Anda di halaman 1dari 2

Gaya Bahasa dalam Kesusasteraan Melayu

1. Anafora-pengulangan kata pada awal baris. Contohnya,


Tiap insan mengecap nikmat merdeka,
Tiap saat menghirup segar uadara kebebasan,

2. Epifora-pengulangan perkataan pada akhir baris.


Contohnya, Fajar hilang ditelan sibuk kota,
Tawaku kemarau di dada kota,

3. Responsif-pengulangan kata pada tengah baris. Contohnya,


Kemerdekaan adalah milik kami,
Kebebasan adalah impian semua,

4. Hiperbola- gaya bahasa perbandingan yang menggambarkan sesuatu secara berlebihan-lebihan.


Contohnya, Darah mengalir menganak sungai, Dia berendam air mata.

5. Hybrid-penggabungan dua patah kata.


Contohnya, menyinarresap, sedihpilu.

6. Inversi-pembalikan kata iaitu urutan kata yang menyimpang daripada kebiasaan supaya menjadi baris yang lebih
menarik dan menghasilkan kesan tertentu.
Contohnya,terasa sekali dingin angin.

7. Metafora-gabungan kata yang menerbitkan makna yang lain daripada makna asal. Pada kebiasaannya, mengandungi
2 patah perkataan gabungan kata konkrit dan abstrak.
Contohnya, jentera ingatan, gunung harapan,fajar cemerlang.

8. Personifikasi- gaya bahasa perbandingan yang memberikan sifat manusia kepada benda,haiwan dan tumbuhan.
Contohnya, hatiku dimamah sepi, mentari tersenyum riang.

9. Simbolik-juga dikenali sebagai perlambangan. Melukiskan sesuatu dengan menggunakan benda lain sebagai
lambang. Contohnya,’merpati’ melambangkan ‘kebebasan’ dan ‘gunung’ melambangkan ‘cita-cita.’

10. Simile- gaya bahasa perbandingan yang digunakan untuk membandingkan sesuatu yang lain dengan menggunakan
kata-kata perbandingan iaitu umpama,bak,bagai,macam,laksana. Contohnya, ibuku bagaikan pelita, dia berjalan laju
seperti angin

11. Perbandingan terus


Gaya bahasa perbandingan yang tidak menggunakan kata bak, seperti, bagaikan, umpama, macam, laksana.
Contohnya, tanahair adalah ibundaku, guruku mentari bersinar.

12. Sinkof-kata singkatan.


Contohnya, nak, saja, kau, tak, dah.

13. Kata ganda- kata yang digandakan seperti rumah-rumah, bukit-bukau, warna-warni, daun-daun.

14. Alusi- penggunaan nama tokoh manusia dengan membawa maksud tertentu. Contohnya, Dengan langkah Hang
Tuah, dia melonjakkan nama negara.

15. Asonansi – pengulangan bunyi vokal dalam baris. Contohnya, asonansi a, mereka mencipta jaya.

16. Aliterasi – pengulangan bunyi konsonan dalam baris.


Contohnya, aliterasi k, akan kukendong impian keluarga.
Beri maksud Gaya Bahasa ini dalam Kesusasteraan Melayu

1. Anafora
Maksud:
Contoh:

2. Epifora
Maksud:
Contoh:

3. Responsif
Maksud:
Contoh:

4. Hiperbola
Maksud:
Contoh:

5. Hybrid
Maksud:
Contoh:

6. Inversi
Maksud:
Contoh:

7. Metafora
Maksud:
Contoh:

8. Personifikasi
Maksud:
Contoh:

9. Simbolik
Maksud:
Contoh:

10. Simile
Maksud:
Contoh:

11. Perbandingan terus


Maksud:
Contoh:

12. Sinkof
Maksud:
Contoh:

13. Kata ganda


Maksud:
Contoh:

14. Alusi
Maksud:
Contoh:

15. Asonansi
Maksud:
Contoh:

16. Aliterasi
Maksud:
Contoh:

Anda mungkin juga menyukai