glamor."
Berdasarkan kenyataan Tan Sri Ani Arope di atas, maka usaha-usaha perlu dilaksanakan
untuk memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Contoh lain :
Menurut Mantan Perdana Menteri, Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, pencemaran
alam sekitar berpunca daripada kegiatan pembangunan. Walau bagaimanapun
pembangunan tidak boleh dihentikan sama sekali. Apa yang perlu adalah dengan
mengurangkan pencemaran tetapi pada masa yang sama meneruskan pembangunan.
Llangkah-langkah yang drastik harus diambil untuk memastikan kegiatan pembangunan
dapat diteruskan di negara kita dan dalam masa yang sama pencemaran dapat dielakkan.

3) Pendahuluan jenis Suasana


Dimulakan dengan mengisahkan satu keadaan atau suasana di suatu tempat yang akan
dijadikan fokus untuk tajuk karangan. Jadi, pendahuluan jenis ini sesuai untuk karangan jenis
cerita dan dekriptif.

Tajuk: Boros berbelanja


Skop: Kesan jika masyarakat suka berbelanja boros
Selepas tamat kelas tuisyen, saya pun keluar dari rumah Cikgu Siva dan menuju ke
stesen bas untuk menaiki bas pulang ke rumah yang sejauh empat kilometer dari pusat
bandar Sungai Petani. Dalam perjalanan ke stesen bas, saya mendapati sekelompok orang
sedang menuju ke sebuah pasar raya. Pelanggan masuk dan keluar dari pasar raya itu.
Setelah itu, baharulah saya mengetahui bahawa pasar raya itu sedang mengadakan promosi
jualan hebat bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Raya
Aidilfitri.Pengunjung pasar raya itu terpaksa berasak-asak masuk kerana pasar raya itu
terlalu sesak.Manakala,orang yang keluar dari pasar raya saya didapati menjinjing barangan
di kedua-dua belah tagan.Mereka membeli barangan,makanan,dan pakaian dalam kuantiti
yang banyak.Tidak hairanlah kadar inflasi di negara kita semakin meningkat dari setahun ke
setahun.Sikap boros dan membeli tanpa perancangan patu di kawal dan sebaliknya sikap
berjimat cermat patut diamalkan kerana berjimat cermat patut diamalkan kerana berjimat
cermat merupakan satu amalan nilai murni.Sekiranya semua rakyat Malaysia boros
berbelanja,maka pelbagai kesan akan timbul kelak.
4)Pendahuluan jenis Persoalan
Mudah ditulis kerana pelajar perlu menulis banyak ayat tanya tentang tajuk, yakni
mengemukakan beberapa persoalan yang dibincangkan dalam isi karangan. -Sesuai untuk
karangan jenis perbahasan, syarahan, ceramah, ucapan dan deskriptif.

Tajuk : Kemalangan jalan raya


Skop : Faktor-faktor yang menyebabkan peningkatan kadar kemalangan jalan raya
Dewasa ini, kadar kemalangan jalan raya di Malaysia semakin meningkat dari semasa
ke semasa, terutamanya pada musim perayaan. Adakah kemalangan jalan raya terjadi
akibat kelalaian diri-sendiri atau kelalaian orang lain? Mengapakah jumlah kemalangan jalan
raya semakin meningkat dari setahun ke setahun, khususnya pada cuti perayaan? Apakah
punca sebenar kemalangan berlaku? Mengapakah kemalangan jalan raya banyak
membabitkan motosikal dan bas ekspres berbanding dengan kenderaan lain? Bagaimanakah
kita hendak mengelak atau mengurangkan kadar kemalangan jalan raya? Adakah dengan
mengadakan kempen keselamatan kita dapat mengawal kadar kemalangan jalan raya?
Mungkin ada anatara kita yang mengatakan bahawa kemalangan jalan raya hanya disifatkan
sebagai takdir daripada Allah. Persoalannya, apakah faktor-faktor sebenarnya yang
menyebabkan kemalangan jalan raya berlaku?

