Anda di halaman 1dari 2

GAYA BAHASA PERBANDINGAN :

GAYA BAHASA PENGULANGAN :


Jenis Gaya
Huraiannya
Bahasa
 bermaksud tindakan pengarang memberikan sifat manusia, sama ada dari segi
perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea,
atau hal-hal yang abstrak.
Personifikasi
 Dikenal juga sebagai perorangan atau penginsanan
 Contohnya:    ...matahari   pagi   bangkit    daripada   selimut   gunung,   
benaknya mendandan sejuta persoalan
 Merupakan perbandingan yang menggunakan kata konkrit (boleh dihitung) dengan
Metafora
kata abstrak (tidak boleh dihitung). Contohnya: perahu duka, ladang kesabaran
 Merupakan perbandingan secara terus atau langsung dengan menggunakan kata-kata
Simile bandingan seperti, bak, umpama, ibarat, dan sebagainya` Contohnya: cantik bak
puteri, kurus macam lidi,
 Merupakan sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan
Hiperbola daripada maksud yang sebenarnya. Contohnya: seribu lautan sanggup diharungi,
lautan air mata darah
 Sejenis gaya bahasa perbandingan yang merujuk peristiwa, tokoh atau karya sastera
Alusi yang terkenal.Perbandingan yang dimaksudkan itu menggunakan watak-watak yang
terdapat dalam metos, lagenda, ciptaan-ciptaan sastera lain atau dari sejarah.

Jenis Gaya Bahasa Huraiannya


 Merupakan pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-baris puisi
Asonansi  Contohnya:  Kerana aku penyair kupenuhi hidupku iaitu terdapat
pengulangan  bunyi vokal “u”  sebanyak 5 kali.
 Bermaksud pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris-baris puisi
Aliterasi  Contohnya: Memacu menghimpun kekuatan iaitu terdapat pengulangan bunyi
konsonan m dalam baris sebanyak 4 kali.
 Bermaksud pengulangan kata pada awal baris secara berurutan. Contohnya:
Anafora Tambah mengimbau sorotan kitab MUHAMMAD !
Tambah mengimbau sorotan kitab ESA !

 Bermaksud pengulangan kata di tengah-tengah baris puisi. Contohnya :


Responsi Serangga yang tahu di mana angin
Berguling, di mana bunga berpuing aku
 Bermaksud pengulangan kata pada akhir puisi. Contohnya :
Epifora Memang aku tidak tahu
Malah, tak ingin ambil tahu

 Bermaksud pengulangan kata dalam baris yang sama. Contohnya :


Repetisi kata
Kita akan menjadi diri kita yang tahu
 Bermaksud pengulangan frasa dalam baris-baris puisi. Contohnya:
Repetisi frasa Segalanya-galanya akan ada untukmu
Segala-galanya akan bersatu dalam
GAYA BAHASA LAIN DALAM SASTERA :
Jenis Gaya Bahasa Huraiannya
Pemendekan kata / penyingkatan kata. Contohnya :
Sinkof Tak pernah padam, meski perjalanan iaitu perkataan ‘tidak’ telah
disingkatkan kepada ‘tak’
 Pengulangan kata dasar sebanyak dua kali. Contohnya : pada pohon-pohon
Kata ganda
rendang
 Bermaksud kata-kata yang sering didahulukan telah dikemudiankan (kata
Inversi terbalik / pembalikan kata). Contohnya :
Disangka-sangka, ini pagi sepatutnya disangka-sangka, pagi ini
 Penggunaan / pemilihan kata daripada bahasa lain. Contohnya :
Diksi asing
Munkar (Bahasa Arab), Promise (Bahasa Inggeris)

Anda mungkin juga menyukai