5)Pendahuluan Jenis Gabungan

Tajuk/Tema: Kesesakan lalu lintas


Skop/Fokus Soalan: Langkah-langkah untuk mengatasi kesesakan lalu
lintas

Kini, kesesakan lalu lintas merupakan satu masalah yang masih cuba diatasi oleh
pihak berkuasa. Kesesakan lalu lintas telah menjadi satu fenomena yang bukan sahaja
menyusahkan para pengguna jalan raya, tetapi boleh menimbulkan masalah sosial,
pencemaran alam sekitar, dan psikologi kepada penghuni bandar-bandar besar. Kesesakan
lalu lintas menjadi cabaran kepada pihak berkuasa tempatan sehingga segala tumpuan dan
tenaga telah dicurahkan untuk menangani masalah ini. Keadaan ini bertambah buruk
apabila bilangan penduduk serta kenderaan seperti kereta, bas, dan lori bertambah seperti
kedatangan kelkatu selepas hujan di kawasan tersebut. Menurut satu rencana yang
disiarkan dalam majalah Dewan Siswa menunjukkan Kuala Lumpur telah dilanda sindrom
kesesakan lalu lintas yang amat parah. Banyak kenderaan tersadai di jalan raya dan
menimbulkan kekucar-kaciran dalam sistem perhubungan dan pengangkutan. Apakah
langkah-langkah yang wajar dan drastik perlu diambil untuk membanteras masalah ini?
Kempen kongsi kereta yang dilancarkan oleh kerajaan tidak membawa sebarang kesan. Oleh
itu, setiap pihak haruslah mengambil inisiatif dan memberi komitmen supaya kesesakan lalu
lintas yang semakin menjadi-jadi dapat dikurangkan atau dibendung.

6) Pendahuluan jenis Peribahasa, Pepatah dan Cogan Kata


Mengandungi beberapa peribahasa, pepatah, atau cogan kata yang ada kaitan dengan tajuk
yang hendak dibincangkan. -Pelajar-pelajar tidak dikehendaki menghuraikan maksud
peribahasa, pepatah, dan cogan kata yang diberi. -Sesuai untuk karangan jenis perbahasan,
ucapan, ceramah, syarahan, dan deskriptif.
Tajuk : Belia
Skop : Peranan belia dalam pembangunan negara
Peribahasa Melayu dicipta untuk dijadikan pedoman dan panduan hidup masyarakat
Melayu. Antara peribahasa Melayu yang menggambarkan peranan belia dalam
pembangunan negara ialah jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya dan di
mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Kedua-dua peribahasa ini menekankan kepentingan
daya usaha semua golongan masyarakat, terutamanya golongan belia dalam
membangunkan negara. Hal ini membuktikan bahawa pembangunan negara memang
bergantung kepada golongan belia kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara,
generasi muda pelapis dan peneraju wawasan, remaja penggerak wawasan, generasi
muda wawasan bangsa, dan banyak lagi. Oleh itu, pembangunan negara memang
dipertanggungjawabkan kepada golongan belia untuk merealisasikan Wawasan 2020 seperti
kata pepatah satu matlamat,satu wawasan. Oleh itu, setiap belia perlu mengetahui
peranan mereka dalam memajukan dan membangunkan negara ini.

6)Pendahuluan Jenis Gabungan

Tajuk/Tema: Kesesakan lalu lintas


Skop/Fokus Soalan: Langkah-langkah untuk mengatasi kesesakan lalu
lintas

Kini, kesesakan lalu lintas merupakan satu masalah yang masih cuba diatasi oleh
pihak berkuasa. Kesesakan lalu lintas telah menjadi satu fenomena yang bukan sahaja
menyusahkan para pengguna jalan raya, tetapi boleh menimbulkan masalah sosial,
pencemaran alam sekitar, dan psikologi kepada penghuni bandar-bandar besar. Kesesakan
lalu lintas menjadi cabaran kepada pihak berkuasa tempatan sehingga segala tumpuan dan
tenaga telah dicurahkan untuk menangani masalah ini. Keadaan ini bertambah buruk
apabila bilangan penduduk serta kenderaan seperti kereta, bas, dan lori bertambah seperti
kedatangan kelkatu selepas hujan di kawasan tersebut. Menurut satu rencana yang
disiarkan dalam majalah Dewan Siswa menunjukkan Kuala Lumpur telah dilanda sindrom
kesesakan lalu lintas yang amat parah. Banyak kenderaan tersadai di jalan raya dan
menimbulkan kekucar-kaciran dalam sistem perhubungan dan pengangkutan. Apakah
langkah-langkah yang wajar dan drastik perlu diambil untuk membanteras masalah ini?
Kempen kongsi kereta yang dilancarkan oleh kerajaan tidak membawa sebarang kesan. Oleh
itu, setiap pihak haruslah mengambil inisiatif dan memberi komitmen supaya kesesakan lalu
lintas yang semakin menjadi-jadi dapat dikurangkan atau dibendung.

Anda mungkin juga menyukai